Friday, March 14, 2014

14 March 2014 - Officially introducing www.momfirststep.lot.my

Alhamdulillah.. i diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk merasai kenikmatan berada di angka 32. Yer orang kata masih muda tapi saya rasa bila umur berganjak, macam takut juga.. cukup ke amalan saya yang tak seberapa ni.. boleh ke saya dapat syurga dariNya..

itu selalu je  main-main dalam fikiran i..

terima kasih kerana ramai lagi yang masih boleh wish saya happy birthday. Sesungguhnya rasa dihargai.. :) Alhamdulillah juga dikelilingi oleh orang-orang yang baik dalam kehidupan saya.. Suami yang sayang gile dengan saya.. he is romantic in his own way.. :) akhirnya akhirnya.. husband setuju untuk buat passport... he knows i love traveling.. tapi saja tau... takpelah.. janji dia dah nak buat..

Mama saya, Baba saya, Mak saya, adik beradik saya, adik beradik in laws yang tak pernah pun menyusahkan saya. Kalau dalam in laws saya, i always feel im the youngest.. best jugak jadi anak-anak kecik ni.. :) kalau belah saya memang jadi kakak sulung lah.. 

anak saya Emir.. he is soo sweet..  he bought me Nestle Bliss. (air feveret saya) and letak dalam fridge.. so semalam before 12, husband tuangkan saya air.. air Bliss tu lah.. Emir terus sedih.. dia kata.. Nestle Bliss tu is a surprise birthday present dari dia untuk saya.. dia nak bagi kat i pukul 12 malam, tapi dah tak sempat sebab Papa dia tak sengaja dah bukak air tu dan bagi dekat i.. :)

Sedara-mara dan kawan-kawan.. Alhamdulillah.. 

Ok di kesempatan ini i would love to share what i have been up to for the past few weeks, in between my tight schedule.. Akhirnya dapatlah saya ada my really online store..

Introducing..



tapi jujurnya banyak lagi orang order offline hehe.. senang kot sebab kalau nak order pada sini, nak kene log in dulu lah, sign in dulu lah.. 

website ni lebih kepada untuk jual barang-barang keperluan ibu nak beranak.. thats my main priority.. i engaged a lot of supplier to work with me dan Alhamdulillah semuanya bagi kerjasama yang baik.. Cuma target saya lepas ni memang seriously i kene master Shaklee products.. :)

till then, kalau ada nak cari barang-barang macam Set bersalin, mandian herba, minyak urut ke dari Nona Roguy ke, Tanamera ke, Amway ke.. Tropika ke boleh buzz saya or can just text me at 012 3556063..

Terima kasih

Wednesday, March 12, 2014

March 2014


  • adalah bulan yang sangat-sangat banyak dugaan.. 
  • ada suka ada duka
  • seperti biasa bila bulan March, saya bz dengan tax filing di Venezuela, Vietnam, Indonesia. Alhamdulillah Thailand dengan Canada dah boleh transit sikit-sikit ke orang lain..
  • Alhamdulillah, this year lebih terurus.. tak macam last year.. still ada hiccups but not as bad as last year
  • Emir kena chicken pox. Sedih.. dah 8 hari tak pergi sekolah. insyaAllah esok dia dah boleh kembali ke sekolah. Kalau ikutkan boleh pergi awal lagi, tapi takut dia menjangkitkan kawan-kawan yang lain. Orang kata, last stage of chicken pox adalah paling senang untuk berjangkit. Macam mana i jaga anak i tak nak bagi dia jangkitkan kawan-kawan dia, i hope other parents will do the same, tak kiralah anak sakit apa pun. We are all responsible not only to our children, but also to our surroundings.
  • Ayah saya masuk hospital. Not ready to share on the details. 
  • Untuk Malaysia, bulan March MH370 menjadi misteri dan tanda tanya. Moga kita sama-sama berdoa untuk mendapat petunjuk di mana MH370. 
  • Alhamdulillah online store saya dah dibuka. InsyaAllah saya akan announce hari Jumaat. Saya dah announce dekat Instagram. belum bersedia nak announce dekat Facebook and Blog. Alhamdulillah, penerimaan pun baik.. i rasa instagram lagi senang dapat customers..
  • Alhamdulillah adalah sangkut satu lagi kemenangan, tapi conso lagi huhu. Syukur
  • insyaAllah, kalau tak de aral, bulan ni bulan B.. moga ada rezeki untuk saya.
  • dan paling penting, bulan March bulan birthday saya :p

Friday, March 07, 2014

The day I want to write about Liyana Manan

Sesungguhnya i sendiri tak suke untuk bercerita rumah tangga orang dalam blog yang lebih kepada parenting dan cerita hal sendiri. Tapi i macam terpanggil untuk berkongsi rasa marah terhadap apa yang terjadi. Rasa macam dunia dah terbalik. 

Apalagi kisah terhangat minggu ni.. Hanez Suraya and the man. apalah agaknya hati seorang isteri bila sorang laki yang sah menjadi suami boleh datang in public dan membela perempuan yang belum sah miliknya. Hancur betul hati seorang wanita.

Liyana Manan, she is no body, semua orang tak kenal dia, tapi dia tiba-tiba mendapat simpati dari seluruh rakyat Malaysia. Dia sama macam wanita-wanita lain, keje kuat untuk tolong suami tingkatkan ekonomi rumah dan tangga, keje untuk bagi penghidupan yang baik untuk anak-anak. Sekali bila duit dah berkepuk-kepuk, suami buat hal.

I tahu LM dah pasrah dengan keadaan dia. Dia sendiri pun dah tak nak dah dengan laki dia. Dia sendiri pun cakap, hal laki dia ada betina lain bukan nya kali pertama berlaku tapi dah banyak kali. Cuma dia rasa tercabar bila gambar anak-anak dia masuk dalam IG HS. Apalah yang budak-budak tu tahu, memang la gambar senyum, but im sure to develop the love is not there. Sama macam anak kite ambik gambar dengan Siti Nurhaliza.. setakat senyum je, ,ingat anak kite sayang ke Dato' Siti. so HZ jangan nak perasan u can win the kids heart.

So, there you go. That was seriously i can say the stupid-est (ok i tak tau nak cerita macam mana), the most bodoh PC in Malaysia. To explain things that is not halal.. lagi banyak kebodohan ditunjukkan. Senang je nak tengok orang tu menipu ke tak.. Orang menipu ni fakta dia tunggang langgang. Mathematics nak kira bulan pun tak betul.

I myself masa tak tau ape2 was watching Melodi bila HS tu kata kenapa tak de isteri serang dia.. Masa tu terus mulut i cakap "ish minah ni, apehal pulak nak serang2" Perempuan yang ada akal fikiran tak kan senang-senang nak serang perempuan lain. Kalau ye lah dia nak hadap laki orang, tolong lah bagi kes laki tu settle dulu. Senyap ..jangan nak canang satu Malaysia. 

and bertambah bodoh i rasa dia suruh orang yang dianiaya mintak maaf. Adoihai.. contohnya macam ni lah.. i masuk contest, lepas tu i tak menang, i salahkan organizer,  lepas tu suruh organizer mintak maaf sebab tak bagi i menang.. grrrr..

and last Tuesday i watched Meletop (haha nampak sangat pulak i tengok segala mala gosip :) release tension la kan after long day at work).. drama-drama i tak kenal except Projek Memikat Suami.. Glee pun tak pernah tengok).. she was there, she said.. orang  yang kutuk dia dalam IG, fB, Twitter, blog apa bagai, semua dia baca.. siap boleh cakap jadi macam mainan tido dia.. 

Kesian..  put it this way, cantik tak kekal lama. berapa peratus je boleh jadi macam Cik ta tu, dan walaupun tak banyak peratus badan boleh jadi macam i :), tapi banyakk peratus orang terlekat dekat badan "macam mak mak orang".. so, im sure one fine day, when u r no longer sexy.. perhaps u akan ditinggalkan.. 

LM has nothing to lose, she has 2 children that can cheer her up. ada orang yang insyaAllah yang boleh doakan dia dan jaga dia. but HZ  you have a long way to go. If you still have parents, i kesian dekat mereka-mereka. We are not Hollywood, the more you create controversy, the more you close your pintu rezeki.. percayalah..

To LM, im sure you will not and never come across to this humble blog. but semua orang berdoa you akan dapat terbaik in life. 90% orang kat social media sokong u, 10% tu kite bagi can untuk supportter HS.. Allah sentiasa ada bersama kita. I always believe, lagi banyak ujian yang Allah turunkan, lagi dekat kite dengan Dia. 

Macam I, ok lari topik sikit.. im sucks at work. and I always wonder why i really suck at work. I know i am reliable and always commit, but i memang tak dapat recognition. buatlah i keje macam mana pun, reward at work memang macam tak mau lekat.. Then only i realized. I Alhamdulillah ada apa yang i nak, seadanya, tak de lah mewah.. suami, keluarga, anak, kawan yang baik, sedikit harta.. good life after work . except worklife. Allah takkan bagi semua perfect dekat kita. nanti kita lupa

i know what you are going through is really hurt.. Tak logik.. macam dalam novel pun iyer.  but insyaAllah kalau kita percaya Rahsia Allah.. kebahagiaan itu akan jadi milik u.. 

till then.. 

p/s Im so confused ada lawyer nak take up their case.. pulak tu perempuan .. hmm

Monday, March 03, 2014

Wish list 2014 - cari duit lebih

I sekarang tengah dalam proses untuk siapkan website i. Alhamdulillah so far so good.. kene curi masa tu yang agak payah sikit sebab kalau boleh dalam perancangan i akan fully launch website i pada 1 April nanti. Kalau boleh i nak kejar 14 March, tarikh birthday i. see how.. sekarang pun dah 60% there. Banyak lagi product yang i tak update which i kene update.

Website i adalah website khusus kepada ibu mengandung, yang nak mencari barang keperluan ibu dan anak especially ketika menanti kehadiran baby. This is my own initiative after handling more than 3 years of Komuniti Ibu Mengandung yang kini hampir ada 4,000 orang ahli.

Alhamdulillah, walaupun website belum fully launch, terkejut jugak sebab setiap hari ada je orang bertanya, dan on average 2 hari sekali order masuk.. Memang 2014 tahun i nak cari rezeki kuat-kuat. InsyaAllah.. Dulu i khusus kepada Amway je, tapi sebab i dah penat dengan strict rules regulation derang tak boleh market it online (pelik tak).. so i think i have to let them go.. sekarang ni Amway lebih kepada i beli barang untuk diri sendiri and to some of my regular customers saje. Cuma bab vitamin ni, i kene adapt sikit untuk i ambik masa try Shaklee.. ye lah so used to Amway like ages already.

Website tu, bila i dah siap, definitely i will announce here.. as a snapshot.. inilah sikit-sikit..



But for the time being, kalau ada yang nak order apa-apa barang.. just let me know what you want.. Dari set bersalin, minyak urut baby, minyak urut mummy, akar kayu, bengkung, breastpump, semua ada.. Tanamera, Nona Roguy, Amway, Shaklee, Leesa Formula, Vco dan segala mala.. insyaAllah..

Till then.. :)

Sunday, March 02, 2014

2014 tahun Conso :)

Bersyukur juga walaupun dapat conso.. :) ada  juga yang melekat kan..

Peraduan pertama yang saya dapat call untuk tahun ini adalah dari Southern Lion Contest.. bukan dapat conso pun, sebab consolation prize dapat ipad mini.. tapi saya dapat bonus prize sebab saya beli product Shokubutsu.. '

Alhamdulillah sebab i masuk pun 1 entry saje.. dan entry pun hantar via SMS... so dapatlah RM100 wang tunai.. kira pulang modal juga laa :)


Contest kedua yang saya dapat saguhati adalah dari contest ini.. Contest dari Pets Wonderland... Ada juga rezeki untuk Rizq. Again saya dapat hadiah saguhati berupa 1 Voucher for Large Bag of Pro Plan Cat Food ..  Makanan kucing Pro Plan ni mahal.. jadi merasalah Rizq makanan  Pro Plan ni


dan ini adalah contest yang saya harapkan sangat nak menang phone.. i need a new phone for my business call.. nak beli malas sebab bukan in need pun.. tapi biasalah bende yang kite harapkan menang, sekali tak menang, dapat jugak laa conso.. On a positive note.. contest ini tak memerlukan proof of purchase, masuk via online facebook contest. Alhamdulillah saya dapat Produk Dumex Dugro bernilai RM120..


yang pasti satu hadiah pun i tak dapat lagi hehe.. still menunggu time yang sesuai untuk collect hadiah

Saturday, March 01, 2014

Berkelah di Kg Kemensah

Entri ini adalah entri minggu lepas. Sorry lama menyepi sebab bila masuk tahun baru, masuk bulan Februari sampai April saya agak busy sikit. Almaklum segala mala tax majoriti countries around the world nak dekat dah deadline nya.

By the way, Emir memang sekarang ni asyik baca satu buku. Dalam buku tu cerita pasal pergi picnic. Emir minta i bawa dia pergi picnic sebab dia kata dia tak pernah pun experience nak pergi picnic.

Jadinya, sebab saya nak ajak mak ayah saya ikut, tak mahu la jauh-jauh kan. So, husband saya berbesar hati pergi survey tempat yang cantik sikit dekat Kampung Kemensah. dan inilah tempatnya.. 

Warisan Rimba.


Sebelum orang masuk mandi, makan nasi lemak dulu. Lupa pulak ambil gambar kami dekat "chalet". Kata Kak Elly, owner Warisan Rimba, ada orang sewa untuk tidur sekali. tapi tidak la kami tidur kan. Satu hari untuk berkelah cuma bayaran RM50 dikenakan.


Emir seperti biasa dah tak tertahan-tahan nak mandi dah. Sampai ke tempat ni dia masih tidur lagi.


Adik I, Ainaa, mula mula pergi gigi air dulu.. nak test kedalaman kolam ni..


Bila dah ok, baru masuk.. tak dalam pun. kalau orang besar, adalah air paras pinggang.. Air pulak air bukit, tapi sebab sekarang musim panas kan.. tak delah air bukit ni sejuk.. biasa-biasa aje. kami datang dalam pukul 9 pagi 


Lepas tu barulah i join mandi.. Datang tak mandi, jadi bila dapat berendam tu best sungguh.. :)


Gambar chalet banyak dalam kamera husband i.. As usual, i malas nak transfer.. semua gambar ni adalah dari my humble Samsung.. 


Kami lupa bawak bola, jadi rendam rendam gitu je lah.. Tempat ni sentiasa penuh, tak boleh nak booking last minute, husband came a day earlier to book and only found out, the next available date is in 15 March.. frust la jugak sebab tempat ni nampak cun, bayar pun RM50 je.. sekali rezeki kami, ada orang cancel booking dan dapatlah kami gantikan ..


Adik i Mimi paling lama sekali berendam dalam air.. sampai pukul 1.30 gitu..


Ayah I.. Masa ni ayah i tak berapa sihat.. tapi Alhamdulillah, nak gembirakan anak-anak, Baba sudi datang jugak.. Thanks Baba


Mak I and husband I tukang bakar BBQ.. I dah marinade ayam a day before. Mak i tak nak berendam, jadi "terpaksalah" bakar BBQ :D



Mother and son.. 


Laki i tu baru start turun untuk mandi lepas berhempas pulas pasang arang BBQ tu...


Emir , bila penat, terus cari makanan.. Ada burger, ada nasi lemak, ada ayam, ada sausage, ada donut.. I marinade 2 ekor ayam yang habis masa tu jugak.. Note: Keluarga Wan Salleh memang semua kuat makan pun


Yes, memang kami tak bawak bola. Sekali ada satu group of boys bawak bola, lepas derang main mintaklah pinjam kan.. This area ni is exclusive untuk pengunjung Warisan Rimba.. Ayah i akhirnya turun untuk mandi.. nampak tak ayah i dekat pacuran air tu.. sempat jugak lah Baba join main bola tampar..


Tapi sebab semua orang tak berapa pandai nak menampar, lebih banyak time ambik bola dari pukul-pukul bola.. 


Last-last semua orang tingal je bola tu. hehe.. ni gambar Mimi dan Baba..


Dalam pukul 1 lebih adik I, Jiji sampai, sempatlah anak sedara I Zubair merasa main air kejap..


Memang best bila kita go back to nature yang rupanya belakang rumah mak I je.. I dont mind to come here again.. tapi bukan dalam tempoh waktu terdekat sebab tengah busy.. :)

Kalau ada yang berminat untuk sewa di sini, boleh telefon Kak Elly 019 2095314 atau Eka 013 3376934. Satu malam RM80, sewa harian RM50.. 
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez