Friday, November 29, 2013

Dumex Mamil / Hi5 session

I telah dijemput untuk menghadiri Dumex Mamil and Hi5 session - meet and greet session di The Apartment, The Curve 2 minggu yang lalu. Ingat pada mulanya, ok fine, takkan Hi5 nak datang kot.. and i thought maybe this is an event to promote Hi5 concert in December 2013..

Since the event was held on Friday, so I had no choice but to ask my husband to represent me.. and tadaa my trick menjadi. He was in the opinion that he just had to send Emir there, until the last minute i told him it was a blogger event and again i asked for his help to snap pictures for me... :) Nasib lah laki i ni sporting jugak :D Thanks husband :)

Apologize as I took 2 weeks to upload the entry.. 

and then, I remembered husband Whatsapp me

"eh memang Hi5 lah" 



and i was like.. "are you sure"

terus i made an effort untuk balik seawal yang mungkin walaupun pada hakikatnya i tahu i memang tak boleh (session started at 4.30 and ended at 6) dan saya keluar dari KLCC at 4.45pm dan ke sana naik public transport.. jadi agak mustahil di situ.. 

Majlis dikendalikan oleh Azura Zainal dari RedFM. Kalau sape-sape ingat, last time she was one of the presenter at Disney Channel Asia.. Sweet and bubbly and looking at her pun, u know that she is a fun person.. 


Acara dimulakan oleh Mr. Christian Uittenbosch, Marketing Manager of Danone Dumex Malaysia yang berkongsi mengenai kebaikan dan nutrisi yang boleh didapati dengan Dumex Mamil. 

Dumex Mamil dirumus khas dengan nutrien daripada semua kumpulan makanan untuk membantu kanak-kanak mendapat pengambilan harian yang disyorkan - Buah-buahan & Sayur-sayuran, Karbohidrat, Tenusu, Protein, dan Lemak (DHA, ALA, AA). Dumex Mamil mengandungi 30 bahan-bahan pemakanan seperti LcFOS, vitamin & mineral, buah-buahan semula jadi dan ekstrak sayur-sayuran serta 20 nutrien penting termasuk DHA, protein, kalsium dan zink. 

Selain itu, Dumex Mamil dirumus berdasarkan kepada Nutrien Pengambilan Disyorkan di Malaysia (RNI) dan mengikut keperluan pemakanan kanak-kanak Malaysia. 


So,, sapalah Hi5 ni.. Ada sedikit flashback siri Hi5 supaya anak-anak yang tengah tengok tu dapat refresh balik sapalah Hi5 ni..


Hi5 adalah sebuah kumpulan berasal dari Australia dan ditubuhkan pada tahun 1998. Kumpulan ini diinspirasi oleh Helena Harris (dia juga adalah creator of Bananas in Pyjamas) yang memperkenalkan interaktif dalam pembelajaran. Untuk anak-anak, sudah tentulah kalau ada music dan movemebt, am sure, lagi senang anak-anak nak ikut dan itulah sebab kenapa Hi5 ditubuhkan. As a record, this group has won he group has won five ARIA awards for "Best Children's Album" (in 2000, 2001, 2002, 2003 and 2004),[1] won three consecutive Australian Logie Awards (the Australian awards for television performance and production recognition) for "Most Outstanding Children's Preschool Program" in 2000, 2001 (tied with Round the Twist) and 2004.


Tak Tahulah kenapa husband I ni dok ambik gambar 4 orang je.. :) But basically, Hi5 terdiri daripada 5 orang ahli dengan dua ahli baru.. 


Lepas dah selesai semya ada sesi soal jawab bersama anggota hi5.. kira masa ni mak-mak lah yang banyak soalan kot.. :)



Anak-anak kemudian di bawa ke belakang pentas dan tidak dapat dipastikan apakah yang telah diajar untuk mereka tapi yang pasti its about stage performance. Emir adalah antara yang terlibat walaupun muka masam mencuka. Husband I kata masa nampak Hi5 barulah nampak sikit dia nak cooperate, kalau tak sebelum tu nak masuk dalam The Apartment pun payah (haishhh.. )

Rupanya bila anak-anak keluar memang sah mereka buat stage performance, and they got to dance.. and the best 3 will win 4 tickets to their concert this coming December.. How cool kan..  



Tapi nampaknya rezeki bukan menyelebelahi Emir, tapi nasibbb lah dia pun ada jugak lah dancing and follow the music.. Husband dah message i dah sebelum tu kate Emir ni tak de mood huhu..


dan gambar solo Emir dengan Hi5, alkisahnya ini adalah dari handphone husband saya, so agak tak berapa cantik sikit kualitinya sebab saya ambil print screen dari Instagram. Harus excited lah kan Emir dapat gambar solo dengan Hi5


dan saya tiba di The Apartment Curve dalam 6.15 petang bila semua dah habis.. Tapi yang penting, being me.. happy nya bila tengok muka-muka dikenali.. 


ok, tak yah tengok yang lain, tengok je rambut afro tu -- zety!!

ok dekat sikit, ni i ambik dari blog Azzamoro


bestkan dapat jumpa kawan-kawan alam maya ni.. Yang semua semua atas ni i kenal dari cyber space. Semua dari blog except Azza i kenal dari Instagram (dah tau dia ada blog tapi segan, sekali dekat Instagram baru bertergur sapa)


Highlight of the event, adalah terselit gambar I dengan Stevie Hi5, masa ni Zety nak ambil gambar, sekali Hi5 on the way nak balik and Stevie sangat sporting untuk diajak bergambar. hehe Jumpa lagi bff I, walaupun dalam 15minit je i jumpe mereka-mereka (ayu and Ezna), but am so happy sebab bukan senang nak jumpa.. Suzi je tak dapat hadir.

Apapun.. Hi5 akan mengadakan concert pada 27 December di Kuala Lumpur Performing Art Centre, Sentul KLPAC dan kalau anda nak menang.. senang aja. cuma perlu belii mana-mana pek Dumex Mamil 500g atau 900g dan jawab soalan melalui SMS. Mana tahu menang kan.. 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari FB Dumex Mamil ya

Tuesday, November 26, 2013

Singapore Day 2 - Part 1 - Jalan-jalan di Orchard Road

Day two di Singapore kite start dengan aktiviti di waktu malam dulu sebab masa ni saya ambik gambar dengan camera phone je. Day 2 di Singapore memang penat untuk Emir.. sebab siang tu, Emir kene cuci tempat dolphin dan sea lion jugak (tapi yang tu saya cerite kemudian)

Dipendekkan cerita, sekalian kaum kerabat tahu yang ibu saya sangat mementingkan ikatan kekeluargaan, maksudnya sedara sepapat yang 2 3 4 pupu semua kenal lah.. dan Mama saya ni pun in fact semua family kenal dia.. so biaselah orang tak kenal i, jadi bile orang tak kenal i, i will say - "saya anak An" hahaa baru orang kenai.. 

Dipendekkan cerita lagi, mak saya call cousin-cousin dia di Singapore bagi tahu yang i ada di Singapore, jadinya teruslah Auntie Nor ni telefon saya kata nak jumpe :D

Saya ok je.. yang tak OK - Emir sebab dia penat, tapi sebab dah janji.. kami on je...

Auntie Nor bawak kami ke Esplanade Singapore.. Esplanade ni ala-ala Istana Budaya dekat Malaysia, masa kami datang ada persembahan Indian Festival of Art.


Sepanjang jalan dalam kerete ini adalah lampu-lampu di Orchard Road.. Singapore ni memang ya ampun bersih.. 


Ingat kan tak de can nak berlatar belakangkan Marina Bay sebab Marina Bay dengan hotel kami ni jauh sikit.. sekali tak sangka ada peluang walaupunnn Emir muke dah seposen.. Masa ni betul-betul dia tak nak cooperate.. Segan jugak sebab Auntie Nor datang pada jauh untuk bawak kami jalan-jalan. Rumah Auntie Nor dekat Chua Chu Kang. dia kate 30 minit dari Bay Hotel. Lepas tu bawak lagi ke Orchard Road.. 


Inilah Auntie Nor..yang tolong ambik gambar husband Auntie Nor. Emir dah tunggang terbalik ..



Ingat kan nak jalan2 dekat Lion punye sign, sekali mamat bawah ni boleh pulak dah start keluar air mata tersedu sedan, tak mau berjalan... yang masa ni i betul-betulllllllll rasa nak gigit.. tapi memang faham sangat sebab Emir memang penat..pagi tu kami berjalan-jalan, tengah hari dia kene basuh itu ini dan train dolphin for two hours, lepas tu jalan lagi baru balik hotel, kesian jugak dekat dia. 



Gambar di atas adalah di mana Emir dah tak mahu gerak gerak. Jadi macam statue gitu, last last i terpaksa tebalkan muka naikkan sikit suara depan orang, depan auntie tu.. sebab Emir memang langsung tak mo bergerak..Nak dukung, i dah tak larat dah.. Auntie tu pun, at last cancel lah session nak berjalan-jalan di sekitar Esplanade tu..

Langsung auntie bawak kami makan di hawkers' stall yang sepanjang panjang tu majoriti menjual satay. Kira macam satay station. Hawkers stall adalah sesuatu yang sangat tidak common di Singapore. Tak banyak tempat ada stall gini-gini, jadi tempat-tempat macam ni kira jadi macam tourist attraction.. Unlike Malaysia, sana-sini kite boleh nampak gerai tepi jalan


Dan kami pulang ke hotel lebih kurang pukul 11.30 malam. Kesian Emir, balik hotel kalau hari pertama dia akan cari iPad dulu.. ini tak, terus tido..



Monday, November 25, 2013

Singapore Day 1 - Part 3 - Training session

Inilah tempat kami untuk tiga hari. Banyak juga masa yang dihabiskan di sini - Dolphin Lagoon. Tempat di mana dolphin berenang-renang dan tempat show. :) Di sini hanya dibela pink dolphin. Pink dolphin hanya terdapat di South East Asia. Mula-mula dolphin ni dilahirkan warna kelabu ala pink sikit, tapi tak ketara, semakin pink dolphin ni tua, semakin pink warnanya. Jadi kalau tengok dolphin ni betul-betul kaler pink, maknanya dolphin ni dah tua.


Emir's training started at 2.30 tapi kami kene ada sana pukul 1.30 petang untuk sesi perkenalan dengan trainer. Sekejap saja, then kami tengok first dolphin show. Emir masa ni dah start adrenalin dia.. mana taknye, i told him, he will perform jugak in another 2 days.


Show diselang-selikan dengan sea lion show jugak sebab dolphin dan sea lion tak boleh paksa mereka untuk buat show continuosly. kene ada resting time. memang jinak dolphin-dolphin ni, sea lion pun sangat jinak. ikut je arahan trainer nya.


ada banyak arahan yang dolphin boleh buat. salah satunya siap bawak bola.. Emir pun ada diajar macam mana nak bagi arahan kepada dolphin untuk bawak bola.


Sea lion kembali.. sea lion ni lah sebenarnya yang banyak bagi penonton ketawa sebab memang comel gitu.. dengan tak mo dengar arahan lah  dengan nak tido lah. comel betul.. 


nampak tak dolphin ni, ini antara pink dolphin yang termuda, satu umur 9 tahun nama dia Splash, satu lagi tak sure berapa tahun.. Jadi you all boleh tengok, kalau tak nampak pink gini maknanya dolphin ni muda lagi. Dolphin pink yang tua sekarang ni banyak direhatkan. Dolphin yang tua umurnya 35 tahun.. lagi tua pada i..


Lepas dah habis session ni barulah Emir punya one to one coaching. I yang excited terlebih.. tapi sebelum tu penerangan diberikan untuk Emir. Nampak tak lady di bawah ini, inilah dolphin trainer yang sebenar.. dan beliau sebenarnya berasal dari Malaysia :)


Emir diberikan HSE briefing dan what should he expects for the next few days. Walaupun sebelum tu dengan I dan Adeline dia tak nak cooperate, Alhamdulillah masa training session memang Emir pays full attention. 


dan inilah session yang pertama. Hanya basic sahaja diajarkan, sesi pengenalan Emir dengan dolphin. Emir tak dibenarkan untuk pakai sun block sebab takut irritate the dolphin dan Emir tak dibenarkan pakai sunglass sebab as a dolphin trainer, dolphin needs to see the trainer's eye too to understand the instruction.. 


Bersungguh-sungguh Emir belajar. Alhamdulillah, trainer kate, Emir fast learner, lagipun awal-awal lagi trainer kata, kalau Emir dapat buat dengan baik, reward dia on final day, Emir dapat swim with the dolphins. Itu yang dia nak sangat tu.


Ini pulak cara untuk nak panggil dolphin ke kita. Tap-tap kene ada gaya, tak boleh bantai je. Nampak jugak ada visitors yang masuk (they allow visitors to be in the dolphin area at any time) yang cuba buat macam Emir, tapi dolphin tak datang.. amazing kan macam mana dolphin boleh dengar arahan dari orang yang tertentu je.


dan ini pulak arahan untuk bagi dolphin spin jumping :) Emir mase ni sengih panjang bile tengok dolphin tu lompat pusing gitu.. Masa nilah i ada ambik video, ada dalam entri i di sini.. i pun sama excited.. 


Setiap kali setiap arahan diberikan, trainer must feed the dolphin as a reward dolphin dengar arahan. trainer kata, satu hari, dolphin kene makan as heavy as 30% of their body, banyak kan.. Ikan yang diberi ni adalah ikan kuning, ikan selar.. :)


Kata-kata dari trainer.. Memang trainer ni ajar Emir betul-betul dan serious dan sangat ambil berat setiap pergerakan emir.


Sebab Emir dah boleh bagi arahan sikit-sikit, trainer pun dah boleh duduk dan monitor Emir .. 


Bertuah Emir, saya dulu tak merasa lah.. in fact kalau tak kerana contest, memang saya tak mampu pun nak bawak Emir untuk program macam gini.. Session dengan dolphin pada hari pertama sekejap aje, kemudian, Emir di bawa ke tempat di mana penyediaan makanan dolphin. Saya tak dibenarkan masuk, hanya Emir saja, walaupun saya boleh lihat Emir pada jauh, walaupun saya ada lens yang boleh capture apa yang Emir buat, tapi atas permintaan, saya tak dibenarkan untuk mengambil gambar.. I understand their concern.. :) nak nak saya ni blogger kan.


Inilah anak teruna saya.. 



Sunday, November 24, 2013

Singapore Day 1 - Part 2

Sorry sayang-sayang, i ni semua bende nak cerita, semua gambar yang i rasa patut masuk, memang i nak masukkan dalam blog, bagus untuk kenangan sebab i kadang tu bile hati nak sangat pergi jalan-jalan, i akan bace balik entry-entry i.. and i just love how i put up my stories because i covered almost everything :)

Jadi dari Bay Hotel untuk ke Underwater World, kami kene naik Sentosa Express. Underwater World Singapore is located at Sentosa Island. Tiket untuk naik Sentosa Express adalah SGD4 sorang..Dan tiket hanya diperlukan untuk check in je.. lepas tu boleh buang tiket tu sebab memang tak diperlukan.

Sentosa Express ni akan stop dekat 4 tempat dan salah satu tempat yang famous adalah Waterfront station. Dekat sinilah terletaknya Universal Studio Singapore, Hard Rock Sentosa :) Untuk ke UWS, kami kene stop dekat last station, which is Beach Station. 


Dari Beach Station pulak, ada banyak pilihan sama ada nak naik beach tram ataupun bas sebab UWS ni  terletak di Siloso, agak jauh sikit dari Beach Station. So hari pertama tu, kami naik tram dan tempat turun tram di Siloso ke UWS hanyalah dalam 5 minit perjalanan. Kalau naik bas, dari tempat turun di Siloso Point ke UWS hanyalah dalam 3 minit macam tu. So terpulang mana-mana pun boleh. Beach tram dan bus tak dikenakan charge. naik je.. 


Di sebabkan i sorang, jadi entry-entry i ni ada yang pakai phone camera dan ada jugak yang pakai DSLR. Ikut mana dan.. so kalau u all tengok gambar blur2 tu dari phone camera la tu.. Kalau gambar cun sikit, itu dari DSLR.. yang pasti DSLR tu i main petik je huhu.. adalah boss ajar sikit-sikit macam mana nak guna.. 


Sampai-sampai kami jalan-jalan dulu, gambar dekat atas ini adalah jelly fish. Gambar dekat bawah ni ada elevator untuk kita menikmati underwater world.  Emir suka lah bende-bende bergerak-gerak macam ni..


Adalah gambar i satu hehehe.. nampak sangat dari phone camera kan.. Lense Emran ni jauh bebenor.. tak boleh ambik gambar dekat.. Kalau gambar dekat sebab tu i kene gune phone camera je.. and yes.. sorry ye, i malas nak edit gambar.. :)


Yang ni pula adalah Sea Dragon, kagum tengok ciptaan Allah yang ini.. macam daun.. Tapi satu je lah, UWS ni kecik sangat.. u can just spend 2 hours inside, itupun i dah campur untuk u all tengok dolphin show yang ambik masa dalam 30 minit.. So kalau nak selit-selit bawak anak tempat yang cepat habis, boleh lah bawak UWS ni.


Ini adalah ketam betul!! Pandai posing ketam yang sekor ni.. :) 


Emir memang interested tngok macam-macam makhluk Allah ini.. 


Nak tahu apa orang tengok. Ini kolam ikan pari. Staff dekat situ sibuk promote suruh i bagi makan ikan pari sebab katanya, UWS is the only place yang allow ray feeding.. :) I pun ambiklah pakej nak bagi makan tu, murah je SGD3, ingatkan nak suruh Emir buat.. tapi i tersilap teknik sebab masa i sibuk bagi "penerangan" dekat Emir, i cerita dekat dia yang ikan pari ni nampak je lembut tapi ekor dia boleh bunuh orang, and I referred him to Crocodile Hunter yang mati disebabkan ekor ikan pari.. dah budak ni takut pulak.


So, orang yang terpaksa bagi makan adalah I.. hehe, i ni seperti biasa adalah cepat penggeli, nak nak pulak kene bagi makan. Ikan pari ni masa dia nak ambik makanan tu lembut je, si Adeline tu kata lembut macam bontot baby hehe..  I suruh dia ambik gambar, dia ambik tangan i je :p


Dekat kawasan outdoor UWS ni saya cuma jumpe otter cage je.. yang lain cuma tempat makan dan tempat nak pergi dolphin lagoon.. Binatang lain yang i jumpe adalah Peacock yang dibiarkan berkeliaran. 


Dan akhirnya, sampailah kami di tempat yang dituju iaitu Dolphin Lagoon, masa ni Emir tengah tunggu the real dolphin trainer.


and Emir -- getting ready for the training. Yang training i akan cerita dekat lain entry.. 


Sesi training adalah 2 jam.. dan lepas je training, lepasss je tukar baju... ada orang dah start merengek.. i understand sebab memang penat kan.. masa ni je jam dah pukul 4 lebih..mamat ni dah bangun dari pukul 6 pagi..


To be continued...

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez