Friday, November 29, 2013

Dumex Mamil / Hi5 session

I telah dijemput untuk menghadiri Dumex Mamil and Hi5 session - meet and greet session di The Apartment, The Curve 2 minggu yang lalu. Ingat pada mulanya, ok fine, takkan Hi5 nak datang kot.. and i thought maybe this is an event to promote Hi5 concert in December 2013..

Since the event was held on Friday, so I had no choice but to ask my husband to represent me.. and tadaa my trick menjadi. He was in the opinion that he just had to send Emir there, until the last minute i told him it was a blogger event and again i asked for his help to snap pictures for me... :) Nasib lah laki i ni sporting jugak :D Thanks husband :)

Apologize as I took 2 weeks to upload the entry.. 

and then, I remembered husband Whatsapp me

"eh memang Hi5 lah" 



and i was like.. "are you sure"

terus i made an effort untuk balik seawal yang mungkin walaupun pada hakikatnya i tahu i memang tak boleh (session started at 4.30 and ended at 6) dan saya keluar dari KLCC at 4.45pm dan ke sana naik public transport.. jadi agak mustahil di situ.. 

Majlis dikendalikan oleh Azura Zainal dari RedFM. Kalau sape-sape ingat, last time she was one of the presenter at Disney Channel Asia.. Sweet and bubbly and looking at her pun, u know that she is a fun person.. 


Acara dimulakan oleh Mr. Christian Uittenbosch, Marketing Manager of Danone Dumex Malaysia yang berkongsi mengenai kebaikan dan nutrisi yang boleh didapati dengan Dumex Mamil. 

Dumex Mamil dirumus khas dengan nutrien daripada semua kumpulan makanan untuk membantu kanak-kanak mendapat pengambilan harian yang disyorkan - Buah-buahan & Sayur-sayuran, Karbohidrat, Tenusu, Protein, dan Lemak (DHA, ALA, AA). Dumex Mamil mengandungi 30 bahan-bahan pemakanan seperti LcFOS, vitamin & mineral, buah-buahan semula jadi dan ekstrak sayur-sayuran serta 20 nutrien penting termasuk DHA, protein, kalsium dan zink. 

Selain itu, Dumex Mamil dirumus berdasarkan kepada Nutrien Pengambilan Disyorkan di Malaysia (RNI) dan mengikut keperluan pemakanan kanak-kanak Malaysia. 


So,, sapalah Hi5 ni.. Ada sedikit flashback siri Hi5 supaya anak-anak yang tengah tengok tu dapat refresh balik sapalah Hi5 ni..


Hi5 adalah sebuah kumpulan berasal dari Australia dan ditubuhkan pada tahun 1998. Kumpulan ini diinspirasi oleh Helena Harris (dia juga adalah creator of Bananas in Pyjamas) yang memperkenalkan interaktif dalam pembelajaran. Untuk anak-anak, sudah tentulah kalau ada music dan movemebt, am sure, lagi senang anak-anak nak ikut dan itulah sebab kenapa Hi5 ditubuhkan. As a record, this group has won he group has won five ARIA awards for "Best Children's Album" (in 2000, 2001, 2002, 2003 and 2004),[1] won three consecutive Australian Logie Awards (the Australian awards for television performance and production recognition) for "Most Outstanding Children's Preschool Program" in 2000, 2001 (tied with Round the Twist) and 2004.


Tak Tahulah kenapa husband I ni dok ambik gambar 4 orang je.. :) But basically, Hi5 terdiri daripada 5 orang ahli dengan dua ahli baru.. 


Lepas dah selesai semya ada sesi soal jawab bersama anggota hi5.. kira masa ni mak-mak lah yang banyak soalan kot.. :)



Anak-anak kemudian di bawa ke belakang pentas dan tidak dapat dipastikan apakah yang telah diajar untuk mereka tapi yang pasti its about stage performance. Emir adalah antara yang terlibat walaupun muka masam mencuka. Husband I kata masa nampak Hi5 barulah nampak sikit dia nak cooperate, kalau tak sebelum tu nak masuk dalam The Apartment pun payah (haishhh.. )

Rupanya bila anak-anak keluar memang sah mereka buat stage performance, and they got to dance.. and the best 3 will win 4 tickets to their concert this coming December.. How cool kan..  



Tapi nampaknya rezeki bukan menyelebelahi Emir, tapi nasibbb lah dia pun ada jugak lah dancing and follow the music.. Husband dah message i dah sebelum tu kate Emir ni tak de mood huhu..


dan gambar solo Emir dengan Hi5, alkisahnya ini adalah dari handphone husband saya, so agak tak berapa cantik sikit kualitinya sebab saya ambil print screen dari Instagram. Harus excited lah kan Emir dapat gambar solo dengan Hi5


dan saya tiba di The Apartment Curve dalam 6.15 petang bila semua dah habis.. Tapi yang penting, being me.. happy nya bila tengok muka-muka dikenali.. 


ok, tak yah tengok yang lain, tengok je rambut afro tu -- zety!!

ok dekat sikit, ni i ambik dari blog Azzamoro


bestkan dapat jumpa kawan-kawan alam maya ni.. Yang semua semua atas ni i kenal dari cyber space. Semua dari blog except Azza i kenal dari Instagram (dah tau dia ada blog tapi segan, sekali dekat Instagram baru bertergur sapa)


Highlight of the event, adalah terselit gambar I dengan Stevie Hi5, masa ni Zety nak ambil gambar, sekali Hi5 on the way nak balik and Stevie sangat sporting untuk diajak bergambar. hehe Jumpa lagi bff I, walaupun dalam 15minit je i jumpe mereka-mereka (ayu and Ezna), but am so happy sebab bukan senang nak jumpa.. Suzi je tak dapat hadir.

Apapun.. Hi5 akan mengadakan concert pada 27 December di Kuala Lumpur Performing Art Centre, Sentul KLPAC dan kalau anda nak menang.. senang aja. cuma perlu belii mana-mana pek Dumex Mamil 500g atau 900g dan jawab soalan melalui SMS. Mana tahu menang kan.. 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari FB Dumex Mamil ya

2 comments:

  1. Ada kelibat emir dgn ayahnya kat tv ritu. Excited lah Adam meloncat tiba-tiba "huh?.camna kawan Adam boleh masuk tv ni?" Itu kali kedua. The first time was "kawan Adam masuk dlm paper?!" Masa jadi dilphin trainer. Haha...Betapa kagumnya Adam.

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez