Selamat Hari Raya AidilAdha. Kalau orang yang bukan dari Pantai Timur, Raya Haji kurang meriahnya. Bukan tak meriah, tapi kurang meriah. Tapi bagi keluarga saya, tradisi berkumpul dan masak masih ada lagi. Alhamdulillah, Hari raya Haji kali ni semua adik beradik dapat berkumpul walaupun ada yang sekejap-sekejap.
Whatever it is, we have a blast in raya food preparation. Dengan kedatangan adik baru I (Syazreen) lagilah bertambah kaki tangan mak i dekat dapur.
Hari Isnin tu saya masih bekerja, balik macam biasa. Malam tu kalau ikutkan nak beroperasi masak. Tapi bila fikirkan nak menyimpan-lah, nanti tak rasa fresh-lah.. so we decided to cook on Hari Raya Haji itself..
No joke. Lepas semua balik solat Raya Haji (which i tak sempat pergi walaupun surau depan rumah :p), hanya ketupat palas dan serunding je terhidang atas meja.. kami adik beradik dengan Mama dah bersilat baru nak start masak huhu..
So, there you go, kami setakat salam je, lepas tu tak de pun nak ambik gambar. Serious selalunya adalah upacara bergambar.. kali ni tak dak.. Langsung tak dak.. semua kelam kabut duduk dapur balik and masak.
Mama dengan rendangnya
I - dengan spaghetti n lasagna
Mimi - meehoon soup and sheperd pie..
Resepi mat saleh tu dari adik ipar I. Walaupun keadaan badan yang tak mengizinkan :D tapi still bersilat tolong ipar-ipar kat dapur.. :) together with my adik kecik Ika potong-potong apa yang patut.. Adik I lagi sorang Cikyah, dia memang ketua kebersihan. She is type of person tak boleh tengok bende berkecah.. dia boleh sakit jiwa tengok barang bersepah.. So kami-kami sepahkan, Cik yah tolong bersihkan :D (senang hidup I) haha..
So, makanan yang dijamu atas meja tu memang one by one coming out from the kitchen.. tapi lama-lama penuh jugak..
Actually first yang keluar adalah ketupat palas dengan serunding ikan. Serunding ikan mama beli dekat Pekan Rabu, Alor Setar.. sedap sungguh.. Tapi kira spaghetti ni penyelamat jugaklah untuk sapa-sapa yang lapar sebelum ia dilupakan :p
Kemudian datanglah lasagna.. First time i masak lasagna.. Memang too ambitious.. first time masak terus pakai pinggan yang 2 kali kertas A4.. :) Alhamdulillah, it turned out well.. way better than my spaghetti hahaha.. Above picture: before masak.. below picture: lepas masak
Mama's rendang.. Semua ayam, tak de daging.. daging semua dah habis..
But we were lucky enough.. My aunties visited us and cooked Nasi beriyani with marvelous daging masak hitam and daging masak rendang..!!
and after a long day in the kitchen... finally!! this mee soup is served !! ok.. ini best.. with the bergedil / pegedil, adik i siap tumbuk sambal kicap sendiri.. memang highlight of the day lah
dalam penat-penat tu, adik i still semangat nak masak lagi one dish.. Sheperd pie!! her first time, and it turned out well too! you see-lah manalah tak satu hari kami dekat dapur kan..
Kenyang? tok sah cakap.. :)
Anak I.. - as usual memang susah la nak ambik gambar.. gambar ni pun i ambil dalam pukul 6 macam tu, bila semua makanan dah siap.. sebelum tu memang tak sempat..
Inilah orang kuat di dapur semalam.. bertungkus lumus, i dalam penat-penat tu, sempatlah curi tulang rehat-rehat kejap.. adik I ni je yang full 100% dekat dapur sampai petang..
and finally, adalah lekat satu gambar baba dengan I sebelum baba pergi kenduri tahlil lepas isyak..
next raya -- definitely we will prepare a day before.. barulah boleh raya bergambar.. hehe apa-apapun memang seronok beraya dengan family...
No comments:
Post a Comment
Tell me something