Saturday, January 31, 2015

Lost World of Tambun || Part 8 || Final - The Hotel - Lost World Hotel

Promise this will be the last part of the Lost World of Tambun. 

and so, I chose the Lost World of Tambun. Memang i terbayangkan hotelnya macam Sunway Resort Hotel, hotel sebelah je dengan theme park, lepas tu boleh tengok view theme park.. Tak pun macam Gold Coast Sepang Hotel

Sekali.. mari baca sampai ke bawah...

Rupa hotel ni macam ala-ala Lost World gitu, colornya chocolate kusam kusam.. which i like.. (oh well, i have a weird preference)..


Sorry, gambar merah macam ni.. ini adalah bilik hotel. Agak spacious juga..


Yang i paling suka sebab ada sofa bed ni.. tilam nya empuk.. Tapi tak de sapa pun tidor sini, kami bertiga berhimpit duduk satu katil.. Katil pun King Size jadi tak rasa sempit pun.. 


I booked the Hotel via Agoda. Sebelum nak bayar via Agoda, i dah check dengan semua website lain, i jugak dah check Corporate rate dan government rate, tapi at last Agoda juga paling murah. Mula-mula i nak book, tapi date tak sure, bila i nak book balik, it was fully booked already.. Frust la jugak, selang dua hari i saje lah gatal tengok agoda.. rupenyer tinggal satu bilik saje.. dan teruslah i book.. 

Harga bilik masa I book termasuk tax RM427, kiranya RM213.50 semalam, 


and yes, di sini walaupun hotelnya adalah untuk theme park, tapi theme park bukanlah dapat dilihat dengan mata kasar. Hotelnya sebenarnya adalah deretan kedai di mana belakang hotel ini adalah residence area (tempat orang kaya ipoh :)) 

dan i rasa macam kelakar juga, kalau nak pergi breakfast, u have to cross the street macam dalam gambar ni. Alhamdulillah masa kami datang tak de hujan, imagine kalau hujan, tak ke jenuh nak melintas just untuk breakfast.. memang kire effort lah kan..

Tapi sebenarnya bila duduk hotel ni kalau u all fully utilised duduk dalam theme park, u dont need all hotel entertainment sebab dah penat :)



dan buatkan hero-hero i ni suke betul duduk  hotel ni sebab internet line nyer lajuuuuu giler.. Memang superb lajuu! ini i puji betul.. habis semua gambar i download siap-siap hehe..  kalau u all nak, ambiklah bilik 108, sebelah bilik tu dekat dinding ada modem internet, mau internet tak laju kan.. :)

So have fun!

Friday, January 30, 2015

Jumaat yang indah

Anakku ini kenangan untuk kamu besar nanti..

Thursday, January 29, 2015

Emir is 8 || Emir's Dragon Party || Part 4 - The adults

Ok baiklah, i am switching between the Lost World Story and Emir's birthday party story.. Orang kata selagi gambar tak habis, let me share some of my happiness with you. 

Ini adalah adult-adult yang hadir. Terima kasih kerana sudi hadir di majlis Emir.



Mereka berempat di atas ini adalah yang sangat rapat dengan saya.. Walaupun cara perkenalan kami hanyalah bermula di alam siber, tapi Alhamdulillah kalau nak berkongsi rasa bolehlah saya tumpang bahu depa naa.. Dari kiri Ayu, Ezna dan Suzi


Above is one of the parents :) Tak berani nak mention nama kat sini kang depa google pulak :p u know i really malu for anyone to know my blog. Segan,.. Blog i ni lebih kepada catatan sendiri.. Merapu meraban macam tu, untuk tatapan Emir bila dia dah tua nanti


Bawah ni abang ipar I (abang Emran), kakak ipar I (kakak Emran). I berterima kasih dengan SIL I sebab ada sepanjang party ni. Sampai tak sempat lah nak tukar baju. She just got back from an aerobic program, terus datang 1Utama and kire my savior. Orang PTD dalam kepala dia cepat je nak solve problem :D I je merangkak..


Ini cousin kami.. :D


Ini kawan yang i paling baikkkkkk sekali dekat Office.. She was with me dari zaman dia anak dara sampai lah dah beranak dua. Terima kasih Pisah.


Ini jiran i yang i takkan dapat cari ganti lagi :(.. Walaupun dia dah ada dekat tempat keje yang sama, but trust me, tak sama juga dengan dari duduk depan mata. Dulu kalau ada masa, i just knock her door and we can borak and borak.. Sekali sekala boleh la meraban kalau dua2 laki kate ok, kite lari pi minum kat Publika.. oh man.. rindunya..


Adik I yang dekat Perlis. Susah nak jumpe dia..asyik ada program U je :) kira dia ada masa party ni kire miracle lah :)


Bakal pengantin insyaAllah.. bulan 10 ni.. block your date ya :)


Bersama-sama mak yang lain.. :) ada yang anak baru balik dari Hong Kong sebab ade school competition terus touch down, rehat kejap dan datang party Emir.. Terima kasih.. 


Bapa-bapa.. anak dah tak nak balik dah..


with my 20 years  best friend.. Yani!! friend semasa membesar, jadi banyaklah kenangan bersama ..


Terima kasih :)

Wednesday, January 28, 2015

Lost World of Tambun || Part 7 || Dulang Tea House

Masa train bawa lalu keliling Lost World tu, mata i dah tertarik dah tengok restoren dalam gua.. Actually ada dua tempat, satu lagi near to the Haunted House tapi gua tu gelap sangat so im not interested.. tapi yang ni , i betul2 lah interested.


Lepas habis Tiger Show yang kedua, kami pun berjalan kaki ke sini.. tak jauh dari tempat mendulang dan juga teambuilding


Menu di sini ala kopitiam. simple aja menu nyer.. Hubby order roti tumbuk, first time dengar tapi i lupe pulak nak ambil gambar, i cume order roti bakar saje.. 


Menarik kan.. sesuai buat photoshoot, tapi camera we all dah habis bateri. Ini pun dari  kamera phone ajer.


Yang kelakarnya masa dekat sini tak tau la kenapa Emir berkenan betul dengan patung harimau ni.. Masa mula-mula duduk, Emir kata "that tiger is rollings his eyes" takutt tak.. dia kata tiger tu hidup.. sampai dia sendiri takut nak dekat.. jenuh la i cakap that is only his imagination.. lama-lama baru dia ok dan berani nak sentuh tiger ni.. 


Trylah ke sini.. makanan tak mahal pun.. 

Tuesday, January 27, 2015

Lost World of Tambun || Part 6 || Petting Zoo

Sebenarnya untuk ke sini kami berkira-kira jugak. Emir macam tak interested, papa pun tak berapa interested. Ibu je interested. :p.. Lepas ke tempat mendulang tu, kami ingat MC masa Tiger Show tu bagi tahu, kalau nak jalan dari tempat kami adalah dalam 10 minit.. Lagipun masa tu dah pukul 5.15 dan Petting Zoo tutup pukul 6 pm. 

Tapi memandangkan kami pun dah tak de bende untuk buat, jadi kami pun naiklah train untuk ke sini.. 



Sebenarnya banyak untuk ditengok, tapi masa tu kami ni running out-of time.. jadi kami ikut je rentak Emir.. 

Emir ke sini. Di sini disediakan net kecil untuk visitors cuba untuk tangkap ikan.. I tell you, it was not an easy job. Emir sampai frust lah.. dalam "longkang" ni ada banyak ikan guppy dan ikan kecik-kecik lain. Kalau dari segi luaran, memang nampak senang lah nak tangkap ikan.. Mana taknya, "longkang" bukan lah besar, ikan banyak pulak tu, dah la banyak , air pun jernih..


Tapi percayalah, selama saya duduk dekat situ dalan 15 minit, tak de sorang pun visitors termasuk Emir yang berjaya tangkap ikan tu.. Susah betul.. Sebab nya ikan - ikan tu cekap betul berlari.. Sebab tu lah i rasa Lost World memang letak banyak net dekat situ sebab they already know mesti ramai tak dapat tangkap, so ikan - ikan di sini akan selamat.. 


Dan di sini lah tempat paling lama kami "beristirehat". Emir dan burung-burung. Staff di sini sangat peramah.. siap ajak visitors burung apa yang sesuai untuk kita.. Emir seronok betul dapat bermanja-manja dengan burung-burung dekat sini..



Menarik kan.. :) u should bring your kids and visit this petting zoo. Very interactive for the kids. Tapi dengan syarat anak u all tak boleh laa cepat panik macam i haha.. percayalah i duduk sebatu dari mereka mereka hahaha, so can you imagine having a cat in the house is one successful story for yours truly.. i memang sangat penakut dengan segala mala binatang..



A proud kid.. dapat bagi makan dua burung sekali..


Sebab tu Emir cakap, kalau lah Lost World ni ada slide macam dekat Sunway Lagoon, he will place Lost World as the best.. (untuk dia ada slide tu memang cukup bermakna lah percutian dia hehe)..



Monday, January 26, 2015

Lost World of Tambun || Part 5 || Mari mendulang

Saya rasa the three of us really explore apa yang ada dekat Lost World. Kalau ikutkan badan dah penat.. (especially i - lah).. Tapi sebab nak datang balik tau tau bila, jadinya kami pun berjalan lah di kawasan sekitar.

So kami ke area ni. Dekat sini adalah kawasan kalau ada Company nak buat teambuilding. Masa kami datang ada dua Company yang buat teambuilding. Ikutkan teringin la nak naik bot, RM5 je pun sorang, tapi tak dapat sebab masa tu staff-staff sibuk menguruskan teambuilding. 


Untuk sampai ke kawasan ni, you all boleh naik train.. nak jalan pun boleh jugak.. :) I tak kuasalah nak jalan banyak kan dengan selipar hotel tu :) sakittt..



Jadinya Emir ambil gambar di sini.. banyak jugak lah dia posing atas gajah ni sampai lah ada orang lain nak ambil gambar.


Yang paling menarik adalah sesi di mana Emir belajar mendulang. Secara kebetulan memang ada staff jaga di situ, ok i tak pasti kebetulan atau memang ada staff yang jaga, jadi staff tu ajar Emir dan beberapa orang budak untuk mendulang.. dan i personally rasa sangat interesting..


Semua gambar di sini adalah dari phone Emir. boleh tahan jugak kualiti gambar Asus ni.. :) camera papa masa ni dah habis bateri


Lama juga Emir mendulang dekat kawasan ni..  Sementara tu i pergilah toilet yang berdekatan.. Sebenarnya nak bagi tau.. scary sebab toilet tu belakangnya hutan.. huhu


Emir nampak macam dah biasa mendulang :D dia sendiri kata best pulak belajar mendulang..



So jadinya kalau Encik Encik Puan Puan nak bawa anak, sila lah sampai ke kawasan ni yer. Menarik kan.. btw Emir suruh ambil gambar dekat bawah ni sebab dia nak suruh masuk Instagram.. 




Sunday, January 25, 2015

The first of 2015.

Im sick..

Been sneezing from yesterday but it doesnt get better.

To that..

Leave you with my blanket..

N yours truly is hiding under the blanket....

Saturday, January 24, 2015

Emir is 8 - Foodie food di Chill*X

Perkara pertama saya belajar, kalau nak hidang orang makan mesti tip top. :) I will make sure that my guests are full once they leave my house / event. Mak saya lah tu ajar.. mak saya tak pernah biarkan tetamu keluar dengan makan ringan-ringan.. so not her.. kalau 10 orang datang, kalau 10 kali dia kene masak, dia masaklah..

Tapi i idok ler masak :p

Chill*X di TGV ni adalah satu-satunya cafe dalam TGV. Saya dapat hall je, food kene bayau sendiri.. 



Ini antara menu-menu yang saya pilih. Saya pilih Chicken Meatball Spaghetti with Tomato Sauce, pilih chicken sebab ada kawan Emir non-Muslim yang tak boleh makan beef. 


Mini sausages


Deep fried fish fingers



Lemongrass Samosa

Fruit tartlets


Mesti ada yang perasan mak ayah saya tak datang. Yes, mereka tak datang. Baba malas nak tengok wayang :) which i understood la kan, kat rumah pun baba n mama tak tengok TV.. Tapi Mama pagi-pagi dah masakkan nasi goreng dan suruh saya hidang untuk tetamu.. 


Ini adalah staff staff di situ.


dan ini adalah Chef yang baik hati dan sangat supportive. Makanan semua sedap dan i sangat puas hati.. Alhamdulillah.. 


Untuk rujukan, harga per pax RM30, minimum kene 40 orang.. exclusive tax
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez