Sunday, December 27, 2015

Singapore Day 4 - Jurong whereabouts

This will be our last day in Singapore. Sekejap je masa berlalu. Our day started lil bit later, dalam pukul 10 baru semua orang nak bersiap and kami keluar hotel dalam pukul 11 pagi. My intention was to request for late checkout. 

Tapi tengok queue panjang, rupenya dekat hotel ni checkout time is at 11 am. memang about time untuk check out. Jadi kami cuma dapat late checkout sampai pukul 12 saje..

Apa pun bag dah pack. Hari tu dalam plan nak habiskan masa dekat Science Centre area. 

Jadi kami pergi Snow City. Admission fee is SGD18 (tak kire adult ataupun kanak-kanak) dan masa yang dibenarkan cuma sejam saje. Memang agak "kejam" lah. Jadi Papa decided tak masuk sebab dia kate baik lah dia balik hotel uruskan hal-hal nak checkout.

bayaran di atas adalah termasuk winter jacket dan boot (exclude glove), tak salah i sewa glove adalah dalam sg2.


Yang paling kejam kat sini, dia tak bagi kite ambik gambar sebab katanya official photographer dah ada. Ingatkan sebab dah buat strict rules gitu bayaran murah lah sikit kan.. rupenya hampeh la jugak, satu gambar sgd20, tapi kami cuma ambik dua gambar. sebab dua gambar je dia tak bagi soft copy...

i dengan emir dekat dalam ni sekejap jer. like real sekejap. sebab pukul 12 tu kami dah kene bergegas tengok movie di omni theatre sebab papa dah beli tiket. anyway, this is first time i rasa snow. dalam ni katenye -5 darjah celcius. i hidung i tak tahan, rasa nak burst gitu.. anyway, i ni aircond pun tak berapa tahan sangat, apatah lagi sejuk beku macam ni..

dlm snow city ni sangat kecik.. serious kecik.. kalau dekat malaysia ni kawasan dia macam megakidz area, tapi besar sikit sebab ada bende slides bawah ni.. inilah je pun kalau orang besar nak main. kebetulan masa kami datang, ramai la jugak orang jadi emir kene beratur. emir cuma turun sekali je lepas tu kami dah lambat untuk ke omni theatre.

the only picture i ambik curi-curi. merata staff dia ada.. nak ambik pun susah.. ni pun i cepat-cepat snap..

i rasa kami dalam ni tak sampai 30 minit.. gile membazir :p


Di kawasan yang sama, pukul 12, papa beli tiket omni theatre. katanya ada mcm 6d. Satu movie adult sgd15, kids sgd12, kalau convert memang mahal.. cuma movienyer tak de lah extra veganza sangat.. papa kate kalau pusat sains negara murah je masuknya rm2. so kami tengok satu movie saje.. 

tak berbaloi pun iyer jugak sebab mahal. tapi emir suka.. sebab apa i kate tak berbaloi, sebabnya movie tu setakat 30 minit je ..


ini dalam theatre tu. tak ramai pun, memang tak nampak langsung muke2 malaysia , macam semua local je.


Kami lalu juga dekat The Observatory. In my earlier entry, i ada mention yang Science Centre ni ada buat Star Gazing every Friday night. Masa tu i tau, tapi kami sibuk nak pegi Chinatown.. Last last rasa menyesal sebab peluang macam ni bukannya senang dapat plus entrance pun adalah free... 


Lepas kami dah lunch semua dalam pukul 2 kami patah balik ambik luggage dekat hotel. Genting hotel ni berhadapan dengan Jurong public library. Ini gambar Emir masa first day kami sampai. Besar Jurong library ni.. and guess what, kedua-dua hero ku nak habiskan masa dekat sini ..


Ramai orang dekat public library ni. buku pun banyak. seronok tengok.. kami di sini adalah dalam sejam sebelum kami bertolak ke airport..



Alhamdulillah .. kami selamat tiba.. seronok!!

InsyaAllah sebab hubby i dah ada passport, kami pun dah sama-sama semangat nak kumpul duit untuk our next destination. 

Till then.. 

daaa

Saturday, December 26, 2015

Singapore Day 3 - Sentosa Island - rezeki tak disangka

Gambar agak banyak. Mule ingatkan nak classified ikut tempat-tempat, tapi i rasa kalau buat macam tu surely tak terbuat terus. so i ikut lah sequence apa yang ada dalam kamera i mengikut hari. 

Dan ini adalah cerita hari ketiga.

Hari ketiga plan saya memang saya dah plan untuk ke Sentosa Island. Tapi bukan lah ke Universal Studio, ini adalah untuk bawa Emir ke tempat di mana dia pernah dilatih sebagai Dolphin Trainer selama 4 hari ketika memenangi Hadiah dari Tiger biscuits.

Cerite itu dua tahun sudah berlalu. Kali ini saya bawa Emir untuk ke sini. 

dari Hotel, Genting Hotel ada menyediakan complimentary bus untuk terus ke Sentosa Island. Dari Jurong ke Sentosa mengambil masa selama 20-25 minit. 

Sambil lalu ke sana, terlalu juga di Hotel yang kami duduk dulu - Bay Hotel yang terletak di Teluk Bangah berhadapan dengan Vivo City. 


Sampai sana bila dah masuk, of cos lah berjalan ke Universal Studio dulu. dan kawasan sini lah barulah kami jumpe banyak Malaysian. Masa kami pergi dua hari sebelum ni kire tak banyak muke muke tourist Malaysia pun.. Like seriously i tak bernafsu pun nak tengok Universal Studio tu hehe.. 

Emir memula dia nak juga, tapi sebab kami sampai pun dah lambat, n memang Papa dan Ibu tak masuk budget untuk ke Universal Studio, jadi kami memang tak pergi. InsyaAllah next time.


Kami sampai memang time dah lunch hour. Hubby tanya, bapa lama nak spend masa di Underwaterworld, takut karang bile tiket mahal tapi tak berbaloi.. But i told him UWS tu, sekejapan je dalam tu, tempat nyer sangat kecik. 

Sebab kami ni memang perut tengah kosong, and memang dalam plan saya nak makan Fish & Co di Vivo City. Jadi kami terus ke sana. Masa kami ke Fish & co dulu di Singapore, memang sangat sedap, lain pulak rasanya bile makan Fish & Co dekat Malaysia. Memang Emir and I looking forward nak ke Fish & Co. Dari Sentosa Island ke Vivo City - Habourfront, kene naik train. dan dari Sentosa Island ke sana tiada caj yang dikenakan..


Inilah Fish & Co tu. Vivo City ni masyaAllah ramai giler, seramai-ramainya, i rasa tempat ni front gate tu sentosa yang memang tourist attraction, vivo city yang besar ni pun i rasa padat.. haishh 

masa kami sampai ke sini tempat di dalam penuh, jadi terpaksalah kami makan di luar.


Order pun canggih pakai ipad. My first experience order pakai ipad.. tak sure kalau fish & co di malaysia pakai bende yang sama.


Ini order saya. I tak sempat nak snap makanan yang lain.. sebab perut memang dah lapar haha.. 

Ok memang puas hati. Makan ni sebab dah masuk dalam budget so bile convert memang dah expected. Sakit betul lah hati ni mengenangkan exchange rate.


Dekat VivoCity ni di concourse area ada pulak show pasal Star Wars, apa lagi besar kecik besar kecik lah maa Emir, ini pun dia yang suruh ambil gambar dia (which is bukan senang)


Kami tak beli ape pun di sini.. Saja seronok tengok banyak barang-barang Star wars. Harga murah sikittt je dari Malaysia, itupun sebab currency kite teruk, else memang barang Star Wars dekat Singapore ni jauh lagi murah dari Malaysia kalau currency kite stabil.


Nak jadikan cerita, selepas dah habis makan, kami kenalah patah balik naik Sentosa Express untuk ke Sentosa Island. Hi, luluh betul hati ni bila tengok line panjang berjela.. dah laa masa tu nak dekat pukul 2.  

Tapi orang kata dalam punyalah ramai manusia dalam line, dan punyalah banyak manusia dekat kawasan ticket area, elok je saya masuk barisan.. saya rasa kalau saya beratur tu, mau pukul 2.40 pm dapat ticket.. tiba-tiba ada sorang hamba Allah approach kami..

Dia tanya nak train ticket tak .. and its for FREE..

4 keping ticket lagi dia bagi, katanya dia ada lebih. Kami ambik pun teragak-agak.. ye lah kan, rupe tiket tu pun kami tak pernah tengok. Husband sempat tanya "so nak keluar line ke ni"

I cakap, no harm trying lagipun kami baru je masuk line and line sooo panjang... 

Alhamdulillah rezeki kami.. ticket tu memang valid. Terima kasih Tuan, i know you will never came across my blog, but seriously we truly appreciate it, what more when we can save SGD12 and TIME!!



Sentosa Express, kami akan terus turun di Siloso Beach, dari Siloso Beach, kene naik tram untuk ke Siloso Point. dan i masa tu memang dah check, the show will start at 2pm. UWS nin tak de bende banyak sangat pun nak tengok ,so kalau miss dolphin show memang rugi.. Jadi tiket kami beli memang pukul 2, dari ticket counter seriously, kami bertiga LARI..hahaha, u imagine this big fat woman running hahaha...


The show adalah dalam 25 minit. Masa tengok show tu, memang muka Emir sangat-sangat lain. i as a mother, memang i tau, muke yang dia sangat rindukan moment masa dia jadi dolphin trainer.. Masa show pukul 2 tu, yang jadi host adalah coco (gambar di atas), Emir still cam dia sebab dia one of the trainer dulu. Memang terus Emir mintak sangat untuk jumpe dengan trainer Coco after the show. Sadly, we came to know that Emir main trainer has left UWS.

Oh Dolphin Emir, Young and Splash masih lagi buat show.. :) i tak pasti which is which Dolphin ni.. Kadang-kadang teringin jugak nak menyelami perasaan dolphin-dolphin ni buat bende yang sama bertahun tahun huhu..



Lepas dah habis show tu, kami ke bahagian pameran. the exhibition about Underwaterworld Singapore. Jangan silap, UWS ni bukan yang SEA aquarium. dua bende yang berbeza. I tak pernah masuk SEA tapi what i know UWS ni lama punya. So if you do not have any sentimental value here in UWS i rasa, better pergi SEA sebab tempatnya baru kan.. UWS ni tak banyak bende pun. Pameran dia kalau tak bernafsu, 30 minit dah habis, kalau banyak bende nak buat adalah dalam sejam..


Tiket untuk masuk ke UWS adalah SGD29.90, kids SGD20.60 memang mahal. sebab tu i cakap kalau u miss dolphin show rugi sebab tak de bende nak ditengok di sini. but we just enjoying ourselves. Emir biasalah akan teliti satu persatu dan akan bace.. thats him, so lama jugaklah.





Tempat ni ada beltnya. So kalau nak tengok ikan, boleh berdiri tegak je, tak payah nak jalan-jalan. Kebetulan masa kami di sana, i rasa ada dalam dua tiga bas kot pelancong dari India buat lawatan di sini, jadi agak padat juga. Emir seronok ambik gambar mak paknya sampai duduk macam ni. Papa pun ada jugak duduk sebab penat kan.. I pun teringin jugak nak duduk tapi mestilah kene control ayu.. :p so  i sorang je kaki penat. haha



Lama tak lama pun, pukul 4 habis. So, macam ni, kami sampai dalam pukul 2, show habis 2.30pm, lepas tu tengok the underwater exhibition sampai pukul 4 kire dah habis sangat lah tu.. dan kire cukup lama kami spend, sebab ye lah kami pusing adalah la kot dalam 5 kali.. 



Dophin show kali ni start lambat sikit sebab hujan turun. Ingatkan dah cancel dah, nasib baik la hujan tetiba berhenti mcm 10 minit selepas pukul 4. Terus show berjalan seperti biasa. 

Lepas habis Dolphin show, sebenarnya ada  interactive session. Kebetulan lepas pukul 4 punya show, ada interactive session dengan Dolphin. Emir memang mintak sangat dapat jumpe dolphinnya.

papa kata bagi je sebab muka dia memang mengharap sangat. alkisahnya untuk ambik gambar macam ni kami kene bayar SGD20.. 


Alkisahnya lagi, masa nak ambil gambar, staff UWS bagi tahu, gambar Emir semua mata tutup.. haish masa tu dah frust (and dah naik angin dah) sebab how could they not check, lagi pun kite bayar untuk session ni. i memang frust betul dan dah start bising bising.. Gambar atas ni i ambil and nasib lah mata tutup.

Last-last sebab dah bising sikit, staff kata dia bagi i free next session ambil gambar tapi bukan dengan dolphin, dengan sea lion to compensate the first picture. I pun ok lah.. cuma yang tak ok tu, kene tunggu.. grrr show starts at 5.45 and session dengan sea lion tu after the 545 how..


Sebab dah tak tau nak buat ape dekat UWS tu, kami lepak duduk je dekat stadium ni. sebab tu dapat the best spot, tengah-tengah.. masa tu berdoa lah jugak supaya tak hujan, else rugi lah.. alhamdulillah tak hujan.. Gambar dengan sea lion tu i tak ambik dalam phone i.. tapi puas hati lah.. 

kirenya dengan SGD20 i dapat dua gambar, satu dengan dolphin satu dengan sea lion..


Kami memang dah lambat untuk buat bende lain. sebab keluar dari UWS pun dah pukul 6 lebih. jadi lepak je lah dekat kawasan sini. Memang tempat wajib ambik gambar


Bila dah sampai dekat express train area, emir minta untuk naik Luge ride ni..dulu dia pernah naik, tapi masa tu dia tak pandai untuk kawal luge tu.. I memang tak lah nak naik bende alah ni.. Papa pun macam malas, tapi Emir nak jugak. 

Untuk naik Luge ride, kite kene naik Skyride. Ok i ingat-ingat lupe, tak salah i kalau sekali naik (1 luge ride and satu skyride) harga dia SGD12. Tapi bak kate tag line nyer, 1 is never enough which is true, kami ambik pakej 3 kali luge ride 3 kali skyride untuk Emir. Total tak silap SGD25. Lepas tu sebab orang ramai and i tak nak Emir tunggu-tunggu, kami ambik Express pass untuk Emir, so dia tak payah beratur. Express pass harga SGD 12 untuk seorang.


Masa first naik memang berdebar jugak. ye lah masa pun dah malam lepas tu kene naik skyride lagi. dah la Emir ni takut gelap, and i tak tahu apa keadaan dia kat atas sana tu. Papa memang dah tak senang duduk.. 

Tunggu punya tunggu, ada lah dalam 15-20 minit, heh baru nampak muke dia.. Lepas tu dia turun he was sooo happy and tak sabar nak buat second round. Bile i tanya dia kene beratur tak, and he said no.. Ok worth it.


Emir cakap masa last ride tu ada electric fault masa naik skyride. Dia kata dah la masa tu dia at highest point, gelap lepas tu skyride tak bergerak, Panik juga dia. bila sampai naik Luge ride tu, seronok pula dia sebab ada teenagers ni nak lumbe2 dengan dia which make him so happy. 

Apa pun bak kata Emir, 1 is not enough, 3 is just nice. 


Kemudian kami balik ke Waterfront semua (Universal Studio area) untuk cari makan. Mula-mula ingat nak makan dengan Malaysia Street, sekali bila masuk rasanya tak de yang halal di sana. Pusinglah kami and jumpalah kedai Bali Thai ni.. Sedap juga masakannya. Harga dia lingkungan SGD10++ untuk satu plate. boleh la untuk dinner.




Lepas makan kami nak terus balik, masa tu dah pukul 9.45 malam.. sampai di tempat bas, bas penuh, terpaksalah tunggu next pickup yak ni pukul 10.15 malam. Jadi kami sampai hotel dalam pukul 10.45 malam, itupun Papa ajak nak pergi Chinatown balik tapi i dah penat dah.. balik nak relax untuk final day.. Plus hari ni banyak jalan-jalan walaupun satu tempat saja..


Itulah cerita kami untuk Day 3. :)

Tuesday, December 22, 2015

Singapore Day 2: Singapore Science Centre

Ramai orang yang pergi ke Singapore tujuan utama mungkin untuk bawa anak berjalan ke Universal Studia, tapi  bila i cerita dekat kawan-kawan dan keluarga yang i nak bawak anak i pergi Singapore sebab nak ke Science Centre, orang macam pelik.

In fact to be honest, bila nak Google mengenai Science Centre, memang sangat limited. Belum ada lagi review di blog mengenai SCS.

Oklah, i memilih SCS sebab Emir memang musim dia suka pasal sains. He loves science, beli buku sains, read about science and share about science. Jadi i tanya dia kalau ke Singapore nak ke mana memang jawapannya dia nak ke Science Centre. 

Science centre Singapore terletak di Jurong jad sebab itulah i memilih hotel Genting Jurong Hotel sebab SCS cuma 5-10 perjalanan dari Hotel Genting Jurong. Kalau naik MRT u kene naik Green line and stop at Jurong East and from the station u have to walk around 15 minutes towards the SCS. 


Kami memang sampai di sana pukul 10 pagi. Operation hours start at 10 am. jadi kami sampai dalam 10.30 macam tu lepas breakfast. By the way, Papa keluar pergi cari makanan, pagi-pagi lah dah belasah nasi ambang :D

Ini adalah pintu entrance SCS. Fees adalah SGD 12 untuk dewasa dan SGD 8 untuk kanak-kanak. Admission fees ni quite confusing. Sebenarnya dalam kawasan Science Centre ini ada juga terdapat Omni Theater and Snow City. Omni Theater ni untuk dapatkan pengalaman iMax experience. Kira di Malaysia macam kite tengok movie dalam Planetarium Negara tu dan Snow City mcm Snow City di I-city. Jadi lain-lain charges akan dikenakan. 

Dalam Science Centre sendiri, akan ada satu tema exhibition di mana bayaran akan dikenakan kalau kite nak melihat exhibition tersebut. Bulan December ni ada Human Body Experience, kalau nak tengok Human Body Experience bayaran akan dikenakan adalah tambahan SGD 15 (kirenya masuk Science Centre SGD 12 + SGD 15 kalau nak masuk exhibition tu). 

Tapi sebab kami faham anak kami yang confirm boleh habiskan masa sampai ke petang tengok science exhibition, so we opt not to purchase the Human Body Experience ticket. Tambahan pulak counter tu kate 20 minit je.. (15x3=Rm60) mahal sangat tu, rasa tak berbaloi..


Bila masuk ke sini, majoriti yang datang adalah locals, ada lah jugak sikit2 foreigners macam kami. Tapi school trip memang banyak. Science Centre ni agak besar dan jujur memang sangat interactive dan menarik. Ini first section, banyak lagi section dalam ni.. 

Can you see Emir?? I'm telling, he read ALL notice board and signage inside the centre, so can u imagine how long he can spend in this place. Belum lagi lepas dia bace dia explain balik dekat ibu dia.


First section semua pasal eye illusion. yang bawah chess ni, i suruh ambil gambar sebab i memang tak namapk sungguh muka orang tengah bercakap... Lama-lama bile tenung baru perasan. 


Masa kami sampai awal tu tak berapa ramai lagi orang dekat kawasan ni. Ini adalah kawasan utama.. menarik kan set up dia.. colorful. Kesian Papa, masa ni Papa sakit gigi.. Bila dia tak tahan sangat, dia akan balik hotel.. 



Ini kawasan paling menarik dekat sini.. semua gune high tech n they allowed visitors to experience it. Ada oculus rift, Emir happy sangat sebab Ocolus Rift dekat Publika kalau nak cuba kene bayar RM30 tak silap, and i never allowed Emir to try sebab i rasa mahal :p so dekat sini dia dapat gune.. Tapi sebab i excited sangat nak tengok apa dia tengok dekat oculus rift tu sampai terlupe ambik gambar.


Certain-certain masa akan diadakan science show dan show pertama yang ada masa tu adalah berkenaan dengan Electricity.. Ini pandangan dari atas sebab bawah tu bebudak berasak-asak mengelilingi main centre stage.


Ini pun antara interactive session dekat sana. Pendek kata di sini banyak bende yang interactive budak tak bosan sangat. 



Second session adalah berkenaan dengan fire dan diadakan pertunjukkan tornardo fire ni. Masa nak tunggu api ni jadi tornado, mak aiiiii, kami dengan luar terasa bahang kepanasan dia.. Emir bising sebab dia suruh i ambik gambar , tapi hasilnya.. nampak muke sekerat saje.. 


Last shown dalam 4pm kami masuk dekat Auditorium untuk melihat Science presentation. Yang ini sangat menarik sebab hostnya sangat kelakar dan buat show sangat entertaining. I tell you banyak soalan  yang ditanyakan staff ni mcm "how long does the sunlight take to reach earth" tapi bebudak berebut nak menjawab.. 

jawapannya 8 minit .. i pun baru tahu haha

I was like.. pandainya la hai budak-budak sekarang ni.. untuk i soalan tu mencabar tu haha Emir siap cakap "u dont know that??" muhahaha


Ok ini adalah staff SCS. cara mereka present sangat edutainment .. 


Sebenarnya banyak bahagian dalam Science Centre ni.. bawah ni antara bahagian nya... water works. kire super mini waterpark lah. Emir tak main dekat sini sebab dia malas nak tukar-tukar baju, lagipun dia sibuk nak cover bahagian dalam . 


Memanh berbaloi kan for just SGD 12 u can get all this. Makanan halal tak payah risau, ada dua cafe yang halal di sini dan salah satunya adalah McD.

I memang balik dalam pukul 6petang macam tu. Sebenarnya sayang, malau tu ada star gazing di SCS, masuk adalah percuma, tapi kami tak datang bawak Emir pun sibuk i sibuk nak ke Chinatown hehe..

Malam.. 

Lepas semua orang dah freshen up.. malam tu dalam pukul 7.45 malam kami bertolak ke Chinatown. Kalau ikutkan senang je naik MRT (green line) lepas tukar train, tapi Papa decided nak naik bas. Naik bas ok, tapi 9 lebih baru sampai Chinatown. Kami naik bas 143 (senang ingat sebab birthday i pun 14 March ) dan bas ni turun betul-betul di Chinatown.. senang betul.. Dalam bas tu, sempatlah Emir ambik energy untuk tidur selama sejam.. Papa pula mata kiri kanan takut terlepas, almaklumlah kami ni tak de internet, so memang kene betul-betul alert kat kawasan persekitaran.


Honestly seronok juga naik bas. dapat tengok the real life of Singapore. Cuma kami pergi malam jadi tak berapa clear sangat. 

Ini adalah permulaan sebelum ke Chinatown.. 


Sebab kami sampai agak lambat, banyak kedai dah tutup. Yer, tak macam Petaling Street, 9 malam tu masih muda, dekat sini, kedai dah start untuk tutup. Kemas kawasan Chinatown ni..


Ada satu section disediakan tempat makan, tapi of coslah namapun China town, sepanjang jalan cuma chinese food street je lah. Emir masa ni macam moody sikit, al maklumlah tido lepas tu kene bangun, lepas tu kene berjalan lagi..


Jalan-jalan terjumpalah satu warong melayu, Ahmad Ibrahim satay.. cumanya, ingin dingatkan, nak beli sate ni kene bungkus sebab cutluries yang digunakan are being shared with other food stalls. i perhati jugak, ada stesen stesen cutluries, i rasa memang diasingkan, tapi itulah susah nak agak kan.. Tepuk dada sendiri sama ada anda yakin ke tak. Dekat sebelah gerai satay, ada gerai indian food. Memang dua stall ni menjadi tumpuan untuk bangsa selain dari Cina.. eh orang Cina pun ramai je makan sate..


Banyak jugak i mengangkut barang dekat sini. Ramai ingat kami ni Singaporean. Terjumpa satu kedai ni, dia berkahwin dengan orang kampung mak saya, Taiping.

dia cakap.. "the only thing that is expensive in Singapore is hotel but the food is quite reasonable".

hmm betul pun.. In fact i rasa barang di china town ni murah sikit berbanding dengan Petaling Street.

Ok i akhiri dengan gambar bawah ni yang i rasa sangat menarik tertarik..


Apa pun malam tu kami balik dengan menggunakan bas jugak dan sampai hotel pukul 12 malam :D


 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez