Persiapan adalah sangat relaks, al maklumlah adik laki yang kawin, lain betul rasanya bila tuan rumah yang nak adakan majlis kalau anaknya pengantin perempuan dan pengantin laki.. kalau dulu, masa i kawin, adik perempuan i kawin, memang sibuk. adik laki i nak kawin.. sampai sepuluh ribu kali tanya mak i... "maa, kite ni nak buat ape ni maa, macam tak de ape2 je"
cuma nak dekat-dekat majlis baru sibuk masukkan bunga telur..
officially gambar seperti biasa tersimpan rapi dalam kamera jenama Canon milik salah seorang jurugambar-jurugambar. Salah seorang jurugambar yang anda kenal adalah suami saya.. :p Ambik dan simpan untuk membanyakkan segala SD Card ..
i myself malas nak godek-godek, tahu sajalah kamera orang yang suka ambik gambar ni bukannya boleh petik dan upload.. banyak betul skil nak guna.. and laki saya, gambar-gambar yang dia ambik, tak semestinya i boleh senang-senang upload.. teringat kejadian i main upload je gambar dia ambik.. wahh bukan main hebat kemarahan dia.. kira i jatuhkan standard dia as a photographer :p
*manalah i tau, yang i tau, kenangan lagi penting hehe.. sebab tu orang kata sandarkan pada kenangan :D
ok ini adalah gambar-gambar yang i ambik dari Website official photographer http://www.faisalrahim.com
tapi cuma ada outdoor photoshoot saje.. nanti dari semasa ke semasa i akan upload gambar masa majlis resepsi..
yang kelakarnya masa pengantin pergi outdoor photoshoot, semua ahli keluarga ingat depa ni ada orang akan ambik dan tunggu depa.. sekali bila derang dah habis, photographer tu hantar dekat dewan je.. and dewan semua orang dah balik termasuk kami-kami..
with no money in hands, with baju pengantin, bertenggek la derang dekat UPM Hall tu.. nasib baik pengantin bawak mobile phone sendiri :)
belum habis lagi ni .. later the best part... sorang pun tak perasan yang kami terbawak balik beg pengantin laki :p dalam beg pengantin laki tu pulak ada kunci-kunci ..
dengan baju pengantin, derangpengantin berlari balik Kemensah. :p malam tu still ade function dekat rumah pengantin perempuan di Seri Kembangan..mau pengantin tak kelam kabut hehe..
bila sampai Kemensah, barang yang dicari rupenya ade dengan adik I (nama dirahsiakan :p) yang lepas kenduri terus pergi dating dekat Cyberjaya hahaha... so memang satu hal kene tunggu adik sorang tu balik dari Cyberjaya, padahal pengantin datang dari Seri Kembangan :D
so pengantin laki dah tension :p pengantin perempuan cool je hehehe
saja nak jadikan cerita.. menarik kan :) barulah seronok nak bercerita kepada cucu cicit nanti :D
Apa pun, inilah gambar dari official photographer.. berjela-jela pulak cerita..
adik ngan kakak ada rupa...=)
ReplyDeletenice outdoor photoshoot...warna hijau tu bangkit dan nampak segar! =)
nice pics :) cuma yg ada rumput2 tu siyes nampak mcm semak gitu hehhe
ReplyDeleteMmang banyak kenangan nya tu =)
ReplyDeleteOMG cantiknya photos. Me suka elemen hijau2 esp di bawah pokok. Sangat cantik!
ReplyDeletewahlau mcm citer hindustan la!! i wish i had some pics like this when i got married! hahahaa
ReplyDeleteHehe ..muka adik mira sebijik muka emir..:)
ReplyDelete