Jendela 2004
2004 hampir melabuhkan tirainya dalam masa empat hari lagi, berbagai-bagai episod suka dan duka yang mewarnai 2004. Akhir tahun ini, kita dikejutkan dengan ombak besar Tsunami yang direkodkan paling buruk pada abad ini berukuran 8.9 pada skala Richter. Bencana ini menyebabkan 28 rangkaian gegaran yang melibatkan beberapa buah negara termasuk Malaysia. Sehingga detik jari jemari Mira menaip artikel ini, 51 angka kematian dicatatkan di seluruh Malaysia dan jumlah ini paling banyak direkodkan di Pulau Pinang.
Tiada siapa menyangka Tsunami melibatkan negara kita, namun Allah lebih mengetahui segalanya, Allah tidak akan jadikan sesuatu tanpa sebab dan hikmah untuk kita ambil iktibar daripadanya. Mira di sini bukan hendak mengungkai maksud Tsunami, namun ingin mengupas dan mengajak anda semua berfikir sejenak hikmah di sebalik Tsunami.
Allah mengurniakan rezeki kepada kita tidak kira betapa jahat atau baik nya kita di muka bumi ini, begitulah betapa agungnya kasih Allah kepada kita. Tetapi kita sebagai makhluk Allah, sering terlupa dan lalai dalam mengerjakan suruhanNya. Terleka dengan mainan dunia, kita sanggup meniggalkan apa yang disuruh dan menunaikan apa yang dilarang. Islam hanya dibibir dan tidak dihati, Islam itu indah tapi kita sebagai umatnya yang menconteng kesucian agama ini.
Namun, rahmat dan nikmat yang Allah berikan tidak pernah putus-putus diterima. Nikmat berkeluarga, nikmat belajar, nikmat makanan dan nikmat kebahagiaan hanyalah sekelumit dari apa yang telah diberikan. Kita patut malu dan insaf pada diri kita sendiri kerana siapalah diri kita jika dibandingkan dengan para rasul, para sahabat dan alim ulamak. Bayangkan, golongan ini menitiskan air mata kerana bimbang ibadah mereka tidak cukup untuk berdepan dengan Allah, tetapi kita? Tepuk dada Tanya iman.
Jika sesiapa yang membeli akhbar Mingguan Malaysia semalam 26 Disember 2004, bacalah sisipan Soal Jawab Agama mengenai Kematian bersama Dr Amran Kasimin. Kita tidak tahu bagaimana kita menghadapi kematian dan kita tidak tahu bilakah giliran kita tetapi sesuatu yang pasti semua makhluk akan melaluinya. Dan sakaratulmaut teramatlah dasyat dan ibu kepada segala kesakitan.
Orang yang beriman dan beramal soleh akan didatangi oleh malaikat maut dengan rupa yang amat elok dan Allah meredainya. Roh yang kafir, musyrik, munafik dan mereka yang tidak menerima kebenaran AlQuran juga kerasulan Muhammad diambil dengan sifat bengis dan kejam. Rupanya pun sudah cukup mengerikan. (Surah Muhammad : Ayat 27)
Jadi, fikirkan jalan mana yang kita hendak pilih kerana diri kita lah yang menentukan jalan hidup kita. Ambillah iktibar dari kejadian Tsunami, mungkin kedatangan Tsunami adalah amaran dari Allah swt supaya kita kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah swt.
Paling utama, dirikan solat kerana solat adalah tiang agama, tanpa solat runtuhlah agama kita. Sebaik manapun seseorang itu, jika tidak diiringi dengan solat lima waktu sehari semalam, maka tiada manisnya kita bercinta dengan Allah.
nukilan
-wfa-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tell me something