Tuesday, December 11, 2012

Review || Tips ke The Little Big Club Malaysia

First of all, I have a lot lot to share, from Singapore to Bukit Kayu Hitam, I have yet to post any of the entry, due to my... laziness..

anyway, as promised, i would love to share some tips and review to The Little Big Club Malaysia in Bahasa Melayu. So if you want to read in English, please help yourself to ask assistance from Google's translation :)

Dekat mana The Little Big Club

Little Big Club terletak di bangunan yang sama dengan Sanrio Hello Kitty Town di Bandar Nusajaya. I personally rasa ia adalah alternatif untuk ibubapa yang tak ada anak perempuan yang tak mahu cecah langsung Hello Kitty Town macam Emir.

The Little Big Club ada dua tingkat berbanding dengan Hello Kitty yang cuma ada satu tingkat, dan kalau ikut kata-kata pengunjung yang ke Hello Kity (sebab i tanya dengan salah seorang), dia kata, Hello Kitty lagi ramai orang dan kurang menarik.. lebih kepada membuat Art & Craft, painting .. hanya ada satu ride saja dalam Hello Kitty (let me know if I put the wrong info)


you see.. Emir nak ambil gambar pun tak nak

Tiket ke The Little Big Club

Harga Tiket adalah seperti berikut


Err nampak tak? Just click for a better view. Basically RM50 tak kisah dewasa atau kanak-kanak tetapi mesti ada myKad. Kalau tak ada myKad harganya RM65, kalau nak masuk both Hello Kitty Town dan The Little Big Club harganya RM85 (dengan myKad). Memandangkan Emir tak nak langsung sentuh Hello Kitty Town, jadi kami beli tiket RM50 untuk masuk The Little Big Club sahaja.

Siapa yang patut ke The Little Big Club

Untuk saya, senang cerita, The Little Big Club sangat sesuai untuk anak-anak yang tak cukup ketinggian untuk ke Legoland :) atau yang masih lagi tengok program Playhouse Disney. kalau ada anak yang besar lagi pada tu, i rasa depa ni boleh mati kutu.. sebab mainan yang ada di sini memang sesuai untuk anak-anak kecil.

Apa yang ada The Little Big Club

1. Barney's house

Aktiviti dari Barney akan diadakan di sini


2. Angelina Ballerina's House

Anak perempuan mesti suka dengan rumah ini sebab mereka berpeluang untuk belajar ballet dan berpakaian seperti penari balet. I tak pasti kalau hanya masa-masa tertentu saja orang yang akan ajarkan, tapi kalau ikut pengamatan I, macam sentiasa ada staff yang akan mengajar tarian balet.



3. Bob the Builder House

More like a miniland. Tak boleh nak komen sebab Emir tak masuk sini, Emir lebih attracted dengan playground yang terletak di tingkat satu lagi.


4. Pingu's House

Dalam rumah Pingu ni macam Family Playland yang kita selalu tengok di Jusco dan lain-lain tempat. Of cos token-token kene bayar.. Sekali lagi, Emir tak berminat untuk ke sini.



5. Persembahan dari carton dalam PlayHouse Disney

I rasa ini adalah yang paling berbaloi sekali, sebab The Little Big Club akan menjelajah ke seluruh dunia untuk membuat persembahan dan tiket yang mereka jual adalah sangat mahal. Walaupun setiap show hanyalah 30 minit saja, tapi i rasa berbaloi, show bukan setiap masa.. Ibu bapa kene sentiasa observe timing untuk show-show ni..


source: http://www.ourjb.com.my/index.php/the-little-big-club/

Tapi kalau ikut kata staf, show-show ni selalunya cuma ada pada musim cuti sekolah saja.. mungkin tak ramai orang, saya sendiri pergi hari Sabtu, musim cuti sekolah, tapi orang tak berapa ramai.. beratur pun tak panjang langsung..

Sebab kami cuma masuk pukul 2, jadi kami cuma sempat tengok Barney Mini Show saja pukul 4.30..

http://www.emmira.blogspot.com/2012/12/the-little-big-club-malaysia.html

6. Rides di The Little Big Club

Saya rasa ada 6 rides saja.. boleh lihat entry saya di sini untuk rides-rides di The Little Big Club.. yang pasti tak ada satu rides yang membahayakan.. :)

http://www.emmira.blogspot.com/2012/11/the-little-big-club-part-1.html

Staff di The Little Big Club

Kalau ada yang pernah pergi Disneyland di Jepun, atau mana-mana country yang sentiasa melayan pelanggan dengan senyuman, i rasa inilah tempat yang you akan seronok dengan layanan staff-staff di sini. Honestly, they smile, they greet and they help your child.. Seriiously i give them 5 stars for customer service.

Makanan di The Little Big Club

Standard mahal :) Chicken burger saja sudah RM8.50 (ok i couldnt remember, but its either RM7+ or RM8+) tak termasuk air. dan itu adalah makanan yang paling murah di situ.. satu saje, walaupun beratur tak panjang, tapi penyediaan makanan adalah sangatttt lama.. so i rasa dekat sini je kot you kene bersabar sikit ;)

Keadaan di The Little Big Club

Don't worry, tandas semua ada dan tempat ini adalah berhawa dingin, jadi tak hairanlah sambil melayan anak-anak tu, you akan tengok ramai je mak ayah sampai tertido-tido tunggu anak-anak main, ye lah kan.. tempat sejuk :)

Barang untuk dibawa The Little Big Club

Makanan, kalau nak elak makan mahal di sini, bawalah bekal. Sebab makanan memang mahal pun, tiada restoren berdekatan, cuma saya tak berapa pasti restoren yang lain. Dalam bangunan ni ada satu lagi restoren sebelum kite masuk tiket ke The Little Big Club atau Hello Kitty Town, tapi tempatnya sangat kecil. dan saya rasa dia jual sandwich saja.

Ada satu lagi restoren yang saya tak dapat check di luar bangunan ini, saya tak pasti itu buffet ke atau food hall. tapi ramai jugalah orang di situ.. tempat pun cantik sebab terletak sebelah marina.

Again untuk kaum wanita, bawalah pad in case tetiba bende merah keluar :), kalau dekat Legoland sekurang-kurangnya ada jugak mynews.com dekat sini tak ada apa-apa ya :)

Operating hours: 10 am to 6pm 

In casa nak tahu review ke Legoland 

boleh ke sini

http://www.emmira.blogspot.com/2012/11/tips-ke-legoland-malaysia-tips-to.html



4 comments:

  1. this is really very informative ! will refer to this if I ever end up going all the way there

    ReplyDelete
  2. really help esp part activity & the timing..rasenye we made up our mind lah mira..ermm..legoland xyah la kot

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez