Ramai tanya kenapa dan mengapa i ni dah makin malas update blog. Kenapa blog dah berhabuk. Kadang-kadang semangat nak update, lepas tu hancus, tak jadi pulak nak update. Macam tak de je cerite menarik nak share.
On top of that, tak sangke masih ada orang lagi yang sudi jenguk-jenguk ke sini.
Since banyak gambar dalam phone saye, ok ini cerite masa Cuti Hari Malaysia. Lama dah kan, kire dah sebulan lagi. Masa tu kami ke sini secara impromptu. Mulenyer saya tiba-tiba decide nak ambik cuti dua hari. Hari Malaysia jatuh pada hari Selasa 16 September, hari Isnin tu keje lagi. So masa datang keje, I gatai mintak cuti hari Rabu and Khamis and tadaa-- approved.
Since dah ambik cuti, hubby mule-lah melingkau nak ajak jalan-jalan. Mulenye dia nak ajak pi Kuantan, tapi kalau setakat sehari je nak pergi Kuantan, memang i penat lah kan.. so rejected. Then Emir ajak pi Sunway Lagoon. Tapi i macam nak tido hotel. Tahu kan feeling orang nak tido hotel ni.
So i browse lah, masa tu pun budak-budak cuti sekolah.
I mintak cari yang dekat, masa tu pulak pagi 17 the next day, belum packing, belum decide.
Then i terus cadang Gold Coast ni. I tau kalau tengok review dekat Agoda memang ramai yang mengutuk. Cakap kotor lah, aircon tak jalan lah, membazir lah.. but i think its to the person itself. How you treat your vacation, kalau u pergi 3 star hotel dont expect 5 star treatment, and when you know the hotel has high density, jangan lah expect orang sikit je dekat situ.
Dulu i pernah call tapi depa kate kalau cuti sekolah memang penuh. so i dengan penuh harapan, cuba lah call, then tadaa.. boleh pulak ada bilik kosong lagi and they allowed walk in gitu je.
We arrived there around 5 pm, dah la dah lambat, lepas tu demand nak beli ngadap pool. Nasib lah permintaan dimakbulkan memandangkan masa check-in tu i cool je sebab orang depan i potong i punye q and ade orang sibuk2 tengah complaint.
Alhamdulillah
ini view dari bilik hotel kami
Masa ni husband i rajin pulak bawak kamera besar dia, and rajin pulak ambik gambar.. tapi as usual alasan yang akan i gunekan adalah i malas nak transfer, so gambar i bersuke ria macam budak kecik naik turun slide dengan emir tak de lah untuk tatapan "peminat" bahaha.. Seronok sebenarnyer naik turun slides ni..
Balik je dari main dekat pool, Emir ni boleh pulak dia sambung balik mandi dekat jacuzzi. Seriously i have nothing to complaint. Yes, ada je hiccups especially masa time breakfast, ya rabbi ramai betul orang.. tapi well, kalau cuti, tak yah nak stress stress kan..
Malam pertama tu, husband i tido awal, tinggal lah Emir dengan I, kiterang bantai tengok cerite Krishh.. Both Emir dengan I tergelak-gelak sampai nak pengsan tengok padahal cerite tu tak kelakar pun. Kiterang gelak sebab how tak logik the cerite.. Lompat dari highway sampai ke island lah, this lah Anyway, love the mother and son bonding time. Seriously, we really laughing like mad, sampai Papa pun terjaga and bising suruh kiterang tido :p
Oh before Papa tido, i mintak izin dia nak pergi spa.. Emir masa tu sibuk mandi jacuzzi dia. Spa dekat sini bukak sampai pukul 1 pagi, lepas tu harga nya murah ya ampun.. So hubby bagi subsidy ambik full body massage with oil.
Cuma dekat sini, hmm.. orang yang jage spa tu memang dari Mainland China. cakap Melayu tak tau, orang putih pun tak tau.. I have to stress to them that I nak orang perempuan urut i. lepas tu tempat tutup tu bukan pintu, setakat tutup pakai langsir , i tak setuju betul... Memang masa ni i agak bisinglah. Lepas tu pulak, i bayangkan oil tu campuran this and that ke, bau ala-ala Tanamera punya bau ke.. sekali bile tengok dia punye oil, sekali... Johnson & Johnson jeeeeeee..
and bile dah sejam, ngam ngam sejam, mase tu orang urut tu tengah urut kepala i, baru start je pun, so bile sejam, terus tinggal i hanging macam tu.. siap cakap "1 hour done"..
Haha yes yes im complaining :p
The next day pulak, since kami duduk sehari je, pagi-pagi sibuk pergi breakfast lepas tu mak dengan anak sibuk nak menyibuk dalam pool area pagi-pagi. Papa? itu mat cool. Relaks je dalam bilik, orang dah nak habis mandi baru nak turun sebab nak suruh i kemas untuk checkout..
Lepas checkout, saje jalan-jalan tengok ape ada and Emir was excited to try this - Flying fox.
Mule-mule pakcik ni naik cool jer. Sempat la i ambik video sikit..
Sekali masa nak berflying fox tu...... oh maiiiiii, dia buat drama dekat atas.. Sebab dia dah menjerit-jerit, melalak-lalak kat atas tu, i pun memang dah lupe la nak ambik gambar ke ape.
Oh yes, dia melalak-lalak.. last last i cakap dengan guide tu suruh tolak je Emir (i know what a mum haha).. Once dia melayang, terus senyap and terus like "weeee hoooooo"
Serious drama.. lepas dah habis tu, mintak satu round lagi.. haihh... thats why, budak kecik ni sometimes parents need to force them, else they wont experience. Experience will teach them something new.. and im sure Emir will treasure this moment too..
Itulah cerita short vacation kami.
Sekian
Bhahahahaha. Kelakar Mira. Tolak trus ek. Boleh jadi Tips jugak utk Adam confident lps ni. Force them. ;)
ReplyDeleteWahhhhhh......entri ni sangat best. cara u olah sempoi je. kkdg kelakar bila u citer u tgk krishh hehehe i pon tgk. bapak krishh sebijik rupa krishh tapi skema sikit kan? Hehehe....Baju krishh cam batman pon ader ;) nasib handsome hritik Roshan ;)
ReplyDeletemantap la bosh dan mampir disini juga
ReplyDelete