semua orang pernah rasa kehilangan, secara jujurnya, hati ini pertama kali terkesan dengan kehilangan arwah Tok Wan I way back in 1996, mase tu i was in Form 2. Nak kata I terlalu rapat dengan arwah Tok wan tidak juga tapi mungkin arwah Tok Wan pergi meniggalkan kami sekeluarga dalam keadaan kami tidak bersedia. Arwah tok wan pergi sungguh senang sekali, ingat lagi tika arwah dimasukkan ke hospital, arwah masih bergerak bebas walau pun selepas itu kami semua dimaklumkan tentang sakit yang dialami oleh Tokwan - leukimia. Walaupun leukimia, tokwan hanya betul2 sakit di hari pemergiannya, selebihnya arwah sihat seperti orang lain..
Jadi semasa arwah pergi, i menangis semahunya.. bukan sehari, bukan dua hari, berhari-hari. sungguh i tak sangke, memang orang kate tak baik untuk meratapi tapi perginya seseorang yang terlalu hampir dengan kita memang benar lain rasanya. tambah pulak tokwan seorang atok dan orang yang sangat baik..
Namun, ya, sebagai seorang Islam, sesungguhnya setiap kematian itu ada hikmahnya kepada kite yang masih ditinggalkan di dunia ini.. Sedikit demi sedikit, kita akan segera teringat padaNya yang dunia ini hanya pinjaman sementara. Kaya macam mane pun kite, kepadaNya kite pergi hanya dibekalkan dengan amalan kita di dunia. Ya, kematian arwah Tok wan sedikit sebanyak mengubah diri I..
Kemudian, i kehilangan kedua-dua arwah opah dalam tahun yang sama iaitu tahun 2002. namun hebatnya kehilangan mereka tidak sehebat kesan yang tinggal semasa I kehilangan arwah TokWan.
then i masih ingat, tibalah tahun 2003, orang yang bukan dari darah daging i, in fact mereka-mereka (ya dua orang) ini i tak pernah bersua muka apatah lagi mengenali mereka, pemergian mereka sekali lagi meninggalkan impak yang besar dalam diri i. Mereka, (dah lupe ape name mereka) sebaya saya, mase tu umur baru menganjak ke usia 21 tahun, kedua-dua arwah masih belajar, nun jauh di Michigan US sane, dan kedua-kedua arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa mereka ketika mereka berdua baru pulang dari mengerjakan solat tarawikh. Sungguh baik bukan pemergian derang, di dalam bulan puasa, dan baru pulang dari solat tarawikh, mungkin dengan berbaki air sembahyang lagi, kedua-kedua arwah ini pergi mengadap penciptaNya.
Bukan tangisan yang I bawa, tapi pemergian betul2 buat i berfikir, Allah boleh tarik sesiapa bila-bila yang dikehendakiNya, dan buat i terfikir, macam mane pula bile tibenya giliran I mengadapNya, adakah semudah mereka atau sebaliknya.. tiba-tiba mase tu rase malu dengan Dia, mane taknye, amalan pun belum cukup lagi (sekarang pun belum cukup juga)..
Waktu itu juga, i sedang menghadapi exam, dan malam itu, tidak langsung i dapat mengabsorb ape yang dibace sebaliknya lebih kepada bertawakal.. Esoknya i masuk dewan exam dalam keadaan ape yang ada dalam kepala dan lupe pulak I subjek tu i dapat ape, yang pasti tak repeat la kan :)..
Bayangkan semuda 21 tahun sudah pergi meninggalkan alam ini. Itu yang i fikirkan di waktu itu..
Kemudian silih berganti perginya insan yang dikenali, jauh dan dekat, sorang demi seorang dipanggil menyambut panggilan Ilahi.
Dan kini hati saya tersentuh lagi buat sekian kalinya. Adik Faris pergi dalam usia yang muda.. sangat muda.. 6 tahun.. sebaya pula dengan Emir.. 6 tahun ape lah sangat si kecik ni tahu tentang HLH, Faris mungkin sudah kenal huruh H dan huruf L, tapi mustahil dia tahu Hemophagocytic lymphohistiocytosis.. 6 tahun ape lah daya si kecil melawan penyakitnya, namun di usia 6 tahun, Allah telah beri dugaan ini untuknya.
Berat mata kita pandang, berat lagi Faris yang terpaksa melawan penyakitnya. Dengan wayar yang segalanya berselirat di badannya sudah cukup menggambarkan betapa deritanya penyakit Faris. dengan dunia internet, walaupun i hanyalah kenalan jauh, gambar demi gambar yang dipostkan untuk tatapan semua serta bait-bait harapan dan tulisan seorang ayah, membuatkan kite ni lebih dekat pada Faris.Jujur saya katakan, Faris sudah bagai anak sendiri, setiap kali i pandang Emir setiap kali itu jugalah i bayangkan Faris, setiap kali Emir menangis, setiap kali itulah i teringat Faris, setiap kali i tengok mulut Emir yang tak berhenti bercakap, serta merta i tahu, Faris pernah satu ketika begini juga, melompat ke sana ke mari (ya saya antara insan bertuah dapat melihat Faris ketika sihatnya dulu), berlari tak berhenti, mulut bertanya itu ini, keletah Faris sudah tentu meriangkan ibu dan ayah Faris sebagaimana keletah Emir yang sentiasa meriangkan hati I dan laki I.
Jadi, bile mane melihat keadaan Faris begitu, hati i tersentuh, sakit langsung tak kenal usia, bila-bila saje Allah boleh tarik. Allah hanya pinjamkan 6 tahun saje Faris untuk bersama-sama dengan ibu dan ayahnya. Akhirnya Faris pergi jua untuk menjadi bidadari kecil di syurga.
Faris mungkin kini riang berlari bersama teman-teman di syurga, entah, saya pun tak tau macam mane nikmatnya syurga, tak tau macam mane keadaan di sana.. pembacaan yang ada memang terbatas dengan keadaan sebenar di sana.. tapi saya tahu Faris adalah ahli syurga. setia menanti ibu dan ayah, mungkin kini setia menjaga adiknya yang bakal dilahirkan..
Al-fatihah kepada arwah Faris Nur Daniel...
al-fatihah..byk kali i nangis ari ni...wpun tak kenal tapi rasa mcm kenal..sbb hati seorg ibu kan...
ReplyDeleteYa Allah sedihnya. Moga both his parents diberi kekuatan semangat dan iman.
ReplyDeleteal-fatihah utk arwah..
ReplyDeletemoga keluarga arwah tabah menghadapinya..
sedih ifa baca cte psl arwah nie..smp email pun ifa ada dpt nie..
sedihnya....:-( al fatihah faris sayang....
ReplyDeletesgt tersentuh ,betul mira..kite pon bila tgk anak2 kite dok happy sana sini..dok teringat faris kat spital ..huhu walaupon tak penah jmpa dia..
ReplyDeleteMira,
ReplyDeleteI like this entry very much...
Yan
ibu2 yg xpnh jmpe bidadari syurga nipon blh nangis ..inikan yg u mira..alfatihah utk bidadari nih =)
ReplyDeletekisah adik faris betul2 buat aku terfikir mampu ke aku hadapi apa yg parents arwah lalui?? sedih sgt bile tgk keaadaan die kt hospital, bdn penuh dgn wayah.. sebak sgt..
ReplyDeleteBottom line is......Hargailah masa kite bersama anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.