Wednesday, May 30, 2012

Publika Grand Opening

  Another shopping mall near to our house :).. suke.. u know i love to hang around at any shopping mall yang not so crowded. So during weekends, I always avoid to go to 1Utama ke, Curve ke and apatah lagi KLCC kan unless I know what to get and that's about it.

and Publika, even though nothing much to shop but at least it is quite interesting mall, bukan run down punye mall.. usually I pegi pun sebab pergi MPH and for my love to Quickbite :p (sedapp woo baguette dia)...

Last Saturday, Publika had its Grand Opening, event started on Saturday but I only went there on Sunday, itupun nak masuk Contest MooCow Frozen Yogurt punye pasal :p else, hubby lazy to come over ..

Macam-macam ada, makan, minum and main, cuma Mr. Hubby tak berapa berkenan sebab depa jual alcohol everywhere..which I agree jugak lah.. so tak sempat lah Emir nak main dekat playground area, sebab banyak orang minum dekat that area..

and oh Publika i think is well known place to promote Art value.. and yes, Art gallery / art booth pun banyak..



dekat stage ni, sometimes malam2 ada band or ada free open cinema


my Emir is so penakut with clown or any mascot dari kecik sampai lah sekarang, ni pun satu je gambar yang ade, the rest all tutup muka..


and all I had for myself..

NENE.Pie...

ambik yang daging punye.. SEDAP!!!






Monday, May 28, 2012

He won the Grand Prize..

isn't it amazing??


Received a call from Perbadanan Putrajaya and coincidentally, on that day, I was on MC and hubby left his phone at home. So, I answered the call and this lady informed that hubby was one of the winners and she refused to let me know any further details.


of course the first question that I asked


"menang nombor berape"


but again, she said, 


"boleh cakap dekat Encik Emran terus datang sini, baru kami boleh bagi tahu"


ok..


so, one fine day, i mean few days later, Hubby went to Perbadanan Putrajaya and


wuhuuuuuu


he won the Grand Prize for Photography competition.. 


asked him to share his winning picture, but aiyaa.. ini orang sedang melalui aging process, so ade sikit lupaaa.. hantar banyak sebab tu dia pun tak tau gambar mane yang menang..


To that, he grabbed this prize..



ok i malas nak edit gambar, meh tengok gambar dekat Google, cantik sikit kan..




Yes baby, it's Canon S100 worth RM1,549


and CASH PRIZE RM1,000 


p/s suke!!!!! Alhamdulillah..  can i update as part of BIG winning.. boleh kan kan kan.. hehe - kate Em's family :p







 

Sunday, May 27, 2012

Dari kedai Iran...

yang terletak dekat bawah rumah ni je.. 


sebab kedai ni baru bukak, jadi teringin la nak try. Restoren dekat kondo I ni sentiasa bertukar tangan tapi owner dia sentiasa lah pak arab.. cuma kali ni, crowd dia boleh tahan ramai, sebab tu lah kami pun give it a try..





I ambik nasik Chicken Rice (Zeresh Polo) kongsi dengan Emir... Emir sekarang makan banyakk!!! and hubby ambik nasi goreng chicken chop.. Ayam i tu boleh la, tapi i suke nasik dia.. atas tu dia letak macam kismis but not kismis.. tak sure ape bende tu .. but nice..

and air tu adalah air Encik husband.. i terasa guilty sikit minum air yang ade ice cream ni heheeh

so kesimpulannya, as long as ade kedai makan dekat kondo ni senang, kalau malas turun boleh delivery lagi.. 




Saturday, May 26, 2012

Kelebihan Solat di awal waktu...

I sangat suka baca posting ni..  setiap kali bace, berkobar-kobar rasa,  artikel ni memang bagi semangat..



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Friday, May 25, 2012

Winning entry: Skinz UV White from EH!

Alhamdulillah menang atas nama Mimi..


Walaupun Mimi belum sentuh lagi hadiah tu, tapi kakaknya sudah decide untuk letak dalam Facebook under kategori My Garage Sale.. saje tengok kot-kot ada yang berminat kan... 

Usually, kalau beauty products adalah sedikit hard selling.. 

I think kalau sape-sape yang nak buat hantaran pun ok. :) semua baru lagi.. I remember dulu my hantaran one of it adalah letak barang Amway jer..

Till then..

daaaa



Thursday, May 24, 2012

Osim uAstro is now available at Kemensah :)

a.k.a sudah sampai di rumah dengan selamatnya dan telah diletakkan di hadapan televisyen or orang panggil tempat lepak-lepak sekeluarga di rumah.. jadi kalau sape-sape datang Kemensah, boleh lah naik ke atas dan cuba ini Osim..


best bangat ok.. i datang Kemensah tanye dekat bapak I dia dah try ke belum, dia kate, dia nak suruh I try dulu baru dia cuba.. so I teruslah duduk atas kerusi macam business class dan tekan button - full body massage..

best best.. bayangkan kalau penat-penat balik kerja, lepas tu balik rumah duduk atas kerusi Osim ni... best best.. lepas i dah cuba, barulah Baba I mencuba..

pun same, terus ambik Zero graviti, dan ambik full body massage.. 20 minit tu..


Actually macam-macam function ade, cume yang i dah cuba, dua je satu full body massage dan satu lagi i dah cuba Energize... so setiap kali I balik Kemensah, haruslah i manjakan diri I dekat atas kerusi Osim uAstro ini..


p/s seronok rasanya bila hadiah kemenangan dapat dikongsi bersama yang lain.. dan seronok rasanya dengan kemenangan dapat merasa benda yang tak terfikir pun nak beli.. Alhamdulillah...










Wednesday, May 23, 2012

Sharing Kleenex Softness

PENGENALAN


Kleenex® ialah jenama tisu muka dan tisu mandi paling laris di dunia. Tisu Kleenex® dihasilkan dari pulpa 100% asli yang membuatkan ia amat sesuai walaupun untuk kulit yang paling sensitif. Tisu Kleenex® yang didapati dalam pelbagai bentuk pek yang menarik dan memudahkan tiada bandingan dari segi kehalusan, kekuatan dan penyerapan.   



"Kempen Share the Softness ialah cara Kleenex menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa mereka prihatin dan Kleenex berharap ia tidak terhad kepada ahli keluarga dan rakan-rakan tetapi juga jiran tetangga, guru-guru and lain-lain ahli masyarakat yang mempengaruhi kehidupan kita" - petikan dari kata-kata Encik Sumeet Parab.

PENGALAMAN SAYA

Bila Sophia dari IN.Deed Communications Sdn Bhd email untuk bertanya kalau-kalau berminat untuk berkongi pengalaman bersama Kleenex, haruslah saya kata YA memandangkan dekat rumah memang adalah pengguna Kleenex.. tak percaya???


Kotak atas tu tak bukak lagi, kotak yang dah kemek-kemek tu haruslah telah dilanyak oleh Emir.. Ok, kenape Kleenex? Sebagai seorang yang sangatlah perempuan, I suke kotak Kleenex, macam-macam color dan eye catchy.. ok, gambar ni baru sebahagian dari kotak-kotak Kleenex :)

 
Jadi, bile tibenya parcel yang dalamnya ade Kleenex, haruslah senyum sampai ke telinga dulu..


 yang dalamnya ade ini...


pada saya, sharing the softness tu bukan saje pade tisu, tapi dari personal touch yang dibawa oleh Kleenex, -- kegembiraan yang dibawa bersama..


TISU DAN SAYA

Ada orang tak boleh hidup tanpa tisu, ke mana saja pergi tisu mesti ada. I adalah salah sorang dari mereka-mereka. Apatah lagi ade anak yang tengah membesar, yang sentiasa comot tidak kire masa, tisu macam satu "senjata" untuk menghilangkan bahagian yang comot.

dan I paling anti kalau tisu tu kasar, sebabnya permukaan tisu yang kasar macam buat kita serah diri mencederakan kulit. Sebab tisu memang selalu kita gunakan untuk lap muka.. kalau budak kecik apalah dia tahu tisu tu kasar ke tak kan.. 

p/s kejadian tengah lap air mata...

Tapi, kalau dengan tisu Kleenex, it is soo soft!! Nak nak bile time kite ade flu, tisu macam peneman setia lah..


Tisu juga digunakan untuk lap habuk atau sebagainya.. Normal kalau kita lap, kita mesti akan basahkan tisu, tapi bila kita guna tisu Kleenex, the best thing, tisu tu tak bercerai.. masih maintain dalam satu gumpalan macam tu...


Sebabnya.. tisu Kleenex diperbuat daripada gentian 100% asli menggunakan teknologi canggih untuk memastikan kualiti yang terbaik dalam kelembutan dan kekuatan dan tisu Kleenex adalah "Elemental Chlorine Free"..

Sebab tu lah Emir ni buat tisu macam air.. sikit-sikit tisu, sikit sikit tisu...

MARI BERKONGSI

Berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik ... Kempen Kleenex® Share the Softness tidak hanya menawarkan ganjaran kepada pengguna dan orang kesayangan mereka tetapi juga membantu golongan kurang bernasib baik – “Sebagai tambahan, memberi nikmat kelembutan kepada mereka yang amat memerlukan akan menjadikan idea perkongsian ini lebih bermakna,” Encik Sumeet Parab menjelaskan. “Oleh itu, untuk setiap penyertaan dalam peraduan Facebook Kleenex® Moments, Kleenex® akan menderma satu pek tisu kepada pertubuhan kemasyarakatan. Pengguna juga dapat menggunakan kelembutan Kleenex® sebagai satu inspirasi untuk membantu mereka yang memerlukan– ia bakal menjadi penyertaan yang menarik dalam peraduan Kleenex® Moments!” 



Berkongsi secara terus...Di kedai-kedai utama seluruh negara, Kleenex® akan memperkenalkan pek istimewa dalam lima set Kleenex® Share pada harga runcit RM12.60 supaya anda dapat membeli 4 dan mendapat pek tambahan untuk dikongsi bersama mereka yang disayangi! Share bundle didapati dalam pek edisi terhad dengan corak berilhamkan alam semulajadi dan bunga- bungaan. Pelbagai siri corak flora yang menggabungkan bunga yang digubah dalam cara moden yang berwarna segar untuk menonjolkan kelembutan, keanggunan dan kesegaran, memberikan anda satu lagi peluang untuk meraikan kepentingan berkongsi kelembutan. Pelanggan dapat mengumpul setiap corak kerana ia akan bertukar corak setiap 4 bulan!       


Anda juga boleh semarakkan kegembiraan anda dengan memberi kejutan kepada yang tersayang... Anda boleh ke sini untuk maklumat lanjut https://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia/app_324724680919541


Dan Emir berkongsi rasa gembira ini secara spotan...

p/s sementara tunggu video upload.. mari menghisap gula-gula / candy dari Kleenex..



dan video dari Emir... :) -- dari kaca mata budak yang nak masuk umur 6 tahun 


Giliran anda pulak.. :)

Monday, May 21, 2012

My 7th anniversary

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, sampai lah juga ke alam perkahwinan yang ketujuh. Tiada apa yang nak diucapkan melainkan bersyukur kerana dikurniakan seorang husband yang normal.. ada sayang, ada marah, ada romantik (bile angin kus-kus datang), ada mengada.. normal la kan.. kalau dalam rumah tangga si dia baik manjang, tak de pasang surut..  itu rasanya abnormal tu...


Itulah, kalau lah i artis, sure ramai dah wartawan tanye, macam mana i kekalkan perkahwinan ni hahaha.. well to be honest, i dont think 7 years tu cukup untuk bagi jawapan.. 7 years is still young in marriage, cuma i dah lepas 5 tahun ujian dalam rumah tangga.


As the marriage grows older, we become more matured.. more rationale in making decisions, discussions and what not.. mungkin faktor usia yang dah makin meningkat, gaya  pun dah lain as compared to err when i first stepped to marriage world.. at the age of 23... mudaaaa nyaaaaa!!!


So hari Sabtu malam Ahad, mintak permisi Mama tinggalkan Emir jap untuk kiterang dating dua orang.. tapi dekat je lah, Wangsa Walk.. keluar pukul 10, beli tiket tengok Avengers pukul 12 malam :p lama dah tak tengok Midnight ni.. 



Sebelum tunggu pukul 12 malam, i mainlah bowling.. as usual tak de lah i menang pun, saje nak kill the time.. tapi seronok lah sekali sekala keluar berdua.. cuma rasa lain jugak bile kite seronok Emir tak de.. itupun pukul 12 malam Emir telefon, dah cari mak bapaknya huhu..


Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal ke akhir hayat.. InsyaAllah..







Sunday, May 20, 2012

One fine day...

I will be a successful working at home mum.. or at least working at a place where work life balance is important hehe..


-- tinggi betul cita-cita tu... but it is not impossible right.. especially i always miss to witness this kind of smile...


Saturday, May 19, 2012

Prize Giving Ceremony - Jacobs Peraduan Ibuku Inspirasiku

Salam all

Actually I have been trying to update this blog since last Monday, tapi sebab terlalu busy.. dari hari Jumaat lepas, tidur dekat Kemensah, Sabtu balik Melaka..

and this week is one whole history..  i was really tight up with works.. and balik pun malam..

hmm its not easy to work at bangunan 88 tingkat.. :( rindu sama itu Great Easte*rn -- too late.. ok tutup cerite..

once balik, the first thing i will do now, is replying to all emails pertaining to Amway and of course doing some marketing.. which really require my time investment..

so by the time i landed to blogspot.. i was tired and i decided to.... postpone the entry one day after another..

yerp.. there goes my alasan hehe..

ok by the way, i know this cerita is somehow dah basi but it remains as one of the best moment for me with my mum...

Let me start..

This event took place at The Apartment, KLCC last Friday, 11 May 2012. So i decided ambik cutilah walaupun hakikatnya, ambik cuti tapi pergi KLCC macam membazir je kan..


Event ni sebenarnya untuk umumkan siapakah pemenang grand Prize RM30,000 untuk Peraduan Ibuku Inspirasiku. Jadi jemputan di kalangan 8 weekly grand prize winner dari minggu pertama sampai lah minggu ke lapan..

Sampai-sampai pihak Jacobs dah ramai menanti, and the first thing they asked to do was, write a sweet note to your mum.. and it was not that easy ok, u mean writing a note for your mum while your mum was standing next to you? hehe


the decoration for this event was superb, I mean knowing that the Apartment is a restaurant, and the deco turned out to be something very pampering and macam kat rumah... menarik kan.. i suke sebab ada one section letak gambar-gambar ibu dan anak.. menarik.. 


gambar we all pun ade, kalau dekat atas, belah kiri 3 dari bawah... :) gambar yang i hantar masa entered the contest.. i attended the event together with my sister Mimi .. 


then Jacob's has few sections to spoil your mum.. tapi sebenarnya manjakan diri sendiri pun iye jugak.. The first area we visited ---



MASSAGE AREA..



Betul-betul depa massage walaupun bukan full body massage tapi memang best.. Im not sure the name of the Spa, but one of the branch ade dekat 1Mont Kiara.. sungguh la i tak ingat.. ini pun sebab conversation dengan tukang urut..

Then, my mum said, sebelum buat bende lain, baiklah isi perut.. betul.... kami bertiga tak makan lunch lagi.. jom tengok apa yang ada

 spaghetti.. 


Salmon.. i love this.. 


Salad.. mama ambik ni banyak.. :) she is so healthy kan.. 


dengan Mimi..


and the dessert.. The Jacob's Eton Mess adalah sangat sedap tak terkata.. :) nak tanya resipi, tak tau nak tanye sape.. Mimi and I tambah dua kali.. :)

Yes, semua makanan adalah sihat, tanpa lemak dan minyak.. nama pun event yang sihat kan. hehee.. satu gambar lupe ambik.. dekat sini, paling i banyak belasah adalah fruit juice.. really fruit juice, ade carrot lah, avocado i think.. kiwi.. my mum siap cakap "banyak nye minum".. i jawab "minuman sihat.. takpe" hehe

Lepas perut dah isi dengan kenyang, kiterang sambung lagi nak try booth lain pulak.. kali ni terjah ke ..


YERP mase untuk menconteng muka.. i ni dah lama sangat dah tak makeup kan diri.. 


Lepas tu turn mama pulak, Mama tak nak sebenarnya, tapi i kate, sekali sekala Mama, orang nak makeup muke kite, ape salahnya.. so Mama i pun layan jugak :)


lepas dah make up cantik-cantik haruslah pergi ke booth ni pulak ...


Jangan tak kenal I ambik gambar dengan sape.. :) Orang yang sentiasa bertuah jugak kalau bab contest-contest ni :) Zamzarina ayu.. 


Sorrylah yer... gambar banyak yang blur  blur.. :) kalau Mimi ambikkan semua blur hehehe...

Overall i just love this picture.. 


Lepas dah seronok bergambar.. barulah ada official speech from the CEO


bersama kami-kami yang kusyuk mendengar :)


Sambil-sambil tu ada juga video presentation of our pictures....


Actually ade videoshoot yang all the winners dah buat and should be presented during this event, but unfortunately due to some technical errors, tak dapat lah dipersembahkan dekat ibu-ibu kami..

My feeling, thank God, sebab malu sangat i menangis beria dalam video tu huhuhu... kalau Mama tengok, malunyer :D -- kira doaku termakbul :p

dan tibalah masanya diumumkan  pemenang Grand Prize rm30,000 sorang.. dan setelah dijangka, Ayu (Week 1 Winner) adalah salah seorang pemenang RM30,000 dengan Low Wai Yean (Week 3 Winner)


Her mother at this age, still masuk marathon semua and live in healthy lifestyles..


and Ayu... again, tiada apa yang dapat mengalahkan sebuah cerita kehidupan ibu tunggal yang kematian suami ketika anak masih kecil... 

Selepas tu Jacobs sediakan one bouquet of flowers dan satu tin Jacobs yang mana, ibu akan bagi Tin Jacobs kepada anak sebagai tanda "Jagalah kesihatan" dan anak akan bagi ibu bunga sambil ucapkan "Selamat Hari Ibu"



Dekat akhir-akhir event, Dynas datang dengan anak dia.. I sempat tanye kat dia "are u the ambassador".. then Dynaz jawab "no, i bagi testimoni jer, kalau i jadi ambassador habis lah i, dah la datang lambat" , she is so cool.. and cute and glowing especially with her new hair cut..


tapi yang best tu, yang tak menang pun dapat jugak bawak balik hadiah... 

First, of course lah biskut Jacobs kan.. ok i bawak balik rumah mak I, semua habisssssss dalam mase beberape jam except tin biskut (tak de dalam gambar) yang ade reben tu je dapat diselamatkan untuk dibawa balik ke Melaka...


then dapat Frame gambar ni, dua lagi.. suke!!!


paling best.... jeng jeng jeng... dapat RM500 Parkson voucher!!!


 Thank you so much Jacobs!!!!! Thank you for this opportunity, Thank you for this event, and thank you for choosing me as one of the winner.. 

and yes, I have received the Osim uAstro as well, will update it in due course.. :)













 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez