Wednesday, July 08, 2015

Sambutan hari lahir Emir yang ke 9

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, ibu bersyukur sebab dapat bersama-sama dengan Emir meraikan hari lahir Emir yang ke 9. Makin lama makin membesar dah anak ibu, jadi sambutan nyer tu dah lain sikit.

Selalunya ibu akan organizekan birthday party celebration untuk Emir, tapi memandangkan tahun ni jatuh pada bulan puasa, dan ibu memang tak bercadang pun untuk throw a party, jadi ibu buat sedikit personal untuk Emir tahun ni -- sambut dengan ibu dan Papa aja..

Ok, gambar bawah ni diambil sehari sebelum Emir's 9th birthday. I need the picture to be printed on the sticker. Malas nak cari gambar lama, jadi ibu tangkap je gambar baru.. senang cerita kan.. and subhanallah, Emir dah betul-betul macam orang besar.


Tahun ni, 29 June jatuh pada hari Isnin, dan sebab esoknya sekolah, ibu dan Papa decided untuk makan birthday dinner sehari sebelum and we asked you to choose your own restaurant. Emir teringin makan Absolute Thai, tapi bile call sana sini, semuanya penuh untuk berbuka. Last-last kita makan je dekat Happy Thai. What a surprised, sejibik sejiban lauk sama dengan Absolute Thai, cuma of coslah Absolute Thai taste a little bit better but not disappointing. Harga pun sama..

Tak ambil gambar, sebab hari tu kite keluar sehari suntuk and telefon-telefon kite semua bateri dah habis. Nasib sempat ambik gambar berdua je ni.. Papa pun tak sempat  nak ambik gambar.


Ibu memang niat nak bagi kawan-kawan Emir some goodies bag. At first i was thiking to give a normal goodie bag like packing some sweets or biscuits. Tapi ibu pikir balik, sempena bulan puasa yang mulia ni, baiklah ibu ambil kesempatan untuk jamu sekali satu family.. 

So i decided to buy some kuih raya for all of your classmates inclusive your teachers. Emir pilih 6 jenis biskut. Malam tu, ibu bertungkus-lumus buat sticker. Penat jugak, dah la lepas balik terawikh kan, nak design lagi, nak tampal, nak gunting.. but you know, ibu sebenarnya suka buat bende-bende macam ni padahal bukan kreatif mana pun.. 

6 biskut pilihan Emir sebagai kenangan.. 


 
  





Mengantuk jugak la ibu malam tu sebab esok nak bangun masak sahut lagi.. Papa tolong sambung tampal sebab ibu dah ngantuk sangat


Ibu selitkan juga kad untuk Emir. Tulisan dari ibu dan papa, Sebak jugak tengok Emir terharu baca kad tu. Moga Emir paham apa yang ibu sampaikan dalam kad tu kan.. Ibu sentiasa doa Emir jadi anak yang soleh, mendengar kata dan sentiasa berada dalam LindunganNya. by the way, ibu pas kad ni dekat Emir bukan nyer on the 29, tapi a week after :) saje..


Memandangkan kami bertiga je bercelebrate di rumah sendiri, kek pun kecik lah.. Selalunya Emir suka sangat New York Cheese Cake, tapi kat Secret Recipe tak de. Yang ada Marble Cheese cake ni.. oklah, still within your taste except you dont like the base. 


Dan bawah ni gambar teruna Ibu di sekolah semasa berumur 9 tahun. Emir lahir pada 2.34pm 29 June 2006. 


Bersama kawan-kawan Emir yang datang awal. Hari tu kite datang awal sikit ke sekolah sebab nak letakkan biskut-biskut Emir dalam kelas. Kalau lambat parents tak boleh masuk, jadi leceh pulak nak mintak permission sana sini untuk hantar biskut. Sebab tu kite pergi awal.


The celebration Alhamdulillah didn't end there. We decided to bring you for a short vacay dekat Port Dickson. Lama dah kita tak pergi PD. Check punya check, ibu pilih Lexis PD. Nak jugak cari Grand Lexis, tapi bilik semua penuh.. Seronok sangat kite dapat bilik ngadap seaview.


Seram jugak memula sebab bawah tu boleh nampak air.. :) oh bawah ni bilik kita.. macam lah kite ni keluarga besar la kan..


Ambik, puasa tak puasa, nampak je jacuzzi Emir terus nak berendam.. masa pergi mandi swimming pool tu, kite je orang melayu yang mandi.. 


The only gambar kite bertiga.. tak cantik betul camera ibu ni..Gambar jadi tak sharp. Kita ambil gambar ni di luar bilik kita


Kita duduk sehari je.. Masa Emir tido pagi tu (lambat betul Emir bangun) ibu dan Papa seronok sewa fishing rod. First time gune.. banyak gak ikan.. tapi ceh.. hotel tu bagi kail kecik benor and kene badan ikan pun tak sakit. Semua umpan kiterang letak, bile tarik, umpan dah habis.. Last-last sebab fed up sangat, instead of nak merasa taangkap ikan... ibu dan papa feed the fishes..

So sebab ibu rasa seronok pancing ni, nampak gayanya ibu terigin nak beli fishing rod.. mesti excited kalau dapat ikan tangkap sendiri.



Masa ni kita nak chekout dah. Kene pakai buggy, sebab jauh jugak bilik kite dengan lobby hotel.


Dekat lobby. alhamdulillah, walaupun singkat tapi seronok. Kita tak sempat nak try aktiviti sekitar hotel. InsyaAllah, kalau ada kesempatan next time. Seronok ibu sebab Emir kata, "sebenarnya celebrate dengan family best jugak"

Happy birthday Emir. I love you so much and you know that..


Loves
Ibu

5 comments:

  1. Happy birthday emir handsome :)

    ReplyDelete
  2. happy birthday emir..mmg dh besar pn...wah holiday time puasa ye...tk pernh try lg..heheh..tisya pn thn ni jth bln puasa gk cuma just celebrate kt kg gombak je ngan cousin2 die mkn brownies, mmg die pn ada tnye tkde birthday party ke..hehe..tp aritu dh bw p holiday melaka sebelum puasa...gigih ibu emir wat sticker utk tampal tu..mama tisya blum gigih lg nk2 bln puasa hehe

    ReplyDelete
  3. epi besday dear emir...such a sweet entry ;)

    ReplyDelete
  4. hepi besday emir, moga besar berjaya dan jadi anak soleh...

    dr:

    auty ayu kawan ibumu :)

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday Emir....sweet ayat2 u....

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez