Monday, July 27, 2015

Menguruskan perniagaan atas talian (online)

Ok kali ini kita pergi kepada topik yang serious sikit. Tak ada kene mengena dengan raya. Saje nak share pengalaman saya yang ada. Seperti yang kita lihat sekarang ni, perniagaan atas talian adalah sangat IN memandangkan ramai daripada kita susah untuk bershopping atas faktor tempat, anak-anak, ataupun harga. Selalunya perniagaan online harganya adalah lebih murah berbanding di stor stor.

Saya sendiri telah mula berniaga online pada tahun 2008. Masa tu poslaju pun tak berapa nak laju lagi. Tapi kejap saje, setahun je kot, sebab masa tu berniaga baju. Saya tak berapa minat nak berniaga baju. Masa tu saya jual baju maternity. Sebab perniagaan online masa tu masih baru, satu surat khabar berbahasa Inggeris ada telefon saya untuk diinterview, tapi saya tolak memandangkan saya tak de niat nak teruskan perniagaan tu. Ada satu perniagaan online yang seangkatan dengan saya (juga jual baju maternity) sekarang ni saya tengok makin berkembang.. Apepun saya tak menyesal pun tak teruskan perniagaan baju mengandung tu walaupun jujur sangat laku.. so sape nak jual online, try lah jual baju mengandung, memang laku.. 

Sebenarnya i tertarik dengan status satu kawan i di Facebook yang bertanya sesiapa yang berniaga online adakah 

(1) membuat akaun untung rugi
(2) rekod data customers

dan i memang terkejut sebab majoriti yang jawab soalan dia rata-rata tak buat satu pun. rasanya tak sampai 10% pun dari responden yang buat kedua-dua di atas, ramaiiiiiiii yang tak buat ape-ape pun.

ok, i punye business tak de lah boom sangat pun, tak sampai pun lagi dari gaji hakiki i.. tapi cukup lah seadanya. so ini pandangan peribadi saya 

(1) Asingkan bank akaun business dengan akaun peribadi

Bisnes online selalu bisnes persendirian, milikan tunggal. I tahu ramai je yang masih gune akaun sendiri dari akaun syarikat. So atas sebab tersebut, i tahu memang susah nak asingkan duit sendiri dengan duit bisnes nak nak bile kita bagi option customers boleh bank in ke semua akaun kite. Dari pengamatan saya, akaun Maybank adalah paling banyak orang gunekan online transacation.

I masa mula-mula buat bisnes secara serious, i akan key in segala mala personal data dan akaun untung rugi, tapi bila hujung bulan, i couldnt see the money. Memang pelik. Untung ada tapi tak nampak pun duitnya. I tanya husband i. Husband i tanya i sama ada i asingkan tak bank busines dengan bank personal dan jawapan saya tak. Husband saya suruh saya mula asingkan.

Tapi nak asingkan kite kene displin. i tetapkan diri akan ambil profit bisnes pada 1 hb bulan berikutnya. Alhamdulillah since then, barulah nampak hasil berniaga :)

by the way, slowly jangan lupe buat current account, savings account lama-lama bile dah banyak sangat transaction boleh freeze jadinya :D

(2) Key in customers data

Ini sangat wajib. I dari dulu (dulu tu tahun 2008), memang setiap kali orang beli, saya akan key in. Apa yang dibeli, no tel, alamat dan sewaktu dengannya. Penting. bukannya apa, supaya kite kenal siapa customers kite dan ade personal touch dengan customers

(3) Key in profit and sales

Alang-alang dah key in customers data, of cos lah kite akan key in barang apa yang dibeli. Bandingkan dengan harga kos kite. dari situ senang lah nak tengok berapa kite buat duit setiap bulan, dan kite boleh tahu berapa transaction kite per month. Penting, sebab kalau transaction dah sampai 5 digits per month.. u need to see how the money flows, barang apa paling banyak jual, barang apa you boleh push harganya, barang apa you boleh attract lagi more customers

(4) Honest. Jujur. Fast response. kire customer friendly

Well. basic je ni ayat i. saya ni pun sebenarnya online buyer yang sangat tegar. Maksud sangat tegar tu boleh katakan every week ada je parcel datang untuk saya. Dari pengalaman i berurusan dengan online seller yang lain, i praktikkan untuk diri sendiri.

a. Percayalah banyak online seller yang malas nak layan kite bile kite tanya lebih details. so kite jadikan diri kite, lagi banyak customer tanya, lagi kite kene layan dia SEBAB customer yang banyak tanya ni i perasan, kalau dia puas hati, dia akan cerita kat kawan dia atau kalau dia puas hati dia akan beli lagi dan lagi dan customer yang banyak tanya ni selalunya sekali beli banyakkk

b. Fast response. Ok ini terpulang. sebab kite pun ada komitmen lain kan. keje hakiki dan sebagainya. Tapi selagi boleh cuba reply customer kite secepat yang mungkin sebab ada 100 lagi peniaga online yang sama jual barang macam you. :)

c. Jujur. You kene jujur. berniaga kene jujur. Untung sikit pun tak pe. Tak untung pun tak pe. Janji kite jujur. InsyaAllah jika bukan rezeki kite masa tu, Allah akan berikan rezeki lain kemudian hari. Kalau customer tanya pendapat kite tentang sesuatu barang, tok sah lah dok kate barang kite best je, kalau betul fine, tapi kalau tak betul.. cakap je tak best :)

d. Hantar barang cepat. As soon as possible. Kalau tak boleh hantar cepat, bagi tau lah expected date bile kite boleh hantar

(5) Daftar dengan SSM

Ni nak bagi customer lebih yakin dengan kite :) Patutnya ni letak paling first sekali.

(6) Know your business

yes, you really have to know your business. You need to know whether you can demand or not. Kalau u are a baker, crafter ke ape and dah terbukti hasil keje u cantik and kemas, lama-lama pun orang sanggup tunggu. You boleh siap choose lagi customer ni you nak layan ke tak. 

tapi if you are in trading business - jual item beli item yang mana bile you hashtag 1000 gambar keluar barang yang sama jual dengan you, you memang tak boleh demand. Once you demand, sekejapan mereka akan ke seller lain. Online trading business i might say is very competitive.

-per day posting-

(7) Customer is always right

yes,  they are.. :) kite pasti akan jumpe customers yang sangat fussy. yang sangat mencabar diri. I sendiri ada buat salah dalam handling customers. pernah juga tersilap hantar barang, barang pecah dan sewaktu dengannya. Pernah juga customer tulis email panjang berjela complaint sebab tak puas hati dengan service i. Alhamdulillah i anggap semua tu sebagai satu cara untuk perbaiki diri.

Buat baik dengan customers. The best promotion from customers adalah dari word of mouth. Kalau kita salah, just cakap sorry. I pernah beli barang dengan one seller, i order barang dari dia, cepat je kasi tracking no. kalau seller kasi tracking no, maknenya dia akan hantar barang paling lewat pun lagi dua hari lah kan, tapi seller ni simpan barang i sampai seminggu lebih, bile tanya dia kata baru nak ambik stok. so bile i complaint, sikit pun tak de cakap sorry, tak de langsung! masih lagi tegakkan yang dia betul dengan alasan stok takde. since then i memang pangkah besar-besar online seller tu.

(8) The power of sedekah

Setiap bahagian kite akan ada bahagian orang lain. Jadi bile kite dapat sesuatu, sesuatu pun kenalah diberi kepada orang lain. Setiap bulan jangan lupe tunaikan zakat. InsyaAllah akan membawa berkat. Jangan lupe happykan orang sekeliling anda. Tak semestinya kite derma kepada orang yang mememerlukan, kite juga can just give a smile to others face, macam kalau kite isi minyak, sedekahkan lah seadanya kepada mereka di stesyen minyak, they will appreciate you. Keluarga kita apatah lagi kan. InsyaAllah sedikit sebanyak keberkatan ada juga pada kite

(9) In Allah we trust

Paling paling kita kene ingat. Kadang kite keluar budget dah banyak dah, promote blog, bayar advert Facebook, bayar advert dekat instagram artis -artis, tapi business kite tak jalan. Jadi pulangkan diri kite pada yang Esa. kawan i ajar i, belajar lah solat Dhuha, nescaya rezeki murah. saya baru nak berjinak-jinak but you can feel the difference. Kalau kite dapat buat dengan konsisten, mesti hasil dia kagum kan. but first of all, kene belajar solat 5 waktu awal waktu (ini pun i masih kene belajar bersungguh-sungguh). 

Jangan dengki dengan hasil orang lain. Orang lain berniaga untung juta juta, takpun kalau ke poslaju, mak aii parcel dia berkodi kodi.. kite ciputt je.. its ok. Allah dah tetapkan rezeki kite. untuk i, jeles itu perlu untuk kite majukan diri kite, tapi jangan dengki. Semua orang ada rezeki masing masing. Kite kene usaha.

Dalam i dok berhati-hati, i sendiri pun ada bad debts. but its ok, i maafkan orang tu. sebab dari dia kita belajar selok belok berniaga. Perniagaan kite kecik je, imagine mereka mereka yang rugi puluh puluh ribu, ratus ratus ribu, juta juta. kita takkan berjaya kalau kite tak pernah gagal. Orang berniaga tido tak cukup. I mengaku i tido tak cukup. Tuntutan keje i di ofis sangat tinggi, balik nak uruskan barang-barang customers dan melayan customers, masukkan data, packing lagi, isi borang poslaju. I buat hari hari. I tak suke simpan barang customers. 

kekadang susah juga, memandangkan setengah orang tahu i keje di syarikat mana, orang pelik kenapa i sanggup buat bende macam ni.. ada sampai kawan i ingat im having financial problems. it goes back what you want to do in your life. i myself enjoy doing what im doing. cuma tak glamer lah kan hari hari kene tolak parcel-parcel dekat pos office. Alhamdulillah suami saya memang sangat ringan tulang bantu. kalau tak de dia.. nangis i

oklah i rasa macam panjang sangat pulak. rasa nak tulis lagi, but i think better i stop here..

till then dont forget to visit www.momfirststep.lot.my :)

Saturday, July 25, 2015

Raya 2015 dan Cermin Ajaib

- Note: Unedited pictures - penting ni kene bagi tahu :p -

Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan Syawal kali ini. Dah lama rasanya i tak upload gambar yang diambil straight from DSLR. banyak effort ni, dengan dari raw file ke jpg..

Tahun ni, kami beraya pertama di Melaka. Cuma tahun ni kurang meriah sikit di Melaka, sebab abang sulung Emran masuk hospital (update: Alhamdulillah, abang ipar saya discharged dari hospital sehari sebelum raya, dan dia gagahkan diri untuk pulang ke Melaka pada raya kedua - akan update gambar kami nanti)

Gambar-gambar di bawah ni diambil di pagi raya selepas solat raya. Tahun ni i tak berkesempatan untuk solat raya sebab sibuk bertukang di dapur. 

Tema color tahun ni dipilih oleh non other than anak tunggal kami si Emir. semua baju raya dibeli dekat Vendeur Festival di Matrade. Memang ramai orang... sebab tu Emir nampak je baju untuk dia, dia pilih and we are done.

anyhow, i dah terbekenan dengan kain dari Little Loft Wardrobe ni, rasanya untuk tahun depan pun nak order pada depa. I love the color, i love the service and i love the material. Cuma butik ni hanya untuk anak-anak je. Terjumpe secara tak sengaja di Vendeur Festival. By the way, this boutique is from Singapore. Janji hati dah berkenan.. -- like seriously i suke. 


Bile dah ambik gambar baru perasan, selipar crocs emir tu matching pulak :p we all meemang tak beli pun kasut raya. Kasut Emir tu pun baru je beli and errr boleh tahan harganya.. apa nak buat anak peminat Star Wars dan habis baik dia pujuk.

 tendangan Karate do katanya..


I love the below picture though i know the fat is everywhere (grrrrr.....)


so cara terbaik untuk menghilangkan lemak di gambar adalah berdiri di belakang orang :D


akhirnya gambar skema dari kami bertiga


Gambar-gambar suke-suke je.. untuk kenangan, mana tau SD Card dah hilang kan :)







Pokok rambutan mak mertua saya memang tengah lasak berbuah sampai terjurai jurai ke tanah. elok dia  berbuah masa raya, tetamu datang bagi plastik, ambiklah berapa plastik nak ambik pun.. ada 3 pokok berbuah serentak, bayangkanlah macam mana mak mertua i puas bagi rambutan kat tetamu



Makin lama rasanya gambar cermin kami makin gelap. Sebabnya rumah Mak Lang kami ni ramai tetamu. dan cermin ni pulak dekat ruang tamu. Segan kot nak posing-posing depan orang :p tu yang main petik sekali dua janji ada je gambar ni.. Cuma tahun ni, gambar cermin ajaib dah tukar sedikit kedudukan.. Harap-harap kekallah cermin ajaib ni..


Tahun ke 10 depan cermin :)



Wednesday, July 08, 2015

Sambutan hari lahir Emir yang ke 9

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, ibu bersyukur sebab dapat bersama-sama dengan Emir meraikan hari lahir Emir yang ke 9. Makin lama makin membesar dah anak ibu, jadi sambutan nyer tu dah lain sikit.

Selalunya ibu akan organizekan birthday party celebration untuk Emir, tapi memandangkan tahun ni jatuh pada bulan puasa, dan ibu memang tak bercadang pun untuk throw a party, jadi ibu buat sedikit personal untuk Emir tahun ni -- sambut dengan ibu dan Papa aja..

Ok, gambar bawah ni diambil sehari sebelum Emir's 9th birthday. I need the picture to be printed on the sticker. Malas nak cari gambar lama, jadi ibu tangkap je gambar baru.. senang cerita kan.. and subhanallah, Emir dah betul-betul macam orang besar.


Tahun ni, 29 June jatuh pada hari Isnin, dan sebab esoknya sekolah, ibu dan Papa decided untuk makan birthday dinner sehari sebelum and we asked you to choose your own restaurant. Emir teringin makan Absolute Thai, tapi bile call sana sini, semuanya penuh untuk berbuka. Last-last kita makan je dekat Happy Thai. What a surprised, sejibik sejiban lauk sama dengan Absolute Thai, cuma of coslah Absolute Thai taste a little bit better but not disappointing. Harga pun sama..

Tak ambil gambar, sebab hari tu kite keluar sehari suntuk and telefon-telefon kite semua bateri dah habis. Nasib sempat ambik gambar berdua je ni.. Papa pun tak sempat  nak ambik gambar.


Ibu memang niat nak bagi kawan-kawan Emir some goodies bag. At first i was thiking to give a normal goodie bag like packing some sweets or biscuits. Tapi ibu pikir balik, sempena bulan puasa yang mulia ni, baiklah ibu ambil kesempatan untuk jamu sekali satu family.. 

So i decided to buy some kuih raya for all of your classmates inclusive your teachers. Emir pilih 6 jenis biskut. Malam tu, ibu bertungkus-lumus buat sticker. Penat jugak, dah la lepas balik terawikh kan, nak design lagi, nak tampal, nak gunting.. but you know, ibu sebenarnya suka buat bende-bende macam ni padahal bukan kreatif mana pun.. 

6 biskut pilihan Emir sebagai kenangan.. 


 
  





Mengantuk jugak la ibu malam tu sebab esok nak bangun masak sahut lagi.. Papa tolong sambung tampal sebab ibu dah ngantuk sangat


Ibu selitkan juga kad untuk Emir. Tulisan dari ibu dan papa, Sebak jugak tengok Emir terharu baca kad tu. Moga Emir paham apa yang ibu sampaikan dalam kad tu kan.. Ibu sentiasa doa Emir jadi anak yang soleh, mendengar kata dan sentiasa berada dalam LindunganNya. by the way, ibu pas kad ni dekat Emir bukan nyer on the 29, tapi a week after :) saje..


Memandangkan kami bertiga je bercelebrate di rumah sendiri, kek pun kecik lah.. Selalunya Emir suka sangat New York Cheese Cake, tapi kat Secret Recipe tak de. Yang ada Marble Cheese cake ni.. oklah, still within your taste except you dont like the base. 


Dan bawah ni gambar teruna Ibu di sekolah semasa berumur 9 tahun. Emir lahir pada 2.34pm 29 June 2006. 


Bersama kawan-kawan Emir yang datang awal. Hari tu kite datang awal sikit ke sekolah sebab nak letakkan biskut-biskut Emir dalam kelas. Kalau lambat parents tak boleh masuk, jadi leceh pulak nak mintak permission sana sini untuk hantar biskut. Sebab tu kite pergi awal.


The celebration Alhamdulillah didn't end there. We decided to bring you for a short vacay dekat Port Dickson. Lama dah kita tak pergi PD. Check punya check, ibu pilih Lexis PD. Nak jugak cari Grand Lexis, tapi bilik semua penuh.. Seronok sangat kite dapat bilik ngadap seaview.


Seram jugak memula sebab bawah tu boleh nampak air.. :) oh bawah ni bilik kita.. macam lah kite ni keluarga besar la kan..


Ambik, puasa tak puasa, nampak je jacuzzi Emir terus nak berendam.. masa pergi mandi swimming pool tu, kite je orang melayu yang mandi.. 


The only gambar kite bertiga.. tak cantik betul camera ibu ni..Gambar jadi tak sharp. Kita ambil gambar ni di luar bilik kita


Kita duduk sehari je.. Masa Emir tido pagi tu (lambat betul Emir bangun) ibu dan Papa seronok sewa fishing rod. First time gune.. banyak gak ikan.. tapi ceh.. hotel tu bagi kail kecik benor and kene badan ikan pun tak sakit. Semua umpan kiterang letak, bile tarik, umpan dah habis.. Last-last sebab fed up sangat, instead of nak merasa taangkap ikan... ibu dan papa feed the fishes..

So sebab ibu rasa seronok pancing ni, nampak gayanya ibu terigin nak beli fishing rod.. mesti excited kalau dapat ikan tangkap sendiri.



Masa ni kita nak chekout dah. Kene pakai buggy, sebab jauh jugak bilik kite dengan lobby hotel.


Dekat lobby. alhamdulillah, walaupun singkat tapi seronok. Kita tak sempat nak try aktiviti sekitar hotel. InsyaAllah, kalau ada kesempatan next time. Seronok ibu sebab Emir kata, "sebenarnya celebrate dengan family best jugak"

Happy birthday Emir. I love you so much and you know that..


Loves
Ibu

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez