Tidaklah berapa baru, tapi orang tua akan kata.. "ooh yang baru kawin hari tu yer" .. walaupun hari tu bulan May tahun lepas.. so masih valid dikira baru. :) End of December yang lepas, Ani cousin saya yang paling saya rapat ya Ampun, disebelah pihak suaminya mengadakan Jamuan kesyukuran bagi meraikan bukan sahaja kedatangan Ani ke family baru mereka, tapi juga kedua ibu bapa mertua Ani dan adik iparnya yang baru pulang dari mengerjakan haji yang lepas. Majlis diadakan di Restoren Haslam.
For a record, first time attended official function di Restoren Haslam. Selalu datang lunch saja.
Nampak maintain kan, padahal perut tu dah masuk second trimester :)
adik I yang single lagi but not available - Ainaa
with Encik Suami
with kedua ibu bapa - Mama pandang tempat lain pulak
bersama dengan mak mak sedara, sepupu sepapat dan adik beradik.
ini kalau tak kenal saja lah kan.. he is wearing that famous baju kotak-kotak.. i ni kind of like baju tu at this moment, so Emir akan repeat je lah baju tu :D
Paling best, acara diserikan dengan mini contest.. I dengar je perkataan contest memang orang pertama la yang mata terbeliak haha
Ada lima peluang nak menang hadiah..
Lucky draw pertama: Siapa ada syiling lama 50 sen...
Kelam kabut cari sekali adik ipar I, Akhir ada.. terus lah Akhir pergi
and he won
Coffee maker u...
Anak sedara I, Zubair happy bukan main, tapi bapak dia lagi happy kot
Soalan kedua: Sapa pakai jam Swatch.. takde takers pulak masa tu
Soalan ketiga: Sape pakai baju yang ada jersey
Lepas tu ada pulak best dress of the night..
Adik I mimi antara salah seorang pemenang..
Sebenarnya ada satu soalan: Kedua pengantin ni anak yang ke berapa.. I suruh Emir ke depan, sekali tak sempat pulak.. Being my son, mana lah boleh kalah huhu, muka dah toya.. sekali nasib baiklah MC dapat baca Emir.. boleh pulak ada soalan
Siapa yang pakai baju kotak-kotak warna merah cepat datang ke depan.. Obviously Emir the only one yang pakai baju kotak-kotak.. terus mamat ni senyum meleret..
So kira, meja kiterang je tiga hadiah kiterang balun hahaha . apa nak buat contest seeker pun ada dalam meja ni .. Tapi memang sangat menarik buat macam ni, gamat dewan makan ni..
Tapi budak kecik macam mana pun manalah boleh duduk diam.. dua dua restless, kiterang tak bagi Emir main iPad..
Zubair.. budak ni nampak je kecik tapi suara dia besar gitu... kalau dia jerit, satu dewan boleh dengar
Makanan? tiptob babe, pilihan lauk sangat banyak, two thumbs up.. lupe pulak ambik gambar makanan, sebab sedap sangat dapat makan..
Tahniah kedua pengantin, tak sabar nak tengok anak korang.. oh yang baju merah tu dialah pengantin laki..
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..
Bestnya ada lucky draw masa kenduri mkn2... Unik :)
ReplyDeletemantap la bosh mampir disini juga
ReplyDelete