Ramai orang yang pergi ke Singapore tujuan utama mungkin untuk bawa anak berjalan ke Universal Studia, tapi bila i cerita dekat kawan-kawan dan keluarga yang i nak bawak anak i pergi Singapore sebab nak ke Science Centre, orang macam pelik.
In fact to be honest, bila nak Google mengenai Science Centre, memang sangat limited. Belum ada lagi review di blog mengenai SCS.
Oklah, i memilih SCS sebab Emir memang musim dia suka pasal sains. He loves science, beli buku sains, read about science and share about science. Jadi i tanya dia kalau ke Singapore nak ke mana memang jawapannya dia nak ke Science Centre.
Science centre Singapore terletak di Jurong jad sebab itulah i memilih hotel Genting Jurong Hotel sebab SCS cuma 5-10 perjalanan dari Hotel Genting Jurong. Kalau naik MRT u kene naik Green line and stop at Jurong East and from the station u have to walk around 15 minutes towards the SCS.
Kami memang sampai di sana pukul 10 pagi. Operation hours start at 10 am. jadi kami sampai dalam 10.30 macam tu lepas breakfast. By the way, Papa keluar pergi cari makanan, pagi-pagi lah dah belasah nasi ambang :D
Ini adalah pintu entrance SCS. Fees adalah SGD 12 untuk dewasa dan SGD 8 untuk kanak-kanak. Admission fees ni quite confusing. Sebenarnya dalam kawasan Science Centre ini ada juga terdapat Omni Theater and Snow City. Omni Theater ni untuk dapatkan pengalaman iMax experience. Kira di Malaysia macam kite tengok movie dalam Planetarium Negara tu dan Snow City mcm Snow City di I-city. Jadi lain-lain charges akan dikenakan.
Dalam Science Centre sendiri, akan ada satu tema exhibition di mana bayaran akan dikenakan kalau kite nak melihat exhibition tersebut. Bulan December ni ada Human Body Experience, kalau nak tengok Human Body Experience bayaran akan dikenakan adalah tambahan SGD 15 (kirenya masuk Science Centre SGD 12 + SGD 15 kalau nak masuk exhibition tu).
Tapi sebab kami faham anak kami yang confirm boleh habiskan masa sampai ke petang tengok science exhibition, so we opt not to purchase the Human Body Experience ticket. Tambahan pulak counter tu kate 20 minit je.. (15x3=Rm60) mahal sangat tu, rasa tak berbaloi..
Bila masuk ke sini, majoriti yang datang adalah locals, ada lah jugak sikit2 foreigners macam kami. Tapi school trip memang banyak. Science Centre ni agak besar dan jujur memang sangat interactive dan menarik. Ini first section, banyak lagi section dalam ni..
Can you see Emir?? I'm telling, he read ALL notice board and signage inside the centre, so can u imagine how long he can spend in this place. Belum lagi lepas dia bace dia explain balik dekat ibu dia.
First section semua pasal eye illusion. yang bawah chess ni, i suruh ambil gambar sebab i memang tak namapk sungguh muka orang tengah bercakap... Lama-lama bile tenung baru perasan.
Masa kami sampai awal tu tak berapa ramai lagi orang dekat kawasan ni. Ini adalah kawasan utama.. menarik kan set up dia.. colorful. Kesian Papa, masa ni Papa sakit gigi.. Bila dia tak tahan sangat, dia akan balik hotel..
Ini kawasan paling menarik dekat sini.. semua gune high tech n they allowed visitors to experience it. Ada oculus rift, Emir happy sangat sebab Ocolus Rift dekat Publika kalau nak cuba kene bayar RM30 tak silap, and i never allowed Emir to try sebab i rasa mahal :p so dekat sini dia dapat gune.. Tapi sebab i excited sangat nak tengok apa dia tengok dekat oculus rift tu sampai terlupe ambik gambar.
Certain-certain masa akan diadakan science show dan show pertama yang ada masa tu adalah berkenaan dengan Electricity.. Ini pandangan dari atas sebab bawah tu bebudak berasak-asak mengelilingi main centre stage.
Ini pun antara interactive session dekat sana. Pendek kata di sini banyak bende yang interactive budak tak bosan sangat.
Second session adalah berkenaan dengan fire dan diadakan pertunjukkan tornardo fire ni. Masa nak tunggu api ni jadi tornado, mak aiiiii, kami dengan luar terasa bahang kepanasan dia.. Emir bising sebab dia suruh i ambik gambar , tapi hasilnya.. nampak muke sekerat saje..
Last shown dalam 4pm kami masuk dekat Auditorium untuk melihat Science presentation. Yang ini sangat menarik sebab hostnya sangat kelakar dan buat show sangat entertaining. I tell you banyak soalan yang ditanyakan staff ni mcm "how long does the sunlight take to reach earth" tapi bebudak berebut nak menjawab..
jawapannya 8 minit .. i pun baru tahu haha
I was like.. pandainya la hai budak-budak sekarang ni.. untuk i soalan tu mencabar tu haha Emir siap cakap "u dont know that??" muhahaha
Ok ini adalah staff SCS. cara mereka present sangat edutainment ..
Sebenarnya banyak bahagian dalam Science Centre ni.. bawah ni antara bahagian nya... water works. kire super mini waterpark lah. Emir tak main dekat sini sebab dia malas nak tukar-tukar baju, lagipun dia sibuk nak cover bahagian dalam .
Memanh berbaloi kan for just SGD 12 u can get all this. Makanan halal tak payah risau, ada dua cafe yang halal di sini dan salah satunya adalah McD.
I memang balik dalam pukul 6petang macam tu. Sebenarnya sayang, malau tu ada star gazing di SCS, masuk adalah percuma, tapi kami tak datang bawak Emir pun sibuk i sibuk nak ke Chinatown hehe..
Malam..
Lepas semua orang dah freshen up.. malam tu dalam pukul 7.45 malam kami bertolak ke Chinatown. Kalau ikutkan senang je naik MRT (green line) lepas tukar train, tapi Papa decided nak naik bas. Naik bas ok, tapi 9 lebih baru sampai Chinatown. Kami naik bas 143 (senang ingat sebab birthday i pun 14 March ) dan bas ni turun betul-betul di Chinatown.. senang betul.. Dalam bas tu, sempatlah Emir ambik energy untuk tidur selama sejam.. Papa pula mata kiri kanan takut terlepas, almaklumlah kami ni tak de internet, so memang kene betul-betul alert kat kawasan persekitaran.
Honestly seronok juga naik bas. dapat tengok the real life of Singapore. Cuma kami pergi malam jadi tak berapa clear sangat.
Ini adalah permulaan sebelum ke Chinatown..
Sebab kami sampai agak lambat, banyak kedai dah tutup. Yer, tak macam Petaling Street, 9 malam tu masih muda, dekat sini, kedai dah start untuk tutup. Kemas kawasan Chinatown ni..
Ada satu section disediakan tempat makan, tapi of coslah namapun China town, sepanjang jalan cuma chinese food street je lah. Emir masa ni macam moody sikit, al maklumlah tido lepas tu kene bangun, lepas tu kene berjalan lagi..
Jalan-jalan terjumpalah satu warong melayu, Ahmad Ibrahim satay.. cumanya, ingin dingatkan, nak beli sate ni kene bungkus sebab cutluries yang digunakan are being shared with other food stalls. i perhati jugak, ada stesen stesen cutluries, i rasa memang diasingkan, tapi itulah susah nak agak kan.. Tepuk dada sendiri sama ada anda yakin ke tak. Dekat sebelah gerai satay, ada gerai indian food. Memang dua stall ni menjadi tumpuan untuk bangsa selain dari Cina.. eh orang Cina pun ramai je makan sate..
Banyak jugak i mengangkut barang dekat sini. Ramai ingat kami ni Singaporean. Terjumpa satu kedai ni, dia berkahwin dengan orang kampung mak saya, Taiping.
dia cakap.. "the only thing that is expensive in Singapore is hotel but the food is quite reasonable".
hmm betul pun.. In fact i rasa barang di china town ni murah sikit berbanding dengan Petaling Street.
Ok i akhiri dengan gambar bawah ni yang i rasa sangat menarik tertarik..
Apa pun malam tu kami balik dengan menggunakan bas jugak dan sampai hotel pukul 12 malam :D
i've missed reading blogs! hehehehehhe. i'll be back!
ReplyDeletebesttttt suka i baca citer u :) and sgt impressed dgn emir yg suka baca semua info kat dlm science center tu!!!
ReplyDeleteTau tak i xpernah tau psl tmpt ni hahaha... Mmg teruk... Sebut spore tau psl apa2 di pulau sentosa n juga psl orchard road yg meriah jd hehe
ReplyDeletesuzi: emir memang macam tu, turun pada papa dia, mira tak berapa teliti sangat..
ReplyDeletenina: jom kite blogging balik
aimi: mira tengah try avoid jugak.. sebab rasa sentosa tu ramai benor orang nyer