Wednesday, September 24, 2014

Selamat Pengantin Baru Rafa & Zara

Alhamdulillah seorang lagi sepupu i selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya.. Rafa & Zara. Sepupu i yang lebih kurang baya i tak ramai, jadi bile ada wedding macam ni memang akan ditunggu-tunggu. Rafa kire dalam adik beradik dia paling happening-lah, jadi ini antara wedding yang paling di-look forward. 

I lepas dapat tahu tarikh wedding Rafa memang terus ambik cuti sebab majlis dibuat di Gerik Perak. Khamis malam Jumaat, 29 Aug tu keluarga kecik i dah selamat tiba di Gerik (tengah malam pukul 12 lebih)..

Dipendekkan cerita, akad nikah dijalankan pada petang Jumaat di rumah pengantin perempuan yang kebetulan orang Gerik jugak. Paling unik dengan pasangan pengantin ni, dua-dua nya mempunyai tarikh birthday yang sama (tahun lain) jadi mustahil lah kalau sorang akan lupe birthday yang sorang lagi..

Ini antara barang hantaran, digubah khas oleh adik pengantin , auntie-auntie i jugak. Bunga buat sendiri tu.. 


Adik I mimi bersama dengan anak sepupu i yang baru berusia 3 bulan kot :) (anak Ani - Ilham).


dan inilah pengannti Rafa dengan anak i yang comot lagi comet.. 


Masa ni dah sampai ke rumah pengantin perempuan.. adik i Cik yah


Tak banyak gambar yang i ambik.. makin lame dah makin malas pulak nak ambik gambar. Laki i apatah lagi, bawak kamera pun dia dah malas. so ape yang ada je lah yer.. 

Alhamdulillah mempelai selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Yang ini gambar masa upacara batalkan air sembahyang. Rasa Rafa macam Ustaz Don pulak, lama betul dia baca ayat dekat bini dia masa ni :D


bila tengok banyak betul gambar Mimi ni dalam handphone i


Lepas akad nikah, apa lagi makan lah.. Dekat kampung, jadi rewang lah.. masakan pun sedap.. Gambar ni sebenarnya nak ambik gambar Emir yan semangat kusyuk tengah makan di nun hujung sana bersama dengan bapak i (atok Emir). Seronok pulak tengok Atok Emir layan Emir. and semua orang kagum sebab Emir makan pulut sampai 3 pinggan berlaukkan sambal ikan bilis. Tapi pulut dia memang terbaiklah.. lemak santan tu memang umpph..


Keesokkan hari nya majlis dekat rumah pengantin pengantin perempuan.. Tapi bile korek-korek i punye handphone tak de pulak gambar dekat rumah pengantin perempuan.. Takpe tunggu gambar dari official photographers lah.. 

Ok gambar dekat bawah ni gambar masa majlis dekat belah pengantin lelaki. Abang pengantin lelaki, wedding planner, memang cun la deko untuk majlis pengantin ni.. photo booth dia cantikkkkkkkk.. tapiiiiiii again bile i belek-belek balik, tarak gambar deko deko tu dekat phone i. Bile pikir balik baru teringat yang i malas nak pegang phone masa tu sebab sibuk dengan bende lain. 

Emir and the gang (basically his uncles) ditugaskan untuk jadi tukang pegang bunga manggar. Emir memang sangat suke balik Gerik ni sebab dapat jumpe kawan-kawan yang memang boleh buat geng. In fact derang dah gelarkan team derang as Bungga Manggar boys. Tengoklah walaupun berpeluh dengan panas terik but they are too excited. 


Akhirnya pengantin pun tiba jugak.. payung tu jahit sendiri ok.. the day before.. :) 


Ini gambar selekeh kami bertiga dengan pengantin. Sorrylah Emran muke macam bini tak jage :p and kiterang pun tak sedonondon kali ni.. 


Malam tu biasa tradisi kami akan adakan sesi renjis renjis sesama family. masa ni paling best adalah untuk tengok budak-budak renjis pengantin lah.. macam macam ragam.. seronok.. i ada ambik video, insyaAllah akan diupload dalam youtube i untuk tatapan keluarga.. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh anak sedara i Zubir (Seriousss dia yang bacekan doa).. He is on his way to become a tahfiz, insyaAllah.. 


Yang pasti we have a blast during our stay in Gerik. 

Semoga Rafa & Zara bahagia dunia dan akhirat.

Tahniah dari
Abang Em, Kak Long dan Emir


1 comment:

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez