Hari kedua di Langkawi, memang kami dah plan untuk ke Cable Car. berdoalah supaya tak ramai orang. kami keluar hotel pun dah pukul 10 lebih, dari pekan Kuah ke sini agak jauh jugak.. all in all sampai di Cable Car nak dekat pukul 11 pagi. Masa tu risau jugak, takutlah line panjang, sekali.. line panjang la jugak, tapi beratur tak lama, dalam 10 - 15 minit macam tu untuk beli tiket.
Kata kawan husband I yang tinggal di Langkawi, Langkawi tak macam dulu sejak sebulan dua ni, dulu kalau musim cuti, Langkawi amat havoc, now.. walaupun masih ramai orang, tapi tak semeriah dulu.. mungkin sebab semua barang harga naik kot.. hmm
Emir seperti biasa, jalan je nak spek hitam, masa keluar tu, terlupa pulak bawak spek dia, punyalah bebel mamat ni, jadi nak tak nak terpaksalah i belikan sunglass dekat area tu..
I jadi boss, husband yang tolong beratur kan :D.. i told him, how secured i am when he is around.. so saje nak bagi tau dia, masa i pergi Singapore dengan Emir tu, memang i rasa tak best.. tapi apa nak buat, kalau orang tak nak ikut kan :)
Tiket - i tak berapa ingat, tapi satu tiket ikut gambar bawah ni berharga RM30 untuk adult dan RM20 untuk kanak-kanak. I tak sure harga ni harga untuk orang Malaysia atau orang luar. Tapi yang i ingat, kalau kata u all malas beratur, nak ekspress pass, you have to pay an additional of RM50 per person. so kata kalau nak cepat, satu tiket in total berharga RM80 for adult and RM70 for child. And they only accept cash payment..
Laki i ambik pakej, sekali dengan Duck tour and 6D Cinemotion (nanti i cerita in another entry), tak salah i untuk tiga pakej ni harga RM60 sorang untuk adult.. laki i yang bayar, so i tak berapa tau..
Masa beratur.. i rasa ada kot dalam 30- 40 minit.. i tak de la pulak rasa lama, mungkin sebab cara dia susun beratur bukan main banyak zig zag, jadi tak terasa kita tunggu lama,.. yang gambar bawah ni masa kami lagi 5 minit nak naik
Satu cable car boleh muat dalam 6 orang. kalau sapa gayat, jangan lah pandang bawah. panjang cable car ni. kalau mama i confirm dia tak naik (mama sangat gayat)
Emir dalam cable car. he is one happy little boy.. u can read his expression kan
Emir suke kalau tempat yang ada tinggi-tinggi ni.. sebab dia tahu i ni pun boleh tahan gayat jugak
di ketinggian 700 meter dari aras laut.. ada dua pit stop untuk observation deck.. memang sejuk betul..
tengok lah aksi husband i nak dapatkan gambar.. yang dalam blog ni semua gambar dari kamera phone i. kamera emran i malas nak upload and edit.. im sure ada banyak cool shot kan
one tip.. sapa nak pergi sini jangan lah pakai tudung yang melayang-layang or pakai skirt, angin tiup agak kencang gitu.. ye lah atas bukit kan.. orang pakai skirt, terkebil2 tutup skirt depa..
anak i sangat happy datang sini walaupun tak ada apa setakat menikmati pemandangan saja.. im sure ur child / children too :)
Bestnya..!
ReplyDeletePapazakwan gayat haha
Zakwan suka sakat papa dia
Kikiki
emir pandai betul posink yer.. dah la comel.. seronok sungguh emir gi jalan2 ke gunung tu..
ReplyDeletemy hubby sgt gayat..so memang tak merasalah i nak naik cable car ni wpun dh byk kali gi langkawi ..
ReplyDelete