Wednesday, February 29, 2012

Winning entry: The Manhattan FISH MARKET

Lame benor lah i tak menang, ade sebenarnya dalam few magazines, tapi tak redeem hadiah lagi, lagipun i pun tengah mood agak kurang nak masuk contest.. tapi, tapi, tadi bukak FB ade orang kate congrats... seronok la kan... walaupun tak tau lagi contest ape


rupenyer menang contest ni..




I masuk sebab winner is based on the best love quote.. I pulak mane lah orang yang cintan cintun, ayat-ayat jiwang ni lagi lah tak pandai, tapi sebab contest punye pasal, semua boleh hahaha..

so this is my winning slogan, was created in few minutes sebab mase tu i joined last minute and dah ngantuk... (to be honest, i masuk contest selalu last minit :))

3rd Winner - Wan Amira Wan Salleh


Dear Husband,
You turn sour when I told you, you are just like Facebook, but this is what I mean
Facebook's Wall = our world; where I never hide to show that I love you
Facebook's message = our house; where we grow our love together
Facebook's photo = our diary; where we create the history


yes, you are still my Facebook, because everyday there will be a "click" in my heartbeat of you in me and yes, you are additive!!


Love
your wifey


sungguh i tak rasa jiwang pun hehehe..


to that, i just win myself...
The Manhattan FISH MARKET Grilled Flaming Lobster Platter worth RM 109.90


p/s sungguh i suke dapat hadiah makan-makan ni.. :)









Yusry & Lisa Wedding Reception - More pictures from Hubby's camera..

Seperti yang dijanjikan, I berusaha jugak untuk upload seberapa banyak gambar malam ni.. Don't worry, I takkan membebel panjang sebab I know-lah u all nak tengok gambar je kan :)

Sebelum tu, meh nak letak disclaimer sikit

Gambar-gambar ni semua dari kamera husband I, so as a photographer yang mementingkan kualiti dari kuantiti, sila maklum gambar-gambar dalam ni tak edit langsung, i yang convert sendiri and setakat letak watermark dekat gambar orang glamer saje.. So you know lah kan, photographer ni kadang kan ( i think selalu :p) cepat terasa sikit kalau kita upload gambar depa before final editing punye.. :) takut jatuh saham hahaha

Sebelum tu meh kite start dengan gambar yang errrrr --- sabar je lah ----


Yes, you are right, hubby with Nora Danish.. laki i siap cari ke meja ok.. tukang ambik gambar, sape lagi, I lah.. 

 my uncle with Aznil


 MC - Vanidah and FBI


Lisa tengah tunggu pujaan hati yang kene tol..  


Kumpulan Rabbani 


 Decoration of the guest table and of cos - the food!!


Ok, tak yah nak diperkenalkan lagi :p..  


anak didik KRU, tak tau kumpulan ape, tak dapat tangkap TAPI adoi hai, adik2 ni kene belajar banyak lagi ni.. nyanyi memang ke laut betul..  


 nasib ada Jac yang memang best suara dia .. nyanyi lagu Sedetik Lebih and When I fall in love with you...

 and Aizat in the house... spontan Aizat kene nyanyi upon request by Yusry and Lisa



Laki i memang banyakkkk sangat gambar dia dengan female artist... sabarrr la kan.. with Julia Zieglar.. 


with Aizat... 


the RED couple 


 see I told you.. Hubby with Diana Danielle...

me with Dynas... murah rezeki dia mengandung lagi.. I cakap kat dia.. Dynas tinggi nyer you, and she said "kan.. dah la tinggi perut besar lagi".. but she is pretty and glowing!! 


part of our family who came that day 


Sazzy Falak 


membelakangkan pelamin... 


ok, nak jugak merasa duduk pelamin lisa kan..... 

Nanti I sambung lagi ok.. nak tido dah..

Till then 
daaaaaaaa.....





Tuesday, February 28, 2012

Wedding again...

Actually, malam masa lisa kawin tu, i balik rumah lambat, udah la balik dari PICC dalam pukul 11 lebih, lepas tu since I tinggalkan Emir dekat Kemensah, kene lah singgah Kemensah dulu ambik Emir.. and the best part, my brother called me kate Emir sakit perut and terkucil.. Dengan pakai baju cantik-cantik tu, sampai Kemensah kene cuci segala mala baju, the best part, kene dekat lap kaki, imagine dalam pukul satu pagi lebih kene cuci baju.. penattt!!

then only we arrived our home around 2.. and tidur around 2.15 macam tu, so semalam keje memang macam zombie lah.. then malam semalam pulak habis je tengok Emir buat homework, terus anak beranak sekalian tidur...

then.. ok.. the bottom line is.. that's the reason why it takes me sometime to upload all the pictures heehhehe.. :) insyaAllah malam ni i pulun habis.. especially bab2 fesyen artis kan :)

ok tak pe, i tinggalkan you all dengan gambar ibu bapa, suami, adik I dan yours truly bersama pengantin of the year ok.. kesian depa ni, imagine guests around 1500, semua nak bergambar, semua nak bersalam.. penat berdiri tegak macam tu, even kiterang keluar dewan pun lepas satu jam majlis habis, sebab sibuk ambik gambar kat dalam dewan dulu.. kesian ayah Yusry la kot.. kene berdiri macam tu berjam untuk salam dengan semua tetamu...mase ni pun panjang lagi line nye..


malam ni ok, malam ni ok.. tak pun esok pagi... tapi InsyaAllah...


Monday, February 27, 2012

Lisa & Yusry's Wedding Part 1

Sorry, I have to do it part by part since I have limited time to upload all pictures at one go.. So lets warm up with...

gambar pelamin.. yerp, pelamin actually was the only decoration in the hall. very simple wedding i might say.. itu saje.. pelamin pun very simple but nice.. :) sorry gambar jauh, malas nak ke depan berebut dengan photographers yang kamera gedabak gedabak tu, kamera i kecik je..., gambar dekat, dalam kamera hubby.. i will upload later..

the MCs - Vanidah and Faizal FBI.. Faizal tu lah yang bagi kelakar majlis, Vee biase-biase je, Faizal dengan muke takde perasan, tapi buat lawak satu hall gelak ..

and of course, the highlight of the day -- the FOOD.. as you all know, foods were prepared by Pak Engku Catering...

Rojak buah - starter

Main menu.. ade sayur aca, rendang masak hitam, ayam kuzi, ikan filet goreng, nasi beriyani .. overall ok, tak de lah sedap yang sedap, and tak de yang tak sedap pun.. tapi my rating OK saje :)

perhaps pemanis pemanis mulut ni yang i suke.. especially yang tepung bungkus tu.. sedap :)

lepas ni i upload gambar best sikit okeh.. tunggu!!!!



Note

I will update gambar-gambar yang diambil masa wedding Yusry and Lisa yesterday soon ---> kene tunggu hubby I rajin ke tak.. sebab banyak dalam kamera dia :)

But overall, just love the wedding, really simple, more like family affairs wedding, tak de dato' datin tan sri ape bagai nak merenjis, semuanya family saje... decoration pun very simple.. even Yusry and Lisa tak de nak tukar2 baju, satu baju je ..

Till then..
daaa


Saturday, February 25, 2012

Can we do this together...

Pesanan dari ayah Faris...











Thursday, February 23, 2012

When I write...

Salam semua,



semua orang pernah rasa kehilangan, secara jujurnya, hati ini pertama kali terkesan dengan kehilangan arwah Tok Wan I way back in 1996, mase tu i was in Form 2. Nak kata I terlalu rapat dengan arwah Tok wan tidak juga tapi mungkin arwah Tok Wan pergi meniggalkan kami sekeluarga dalam keadaan kami tidak bersedia. Arwah tok wan pergi sungguh senang sekali, ingat lagi tika arwah dimasukkan ke hospital, arwah masih bergerak bebas walau pun selepas itu kami semua dimaklumkan tentang sakit yang dialami oleh Tokwan - leukimia. Walaupun leukimia, tokwan hanya betul2 sakit di hari pemergiannya, selebihnya arwah sihat seperti orang lain..


Jadi semasa arwah pergi, i menangis semahunya.. bukan sehari, bukan dua hari, berhari-hari. sungguh i tak sangke, memang orang kate tak baik untuk meratapi tapi perginya seseorang yang terlalu hampir dengan kita memang benar lain rasanya. tambah pulak tokwan seorang atok dan orang yang sangat baik..


Namun, ya, sebagai seorang Islam, sesungguhnya setiap kematian itu ada hikmahnya kepada kite yang masih ditinggalkan di dunia ini.. Sedikit demi sedikit, kita akan segera teringat padaNya yang dunia ini hanya pinjaman sementara. Kaya macam mane pun kite, kepadaNya kite pergi hanya dibekalkan dengan amalan kita di dunia. Ya, kematian arwah Tok wan sedikit sebanyak mengubah diri I..


Kemudian, i kehilangan kedua-dua arwah opah dalam tahun yang sama iaitu tahun 2002. namun hebatnya kehilangan mereka tidak sehebat kesan yang tinggal semasa I kehilangan arwah TokWan.

then i masih ingat, tibalah tahun 2003, orang yang bukan dari darah daging i, in fact mereka-mereka (ya dua orang) ini i tak pernah bersua muka apatah lagi mengenali mereka, pemergian mereka sekali lagi meninggalkan impak yang besar dalam diri i. Mereka, (dah lupe ape name mereka) sebaya saya, mase tu umur baru menganjak ke usia 21 tahun, kedua-dua arwah masih belajar, nun jauh di Michigan US sane, dan kedua-kedua arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa mereka ketika mereka berdua baru pulang dari mengerjakan solat tarawikh. Sungguh baik bukan pemergian derang, di dalam bulan puasa, dan baru pulang dari solat tarawikh, mungkin dengan berbaki air sembahyang lagi, kedua-kedua arwah ini pergi mengadap penciptaNya.

Bukan tangisan yang I bawa, tapi pemergian betul2 buat i berfikir, Allah boleh tarik sesiapa bila-bila yang dikehendakiNya, dan buat i terfikir, macam mane pula bile tibenya giliran I mengadapNya, adakah semudah mereka atau sebaliknya.. tiba-tiba mase tu rase malu dengan Dia, mane taknye, amalan pun belum cukup lagi (sekarang pun belum cukup juga)..

Waktu itu juga, i sedang menghadapi exam, dan malam itu, tidak langsung i dapat mengabsorb ape yang dibace sebaliknya lebih kepada bertawakal.. Esoknya i masuk dewan exam dalam keadaan ape yang ada dalam kepala dan lupe pulak I subjek tu i dapat ape, yang pasti tak repeat la kan :)..


Bayangkan semuda 21 tahun sudah pergi meninggalkan alam ini. Itu yang i fikirkan di waktu itu..

Kemudian silih berganti perginya insan yang dikenali, jauh dan dekat, sorang demi seorang dipanggil menyambut panggilan Ilahi.


Dan kini hati saya tersentuh lagi buat sekian kalinya. Adik Faris pergi dalam usia yang muda.. sangat muda.. 6 tahun.. sebaya pula dengan Emir.. 6 tahun ape lah sangat si kecik ni tahu tentang HLH, Faris mungkin sudah kenal huruh H dan huruf L, tapi mustahil dia tahu Hemophagocytic lymphohistiocytosis.. 6 tahun ape lah daya si kecil melawan penyakitnya, namun di usia 6 tahun, Allah telah beri dugaan ini untuknya.


Berat mata kita pandang, berat lagi Faris yang terpaksa melawan penyakitnya. Dengan wayar yang segalanya berselirat di badannya sudah cukup menggambarkan betapa deritanya penyakit Faris. dengan dunia internet, walaupun i hanyalah kenalan jauh, gambar demi gambar yang dipostkan untuk tatapan semua serta bait-bait harapan dan tulisan seorang ayah, membuatkan kite ni lebih dekat pada Faris.

Jujur saya katakan, Faris sudah bagai anak sendiri, setiap kali i pandang Emir setiap kali itu jugalah i bayangkan Faris, setiap kali Emir menangis, setiap kali itulah i teringat Faris, setiap kali i tengok mulut Emir yang tak berhenti bercakap, serta merta i tahu, Faris pernah satu ketika begini juga, melompat ke sana ke mari (ya saya antara insan bertuah dapat melihat Faris ketika sihatnya dulu), berlari tak berhenti, mulut bertanya itu ini, keletah Faris sudah tentu meriangkan ibu dan ayah Faris sebagaimana keletah Emir yang sentiasa meriangkan hati I dan laki I.

 Jadi, bile mane melihat keadaan Faris begitu, hati i tersentuh, sakit langsung tak kenal usia, bila-bila saje Allah boleh tarik. Allah hanya pinjamkan 6 tahun saje Faris untuk bersama-sama dengan ibu dan ayahnya. Akhirnya Faris pergi jua untuk menjadi bidadari kecil di syurga.



Faris mungkin kini riang berlari bersama teman-teman di syurga, entah, saya pun tak tau macam mane nikmatnya syurga, tak tau macam mane keadaan di sana.. pembacaan yang ada memang terbatas dengan keadaan sebenar di sana.. tapi saya tahu Faris adalah ahli syurga. setia menanti ibu dan ayah, mungkin kini setia menjaga adiknya yang bakal dilahirkan..

Al-fatihah kepada arwah Faris Nur Daniel...


Takziah kepada Adik Faris

Al fatihah, setiap yang datang pasti akan pergi satu hari nanti..

Mungkin I tak ade pertalian darah, tapi pemergian Faris, betul-betul menyentuh naluri I sebagai seorang ibu..

Buat masa sekarang, I am not emotionally stable.  I still terbayang-bayang Faris main dengan Emir sewaktu menyambut birthday Faris yang ke5 tahun lepas.. 

Till then
Amira

Wednesday, February 22, 2012

BIG Winning: 3 days 2 nights at Sunway Putra Hotel KL

courtesy from Santai Magazine... 




and honestly this is my first big winning in the year 2012.. Happy tak? Of course la happy!!..  Even though 2012 seems a lil bit slow from me, but Alhamdulillah, ade jugak rezeki  yang terlekat.. 


sekali lagi, untuk tahun ni yang menariknya nama i tak naik-naik lagi, semua yang menang nama orang lain.. :) and this time around, my husband's name is selected as the winner :) --- tak kisah janjiiiii i pun dapat merasa... The contest winner is selected based on the best slogan, i submitted two entries (diff contests, same magazine) in which at that time, i just prepared the slogan while I was almost fall asleep -- mase tu bangkit kejap sebab teringat due date dah dekat hehe.. actually i target nak menang Grand Lexis, PD, tapi tak de rezeki dekat situ


I baru tau Sunway Hotel Putra ni sebenarnyer dulu Legend Hotel ..




walaupun tengah KL , as long as it is FREE i memang gedik suke hehehe.. -- u think i wanna spend few hundreds just to stay at any hotels in KL.. a BIG no :d




and.. dapat Deluxe room which is worth RM259 per night..  dan paling penting ade Internet Connectivity !!




so, can i say this is my birthday present as well? Alhamdulillah


p/s nak ambik gambar surat tu, tapi sekarang ni my compact camera tak dak..







Monday, February 20, 2012

Im still here... -- something to share..

ya lah.. im still here.. .


been busy..


as a record, today is my first MC for the year 2012


went to the doctor and err and perhaps I may have to refer to specialist..


hope everything will be fine.. insyaAllah...


and oh.. i have no idea what to wear for Lisa & Yusry's wedding this Saturday -- susah betul jadi orang plus size ni.. baju mahal-mahal belaka.. probably, I just recycle what I have in the wardrobe.


oh, i have been busy too with my Amway project .. :) insyaAllah, slow but steady. I am concentrating on Set bersalin Tropical Herbs / Post natal care set by Amway which strikes 6 orders for this week. Alhamdulillah and next to come is for me to kick-off the vitamin / supplement. 


and as an update, yesterday I visited Faris, the boy who is now fighting for his life. Yes, this time, I broke to tears especially when i hugged his mother. Kite ni ibu, kitelah yang melahirkan dan membesarkan, bukan senang seorang ibu dapat melalui saat-saat di mana anak yang dikandung selama 9 bulan sedang melawan penyakit yang kronik.


Some of my conversation with his mother, honestly we didn't know each other that well but our motherhood tells everything


Me: "awak, i still ingat Faris main bola dengan Emir"
Ibu Faris: "awak doakan Faris ye, kalau umur Faris panjang, dapatlah saya tengok dia main lagi"


Speechless..


Harap kita semua dapat panjangkan doa untuk Faris ..




Saturday, February 18, 2012

Ya Allah, peliharalah anak ini..

Minggu ni, I terlalu sibuk dan mengalami ketidakstabilan emosi juga, apa nak buat, keje makan gaji, kadang naik kadang turun. Sedih ada, happy ada, tapi bila difikirkan balik, apalah sangat masalah yang I ada dibandingkan dengan ujian-ujian yang Allah turunkan pada orang lain.


Di kebanyakan Facebook dua tiga hari ni, I rasa banyak orang yang berkongsi kisah seorang anak yang kini sedang bertarung nyawa akibat penyakit dihadapai. Anak tersebut namanya Faris, merupakan anak kepada kawan Emran. Faris baya Emir, disebabkan persahabatan antara laki i dengan bapa Faris, berapa kali juga saya ketemu Faris.


Faris sebaya Emir, comel budaknya, setiap kali datang, setiap kali jugalah Faris main bola, kuasa Tuhan, siapa sangka anak yang sihat dan bebas berlaki kini terlantar sakit.. 


Emran bawa Mira menziarahi anak ini dua minggu lepas. Faris di ICU, mahu mendekati Faris, mask diwajibkan. Sedih, wayar bersirat di sana sini. Berat mata kita pandang, berat lagi keadaan ibu dan bapa Faris, apa lagi Faris yang masih kecik yang terpaksa mengharungi ujian ini.. Ibu Faris juga kini mengandungkan adik Faris, .


Saya print-screenkan untuk tatapan semua. Jika ada kesudian, hulurkanlah bantuan yang ada untuk meringankan kos perbelanjaan hospital, dan paling penting doakan kesihatan Faris.










Wednesday, February 15, 2012

Silent reader...

ok, im so busy right now.. hehe.. bile ade time pegang komputer, i jenguk dulu ape2 contest yang best :p.. so nak blogging tu slow sikit.. 


by the way, do you appreciate your silent reader? me .. yes!! honestly i would love to meet them like for example im meeting Jojoe before.. she was my silent reader many many years back ... :D


and now, i managed to "catch" another silent reader...


Helo helo helo..


Calling for Aini Munirah (i hope I get your name right )... thank you thank you.. heard that you are with me since Emir was born ? 



hope to meet you one fine day..


daaaa ..


Loves
Amira




Tuesday, February 14, 2012

School closed..

Yes, only Emir's school is on "holiday" starting from last Friday up to this Wednesday..


yes, school has been instructed by the Ministry of Health to be closed due to HFMD..


and I just got to know about it accidentally from my friend's blog - Ariffah, nasib..  kalau tak pagi2 kelam kabut for nothing..  tapi kan tapi kan meh i nak share, again my 20 sen.. -- agaknya tahun 2012 i suke bebel kot.. 


As a parent, i mean as a mother, we try our very best to give the best for our child. betul tak? mak mane yang tak sayang anak, kalau tak takkan mak sanggup  bersilat semata-mata nak cari seekor nyamuk terbang melayang dalam bilik yang besar kan.. 


Kalau tengok ibu bapa sekarang ni, majoriti ibu bapa kerja cari duit lebih sikit untuk anak-anak, ibu kerja sebab nak tolong ringankan si suami, tapi terpulang pada masing-masing, kalau tanya i, sesungguhnya ibu-ibu  yang menjadi suri rumah besar lagi pengorbanan mereka sebab tahulah keje kat rumah mane pernah habis.


Ok, keluar topik.. 


The bottom line, we struggle to give the best, and most of us know how difficult it is to give the best.. ada yang kene bersengkang mata ngadap assignment sampai ke tengah malam, ada yang kene baling dengan fail sebab salah advise, ada yang terpaksa kipas pakai aircon sebab nak up-kan diri sendiri, ade yang terpakse berasak-asak dalam KTM yang tak pernah kesian dengan penumpang atau mungkin ada yang kene saman sebab kelam kabut nak punch, letak kerete tempat yang tak sepatutnya, keluar building tengok kete dah kene saman.. sooo susahkan nak cari duit untuk keluarga kite sendiri...


Dalam kita cari rezeki ni, ade beberapa cara kite tinggalkan anak kita masa kite pergi keje, satu, kita hantar pergi taska, dua - kite hantar rumah orang atau ketiga, kite hantar pergi rumah mak ayah kita. so maksudnya, kite terpakse menyerahkan sebahagian tanggungjawab kita pada orang ketiga untuk jaga anak kite.


In my case, i hantar taska..


You know lah sungguh la kadang i kurang paham sikit.. setengah mak-mak ni kurang peka kepada keadaan sekeliling. jujur i cakap, i boleh tutup mata kalau anak i sentiasa selsema sebab tau lah duduk taska ni, bile dah ok, sat gi dah jangkit balik, takkanlah setiap kali selsema kite pun nak ambik EL kan..


tapi yang i kurang paham sangat tu, mak mak yang masih degil.. ok sorry i gune perkataan degil, mak-mak yang masih lagi hantar anak ke sekolah walaupun dia dah tau anak dia bawak penyakit berjangkit, in this case HFMD.. tak tau lah nak cakap ape, nak kesian kan diri sendiri, bawak sekali orang lain untuk kesiankan dia.. geram :)


statement i yang seterusnya, i bukan riak or jauh sekali nak meninggi, tapi sekolah emir bayaran bulanan dia agak tinggi, jadi untuk i, ibu ibu  bapak -bapak yang hantar ke sekolah tu sepatutnya ada good education background, dan mereka-mereka ini adalah golongan korporat or business person, so i memang tak paham macam mane depa tak de this kind of sensitivity..


the teacher told me, actually the mother knows that the children (yes children) confirmed HFMD, but still menghantar anak pergi sekolah.. why of why?? Emir dulu pun kene HFMD, Emir dulu pernah kene H1N1, i ambik cuti jage Emir, even mase Emir kene H1N1, i kene tolak gaji lagi sebab dah tak cukup cuti.. untuk i, as much as i tak nak anak kite kene, i percaya mak -mak lain pun tak nak anak dia kene penyakit yang sama kan.. 


and now, Emir terpakse bersekolah dekat sekolah bapak dia :) for 4 days!! Alhamdulillah laki i keje agak flexi hours, imagine kalau laki i pun keje office, tak ke haru nak cari orang jage anak I? how about other parents, im sure derang pun kelam kabut cari orang tolong jagekan anak..


So siapa yang susah..


Mereka dan keluarga mereka..


Kesimpulannya, ibu-ibu bapa-bapa sekalian, kalau anak sakit, bagilah anak dok diam-diam dalam rumah, jangan lah sibuk nak bawak anak pi sekolah, pi Tesco, pi 7-Eleven.. kesian kat anak orang lain, ntah-ntah anak orang lain antibodi depa tak sekuat anak kita, tak kesian kaa?


The end





Sunday, February 12, 2012

B.F.F. || Kawan, Rakan, Sahabat, Teman

or whatever definition that you call it -- Friends..


dalam hidup i, kalau kate pasal teman rakan dan taulan, Alhamdulillah I sangat bersyukur sebab I sentiasa di kelilingi oleh orang-orang yang I sangat rapat dan jujur dalam hidup I. Merekalah teman di kala suka dan duka, cuma mungkin dari segi perubahan masa dan dunia masing-masing yang baru -- employment world, marriage world, parenthood world, zaman bergurau senda dah tak macam dulu, masing-masing agak sukar nak cari masa dan waktu untuk bertanya khabar..


I think most of you know that my oldest best-est friend is the person who I know her from I was 8 years old - which was err more than 20 years back.. lame kan, and our friendship still continue, tapi i rase i jumpe dia sekarang ni pun sebab dia beranak, haha, so last time i met her when she delivered her second baby few months back.. tapi selalu je update hal masing-masing kat Facebook, so the relationship tu tak delah distance pun.. Dulu masa I dengan dia, orang kate muka kiterang sama, perangai pun lebih kurang same, ape nak buat masing-masing matured cepat.. then masuk Jasin pun same, but at the end of the day, we separated because she received MARA scholarship and continued her study at Sheffield while me pergi Toronto jer (I mean Tronoh, Perak)..


Ok yes, I am talking about you-lah Hana.. dia dah ade blog baru dah sekarang, she has a blog before, but ape nak buat, orang buzy kan.. :) but now she has a new blog -- http://aleesya-ayman.blogspot.com/


anyway, I pernah buat cerita pasal dia in this blog yang betul-betul I cerita dari hati i -- I wrote that entry in 2004.. kalau nak bace boleh ke sini.. Actually ade orang comment, tapi during that time, i pakai Halo comment, company tu ntah ade ke tak lagi.. As an update, Hana sekarang dah ade dua orang anak and she is an engineer.. :)


Then again, bile I masuk sekolah menengah, Form 1 tu i baik sangat dengan Iryani, baik sangat-sangat.. sampai sekarang pun baik.. I mean baik sangat-sangat. Nama dia Iryani.. I kenal dia mase I baru masuk sekolah Melawati, mase tu I pada sekolah lain, sekolah dekat Ampang, kira Melawati ni memang tempat baru untuk I.. Alhamdulillah orang kate dah jodoh kan, dalam kelas, dia duduk sebelah I and since then kiterang memang baik..




Rumah dia selalu jadi tempat rumah tumpangan I sebab mase tu i still tinggal dekat Ampang Jaya tapi sekolah dekat Melawati.. and biaselah dah namanya budak Melawati, lain macam sikit :).. and we did a lot of crazy things together.. mase tu tak tau lah nak cakap ape, tapi suke benor yer kite main water balloon dan sewaktu dengannya.. Tapi mase Form 4, Yani pindah ikut family dia ke Johor.. her father is someone now, Alhamdulillah :)


But sampai lah sekarang sekarang sekarang ni, memang baik.. baik dan baik.. And she has a blog also - http://anglelady.blogspot.com/ .. now, her parents pindah balik ke Melawati and she herself duduk dekat Melawati.. she is now married with one daughter and also an engineer.. 


Then bile masuk U.. yes, mase ni lah nak kenal diri kan.. mase tu ramai spesis yang I jumpe haha.. walaupun duduk Toronto jer, tapi ramai jugak lah yang ade kene kejutan elektrik atau i sendiri terkene kejutan elektrik kan.. no lah. biase lah , that was the First step kite ni berjauhan dari mak bapak yang tak dak rules.. mane ade lagi outing time, mane ade lagi tu dan ini.. kire macam sedikit bebas la kan.. 


i duduk dengan housemate i, 12 orang dalam satu rumah, tapi... duduk kat UTP punye hostel seriously tak de sempit pun, memang i boleh katakan mewah.. :) satu rumah ade 6 bilik, satu bilik ade dua orang je, i berani cakap kalau kat Malaysia ni, perhaps kiterang kot yang first hostel yang setiap bilik ade internet, walaupun semput2 still ade internet connection.. 


dekat U, dalam banyak-banyak kawan, I paling rapat dengan Ujie.. :) maybe sebab kiterang satu kepala kot..  kiterang ni memang kaki shopping, ok dulu i memang kaki shopping, duit Pe*tt bagi memang banyak :D walaupun banyak dihabiskan telefon boypren terchenta (laki i sekarang ok :) - tak dak tukaq2 punyaa hehe) tapi memang banyak jugak lah lebih untuk kiterang ni.. 

housemates



So Ujie tempat i ngadu itu dan ini, gossip itu dan ini dan sewaktu dengannya.. ingat lagi mase mule-mule kenal dia, i betul2 kene absorb ape dia cakap sebab dia memang cakap Kelantan pekat punye hehe.. lame-lame kalau dia cakap dengan orang bukan Kelantan, terus hilang ke-Kelantannya.. :) 


huhu, ni gambar mase dekat U dulu, Ujie yang berdiri paling kiri, tshirt kelabu tu.. tak jumpe lah pulak gambar kite dua Ujie hehe... tak pergi mase kenduri kawin dia.. :( dia tak dak blog, tapi i know dia antara pembaca setia blog i.. :) sekarang ni Ujie seorang pendidik di MRSM Balik Pulau.. cikgu English lagi.. :) tapi sekarang ni kalau cakap dengan Ujie dah tak de langsunggggg dengan kecek Kelantan tapi sekarang cakap orang Utara.. dan pekatttttttttt pulak tu.. hehe.. lame sangat i tak jumpe Ujie, bertahun tahun lamenyer, dulu masa I bercuti dekat Penang, ingat nak jumpe dia, tapi tak ade rezeki.. anak Ujie sendiri pun i tak pernah tengok, dah besar dah pun.. 


Then bile time bekerja.. i baik dengan sorang ni.. nama dia Napisah.. orang Sabah bah.. even sampai sekarang memang baik.. sebab dah bekerja, cara berkawan pun dah makin matured, care pun lain, bukan lagi macam budak-budak. i kenal dia dari tahun 2005 dan sampai sekarang boleh katakan setiap kali i bukak Gtalk, setiap kali itu jugak lah kiterang akan chat.. walaupun masing-masing dah bawa haluan masing-masing, i sekarang bekerja di tempat baru dan dia di Intel, Penang.. tapi we will update each other.. banyak kiterang berkongsi rasa, dari zaman dia anak dara -- kan i kawin awal hehe, sampai lah sekarang ni dia tengah tunggu hari je nak bersalin, macam-macam kiterang dah lalui same-sama.. Dia tak de blog, and dia pun jarang-jarang jugak jengok di sini.. tapi kalau tak Gtalk we will always call each other.. :)



Tapi  I shall say, ade sorang ni she is with me since I was born.. seriously.. we grew up together, selalu jumpe kat kampung.. and yes she is my cousin, name dia pun Iryani.. so I really have two beautiful Iryani(s) in my life and they are both sweet like chocolate.. Cousin I ni , I panggil dia Ani.. orang lain panggil Yani..  we were like friends, and we can talk until the next day kot kalau jumpe hehe.. dari kecik sampai besar macam tu lah kiterang, mase kecik-kecik, sekejap baik, sekejap gaduh, mandi pun same-same, tapi siapa sangka, bile i dah besar, masuk UTP, tak sangke, kiterang masuk the same U, lagi baiklah kami berdua, kadang-kadang we were in the same group assignment.. so for those yang kenal Ani dari I mase dekat U, they will call her Ani instead of Yani.. so housemate I panggil dia Ani hehe..


sebab kami memang ade ikatan darah daging, of courselah "kerapatan" tu lain sikit, walaupun bile nak bercerite pasal hal diri masing-masing, kene explain all over - yelah time kiterang same kat U je, sebab tu kene cerite dari huruf 'A', but she always there for me.. and now she is an officer dekat Bank Negara.. :), insyaAllah kalau tak de aral, i nak sangat jadi orang kuat dia on her BIG day soon.. she has a blog.. check out her blog at http://aisyahwrote.wordpress.com/  and she is so good in writing.. 


and finally, ada lagi cycle of my friends yang I rapat.. and mereka-mereka ini i akan kate, secara coincident i terjadi kawan-kawan mereka.. and it is all because of blogs!! you know I started blogging since 2003.. so adelah perubahan kawan-kawan bloggers dari tahun ke tahun, tapi i sendiri pun tak tau macam mane mereka-mereka ni bermula dengan I dan I sendiri tak tau macam mane I boleh sangat-sangat ngam dengan mereka.. Mungkin rezeki i sekali lagi diketemukan dengan orang yang baik walaupun dari Internet saje.. out of topic: dont you know i met my husband also from Internet (MIRC lagi :))


Yang i ingat, first sekali I kenal Suzie, itupun dia rajin singgah blog I and I rajin singgah blog dia, tak pernah jumpe tapi macam dah kenal lame.. mase tu perhaps sebab I rajin masuk blogging contest dan lame-lame boleh kenal muke-muke familiar yang rajin masuk contest..


Lepas tu pulak, I ni rajin lah benar buat another blog - MALAYSIA Giveaway (ntah bile i ade semangat nak on balik blog tu).. mase tu i ade buat segment contest enthusiast, and Suzi became my first blogger dalam slot tu, so bile i nak cari orang lain, dia lah kenal kan I dengan Ezna dan Ayu yang dua dua nya ada portfolio yang sangat mengkagumkan dalam contest ni.. and that was how it started.. First I jumpe derang pun lepas Suzi balik dari UK buat PHD (cop, I jumpe Ayu banyak kali dah sebelum tu) dan lepas tu adelah siri seterusnya kiterang berjumpe...


dan secara semula jadi, kiterang jadi rapat sebab walaupun empat2 dah jadi mak-mak orang, macam Ayu - anak lima lagi.. tapi sebab kiterang ade minat yang same -- main contest, itulah yang rapatkan kiterang seadanya.. mungkin kami lagi dekat sebab keempat-empat kami ni memang antara active blogger, jadi kalau tak jumpe pun secara naturalnya dah tau aktiviti masing-masing..


Ayu and Suzi are lecturers dekat UIA.. Ayu di PJ dan Suzi di Gombak, Ezna pulak memegang status sebagai kerjaya idaman I sepanjang hayat - suri rumah sepenuh masa.. Ezna was a career woman before but few months after she gave birth to her daughter, she tendered her resignation.


Ezna pinjam gambar yer.. from left, me, then yang ala-ala ayu tu dah namanya pun Ayu, tudung belang-belang Suzi and the owner of the picture.. Ezna


Dan last sekali kiterang berjumpe dalam Jumaat lepas dekat Avenue K KLCC, bende yang ktierang borak tak lain tak bukan pasal contest, dan menariknya setiap kali berjumpe, we will exchange our contest forms heheh.. I takkan lupe our meeting on that day sebab sehari lepas tu, Ezna kehilangan ibu tersayang dan dua hari lepas kehilangan Ibu, Ezna menang kerete Mazda 3 dari contest Gillette. Memang orang kata Allah dah tulis rezeki kita semua.. 


I sangat percaya orang-orang yang di atas ni akan sentiasa kekal sebagai kawan-kawan I  yang sangat setia, jujur, honest dan kawan di kala suka dan duka.. Moga persahabatan yang ada ni kekal hingga ke akhir hayat.. 







Saturday, February 11, 2012

Set bersalin Tropical Herbs

minggu ni ade 3 set orang order, last week mase i pergi Amway shop, tengok set bersalin ni, i cakap, nantilah, i ambil kemudian.. sekali bile i datang balik, dah habis!! not only that, temporarily out of stock...


The"cruel" part, dekat HQ pun dah habis!! bile i tanye stock bile sampai, depa pun tak tau.. so how cow?? stress!! :)

kesimpulannya ramai nya orang lahir dalam tahun naga ni hehehe

Friday, February 10, 2012

What to do during weekends || Taman Cabaran

or Putrajaya Extreme Challenge which of course located in Putrajaya at Presint 20.


Mula-mula jenuh la cari signboard Putrajaya Extreme Challenge sebab dalam blog-blog ramai orang gune name ni, tapi tak jumpe.. rupenya signboard nyer name Taman Cabaran .. 


Kalau ikut signboard Taman Cabaran, insyaAllah confirm tak sesat sebab signboard ni sentiasa ada.. Honestly i tak tau menahu pun pasal tempat ni, hubby yang tau..


Taman Cabaan ni kalau ikut pengamatan i ade tempat wall climbing je, tak nampak pulak ade extreme sport yang lain.. and for those yang minat naik wall climbing, memang menarik..






Ada dua bahagian Taman Cabaran - satu bahagian kanak-kanak dan satu lagi bahagian dewasa, kalau bagaian kanak-kanak percuma, tapi kalau bahagian orang dewasa kena bayar.. 




Emir macam I jugak, gayat.. mula-mula dia nak try tu memang takut-takut, tapi takes time jugak lah, lame jugak kiterang kat tempat ni, i dah berape kali ajak Emir balik  tapi dia kate dia takkan balik kalau tak try semua.. Masalah negaranya, untuk dia try another type of wall climbing tu memang betul-betul ambik masa sebab ada yang 90 degree, ada yang tinggi untuk dia.. ade jugak lah kot kiterang 2 jam kat situ.. hehe


gambar ni bapak orang lain yer :)

mission accomplished :)


p/s in case nak bagi anak cepat penat tidur malam tu, datang je la kat sini ye hehehe.. Emir masuk kete terus tidur..







Wednesday, February 08, 2012

im on leave today

and im on way to register Emir's school., sekejap je Emir nak masuk Darjah 1.,?

will update later. update gune phone hubby., phone i kan kapok je hehe.,? 
 

Tuesday, February 07, 2012

I see and I share || The lift...

Biasenye kalau kate nak pergi basement parking and kalau kate kite gunakan lift, kebiasaanya tempat tu akan labelkan parking as B1, B2, or P1, P2 dan seterusnya, tapi tak pernah  lagi i tengok macam ni.


-2 :D


Mungkin hanya terdapat di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang :)

Happy Holiday you all.. 




 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez