Saturday, July 25, 2015

Raya 2015 dan Cermin Ajaib

- Note: Unedited pictures - penting ni kene bagi tahu :p -

Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan Syawal kali ini. Dah lama rasanya i tak upload gambar yang diambil straight from DSLR. banyak effort ni, dengan dari raw file ke jpg..

Tahun ni, kami beraya pertama di Melaka. Cuma tahun ni kurang meriah sikit di Melaka, sebab abang sulung Emran masuk hospital (update: Alhamdulillah, abang ipar saya discharged dari hospital sehari sebelum raya, dan dia gagahkan diri untuk pulang ke Melaka pada raya kedua - akan update gambar kami nanti)

Gambar-gambar di bawah ni diambil di pagi raya selepas solat raya. Tahun ni i tak berkesempatan untuk solat raya sebab sibuk bertukang di dapur. 

Tema color tahun ni dipilih oleh non other than anak tunggal kami si Emir. semua baju raya dibeli dekat Vendeur Festival di Matrade. Memang ramai orang... sebab tu Emir nampak je baju untuk dia, dia pilih and we are done.

anyhow, i dah terbekenan dengan kain dari Little Loft Wardrobe ni, rasanya untuk tahun depan pun nak order pada depa. I love the color, i love the service and i love the material. Cuma butik ni hanya untuk anak-anak je. Terjumpe secara tak sengaja di Vendeur Festival. By the way, this boutique is from Singapore. Janji hati dah berkenan.. -- like seriously i suke. 


Bile dah ambik gambar baru perasan, selipar crocs emir tu matching pulak :p we all meemang tak beli pun kasut raya. Kasut Emir tu pun baru je beli and errr boleh tahan harganya.. apa nak buat anak peminat Star Wars dan habis baik dia pujuk.

 tendangan Karate do katanya..


I love the below picture though i know the fat is everywhere (grrrrr.....)


so cara terbaik untuk menghilangkan lemak di gambar adalah berdiri di belakang orang :D


akhirnya gambar skema dari kami bertiga


Gambar-gambar suke-suke je.. untuk kenangan, mana tau SD Card dah hilang kan :)







Pokok rambutan mak mertua saya memang tengah lasak berbuah sampai terjurai jurai ke tanah. elok dia  berbuah masa raya, tetamu datang bagi plastik, ambiklah berapa plastik nak ambik pun.. ada 3 pokok berbuah serentak, bayangkanlah macam mana mak mertua i puas bagi rambutan kat tetamu



Makin lama rasanya gambar cermin kami makin gelap. Sebabnya rumah Mak Lang kami ni ramai tetamu. dan cermin ni pulak dekat ruang tamu. Segan kot nak posing-posing depan orang :p tu yang main petik sekali dua janji ada je gambar ni.. Cuma tahun ni, gambar cermin ajaib dah tukar sedikit kedudukan.. Harap-harap kekallah cermin ajaib ni..


Tahun ke 10 depan cermin :)



3 comments:

  1. Suka tgk kolaj pic cermin ajaib. Plg ketara perubahan emir la :) sweet sgt

    ReplyDelete
  2. Mira...i berkenan lak baju u......

    ReplyDelete
  3. wahhh.... gambar dpn cermin xpenah miss. bagusnya.

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez