Tuesday, August 20, 2013

Selamat Hari Raya - Syawal 2013 di Melaka

Selamat Hari Raya rasanya majoriti dah kembali ke alam realiti.. anak-anak pun dah masuk sekolah, bila masuk je train, penuh macam biasa. Ingat lagi minggu lepas hari isnin, masa semua orang lain bekerja, saya je yang tak cuti, masa tu dapat rasa yang orang Malaysia masih lagi value Hari Raya. Ramai yang masih bercuti. Apa pun, jika dah dinamakan kerja. hidup mesti diteruskan, tak payah nak fikir sama ada orang suka atau tak dengan cara kita, yang penting kita tahu apa yang kita nak. Dulu i selalu risau apa orang kata, what other's perception towards me, but afraid not, now, I dun bother about those.. macam Emir cakap "lantak--lah" --> ni dia belajar dari Oh my English.. 

Speaking of those, how was your Raya? Me, seperti biasa, tiada yang menarik, tiada yang extra ordinary. macam biasa.. dan macam orang lain semua. tahun ni kami beraya di Melaka. kali ni seronok sebab semua adik beradik belah husband dah tune balik untuk dapat berjumpe dalam waktu yang sama. Kalau tak, memang berjumpa di KL saje lah.

So aktiviti yang menarik mestilah bergambar sakan. Kalau keluarga belah suami saya ni tak ada masalah nak panggil ambik gambar sebab memang derang suke ambik2 gambar ni.

Makin tahun, Encik Emran i dah makin menjauhkan diri dengan cabang photographer ni nak nak anak sedara dah terror juga ambik gambar. So gambar yang dalam blog ni cuma gambar dari iPad dan phone semata.. Gambar dari DSLR tak tau bila boleh dapat :) so gambar ramai-ramai tiada dalam simpanan :)

dekat laman rumah, belakang tu pokok rambutan. timing tak bagus, rambutan tak nak berbuah pulak masa raya ni


ini family abang Emran yang pertama. dah besar panjang dah semuanya


bergambar dengan Encik suami


bergambar dengan anak teruna yang dah tujuh tahun.. cepat betul masa berlalu..

dan of courselah kalau balik Melaka, berjalan rumah mak sedara perkara yang ditunggu adalah untuk mengambil gambar bersama Cermin Ajaib kesayangan kami


ni behind the scene.. sempat dicaptured oleh sepupu saya..


the best picture in the list.. Emir ni dia bagi few shots je, lepas tu dah buat perangai dah tak mo ambik gambar.. huhu, pasrahlah muke mak tak bersedia janji anak hensem senyum pandang kamera


dan lagi..

 tahun ke 8 bersama CERMIN AJAIB :)


Alhamdulillah...



Sunday, August 04, 2013

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!

Mari-mari kita mencari misi Duit Raya.. mana tahu kan kalau ada rezeki.. 


Sekarang ni kene perah segala otak untuk mengira berapakah jumlah syiling yang terdapat di dalam gambar di bawah ini 


Kalau ikut hati memang nak teka banyak-banyak, tapi rasa nya m acam boleh teka sekali.. 

dan ini jawapan saya

RM143.80

(alaa birthday i.. tapi sebab 2 sen dah tak de, so kite bundarkan pada yang terdekat..)


Contest Hari Raya Santaikata

Contest ini adalah sangat menarik. Contest anjuran Santaikata.com terbuka untuk semua dan i pun nak join.. kalau  berminat boleh ke sini .. 

http://www.santaikata.com/2013/07/contest-hari-raya-santaikata.html


tajuk nye senang je..

CONTEST RAYA : Semasa Hari Raya saya buat

semua orang akan buat something masa raya kan.. ada  yang ambik hari raya ni untuk menziarahi sanak saudara, ada yang buat hari raya ni sesi untuk makan apa saje dan ade juga yang buat hari raya ni untuk bantai tido.. ye lah kan cuti kan agak panjang sikit.. tapi kalau ada antara kite yang dalam kategori ni, agak2 la sikit ya.. raya setahun sekali.. :)

ok cukuplah mukadimah.. mari bace cerite saya yang sememangnya panjang berjela :)

Macam saya.. 

 Semasa Hari Raya saya buat
tak tahu ambil GAMBAR DEKAT CERMIN....

sebabnya, cermin yang dimaksudkan adalah terletak di ruang tamu yang semua anak bini, menantu, pak menakan akan ada untuk berborak, tapi kami (saya, suami dan anak) posing-posing untuk syarat Raya :)

Kejadian bermula masa tahun 2006, secara tak sengaja sebenarnya. Masa tu tengah sangat-sangat excited, sebab itu tahun kedua saya beraya sebagai isteri dan paling bermakna tahun pertama saya beraya sebagai seorang ibu.. Mase tu Emir baru nak masuk 5 bulan. Mase tu kami singgah rumah mak sedara husband dekat Melaka. Cermin ni, husband kate cantik kalau nak ambik gambar, so kiterang pun ambik lah, tengok-tengok, saya pun suke bile amik gambar..

Dan selepas itu, kejadian tak diingini telah berlaku, di mana cermin ini telah menjadi mangse kepada kami bertiga, kire macam dah ditakdirkan cermin ni jadi trademark kiterang setiap tahun. hahah, dan maksudnya kiterang tak boleh laa kalau tak beraya rumah mak sedara husband heheheh

Yang ni pulak mase raya tahun 2007, Emir dah setahun 4 bulan macam tu.. mase tu semua jadi pokok pokok hijau :), Emir rambut dia dah start panjang..

dan ini Raya tahun 2008, kali ni bukan si Emir yang rambut panjang, bapak dia pulak yang berambut panjang.. biru lagi baju nye

Ini pulak gambar tahun 2009,  Emir mase ni susah betul nak bagi dia tengok kamera.. makin besar makin tak nak dengar cakap hahaha... Emir mase ni umur dah 3 tahun, tahun yang tengah banyak nak explore dan agak susah jugak nak dengar cakap :)


Ini pulak masa tahun 2010, bile tengok gambar jadi stress pulak, at least gambar ni Encik hubby nampak kurus, gambar i makin tak memenuhi skema cermin hehe.. cuma tahun 2010, ada bende merah pulak dekat atas cermin tu.. oh yer, persamaan dengan tahun 2009, Emir refused tak nak tengok camera.. betul-betul punya taknak.. so inilah gambar yang terbaik..


Tahun 2011, Emir pun dah masuk 5 tahun, kali ni nak jugak dia cooperate tengok cermin, tapi punyalah susah nak bagi dia duduk diam supaya gambar tak goyang.. masa ni pakai baju warna merah :) warna kegemaran i..


dan ini adalah gambar tahun lepas.. masa ni kira nasib lah anak sendiri boleh jugak lah nak pandang kamera walaupun tak duduk diam dan ini je lah gambar terbaik.. yer kami masih bertiga, tapi still tetap happy.. Alhamdulillah


TAHUN 2013????
TUNGGU!!!!
(Nota: baju raya i ni yang problem :D)

Tapi yang paling penting, kiterang harap harap la, jangan lah mak sedara suami saya pergi buang cermin ni, hehehe, kalau tak haaa habislah trademark kiterang untuk setiap kali beraya.

Saturday, August 03, 2013

Winning entry: Jom Raya with Wardina

Sejujurnya saya ni dah masuk fasa suam suam kuku masuk contest. Tak bersungguh. Salute kepada kawan-kawan saya yang boleh mengagihkan masa antara kerjaya, keluarga dan hobi. Betul orang kata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya ni tak taulah dalam kategori mana. Mahu tapi tak bersungguh. Separuh jalan saja.

Tapi sesekali tu, bile mood ada, sempatlah saya menyinggah untuk sebarang contest. dan antaranya adalah contest anjuran Electrolux di Facebook. Nampak ada orang bagi link terus join..

dan Alhamdulillah tak sangka pulak mengena.. sebab ini betul2 masuk contest yang touch and go.. :) masuk, jawab soalan lepas tu buat slogan. By the way, i love contest that comes with Slogan.. ;) Selalunya slogan i simpan, ni i terlepas untuk simpan. Sekarang tengah mintak person in charge untuk share balik slogan yang i buat untuk simpanan i.. :) Kalau contest bergambar pulak, nak mintak cooperation dari Cik Abang susah pulak. He is good in photography, but when it comes to share his skills for my contest, asyik tak berape ummphh je dengan selera i haha.. 


Untuk Contest Jom Raya with Wardina.. hadiahnya adalah datang beraya rumah Wardina.. (harap-haraplah masa datang beraya ada dapat barang Electrolux :D)


Apa pun saya tak kisah dan memang suke dapat jumpa Wardina in person and I want to. I dont see her as an artist at all, tidak lagi. Honestly speaking, saya dah memang suke dia masa zaman dia berlakon Spanar Jaya dan bila dia berhijrah, semua magazine yang dia jadi cover mase tu i beli (cover yang pakai hijjab). to me, dialah yg bawak revolusi pada pemakai tudung. ingat lagi dulu-dulu kalau pakai brooch satu belah kiri, satu belah kanan, orang akan kata -- "Amboi.. bergaya tudung Wardina tuuuu"

and she comes with package.. dah lah cantik. a person with wide knowledge. tak banyak ok selebriti yang ada kat Malaysia ni yang boleh cakap macam-macam perkara and she is one of it. 

So, with this opportunity memang i nak jumpe dia in person and nak tengok rumah baru dia.. Memang cantik.. .. untung sebab banyak pihak yang sponsor :)

Kepada kawan-kawan yang nak masuk, this week is the last week. you can visit this link to participate.. 


ok till then..

Alhamdulillah

Thursday, August 01, 2013

andai itu Malam Lailatulqadar

ruginya saya.. i rasa, semua orang rasa, hari ni cuaca agak mendung, dan ramai juga yang membuat andaian malam semalam adalah Malam Lailatulqadar (rabu malam khamis). Suasana agak sayup-sayup. Bukan sorang, malah beberapa orang. Tapi andai kata malam tadi adalam Malam Lailatulqadar, masyaAllah saya antara orang-orang yang rugi.. Mengantuk semalam lain macam, maklumlah balik rumah pun nak dekat pukul 10 malam sebab ada majlis berbuka puasa. Dah lah tak buat terawikh (thats the disadvantage bukak puasa dekat luar). Balik duduk sekejap terus tidur. Bangun sahur pun mata bukan main mengantuk.. Ya, malam Lailatulqadar adalah rahsia Allah.. moga saya masih lagi mendapat keberkatan Ramadhan ini..

Monday, July 29, 2013

Menu bulan puasa 2013 by yours truly..

Honestly tengah malas-malas nak update blog, tapi kene update jugak sebab i rasa rugi tak update especially bila i masuk contest bergambar which requires me to post a picture..  i definitely know i somewhere somehowed i experienced that picture theme contest, tetapi malangnya, i didnt blog about it or i did blog but without a picture.. sayang.. nak cari dalam hard drive.. kirim salam la kan :)

and so, gambar-gambar dalam ni pun adalah outdated sebab semuanya i letak dalam Instagram.. (my id: ibuemir), tapi untuk diabadikan dalam blog ini.. mesti kene letak juga..

so mari kite lihat menu-menu yang i sempat masak dan ambik gambar dalam bulan puasa ni.. :)



Menu: Nasi putih, ayam masak kicap & kari ikan tenggiri


Menu: nasi tomato, ayam masak merah, grilled dory fillet & agar-agar.. ni masa ni pakai ambik je..


Menu: Nasi minyak, jelatah and so called ayam percik


Menu: Nasi dagang, ikan tenggiri, jelatah and nutella pudding

Menu: Ikan siakap sweet and sour -- yang lain beli


ni dekat rumah mak i, i masak dessert je dari baking class which i attended: Kek Kurma, Turkish baklava, Egg frittata, biskut badam


Menu: Ayam BBQ, fishball chicken ball soup..


Ni menu semalam: ikan siakap bakar, cendawan goreng and telur masak lemak..

you see: im very bad in presentation.. :p itu patut tugas laki i , dia pandai ambik gambar, tapi katanya -- lighting tak cukup (gambar tak cantik), bla bla bla .. :)

so menu ape hari ni?

Thursday, July 25, 2013

Ramadhan for a mother..

Alhamdulillah, rasa nya hari ni kite dah masuk Ramadhan yang ke 16. Me, alhamdulillah.. dari segi amalan sunat, rasanya memang banyak lopong-lopong lagi. InsyaAllah dalam meniti Ramadhan yang ke 15 terakhir ni akan cuba meningkatkan lagi apa yang terkurang.

Suasana di office agak "meriah". Kesian kawan-kawan Corporate Tax saya yang tengah bertungkus-lumus menyiapkan bangunan 88 tingkat company taxes yang mana due datenya adalah 31 July. Memang pulun habis, maklumlah berapa banyak Company yang kene diambil tahu.. Lagipun semua orang pun nak tahu kan, so it was not an easy job for them.. they are talking about million and billion and what not.

Tapi, satu yang saya suke di sini yang belum pernah i alami sebelum ni di Company yang pernah saya mencurahkan keringat, ramai kawan-kawan saya di sini walaupun sesibuk mana, ramai juga yang sentiasa singgah mini surau kami untuk Solat Dhuha dan bacaan Quran.. Alhamdulillah saya bangga ada kawan-kawan macam ni..

dan, tak kurang juga yang lupa terus amalan-amalan kita kepadaNya.. berdoa semoga mereka diberi hidayah olehNya. Kerja kerja juga, kepadaNya adalah yang paling utama.

Dalam bulan Ramadhan i believe, mothers are the busiest person. yerp, i definitely agree. Masa rehat yang pendek dan masa tidur juga pendek. Kalau bagi ibu yang bekerja, memang rasa habis kederat tenaga kite digunakan..

Rutin harian saya adalah bangun pukul 4.30 pagi, masak sahur / panaskan lauk apa yang patut. It is a must for me to makan lauk panas-panas and mesti ada satu lauk baru masak. of cos, it is a simple lauk, be it telur goreng, ikan goreng, ayam goreng (yes, semua goreng-goreng) tapi yang penting wajib lah lauk baru bukan lauk semalam..

Lepas habis sahur, sempatlah i tidur sekejap. dapat lah 30 minit pun jadi. I  have tried few times kalau tak tidur lepas sahur, alamatnya, i akan jadi ngantuk aka zombie dekat office..

Dekat office, there is no chance for me to do something else.. its about work related. of cos sekejap2 saya akan ke social media kejap untuk legekan fikiran, tapi tidor adalah tak ada dalam jadual. setakat ni baru sekali je i tidor dalam 20 minit sebab sakit kepala sangat.

Balik pukul 6, kelam kabut masak.. and my day ended around pukul 10.30 (paling awal ni) .. dan esoknya rutin seperti biasa..

so, memang tak ada masa untuk buat bende lain... rasa pack sangat.. itupun baru anak sorang, and anak dah besar. macam manalah mereka-mereka yang ada anak kecik yer.. lagi penat rasanya.. Alhamdulillah, encik husband pun ringan tangan jugak menolong bulan puasa ni..

Apa pun, it was a blessed, dalam kesibukan i masih boleh lagi masak untuk family kecil i. masak lagi best, sedap tak sedap belakang kira.. we know what we put in the ingredients. walaupun encik husband ni tak dak bunyi pun dia suke ke or tak suke .. but hoping that he is ok.. :) puji melambung belum pernah terima lagi ni.. puji tak lambung pun tak dapat lagi :p sesekali ada juga kami beli makanan luar kalau i tak sempat masak.

dan Alhamdulillah, Emir setakat hari ni masih lagi berpuasa penuh.. Emir adalah seorang anak yang sangat determined bab-bab agama ni.. Mungkin berkat i baca surah Al Luqman hari-hari masa mengandung dulu kot.. ? paling seronok bila kami sama-sama dapat buat tarawikh..

till then..
daa
Amira

Wednesday, July 17, 2013

Wall makeover by Na + nadiafarahida.com = Free makeover :)

Assalammualaikum dan salam Ramadhan.. 

Alhamdulillah ini adalah entry pertama saya di bulan Ramadhan, bukan tak nak  update, tapi rasa bulan Ramadhan jadual saya macam penuh sungguh, but worried not, kalau lah teringin nak ikut perkembangan I (duhh.. macam artis pulak) bolehlah ikut I punya Instagram - ibuEmir.. 

By the way, tujuan saya update di sini sebab teringin untuk join this contest. Honestly whatever contest that involves MAKEOVER haruslah dicuba meskipun jujur saya katakan,  "ada peluang lagi ke nak menang sebab pernah menang dulu". Walaupun dulu penganjurnya adalah Nadia - blogger yang tengah famous ni, tapi yang merealisasikan impian saya adalah Wall MakeOver by Na 

dan kali ini Wall MakeOver by Na pula akan jadi penganjur utama sambil dibantu oleh Nadia

Dan memang hasil kerja tangan Wall MakeOver by Na memang best... dari dinding putih kosong, inilah hasilnya.. :) memang tempat pujaan anak teruna saya.. its not a wallpaper, its wallpaint!! Alhamdulillah sebab adanya "keceriaan", Emir sekarang ni tahu itu bilik dia ... dan bermula dari situlah Emir sekarang dah tidur di bilik dia.. 


Full entry kemenangan saya boleh baca di sini 


atau boleh baca juga di link Nadia 


***************************

Sorry, itu baru mukaddimah.. 

ok lets get straight to the point.. 

ok this is my living room. kalau duduk rumah atas angin ni, living room ni lah tempat tengok TV, tempat santai-santai dan tempat sambut tetamu. 


as you can see, my living room is plain dull..

dan selalunya orang yang suka cantikkan rumah ni adalah  orang perempuan. kalau laki i, i berani cakap, sampai bila-bila pun he would satisfy apa yang ada :p janji kerusi tu boleh duduk lagi, janji TV tu boleh tukar-tukar channel, janji carpet tu tak kotor lagi.. barang-barang sekalian akan berada selamanya di tempat dan position yang sama :)

Kalau ikut nak cantikkan rumah, sebenarnyer dah lama dah teringin nak color-colorkan dinding. 

Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana

I believe in home sweet home. Rumahku Syurgaku.  Rumahlah tempat permulaan untuk kite mulakan kehidupan seharian, dan kite juga akhirkan seharian kite di rumah. tak kirelah kite hanya duduk rumah sekejap ke  tapi dari permulaan dan pengakhiran semuanya bermula di rumah.

Kite letak tepi dulu tentang budget issue.. yes, I mengaku i have budget issue.. nak buat, tapi bila ada duit di tangan, selalunya saya akan simpan sikit dan yang lain tu i would rather gembirakan kaum kerabat.. you can ask my siblings how pemurahnya i :) (baik ngaku ok :)) .. dan selalu jugak lah duit lebih yang ada mulalah buat sesuatu yang sebelum ni teringin nak buat.. antaranya makan tempat yang best (ok- makan will always be in my list) and jalan-jalan..

Jeles jugak kengkadang tu tengok rumah-rumah orang yang cantik. Teringin juga nak buat rumah macam showhouse.. 

Some may want to give this as a gift to someone special. But i would rather this special prize to be rewarded to myself. Honestly speaking, MAKEOVER rumah adalah yang paling i suka selain daripada Tupperware.. (i'm serious)..  ok fine.. hadiah cash pun best..but if you talk about item, inilah yang boleh naikkan hormon "nafsu" i :)

Ok lets berangan..

Kalaulah saya menang contest ni.. saya akan pilih cat dinding ini..


to remain the same color pun i tak kisah, sebab color-color ini di antara modern color sekarang ni .. and this can suit banyak sofa colors. .. cuma rasanya kene mintak pendapat mereka-mereka yang terror dalam color scheme sebab i tak nak ruang tamu rumah i nampak kusam..

In case you are wondering why i chose this... 

1. rasa tersusun

2. tak semak pandangan mata

3. looks very modern kan..

so, i pun buatlah simulation sikit.. bayangkan kalau i dapat yang ini.. so, my living room akan jadi macam ini..


yeah i know, kalau yang i buat ni nampak sepah2 kan, inilah hasil super impose dari orang yang tak berapa pandai..

i like the design above because less is more :)

one thing with this design, at least in future, in case i nak buat TV Cabinet... bunga-bungaan masih segar memainkan peranan sebab terletak di hujung.. :)


ok i swear my future TV cabinet would be better than this.. and our Piano  will remain there.. rumah atas angin, tempat limited nak letak ..

itu saja.. kasi i cerita.. esok pun tak habis.. :)

Kalau siapa nak join contest ini, boleh ke sini..


mana tahu anda akan jadi 3 yang bertuah untuk dimakeoverkan rumah anda.. 

Semoga berjaya semua..

Oh ya.. tarikh tutup adalah 18 Julai 2013..

Salam
Amira

Thursday, July 04, 2013

The search to become a homebaker (note: untuk makan sendiri) begins..

I always love baking, baking is part of me for quite sometimes. But due to certain constraints, I stopped baking for a while mainly because the word L.A.Z.Y kicks in especially thinking that I have to be the one who cleaned up all the mess after few hours baking process..

Let's see what I have updated in this blog on my baking journey..

It was all started with this :p



gelak laa.. gelak laa hahaha -- ni orang nak makan pun tak lalu



i really bad with the presentation :) takpe ni untuk makan sendiri jer.. :D, sebenarnyer during this period, boleh katekan selalu sangatttt buat cupcakes..

http://www.emmira.com/2009/08/contest.html



lame-lame i developed my specialty :p -Blueberry cupcakes - .. walaupun rupe buruk tapi rasa sedap :p





Ini untuk makan2 dekat tadika Emir.. I baked the cupcakes, and bawak isi2 decoration untuk didecorate by the kids..

http://www.emmira.com/2012/11/i-just-make-my-life-little-bit.html

I juga ada masuk kelas.. just to learn at least the basic thing about baking..



kek ni dijadikan mother's day cake tahun 2008 and i baked together with these cupcakes




Walaupun tak cantik and tak berapa pandai, i cuba beranikan diri buat birthday cake untuk Emir..

Birthday Emir yang pertama pun i sibuk nak beranikan diri buat cake, padahal masa tu bukan pandai pun.. I think it is more satisfying and more meaningful..


Ini buat masa Emir's first birthday party lagi.. tak tau la menarik ke tak, harap-harap Emir besar nanti Emir akan appreciate..


http://www.emmira.com/2007/11/taste-of-being-mother-towards-end-of.html


walaupun tak cantik , tapi i tak serik haha



Masa ni i buat untuk birthday Emir yang ketiga di sekolah Emir..

http://www.emmira.com/2009/07/emirs-belated-birthday-party.html

Untuk cake.. i masuk juga fondant class.. and this is my first fondant



Lepas tu dengan beraninya i buatlah my first Fondant cake all on my own, termasuk Fondant tu pun buat sendiri.. and this was how it turned out to be..



http://www.emmira.com/2009/06/fathers-day-cake-intoducing-my-first.html

then , lepas tu i decided nak buat birthday cake lagi, tapi tak tau kenape fondant tak jadi.. sedih sungguh masa tu..


  

sebab frust sangat i terus kepamkan my fondant.. until lah recently memberanikan diri balik..



Ini buat masa Emir's first birthday party lagi.. tak tau la menarik ke tak, harap-harap Emir besar nanti Emir akan appreciate..

http://www.emmira.com/2007/11/taste-of-being-mother-towards-end-of.html

Baru-baru ni, baking tu datang la menyinggah kejap.. so dapatlah dua cake ini

Ini i cuma nak test whether i punye fondant skill ade lagi ke tak.. ok lah.. at least covering the cake was smooth.. I buat cake ni sebab anak sedara I masuk hospital.. and this cake beratnyer adalah dalam kurang 2.5 kg..


and this was my latest project for Emir's 7th birthday. A swimming pool cake huhu.. walaupun Emir tak berapa berkenan because he thought i baked Iron man cake.. tapi oklahh.. rasa lagi puas hati bila buat sendiri.. kalau order mahu nyer RM180 kot? Rm180 pun 1kg kan.. ni 2.5kg.. berat sungguh..


InsyaAllah more to come sementara tengah rajin ni.. :p

Wednesday, July 03, 2013

Winning entry: Avon's products

once in a blue moon when result is on my side. Recently dah terlalu banyak compers, dan dah terlalu stiff competition, banyak kawan-kawan i memang take a contest seriously yang mana kalau i tak kenal derang, i tak akan sangka begitu komited sekali mereka cuba menang..

apapun rezeki di tangan Allah.. i always trust in that. kalau rezeki berpihak kepada kita, insyaAllah akan adalah rezeki untuk kita.. ke-komited-an i dengan contest adalah sangat kurang.. i consider myself biasa-biasa. if i think i would love to try, i try, in fact if i participate pun, i always make sure the proof of purchase that i buy is something that im gonna use it in future. cuma sekali dua je i beli, lepas tu i tak gune.. huhu, itu memang salah i lah, n i perasan bila i buat macam tu, memang i tak menang sebabnya i rasa, i macam pertaruhkan nasib.. so i myself disagreed with that point.. and now memang tak adalah i buat macam tu.

So, ini adalah contest yang i menang dari Avon, tutup pukul 8 malam, i sent my entry pukul 7.30 pm kot, dalam kerete, on the way balik rumah.. Slogan based contest. buat pun masa tu jugak.. so contest ni i fikir dia punya slogan in less than 10 minutes huhu..

apa pun, suka sangat hadiah yang diberikan especially the handbag. im so need a handbag yang boleh i lenjan.. yang boleh masukkan segala macam barang-barang hero-hero. adatlah kan, bag kite ni macam poket untuk mereka-mereka.

Patutnya hadiah nyer adalah RM50 barang-barang Avon, tapi bile i tengok balik, barang yang i dapat nearly RM100.

Dapat satu lipstick dan satu handbag..

Alhamdulillah


 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez