Tuesday, August 27, 2013

I'm a blogger.

I am a blogger. Indeed an avid blogger for the past, let’s say 10 years, except now when I could not commit with the time. If someone had followed me throughout the years, I believe that I have changed in so many ways. Wherever I read back my old entries, I found out that last ten years even up until now, I am  still searching to find my way to position myself in this busy and unforgiving world.

In between, I learnt how life have driven me. At one time I might be at the top, and at the same time, I have experienced the lowest self esteem in me. Truly, life experience is priceless and I won’t trade that with anything. It seems that blogging helps me to open up my chest, at least to share and to express how I feel in a polite way. Well, sincerely, when emotions controls how I react, I probably shared the details of my feeling – something that I should avoid especially when I already reach my 30+. Age warned me to be more realistic though I agreed most of the entries are definitely tailored to my happy life.

The bottom line is, I am still not comfortable to tell the world (i.e. relatives, friends and colleagues) I own a blog. No doubt I would love this blog to be part of my solid side income, but to introduce Mr. A that I have a blog, for couple of reasons I feel queasy. J


Just a quick post – yes, something bothering me…AGAIN!!

Friday, August 23, 2013

Blogging Event: Dumex Interactive Website for Malaysian Mums

Sebagai pembuka bicara: Event ini telah berlangsung pada 27 July 2013 di Aloft KL Sentral.

Saya bersama beberapa rakan blogger yang lain telah diundang untuk menghadiri perasmian Dumex Interactive Website for Malaysian Mums. Danone Dumex memperkenalkan laman web interaktif masa sebenar untuk kaum ibu dan ia adalah platform digital baru yang memberi kaum ibu akses kepada komuniti ibu dan pakar di mana pengalaman sebenar dan pengetahun dikongsi supaya para ibu mendapat sokongan, panduan, dan keyakinan di sepanjang alam keibuan. 

Sebelum itu, semua jemputan dikehendaki untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu.

source: www.eznakhalili.com

Bila saya masuk ke dalam hall, ada 3 panel yang sedang berkongsi rasa dan info kepada sekalian hadiri. 3 panel tersebut adalah Selebriti/Jurucakap Dumex, Puan Azizah Ariffin, Konsultan Diet Indra Balaratnam dan Penasihat Dumex Careline, Preeta Letchuman.


source: www.ayuarjuna.blogspot.com

Untuk pengetahuan semua Dumex telah memperkenalkan laman web interaktif yang membolehkan para ibu-bapa untuk berkomunikasi melalui "chatting",  berhubung dengan komuniti para ibu di alam maya - mendapatkan petua dan pengalaman. Selain daripada itu Penasihat Careline Dumex turut menyertai perbincangan di dalam komuniti ini.

Terdapat juga aplikasi interaktif yang praktikal seperti Laporan Berat Badan ketika Hamil, Kalendar Kehamilan. "LIVE CHAT" dan juga detik-detik keemasan (akan diperkenalkan pada masa hadapan).

source: www.ayuarjuna.blogspot.com

Aplikasi interaktif yang praktikal seperti Laporan Berat Badan ketika Hamil, Kalendar Kehamilan. "LIVE CHAT" dan juga detik-detik keemasan (akan diperkenalkan pada masa hadapan).

Event ini juga bertujuan mengumpulkan seberapa ramai ibu mengandung sampaikan ada setengah tu saya sendiri takut tengok sebab rasa ibu tu macam dah nak beranak je hehehe.. :) Saya juga jumpe seorang peserta yang datang dari Melaka bersama keluarga semata-mata untuk program ini. 

Kami kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki untuk menyiapkan kolaj yang kemudian akan digabungkan bersama kolaj-kolaj yang dihasilkan oleh kumpulan lain untuk membentuk satu simbol :)

source: www.eznakhalili.com

Masa tu datang asing-asing tapi tak sangka pula saya satu meja dengan Ezna. dah duduk baru perasan Ezna selang satu kerusi je. Seronoks!! Kumpulan kami kene menyiapkan dua kolaj. (huhu, masa ini adalah juga kejadian yang tak diingini berlaku :)) nasib ada Ezna, boleh cool-mengcool kan diri..dan ini adalah hasil dari kumpulan kami .. hehe

Soure: www.eznakhalili.com

dan bila digabungkan ini adalah hasilnya...

Source: www.ayuarjuna.blogspot.com

selepas itu, Dumex telah menjamu kami dengan hidangan buka puasa dari Aloft. Seriously, walaupun jemputan sangat ramai (sebab tak de limit untuk mereka yang hadir), tapi makanan adalah cukup dan tak de pun kene beratur panjang.. Kudos for the hotel's team


gambar makanan yang ada tak sempat nak ambik. Terus makan.. ye lah kan, masa buka puasa adalah pendek, dengan nak makan, nak solat.. berkejaran sungguh

Sambil-sambil makan, Chef Andri telah mengajar bagaimana untuk menyediakan smoothies yang sihat dan Emir amat berkenan lah dengan mango smoothies. Sebab masa makan tak dengar Chef Andri punye presentation, terus jumpa dia personally untuk dapatkan resepi.. senang saja..


2 cawan air
4 cawan ais batu
mangga 2 biji
dan letak lah Dumex Dugro, Chef cadangkan letak Dumex Fruits & Vegetable dalam dua sudu. 

sangat sihat sebab tak de gula langsung.. saya pun dah try buat dah kat rumah, ini lah hasilnya yang sempat disnapkan gambar


Kemudian ada juga private session dengan Azizah Ariffin. Seriously Azizah Ariffin ni memang tak dimakan usia langsung. Masih bertenaga dan sangat peramah..

source: www.ayuarjuna.blogspot.com

Source: www.ayuarjuna.blogspot.com

Definitely, semua orang bergembira menghadiri event ini yang dianjurkan dengan baik sekali, cuma mungkin masa bulan puasa buatkan kami-kami ni agak kelam kabut sikit..

dan yang penting, gambar-gambar i tak sah kalau tak de gambar dengan kawan-kawan kesayangan hamba..

source: www.eznakhalili.com

Suzi je tak de huhu.. kite mesti jumpa Ahad ni okeh!!

I biasalah tak bawak kamera,  harapkan handphone yang kualiti gambar adalah kureng saje.. sejak husband i bersara ambik gambar sekejap ni, dah tak de dah gambar i yang cun-cun hehe.. 

Terima kasih Dumex


Thursday, August 22, 2013

Winning entry: The Apartment Style Edition Contest

Sungguh, this is an old story, happened in April, but i think for the purpose of documents my winnings, I think i should do something about it. After all, bukan banyak pun i menang tahun ni.

Teringat lagi masa dulu (sampai lah tahun 2010), saya memang concentrate untuk online contest saja. masa tu saya in the opinion - buat ape lah nak keluarkan duit beli Proof of Purchase.. so memang banyak lah online contest yang saya join. And alhamdulillah banyak juga hasil dari online contest yang saya menangi. Menarik tentang online contest adalah, kite tak payah nak keluarkan duit sesen pun untuk beli apa-apa barang. Hanya hantar sahaja penyertaan anda. Jangan tak tau, hasil dari online contest juga lah yang membawa saya pergi merasai Hollywood!!

Lama kelamaan, bila dah dapat geng yang sebulu suka masuk contest, baru saya perasan yang offline contest selalunya menawarkan hadiah yang lagi lumayan dan menarik. Sedari itulah saya mula berjinak-jinak sikit untuk masuk offline contest.

Tapi untuk tahun 2013, tak tahulah apa puncanya, saya agak slow betul untuk join contest. Susah betul diri ni nak committed untuk duduk menghadap borang-borang contest. Padahal inilah hobi saya. Saya suka menghadap hobi saya ni sebenarneyer. tapi lately, i just dont have time for it or i did not make time for it. 


Back to the story, ini adalah satu kemenangan online contest. Asalnya memang saya ikut cerite The Apartment . Lepas tu ada online contest, saya pun join lah. Bestnye kite perlu decorate our living room and each week, they had few new items for us to decorate. Setiap hari saya mengadap bende ni. bukannya nak masuk contest tapi dah lebih kepada addicted (alaa macam korang suka main Candy Crush tu). 

Cuma bile dah sampai last two final weeks tu, masa tu saya dah terlalu sibuk, jadi tak sempat nak tengok living room virtual saya. Alhamdulillah , dah namanya rezeki, sangkut jugak dapat Consolation prize :D walaupun hati ni betul-betul aim nak Grand Prize :D


inilah hasil decoration saya... 


seronok babe main bende alah ni haha.. :)

Cuma bila time nak redeem prize tu, masyaAllah, yours truly having a nightmare. Imagine, I received the vouchers on Saturday and the vouchers expired on Monday and we can only redeem at Viva Shopping Mall. 

Then, nasiblah Encik Husband boleh bawak pergi Viva..

and it did not end there..

Masuk je outlet kat situ, all refused to entertain ok. kate they did not get any info from the Management. Orang ni tolak sini, Orang ni tolak sana. Memang bengang jugak lah masa tu.. lagi bengang, orang kedai macam nak tak nak layan kita. asyik cakap - Apartment dah lama habis!!

but thank God, masa tu, nasiblah one of the person in charge datang office sebab kene buat stock taking. Itupun dia confused, kene call bosslah, this and that..

All in all, since i memang berhajat nak beli kipas siling kat rumah i, (kipas lama dah rosak), akhirnya lepas 2 jam dapatlah i claim.. Lepas 2 jam ok.. being a manusia, memang masa tu dah agak hilang sabar sikit lah.. 




itupun i top up RM50 - RM100 kot, dah tak ingat..

inilah kipas i.., sekarang dah selamat gantung dalam bilik tido i.. Encik Emran yang pasangkan sendiri..


bezanya lampu tu instead warna hitam, i tukar warna putih. Yang tak best - lampu nyer ada lampu merah je. and tak boleh tukar ke lampu putih, memang dah fixed tu.. yang best pulak, kipas ni "turbo" dia memang kuat, tak yah pakai aircond pun tak pe :D

Apa pun. Alhamdulillah...


Tuesday, August 20, 2013

Selamat Hari Raya - Syawal 2013 di Melaka

Selamat Hari Raya rasanya majoriti dah kembali ke alam realiti.. anak-anak pun dah masuk sekolah, bila masuk je train, penuh macam biasa. Ingat lagi minggu lepas hari isnin, masa semua orang lain bekerja, saya je yang tak cuti, masa tu dapat rasa yang orang Malaysia masih lagi value Hari Raya. Ramai yang masih bercuti. Apa pun, jika dah dinamakan kerja. hidup mesti diteruskan, tak payah nak fikir sama ada orang suka atau tak dengan cara kita, yang penting kita tahu apa yang kita nak. Dulu i selalu risau apa orang kata, what other's perception towards me, but afraid not, now, I dun bother about those.. macam Emir cakap "lantak--lah" --> ni dia belajar dari Oh my English.. 

Speaking of those, how was your Raya? Me, seperti biasa, tiada yang menarik, tiada yang extra ordinary. macam biasa.. dan macam orang lain semua. tahun ni kami beraya di Melaka. kali ni seronok sebab semua adik beradik belah husband dah tune balik untuk dapat berjumpe dalam waktu yang sama. Kalau tak, memang berjumpa di KL saje lah.

So aktiviti yang menarik mestilah bergambar sakan. Kalau keluarga belah suami saya ni tak ada masalah nak panggil ambik gambar sebab memang derang suke ambik2 gambar ni.

Makin tahun, Encik Emran i dah makin menjauhkan diri dengan cabang photographer ni nak nak anak sedara dah terror juga ambik gambar. So gambar yang dalam blog ni cuma gambar dari iPad dan phone semata.. Gambar dari DSLR tak tau bila boleh dapat :) so gambar ramai-ramai tiada dalam simpanan :)

dekat laman rumah, belakang tu pokok rambutan. timing tak bagus, rambutan tak nak berbuah pulak masa raya ni


ini family abang Emran yang pertama. dah besar panjang dah semuanya


bergambar dengan Encik suami


bergambar dengan anak teruna yang dah tujuh tahun.. cepat betul masa berlalu..

dan of courselah kalau balik Melaka, berjalan rumah mak sedara perkara yang ditunggu adalah untuk mengambil gambar bersama Cermin Ajaib kesayangan kami


ni behind the scene.. sempat dicaptured oleh sepupu saya..


the best picture in the list.. Emir ni dia bagi few shots je, lepas tu dah buat perangai dah tak mo ambik gambar.. huhu, pasrahlah muke mak tak bersedia janji anak hensem senyum pandang kamera


dan lagi..

 tahun ke 8 bersama CERMIN AJAIB :)


Alhamdulillah...



Sunday, August 04, 2013

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!

Mari-mari kita mencari misi Duit Raya.. mana tahu kan kalau ada rezeki.. 


Sekarang ni kene perah segala otak untuk mengira berapakah jumlah syiling yang terdapat di dalam gambar di bawah ini 


Kalau ikut hati memang nak teka banyak-banyak, tapi rasa nya m acam boleh teka sekali.. 

dan ini jawapan saya

RM143.80

(alaa birthday i.. tapi sebab 2 sen dah tak de, so kite bundarkan pada yang terdekat..)


Contest Hari Raya Santaikata

Contest ini adalah sangat menarik. Contest anjuran Santaikata.com terbuka untuk semua dan i pun nak join.. kalau  berminat boleh ke sini .. 

http://www.santaikata.com/2013/07/contest-hari-raya-santaikata.html


tajuk nye senang je..

CONTEST RAYA : Semasa Hari Raya saya buat

semua orang akan buat something masa raya kan.. ada  yang ambik hari raya ni untuk menziarahi sanak saudara, ada yang buat hari raya ni sesi untuk makan apa saje dan ade juga yang buat hari raya ni untuk bantai tido.. ye lah kan cuti kan agak panjang sikit.. tapi kalau ada antara kite yang dalam kategori ni, agak2 la sikit ya.. raya setahun sekali.. :)

ok cukuplah mukadimah.. mari bace cerite saya yang sememangnya panjang berjela :)

Macam saya.. 

 Semasa Hari Raya saya buat
tak tahu ambil GAMBAR DEKAT CERMIN....

sebabnya, cermin yang dimaksudkan adalah terletak di ruang tamu yang semua anak bini, menantu, pak menakan akan ada untuk berborak, tapi kami (saya, suami dan anak) posing-posing untuk syarat Raya :)

Kejadian bermula masa tahun 2006, secara tak sengaja sebenarnya. Masa tu tengah sangat-sangat excited, sebab itu tahun kedua saya beraya sebagai isteri dan paling bermakna tahun pertama saya beraya sebagai seorang ibu.. Mase tu Emir baru nak masuk 5 bulan. Mase tu kami singgah rumah mak sedara husband dekat Melaka. Cermin ni, husband kate cantik kalau nak ambik gambar, so kiterang pun ambik lah, tengok-tengok, saya pun suke bile amik gambar..

Dan selepas itu, kejadian tak diingini telah berlaku, di mana cermin ini telah menjadi mangse kepada kami bertiga, kire macam dah ditakdirkan cermin ni jadi trademark kiterang setiap tahun. hahah, dan maksudnya kiterang tak boleh laa kalau tak beraya rumah mak sedara husband heheheh

Yang ni pulak mase raya tahun 2007, Emir dah setahun 4 bulan macam tu.. mase tu semua jadi pokok pokok hijau :), Emir rambut dia dah start panjang..

dan ini Raya tahun 2008, kali ni bukan si Emir yang rambut panjang, bapak dia pulak yang berambut panjang.. biru lagi baju nye

Ini pulak gambar tahun 2009,  Emir mase ni susah betul nak bagi dia tengok kamera.. makin besar makin tak nak dengar cakap hahaha... Emir mase ni umur dah 3 tahun, tahun yang tengah banyak nak explore dan agak susah jugak nak dengar cakap :)


Ini pulak masa tahun 2010, bile tengok gambar jadi stress pulak, at least gambar ni Encik hubby nampak kurus, gambar i makin tak memenuhi skema cermin hehe.. cuma tahun 2010, ada bende merah pulak dekat atas cermin tu.. oh yer, persamaan dengan tahun 2009, Emir refused tak nak tengok camera.. betul-betul punya taknak.. so inilah gambar yang terbaik..


Tahun 2011, Emir pun dah masuk 5 tahun, kali ni nak jugak dia cooperate tengok cermin, tapi punyalah susah nak bagi dia duduk diam supaya gambar tak goyang.. masa ni pakai baju warna merah :) warna kegemaran i..


dan ini adalah gambar tahun lepas.. masa ni kira nasib lah anak sendiri boleh jugak lah nak pandang kamera walaupun tak duduk diam dan ini je lah gambar terbaik.. yer kami masih bertiga, tapi still tetap happy.. Alhamdulillah


TAHUN 2013????
TUNGGU!!!!
(Nota: baju raya i ni yang problem :D)

Tapi yang paling penting, kiterang harap harap la, jangan lah mak sedara suami saya pergi buang cermin ni, hehehe, kalau tak haaa habislah trademark kiterang untuk setiap kali beraya.

Saturday, August 03, 2013

Winning entry: Jom Raya with Wardina

Sejujurnya saya ni dah masuk fasa suam suam kuku masuk contest. Tak bersungguh. Salute kepada kawan-kawan saya yang boleh mengagihkan masa antara kerjaya, keluarga dan hobi. Betul orang kata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya ni tak taulah dalam kategori mana. Mahu tapi tak bersungguh. Separuh jalan saja.

Tapi sesekali tu, bile mood ada, sempatlah saya menyinggah untuk sebarang contest. dan antaranya adalah contest anjuran Electrolux di Facebook. Nampak ada orang bagi link terus join..

dan Alhamdulillah tak sangka pulak mengena.. sebab ini betul2 masuk contest yang touch and go.. :) masuk, jawab soalan lepas tu buat slogan. By the way, i love contest that comes with Slogan.. ;) Selalunya slogan i simpan, ni i terlepas untuk simpan. Sekarang tengah mintak person in charge untuk share balik slogan yang i buat untuk simpanan i.. :) Kalau contest bergambar pulak, nak mintak cooperation dari Cik Abang susah pulak. He is good in photography, but when it comes to share his skills for my contest, asyik tak berape ummphh je dengan selera i haha.. 


Untuk Contest Jom Raya with Wardina.. hadiahnya adalah datang beraya rumah Wardina.. (harap-haraplah masa datang beraya ada dapat barang Electrolux :D)


Apa pun saya tak kisah dan memang suke dapat jumpa Wardina in person and I want to. I dont see her as an artist at all, tidak lagi. Honestly speaking, saya dah memang suke dia masa zaman dia berlakon Spanar Jaya dan bila dia berhijrah, semua magazine yang dia jadi cover mase tu i beli (cover yang pakai hijjab). to me, dialah yg bawak revolusi pada pemakai tudung. ingat lagi dulu-dulu kalau pakai brooch satu belah kiri, satu belah kanan, orang akan kata -- "Amboi.. bergaya tudung Wardina tuuuu"

and she comes with package.. dah lah cantik. a person with wide knowledge. tak banyak ok selebriti yang ada kat Malaysia ni yang boleh cakap macam-macam perkara and she is one of it. 

So, with this opportunity memang i nak jumpe dia in person and nak tengok rumah baru dia.. Memang cantik.. .. untung sebab banyak pihak yang sponsor :)

Kepada kawan-kawan yang nak masuk, this week is the last week. you can visit this link to participate.. 


ok till then..

Alhamdulillah

Thursday, August 01, 2013

andai itu Malam Lailatulqadar

ruginya saya.. i rasa, semua orang rasa, hari ni cuaca agak mendung, dan ramai juga yang membuat andaian malam semalam adalah Malam Lailatulqadar (rabu malam khamis). Suasana agak sayup-sayup. Bukan sorang, malah beberapa orang. Tapi andai kata malam tadi adalam Malam Lailatulqadar, masyaAllah saya antara orang-orang yang rugi.. Mengantuk semalam lain macam, maklumlah balik rumah pun nak dekat pukul 10 malam sebab ada majlis berbuka puasa. Dah lah tak buat terawikh (thats the disadvantage bukak puasa dekat luar). Balik duduk sekejap terus tidur. Bangun sahur pun mata bukan main mengantuk.. Ya, malam Lailatulqadar adalah rahsia Allah.. moga saya masih lagi mendapat keberkatan Ramadhan ini..
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez