First of all, abaikan gambar tak cantik...
As a note, dah lama niat di hati nak bawa Emir ke Kidzania, tapi memandangkan i sendiri susah untuk bercuti dan untuk pergi bila hujung minggu atau waktu cuti sekolah adalah tidak direcommendedkan.. (ok sorry rojak-rojak ayat).. jadi i kene cari one day yang i boleh bawa Emir.
We tried once went to Kidzania during school holidays and mind you the line to even pay the ticket was superb long, McD dekat sebelah tu pun penuh.. Itu belum lagi masuk dekat dalam..
and i decided to bring Emir to Kidzania on his first day of Standard two school sebab i ambik cuti.. iaitu pada 2 January 2014. I kira-kira, hari orang pertama sekolah, belum ada lagi school trip ke apa.. dan banyak orang concentrate untuk hal-hal sekolah...
and yada yada.. berbaloi!! TAKDE ORANG
We went there after school. Kira "check in" Kidzania dalam pukul 2. Rupanya kalau weekdays dan lepas pukul 1 ada 40% off. So jadinya
Tiket asal untuk kanak-kanak (4-17 tahun) : RM60
Tiket asal untuk dewasa: RM35
so 40% off jadi: = RM57.
Husband i tak ikut, katenya rugi je 2 adults masuk . bukan buat apa pun :)
I dah plan dengan Emir on what to do or where to go. Since Emir has yet to have lunch, he himself suggested for Sushi King.. Emir kan hantu Sushi King. Masa kita bayar tiket, anak-anak kena ke kaunter CIMB untuk dapatkan duit dan mereka akan dapat 20 Kizos.
I pulak dengan jujur nya baru tahu Kizo is the currency. so masa beratur nak ke Sushi King, staff kata kaunter Sushi King kene bayar 10 Kizo.. sebab blur punya pasal
"Kak kene 10 kizo"
"tak pe tak pe, anak saya memang dah lebih 10 KILO"
Lol..
Emir diajar untuk buat sushi. Honestly i know Emir bukan kisah pun nak buat sushi, not cup of his tea, he came here to Sushi King counter to eat.. boleh tahan banyak juga dapat sushi nya.. Kira untuk perut Emir memang kenyang lah.
I punya excited sampai I dont bother to sit while waiting for Emir 20 minit tu.. Excited sebab terpikir "kenapalah zaman i kecik-kecik tak boleh berangan jadi orang besar gini"
Masa i tengah makan sushi, i terjumpa ex colleague i di EY.. it was her 2nd visit there so dia cakap dekat I apa yang patut try time orang tak de ni. Masa Emir ke Sushi King ada kereta bomba..Emir terus cakap nak naik jadi fireman..
Yes .. Tak de beratur langsung. Cuma kene tunggu session terdahulu kejap. Anak-anak pakai baju color kuning.. bila naik kerete bomba, semua budak-budak muka lebar, ye lah kan macam real
Pulak tu ada signal kebakaran dan derang kene padamkan api. As a note, bila nak jadi apa-apa, they cant straight away padamkan api ke, betulkan kerete ke.. they first have to listen to the briefing hehe.. No pain no gain la kan.. :)
Sebab tak ramai kanak-kanak , staff adalah sangat friendly. Kalau tempat yang tak berapa ramai orang, siap staff staff ni ajak masuk macam Kaunter LHDN ni.. nampak sangat keje i ni boring hehehe..
Emir is very calculative rupanya. He arranged his own schedule on what to do. Mula-mula Sushi tu kene bayar, so next task he would work to earn money.. Lepas tu dia akan spent pulak.. So, lepas dah jadi bomba.. Emir minta ke Vitagen (ingat lagi dia siap tengok peta) sebab katanya dia nak minum..
Emir dengan anak mat saleh sorang ni. Gambar macam ada cahaya keimanan gitu :p Tak perasan i tekan flash.. These two kids adalah sangat becok.. Derang ni berdua je.. tapi banyak betul soalan..
Emir sebenarnya tak berminat pun nak jadi pilot. Dia tak heran pun nak pergi Air Asia ni . Tapi i bagi tau dia, he should go to this place sebab i tengok review dalam blog semua, this is the most wanted area.. budak-budak sanggup beratur berjam-jam.. tapi time Emir, tak berapa ada orang.. so better he tried, takut nanti kalau ada rezeki untuk next visit, takut ramai orang.
I boleh tengok pada jauh je. Tapi dalam tu ada official photographer ambik gambar. Sebab i tahu gambar handphone ni tak berapa cantik.. i dengan terpaksanya , terpaksalah beli satu official gambar dari Kidzania yang berharga RM20.. (haihh.. pandai betul derang b uat duit.. nasib baik gambar emir cantik.. will show later)
Then, Emir kata dia nak makan sweet thing.. and he chose Cadbury.. masa ni dia sorang je hehe.. ingatkan kalau sorang dapatlah lebih coklat, rupanya sebatang finger choc tu je.. but anyway, enough to make this young man happy..
Dengar dengan penuh minat.. tapi minat lagi nak makan tu.. :)
Finally, Emir sempat singgah untuk jadi police. Dekat police ni kene tunggu lama sikit. bukan sebab ramai orang, tapi sebab tak de cukup budak-budak untuk conduct the activity ... Emir masa tu nak kejar Marrybrown booth. tapi sebab lama dekat sini .. jadi tak sempat..
Budak-budak ni masa nak pergi cari pencuri, beria betul.. i love to see their expression!
yang pencuri ni pulak .. so cute .. siap merayu-rayu jangan tangkap lah.. itulah inilah.. lepas tu derang boleh gari.. lagilah budak-budak ni galak..
Tempat lokap dia pun cun..siap ada jamban lagi :D
All in all, Emir dapatlah complete 6 tasks dalam masa 2 jam lebih..Kidzania tutup pukul 5, tapi dalam pukul 440 tu semua kaunter dah tutup..
InsyaAllah i dont mind to bring Emir here again. Sangat menarik dan i akan bawak waktu sekolah macam ni.. mak bapak pun cool je sebab duduk tempat sejuk kan hehe..
Sapalah mastermind behind Kidzania ni.. sangat kreatif..
tu la bc gk kalo nk pegi kena p time weekdays..kalo vkend or cuti sek sure pack...bila ntah nk bw tisya pegi
ReplyDeletebesh!! zharfan pegi time cuti sek..sgt crowded..tak selesa and queue berjam2 utk try apa2 pekerjaan tu... sbb dpt tix yg menang contest tu kan..so terpaksa ler heheheh
ReplyDeleteUntung la.mira bkn cikgu. Hahaha. Teringin giler nak bawak Adam.pergi sini. Maybe kena amik cuti gak nanti. Hihi..
ReplyDelete