Sunday, February 21, 2016

Selamat Ulangtahun suamiku

dan juga Kakak Iparku

dan juga anak sedaraku .

Dalam keluarga suami saya, ada 3 orang yang hari lahir jatuh pada 18 January. suami i, kakak ipar i dan anak sedara i namanya Amira yang kini jauh belajar nun di UK nun.. 

belah saya pulak, auntie saya jatuh pada 18hb.

belah artis pulak -- Akim Ahmad :p 

Tahun ni 18hb january jatuh pada hari Isnin. Jadi pada 18hb ni i suggest dekat kakak ipar i untuk makan di Marhabba, Publika. Senang makan dekat kawasan Publika sebab sepelaung dari rumah dan tak payah redah jem.. 



Sebelum makanan sampai, meh posing dulu.. bersama cinta hati saya dunia akhirat insyaAllah, teman borak, teman gaduh (kalau gaduh Emir pun pening huhu) teman semuanya lah.. semoga Allah benarkan kita untuk tua bersama-sama insyaAllah

tak perasan pulak hari tu i pergi gosok baju PETRONAS pulak, anyway, husband i suka sangat pakai baju ni


dengan kakak ipar i, kakak kandung husband saya.. dengan kakak ipar i, dapatlah merasa ada kakak. Kalau tak asyik diri sendiri je jadi kakak.. so ada kakak ni rupanya boleh lah mengada sikit :D untunglah sapa ada kakak


Bergambar.. tudung i senget :( btw, Marhabba ni sangat cantik kalau nak buat makan-makan. Kalau nak datang dalam 10-12 orang, book dan minta bilik. Dalam bilik ni kira tempat tertutup, dan dalam bilik ni siap ada toilet lagi.. toilet kat sini sangat sangat cantik ok. macam dalam hotel.


kalau time solat, boleh pilih sama ada nak solat di kawasan luar (macam gazebo - kawasan terbuka), atau minta staff untuk bawa kite ke bilik. sebab senang , of cos lah saya minta bilik, hari tu nasib tiada orang yang booking bilik. lupa pulak ambik gambar.. tapi cantiklah..

Emir masa tunggu makanan sampai


Ok jujur i cakap, dalam banyak-banyak kedai arab yang i pergi, i rasa Marhabba the best so far.. Memang sedap gile kambing dia. I pernah bawa baba dan mama i ke sini, baba kata memang sedappp sangat kambingnya. 

Kalau ke sini, kiterang selalu wajib order kambing ni.. Lamb Hanith, its a specialty for Marhabba, yang i ingat satu mangkuk tu harganya RM78. Kambing memang cukup untuk 4 orang, tapi nasi tak cukup kot, boleh lah makan sorang sikit. kiterang tak pernah tambah nasi sebab katanya kalau tambah nasi katanya tambah lagi RM20, rasa mahai bebenor.. :p

Sebab sedap, kami akan ke sini kalau ada occassion je.. mahai kan..

dan kalau ke sini juga.. boleh try roti Mulauwah, roti ni sangat gile besar.. ini pun adalah saiz kecik. Dulu masa first time datang, kami nak order yang besar, orang tu punya lah tak bagi, dia kata boleh makan 20 orang :p

rupanya ambik ko, memang saiz kecik ni kalau dua orang memang confirm tak habis..

satu roti besar ni RM12..

Roti yang gambar ke kiri tu macam roti canai yang dah disiat-siat.. biasa je lah untuk i, not a big fan, kakak ipar i yang minta. nama roti ni roti ruthub, Harga RM10 

Roti ni orang selalu makan dengan pencicahnya. Masa kami order, pencincah tu tak sampai, Nama pencicah tu Saltah Fahsah, dalam RM40.. tak habis pun, kalau i, i suka makan roti ratah gitu je.. tak pun cicah kambing lamb hanith tu. Very subjective kan, tapi rasanya next time kami tak order dah kot. kalau order roti, roti makan gitu je.


Selang dua hari, makan lagi.. Kali ni i pulak yang belanja. yang dekat Marhabba tu kakak ipar i yang belanja.. dan i belanja Halia Sime Darby. Again suka ke sini sebab dekat dengan rumah. 

Gambar tak banyak ambik sebab kelam kabut hari tu lari dari tempat keje and i penat pun ..



Rasa bila dah makin meningkat usia ni, dah tak makan buffet gila-gila macam dulu. Makan sekadar apa yang nak makan bukan makan ikut nafsu lagi :D

Dear Husband, 

Looking forward to celebrate more birthdays with you 

Love
Your "mengada" wife



Thursday, February 18, 2016

Afternoon Day Trip Kuala Selangor

Masa cuti Hari Wilayah lepas, lepas dah lepak-lepak dekat rumah, terasa nak pergi jalan. so saya just packed bag, then ajak papa dan emir berjalan. Destinasi tak tau, tapi konon-konon teringin nak tido hotel. 

So here you go.. be on the road tanpa arah tujuan. 

Ikut hati nak pergi ke Cyberview (sebab tengok kawan baik saya tengah lepak kat sana - so ingat boleh lah nak join), tapi masa tu kereta dah menghala macam ke arah Ulu Yam.. At first Papa dah menghala ke Kuala Kubu Bharu, sebab katanya nak ke Sungai Chiling.. Tapi tau tau lah saya kan, mana berkenan cuti-cuti ala camping ni, nak nak adhoc..

Then, suggest kat Papa nak ke Kuala Selangor. Sebelum tu saja-saja lah call Baba (ayah saya), saja je hint-hint dekat dia kate i nak pergi Kuala Selangor,  terus dia cakap tak nak ajak dia ke.. then, apa lagi..

Pulanglah ke Kemensah..

Masa tu pun dah pukul 4 lebih.. 

Dari ajak Baba, satu rumah nak ikut. Mama jadi last person nak ikut (as usual) itupun sebab Baba pujuk.. Biasalah nak tunggu sorang-sorang siap mencabar jugak kan..

Last-last, pukul 5 lebih baru bertolak.

Kami sampai kat sana dalam pukul 6.30. Memang laa Kuala Selangor sebab cuti ni, jalan jem tapi nasib baiklah opposite road. I memang my first target nak beli ikan segar di Pasar Nelayan Sungai Yu. I pernah tulis entry pasal Pasar Sungai Yu di sini.



Sampai di Pasar Nelayan Sungai Yu ni dah pukul 645. Masa tu memang risau kalau dah tutup, kira kalau saya pergi Kuala Selangor tak dapat pergi ke sini, macam tak lengkap lah i punya visit ke Kuala Selangor.

Sampai-sampai, alhamdulillah ada lah 2 kedai yang masih bukak walaupun ikan tinggal sikit-sikit saje. memang naik syeh lah saya dan mama tengok ikan-ikan...

kat bawah ni ikan bogok (first time dengar), kedai ni ikan yang tinggal ikan ni jer.. apa lagi, angkat sekor lah.. sekilo dalam RM12, total rm50, kire 4kg jugak lah ikan ni.. 



walaupun sedih udang semua dah habis tapi puas hati sebab dapat bawak mama dekat sini. Macam-macam jugak lah yang kami beli. Baba terkejut bila mama cakap "kalau macam ni datang tiap tiap minggu dekat sini pun boleh"

Lepas kami beli, terus kedai tutup. Kata peniaga di sini, nelayan naik dalam pukul 6 petang, kami sampai 645 memang dah considered lambat.. sebab bila naik je memang ramai dah menunggu.

Lepas ke sana, kami pergi ke Satay Hut. Punyalah ramai manusia yang tunggu kerusi meja, alhamdulillah kami dapat jugak tempat nya..


Inilah mama saya..



Adik laki shahiran dan baba saya, 


Kami gelarkan keluarga kecik kami the specky family.. :D


Adik laki bongsu dan adik bongsu.. Dua dua tak mo pandang kamera.. Kalau pergi Satay Hut adalah harus untuk order satay yang sebear ibu jari tu. Harga secucuk RM1.60. Satay ayam saja yang ada. jangan tamak makan satay ni sebab sangat filling.. Adik i Shahiran tu punya lah kuh semangat telan satay-satay ni, i siap pesan kat dia, jangan makan banyak nanti susah nak makan nasi.. (dia order nasik lagi).. hambik, kalau ikut standard adik ni, sepinggan nasi segunung tu sekali duduk je, tapi ni dah makan satay, nak habiskan nasi goreng USA yang dia order sepinggan tu je semput-semput nak habiskan.. 


Lagi satu ke sini jangan lupa untuk order mee rebus dia yan sedap. Mee rebus ni saya ambik yang special, semangkuk RM12.. again, jangan tamak sebab banyak gile haha.. bayangkan kami order 5 mangkuk.. sangat lahhhhhh kene pack bawak balik rumah.


Gambar lain lupa nak ambik :p sebab banyak borak jer..

Malam tu jugak kami balik, tidur kat Kemensah ajer..

Itulah hotel kami akhirnya :p

************************

Entry berkaitan dengan Kuala Selangor

Wednesday, February 17, 2016

Melaka Bandar Bersejarah

Ya Allah ya Tuhan, kagum dengan semangat mak mak yang lain yang berjaya curi masa 24 jam untuk tulis blog untuk catat setiap yang berlaku dalam pembesaran anak mereka. Nak sangat istiqamah tulis setiap kenangan manis walaupun dalam hati risau jugak takut terdetik riak.

Tapi, jujurnya i nak tulis sebanyak mungkin, jadi bile anak dah besar tengok, dia boleh baca apa yang ibu dia tulis. nak nak sekarang ni dah tak de lagi dah budaya print gambar simpan dalam album kan.. 

Ok, ini cerita masa kami berjalan ke Melaka sekitar pertengahan bulan lepas. Sebenarnya ke sini secara ad hoc, tak plan tak ada apa. Adik saya, Ainaa dan husbandnya memang dah beberapa kali nak belanja makan mama and baba di Melaka tapi asyik tak jadi.

Untuk pengetahuan, mama saya adalah amat tidak berapa gemar untuk berjalan atau melancong. Jadi untuk mendapatkan yes dari mama agak susah. Mama prefer untuk singgah di rumah sedara atau habiskan masa di rumah saja. Jadi satu hari masa saya balik Kemensah, kami pun borak-borak lah adik beradik dengan baba, terkeluar lah cerita nak pergi melaka. Saja-saja tanya mama, sekali Mama kata OKAY! wah, apa lagi.. terus-teruslah kami buat yang sepatutnya.

Adik i cadang dia nak bertolak petang dan makan seafood waktu malam dan lepas makan seafood terus balik KL, i cakap, kalau bawak orang tua buat lagu tu, penat depaa.. Terus lah i cari kan hotel yang sesuai untuk family i ke sana..

Book punya book, i pilih RC Hotel di River Cruise Melaka.. Memang saja pilih hotel yang betul-betul sebelah river cruise ni.. 

Adik beradik ramai, dua family tak dapat ikut, sebab short notice kan, kire malam tu bagi tau esok dah nak bertolak.

InsyaAllah lain kali kite boleh plan lagi.

Kami sampai lambat sikit - malam sebab Emir ada chess tournament hari keesokkannya. Jadinya, bila kami sampai terus berjumpa di Seafood area. Saya dengan husband saya kalau berjalan kami saje memang suka ke Serkam Pantai sebab tak kalot sangat ramai orang, kalau kat Umbai tu kekadang menangis nak tunggu parking.

Nasiblah, Afiq (husband adik saya) dia pun memang biasa makan dekat Serkam Pantai.. sini pun makanan sedap..



Kelam kabut juga lah dari KL untuk datang ke sini. Nasib lah kami sampai makanan pun tak sampai lagi.. 


Tak banyak gambar sebab perut dah lapar :D


Macam I, i tak ikut tidor hotel. Tak sesuai la kan, baiklah i balik jenguk mak mertua i, jadi malam tu while keluarga yang lain proceed tidor hotel, i balik tidur di rumah mak mertua i di Batu Berendam. 

Keesokannya dalam pukul 10 tu kami join family di Hotel.. Sempat lah ambik gambar dalam hotel ni.. Basically, this is budget hotel, tapi setiap bilik nya besar. Kalau ke sini, request lah untuk mengadap River Cruise, cantik sikit.. 




Ini gambar yang derang ambik masa breakfast. Sini katanya breakfast bukan buffet, its ala carte. kene order satu-satu.. but ok lah kan, tak de lah membazir




 Lepas tu carilah pemandangan mengadap River Cruise, masa kami sampai bilik penuh, tak de rezeki mengadap sungai.. Tapi oklah adalah balcony yang kami boleh tumpang ambik gambar...
  

Inilah pengantin baru


adik i Ainun yang dah habis degree, tetapiiiiii macam budak sekolah :p



Adik I laki lagi sorang, Shahiran, tengah prektikal


dengan adik bongsu, Ika, muda belia lagi.. muda pun dah 20 



Cubaan nak ambik gambar cantik, tapi mak anak tak tahan sunlight


Sebab tak nak sunlight, berambiklah gambar tempat yang gelap.

Lepas tu, kami semua berjalan lah di central melaka ni. Mama tak ikut, tapi Baba ada..


Cantik tak gambar i ambik :p


As usual husband saya ni memang banyak instruction. Maklumlah ala-ala abang sulong kat sini.. kat belah dia macam adik-adik sikit (sebab laki bongsu)


Sambil jalan tu, adik i kata, ini kedai kawan dia. Bagus kan kawan dia, baru baya ni dah business minded.


Kami choose untuk berjalan. Alhamdulillah Baba pun ok.. Ambil gambar depan Stadhuys



Anak teruna saya, dari hotel ke tempat naik sampan tu dalam 15 minit je, tapi sebab dok ambik gambar tak berhenti-henti, rasanya sejam kot baru sampai :p

Ini masa tengah tunggu naik cruise tu


Baba saya, Alhamdulillah dan bersyukur masih ada baba. Banyak ni nasihat saya :D



Emir biasalah i terlupa bawak sunglass dia, so dia tak kira nak pakai sunglass, ambik... pakai lah dia sunglass besar Ika punya..


Masa ni dah naik cruise, bila masuk je duduk dalam sampan tu kiterang tergelak-gelak.. sebab...

BUSUK 

hahaha

-- janji gambar cun lah kot --


sebenarnya tak sanggup rasanya bila air terpercik kat muka :p semua semua ni bila sampai je hotel terusssss lah gosok gigi basuh muka bagai

by the way, lepas dah pusing, bila balik tu, kami mintak yang bawak cruise tu berhenti depan hotel kami.. senang :D


I suke gambar bawah ni sebab baba yang ambik. Tak berhenti-henti baba snap gambar :D 



sesekali dapat cuti bersama memang seronok..

p/s gambar banyak, tapi ini je yang nak upload 
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez