Akhirnya..
"Kasih nya ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara masa berada" petikan lagu dari Wann yang popular sekitar tahun 80 an/ awal 90 an. Lama menyepi, bukan tiada berita, tetapi seperti biasa mencari waktu yang sesuai untuk online, bukan seperti orang lain. Maklumlah adik beradik ramai, bile kite nak gune ade jugak orang lain nak gune and seperti biase TERPAKSA beralah.
Mira pernah cerita kan, derita sakit anak kawan Mira - Lin yang mengidap penyakit ketiadaan hempedu, maaf, mira tak tau ape name penyakit tu, untuk pengetahuan anda semua, adik Nik Shakir Zulfayri yang baru berusia 2 bulan telah kembali ke pangkuan Allah pada lewat petang Rabu lalu. Masih terbayang lagi wajah Shakir, sebab pertama kali mira pergi melawat Shakir di HKL, Shakir masih sedar dan masih boleh memberi respon, tetapi sehari selepas mira pergi berziarah, arwah telah dimasukkan ke ICU dan semasa mira melawat Shakir sekali lagi pada Sabtu minngu lepas, Shakir masih dalam koma.
Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, sebaik Mira terima panggilan telefon dari Ida, Mira dan Noli terus ke HKL (lepas maghrib), dan sewaktu dalam perjalanan, kami berharap supaya jenazah Shakir masih di HKL (jenazah akan dihantar ke SUngai Petani). Tiba di HKL, masa melawat telah tamat dan kami menghadapi sedikit masalah untuk masuk ke ICU, tetapi atas budi bicara, hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk masuk dan Mira terus ke arah ICU.
Hati Mira merintih tatkala melihat Lin, dan mira akui tak tahu ape cara untuk berbicara dengan Lin. Dan sewaktu mendekati Lin dan sewaktu memeluk Lin, Lin sempat berbisik sesuatu kepada Mira yang buat hati Mira cukup sayu, dan sewaktu kami berpelukan, keluar seorang Nurse dari ICU yang memangku jenazah Shakir dan Lin terus menerpa ke arah nurse...
"Kenapa akak tutup muka anak saya".. dan mira akui, begitulah kasih seorang ibu kepada anaknya. Sampai ke hari ni, saat itulah yang masih terbayang-terbayang. dan sebelum keluarga Lin bertolak ke Sungai Petani, ibu Lin sempat berpesan, dan mira rase eloklah Mira sampaikan kepada semua rakan-rakan yang mengenali Lin.. "Berilah semangat kepada Lin, dan rajin-rajin telefon die"..
Alfatihah kepada Allahyarham Nik Shakir Zulfayri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tell me something