Thursday, January 15, 2015

Hari Pertama Persekolahan || Ke Kidzania

Seperti tahun lepas, saya bawa Emir untuk ke Kidzania pada hari pertama persekolahan bermula. Sebabnya, kalau hari pertama sekolah:-

(1) orang tak ramai - masa kami datang ni ada 100 orang je termasuk adult
(2) bile tak ramai, staff friendly habis
(3) bile tak ramai, tak payah beratur, mak pun tak rasa kesian
(4) school trip pun takde, jadi lagi lapang..

Tahun lepas, ada promotion, kalau pergi selepas pukul 2 petang, akan dapat off 40% tak salah i, jadinya untuk saya dan Emir pada tahun lepas jumlahnya cuma RM57 (ingat lagi)..

So dengan assumption ada promotion, i pun janjilah dengan Emir nak bawak dia lagi.

Sekali bila sampai sana (salah i , tak check website pun) rupenyer promotion tu dah takde. so i kene bayar full. masa tu pun dah pukul 2.30 , staff Kidzania banyak kali tanya sure ke nak masuk. Tapi sebab dah sampai, i pun cakap iyer je lah..

So, adult RM38, kid RM75

Masa masuk tu, serious tak de orang . btw Emir pergi sekolah, ramai pulak tanya Emir sekolah ke tak. Yes, dia pergi, petang tu je i kasik dia can ponteng :p

Masa masuk Kidzania.. bende pertama yang dia try adalah Poslaju. Emir cakap dia cuma nak main bende yang dia tak pernah main. Tapi not to Poslaju sebab katanya

"u always go to the Poslaju kan"

Lama betul mamat ni tengok map..



Papa tak ikut sebab dia kata membazir so Papa cuma hantar. Masa dalam tu i jenis yang bukan duduk, so kiasu nak tengok je ape Emir buat :p Sebab pergi lepas sekolah Emir tak lunch lagi (but he had nasi lemak for rehat).. so lepas buat poslaju..  Emir nak makan and he decided to eat burger... Maka dia pun pergilah ke booth Marrybrown. Sebab tak ramai orang, nampak tak official photographer Kidzania, rasenya semua task Emir ada je orang ambik gambar Emir.. tapi satu pun i tak beli lol.. (sebab dah kene bayar full ticket kan hahaha)



Lepas makan, staff tarik Emir masuk "court" ni. Court ni memerlukan 5 orang, tapi sebab cuma ada 3 orang je, jadi ada 2 staff tolong memenuhi slot slot :) Emir jadi Attorney (ok, i ni bukan la tau pun function nyer ape huhu) nak jugak i dengar Emir cakap, tapi ye lah, orang besar tak dibenarkan masuk.



Sebenarnya lepas makan, Emir target untuk ke booth TNB, tapi sangkut dekat court. Jenuh jugak la pusing-pusing nak cari TNB, tak sure macam mana boleh termiss pulak TNB ni di celah-celah booth lain.. 



Emir target ke sini sebab masa makan burger Marrybrown tu, ada orang panjat-panjat macam ni untuk betulkan lampu. Memang nampak macam bekerja sungguh lah :D



Lepas ke sana, Emir jadi contractor pulak, tolong buat binaan di sini. Yang kelakarnya, masa Emir tengah buat keje ni, ada lagi dua orang budak age around 3-4 years old, adik beradik.. MasyaAllah budak baya tu kan, liat sikitlah nak mendengar arahan..Berpusing, melompat, last-last i nampak staff tu terus bagi upah je dekat bebudak tu sebab nampak sangat depa susah nak handle..



Sebab tak de orang, staff tu ajak pulak Emir jadi Nippon Paint Painter, siap ada baju ala-ala Painter lagi.. tak nampak sangat apa Emir cat sebab jauh ke dalam sikit.



Inilah baju Emir.. sorry la camera tak cantik..



Emir paling suka jadi window cleaner sebab dapat naik scaffolding (am i right?) tak sure la  orang panggil ni apa.. Lama jugak staff ni suruh Emir cuci tingkap.. tapi Emir puas hatilah



Masa ni dah nak dekat pukul 4 dah, Emir kata dia nak minum,. Jadinya i ajak dia minum vitagen buat sendiri. Last round masa kami datang Vitagen ni ramai orang, Emir mana suka tunggu-tunggu so Emir tak pergi tempat Vitagen ni.. Sekarang , tak deorang langsung.. but still tak de orang pun Emir dapat satu vitagen je :D



I tanya Emir, dalam banyak-banyak kerja yang dia buat pada hari tu, kerja apa yang dia paling suka. I paling tak sangka bila dia jawab keje dekat Pharmaniaga, Emir sebut as "scientist". Sebab tempat ni Emir cakap every single step ditunjuk dan i pulak rasa, dalam banyak-banyak job yang Emir pergi, staff yang jaga Pharmaniaga ni lah yang paling friendly dan energetic. Agaknya sebab tu budak suka kot.



Dalam termain sorang-sorang, Emir boleh terclick dengan budak ni. I pun lupe tanya nama budak ni apa. Bagus betul budak ni, rasa masa dalam kilang Vitagen tu, staff ada bagi candy, budak ni tak nak makan pun. Very good.




Overall, Emir dapat buat 9 jobs, hampir kepada 10 jobs tapi disebabkan "tersombong" sikit, bila datang balik tempat tu dah tutup.. so dalam 2.5 hours dapat habiskan 9 jobs tu adalah sangat worth buying.

InsyaAllah saya akan repeat the same thing every year sampai Emir rasa he is too old for this, Of cos, akan datang sini lepas Emir balik sekolah.. 

3 comments:

  1. Untung juga ye datang tak ramai orang...

    ReplyDelete
  2. tu la..me nak kena bwk my zharfan dtg sini time weekday laa..serik dtg weekend org sgt crowded and queue berjela2 panjang..wasting time kat situ jer

    ReplyDelete
  3. boleh la jugak ikut idea pergi 1st day school ni. sekolah petang ponteng eh hikhik...

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez