Mr. Husband kini dalam proses menyiapkan lukisan-lukisan beliau yang bertemakan Malaysia, beautiful scenery (ok, i pun tak sure) untuk satu projek besar yang akan diusahakannya, insyaAllah. Jadi, disebabkan projek itu, Papa rajinlah mencari rumah-rumah kayu yang masih mengekalkan tradisinya.
Minggu lepas kami balik Melaka, Papa keluar untuk cari rumah Melaka yang cantik untuk dilukis. Dalam cari-cari di Duyong tu, Papa terkejut sebab nampak binaan yang sangat besar, cantik dan luas. Bila datang dekat, Papa kata dia terkejut sebab rupanya itu antara tourist attraction - Hang Tuah Center.
Terus lepas tu Papa balik rumah dan bawak kami sini.
Bila sampai, memang pun orang tak tahu, sudahlah jauh dari bandar, ,pulak tu, kedudukannya adalah terletak di kawasan kampung.. dalam lagi..
Papa siap tipu lagi, dia kata, inilah istana Sultan Melaka yang mengaku Sultan. i konon-konon agak percaya, ye lah, dengan kedudukan yang ke dalam macam tu kan :)
Ok, bayaran dikenakan untuk masuk ke sini, iaitu RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak, dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 5 petang. kami datang dalam pukul 4.. 5 petang sharp-sharp tu memang dah tutup.
Bila masuk, wow.. ini bukan sebarang muzium. Agak interaktif. Kira kalau kite datang muzium, bukan lagi setakat untuk melihat hasil tinggalan lama. Muzium sekarang ni lebih interaktif. sana sini ada skrin. Agaknya dah tau kot orang sekarang malas nak baca-baca ni. Dekat bawah ni, ada siaran interaktif untuk belajar silat. :)
Yang gambar atas ini agak best. Permainan yang ajar macam mana cara kita nak berdagang. Memang sesuai sangatlah untuk budak baya Emir. Dia bagi u 4000 dinar. Terpulang pada kita apa kita nak beli dan macam mana kite nak belanjakan dalam masa yang ditetapkan. Emir main sampai boleh dapat hire 3 pekerja tu.. Mak bapak pun join sekali
Gambar bawah ni skrin yang menceritakan sejarah Hang Tuah. Macam mana Hang Tuah menjaga keselamatan Melaka. Macam mana Hang Tuah terpaksa bunuh Hang Jebat. Macam mana Hang Tuah berjumpa dengan Maharaja Cina.
Gambar bawah ni pulak, terkekek-kekek kami ketawa. Sebenarnya tujuan sebenar nak tunjukkan baju tradisional, tapi dalam masa yang sama kita boleh ambik gambar kita dan padankan dengan baju. Jadi kelakar sebab biasalah, yang laki jadi perempuan, yang perempuan jadi laki.. Just spending our quality time saja :)
Bawah ni i tak ingat main apa. Rasa macam proses pelayaran, but im not that sure sebab sibuk dengan phone (biasalah orang berniaga kan hehe)..
Ini adalah luar kawasan nya, tapi bukan lah main centre. Pondok kecik-kecik ini , ada tempat ambil gambar, ada tempat simpan keris, ada cafe.. semua masih kekalkan tradisi
Gambar bawah inilah bahagian utama. I tak ambik gambar penuh. Camera phone tak muat (alasan hehe)
So, kalau dah tak tau mana nak tawaf, atau kalau malas nak redah bandar Melaka tu. boleh cari tempat ini pula ya
nice place
ReplyDeleteHebatnya your husband... Kagum kagum
ReplyDelete