Sunday, March 03, 2013

Sakit itu misteri..

bila usia makin meningkat, semakin luas kita melihat dunia, semakin terasa putaran dunia ni amat singkat.. dan insyaAllah memungkinkan kita sentiasa ingat yang mati itu pasti..

untuk saya sakit itu misteri, datang tanpa diminta, tapi bila sakit itu tiba, bukan hanya ia menduga diri kita, tapi juga keluarga.. arwah Pak Long saya, sakitnya sekejap saja.. dua bulan lepas, saya sendiri berjumpa dengan arwah Pak Long saya di Singapore, tiada kelainan yang di rasa, arwah ke sana pun dengan memandu sendiri kerete.. tapi dua bulan selepas itu, kini arwah Pak Long meninggalkan kami semua..

dan, saya terjumpa coretan dari seorang suami di FB kawan saya Norashikin yang berkawan dengan isteri (arwah) kepada suami tersebut..

Bismillahirrohmaanirrohim


Allahu Akbar! Allahu Akbar!Allahu Akbar!

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh

Alhamdu Lillah, baru hari ini berkesempatan untuk menulis sedikit coretan setelah agak lama jugak keadaan terlalu genting dan sibuk. Diharap dengan sedikit coretan ringkas ini akan dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan mengenai apa yang telah diuji kepada keluarga saya dan isteri terutama kepada yang baru mengetahuinya. Coretan ini juga diharap menjadi kenang kenangan dan pengubat rindu dengan arwah yang sentiasa dekat di hati saya, keluarga serta para sahabat2 dan kenalan beliau.

Izinkan saya bermula begini…

Sebenarnya, saya sekeluarga telah pulang ke Malaysia pada penghujung bulan disember 2012 yang pada masa itu ayah saya berada di ICU disebabkan colon cancer, kami pulang bagi menziarahi beliau dan seterusnya Yasnida membuat keputusan untuk terus berada di Malaysia bagi menyambung perkhidmatannya sebagai guru. Ini disebabkan tempoh cuti tanpa gaji beliau sudah hampir ke penghujungnya iaitu pada bulan Jun 2013 nanti. Beliau juga merancang untuk bersalin di dalam perkhidmatan dengan harapan untuk menyambung lagi cuti tanpa gaji selama 5 tahun lagi bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Pada ketika itu Yasnida mengandungkan anak kami yang ke-5 dan kandungan ketika itu telah berusia 5 bulan. Alhamdulillah.

Saya berangkat balik ke Saudi Arabia bersama anak sulung saya yang bersekolah di sini. Yasnida berada di Malaysia bersama tiga lagi anak2 kami. Begitulah perancangan kami

Sesungguhyan Allah amat sayangkan keluarga kami lebih dari apa yang kami sayangkan. Allahlah jua sebaik-baik perancang dan penentu segalanya. Pada pertengahan bulan Januari 2013, Yasnida mula mengalami masalah kesihatan, badan belia terasa lemah. Beliau merujukkan perkara tersebut ke O&G consultan di KPJ Ipoh Specialist, dan Doktor suspect Pregnancy Anemia sahaja yang berlaku lalu Doktor memberikan ubat2 tambah darah serta acid folic sahajalah. Saya jugak menjangkakan itu adalah alahan mengandung yang memang selalu berlaku kepada beliau sejak mengandungkan anak sulung lagi. Menjelang minggu yang seterusnya, Yasnida merasakan diri dia semakin lemah dan di sendiri yang memandu kereta ke KPJ Ipoh Specialist dan meminta doctor masukkan di ke wad dengan menegaskan di memerlukan rawatan, dia rasa terlalu lemah sangat. Doktor pun masukkan beliau ke wad dan membuat ujian darah secara terperinci dan merujukkan kes Yasnida kepada pakar Hematology. Doktor juga telah memasukkan beberapa pint darah bagi menstabilkan kembali darah beliau selama beberapa hari.

Allahu Akbar! Keputusan yang keluar memang memeranjatkan kami. Yasnida didiagnosed menghidapi T-Cell Acute Lymphoblastic Leukimia (ALL) a.k.a Blood Cancer. Doktor mempunyai keyakinan sebanyak 99% pada ketika itu dan meminta untuk melakukan Bone Marrow Test bagi mengesahkan lagi 1% keyakinan beliau itu. Maka Bone Marrow test pun dilakukan dan keputusannya memang ternyata beliau menghidapi penyakit tersebut dan doctor mencadangkan untuk membuat rawatan Kemoterapi secepat mungkin untuk menyelamatkan keadaan. Termat pedih lagi apabila doctor menyatakan bayi di dalam kandungan terpaksa digugurkan bagi member laluan kepada kimoterapi dan untuk menyelamatkan nyawa si ibu sendiri.

Pada ketika ini, saya sudah kembali ke Malaysia dan membuat keputusan untuk membuat second opinion ditempat lain.Yelah, keputusan yang perlu di ambil adalah amat penting dan amat mempengaruhi kehidupan keluarga kami pada masa akan datang, jadi kami perlu membuat kepastian yang jitu terhadap keputusan perubatan ini. Kami meneruskan second opinion di SIME DARBY MEDICAL CENTER, Subang Jaya. Sekali lagi ujian darah dilakukan dan keputusannya adalah sama juga dengan apa yang telah kami ketahui. Allahu Akbar! Pada masa ini doctor sudah mulai memberikan Yasnida Prednisolone (sejenis steroid untuk mengawal sel kanser yang sangat aggresif dan juga sebahagian dari kimoterapi itu sendiri).

Kami seterusnya merujuk perkara ini ke sebuah pusat Rawatan Islam, Perubatan Al-Hidayah yang mempelopori rawatan kanser mengunakan terapi Al-Qur’an. Perawat tersebut juga mengakui bahawa sel kanser yang dihidapi beliau amat aggresif katanya. Perawat tersebut memberikan air penawar dan beberapa petikan surah AlQur’an untuk di amalkan. Perawat juga mencadangkan isteri saya untuk membuat Kimoterapi kerana menurut beliau sel kanser sangat aktif di dalam badan Yasnida. Alhamdu Lillah, ada sedikit perubahan setelah melakukan terapi Al-Qur’an. Jari2 Yasnida agak kembali merah setelah terlalu pucat sebelum ini. Kami bersyukur.

Kami juga merujuk kepada Darussyifa’ di Puchong dan Bangi untuk mendapatkan rawatan tetapi rawatan menggunakan Kayu kenderak tidak dapat dilakukan kerana pada ketika itu Yasnida sedang mengandung. Panas katanya.

Kami telah bermesyuarat dan bersepakat sesama kami untuk berjuang habis habisan bagi merawat penyakit ini kerana inilah tanggungjawab kami. Keputusan telah diambil untuk bersetuju menggugurkan kandungan tersebut walaupun ia amat berat sekali. Terlalu berat tetapi kami sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan sangat pada ketika ini.

Seterusnya, saya merujukkan kembali isteri saya ke KPJ Ipoh Specialist bagi menggugurkan kandungan tersebut dengan hati yang cukup berat sekali. Alangkah terkejutnya kami lagi apabila KPJ Ipoh Specialist menolak kes ini kerana berisiko tinggi. Doktor menyatakan si ibu mempunyai risiko tertalu tinggi kerana keadaan seperti berikut.

1. darah ibu tidak normal ataupun tidak stabil di mana sel darah putih terlalu tinggi, darah merah terlalu rendah dan yang paling berbahaya ialah platlet juga terlalu rendah. Dikhuatiri sekiranya apa2 berlaku darah tidak dapat membeku semula.

2. Kandungan sudahpun bernyawa pada ketika itu walaupun masih tidah matang.

3. Si ibu sudah pun melakukan 2 kali C-Sec surgery untuk kelahiran yang sebelum ini. Ini memberikan risiko sekiranya si ibu perlu melakukan surgery lagi.

Doktor menolak kes ini ke Hospital Besar Ipoh setelah tidak sanggup mengambil risiko.

Di Hospital Besar Ipoh, Pakar O&G mengambil lebih kurang 3 hari untuk membuat keputusan bagi kes ini bersama2 pakar Hematology. Akhirnya keputusan di ambil untuk mengeluarkan bayi dengan menggunakan kaedah ubat Cervagem yang agak mengurangkan risiko. Tetapi sekiranya tidak Berjaya, kaedah C-Sec terpaksa juga dilakukan. Akhirnya, bayi Berjaya juga dikeluarkan melalui kaedah Cervagem ini.

Alangkah luluhnya hati si ibu apabila mendenga anaknya menangis dengan sekali teriakan tatkala bayi kami keluar kea lam fana ini. Allahu Akbar! Saya sendiri sempat mengazan serta iqamat bayi ini sebelum menghembuskan nafas terakhir. Yasnida sendiri tidak sanggup untuk melihat bayi ini kerana terlalu hiba sangat. Alhamdu Lillah, Nurul Iman binti Mohd Hashanizam telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Pulai, Perak.

Seusai saja dua hari selepas bersalin, kami dengan kadar yang segera berangkat kembali Jubail untuk mendapatkan rawakan Kimoterapi bagi melawan penyakit kritikal ini. Kami sempat berehat semalam saja di rumah dan terus mendapatkan rawatan di Saad Specialist Hospital, Al Khobar, Saudi Arabia setelah berbicang dengan doctor. Sebelum berangkat, doctor telah membekalkan kami Prednisolone (steroid) bagi mengawal keadaan sehingga kami mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Sesampai saja di hospital, dektor membaca laporan dan seterusnya membuat pemeriksaan ke atas kes kami, doctor immediately, meminta Yasnida masuk wad pada 3 Februari 2013. Pemeriksaan tahap penerimaan kimoterapi dibuat dan doctor berpuas hati untuk melakukan kimoterapi. Disamping itu, pengesahan sekali lagi melalui Bone Marrow Test dilakukan oleh doctor.

Bermulalah kehidupan yasnida di dalam wad hospital. Beliau menanggung penyakit kritikan bersama sakit rindu yang teramat kepada permata hatinya yang ditinggalkan di Malaysia bagi berjuang untuk melawan penyakit ini.

Mungkin ramai yang bertanya, mengapa tidak melakukan kimoterapi di Malaysia saja, kenapa mesti berada di Saudi. Berikut mungkin boleh menjawab persoalan tersebut;

1. Arwah pernah menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk menghadapi penyakit kritikal ini dengan keadaan berjauhan dari saya. Yasnida memerlukan sokongan yang sepenuhnya dan berterusan dari pada saya. Memang, pada ketika ini, emosi beliau amat terganggu dengan kesdeihan kehilangan orang tersayang serta menghadapi ujian penyakit kritikal itu sendiri. Yasnida banyak termenung dan menangis kata ketika itu. Apabila di tanya, beliau menyatakan amat merisaukan apa akan terjadi pada anak2 dia apabila dia tiada. Allahu Akbar!

2. Banyak keputusan2 pentingyang memerlukan perbicangan terus di antara kami berdua perlu diambil. Kami kena sentiasa bersama.

3. Medical Insurance Coverage. Ya, Pantai Specialist Hospital mengenakan kos sebanyak RM 60k untuk satu kitaran kimoterapi. Sekiranya Berjaya, Yasnida mungkin memerlukan kira-kira 6 kitaran untuk menghabiskan keseluruhan kitaran kimoterapi. Kami memerlukan RM 360K untuk hal ini.

Dipendekkan cerita, Kimoterapi pun bermula sehingga ke minggu ketiga dari kitaran pertama. Sejak bermulanya kimoterapi, Yasnida ada mengadu yang badan dia terasa amat lemah sangat. Kita paham, memang itulah kesan perubatan kimoterapi yang perlu dihadapi.

Pada Jumaat 15 February 2013, saya dan anak sulung kami, Nurul amirah datang melawat beliau seperti biasa. Beliau nampak agak lemah tetapi masih ceria seperti biasa. Kami makan2 bersama di dalam bilik isolation beliau. Saya menyatakan kami perlu pulang cepat ke rumah, tak boleh lama2 kat hospital kerana bimbangkan ada jangkitan kepada beliau memandagkan darah putih beliau sudah menurun hingga ke sifar yang mana badan beliau tidak mempunyai pertahanan yang kuat untuk menghadapi sebarang jangkitan kuman sementelah pada ketika itu saya dan anak agak berasa sedikit selsema walaupin kami memakai penutup mulut dan pakaian yang bersesuaian sebelum masuk ke bilik isolation dia.

Saya menyuruh anak Nurul Amirah untuk bersalaman dengan mama nya sebelum pulang. Pada ketika itu, saya sudahpun berada di muka pintu untuk beransur pulang. Sengaja saya terus bersedia untuk balik dengan tidak mahu bersalam salaman dengan yasnida bagi mengelakkan sad moment kepada dia. Pasti dia akan menangis kerana terpaksa tinggal berseorangan. Saya tidak mahu dia menangis, saya mahu dia kuat, tabah dan kental menghadapi situasi ini. Tetapi beliau meminta sangat untuk bersalaman dengan saya sambil dari kejauhan menghulurkan tangan. Saya sendiri tidak sampai hati, dan terus menyambut tangan itu, Kami bersalaman.

Rupa-rupanya, itulah kucupan tangan terakhir seorang isteri kepada saya dan ciuman kasih terakhir seorang ibu kepada anaknya. Pada 17 february 2013, Doktor menelefon saya member tahu saya yang Yasnida berada dalam keadaan kritikal dan memelukan kebenaran saya untuk membuat pembedahan dileher bagi memasukkan saluran bantuan perubatan ke badan beliau. Ya Allah! Isteriku sudah jatuh koma mulai saat itu. Beliau tidak sedarkan diri kerana menghadapi serangan Septic Shock yang bermula dengan hypotension sehingga menyebabkan beliau berlu bantuan pernafasan sepenuhnya. Kedua2 buah pinggang beliau juga sudah rosak sehingga memerlukan dialysis 5 jam setiap hari bagi menyelamatkan keadaan. Mulai saat itu, kami tidak mendengar lagi suara dan senyuman mesra Nor Yasnida Mokhtar.

Pada 26 february 2013, setelah 8 hari berada di ICU, yasnida pergi menghadap Ilahi membawa meninggalkan seribu kenangan terindah serta suka duka hidup bersama.

Dikesempatan ini saya bagi pihak Arwah Nor Yasnida Binti Mokhtar, memohon ampun dan maaf setulus hati kami sekiranya ada sebarang kesalahan atau kesilapan sama ada sengaja atau tidak daripada semua. Pihak keluarga juga memohon maaf kepada semua pihak kerana sepanjang Yasnida terlantar di hospital sama ada di Malaysia ataupun di Saudi Arabia, Yasnida agak keberatan untuk menerima pelawat kerana menurut beliau, dia inginkan ketenangan untuk menghadapi rawatan ini. Ramai saudara mara serta kawan2 yang berhajat untuk berjumpa beliau tetapi terpaksa saya menolaknya atas permintaan arwah sendiri. Mohon Maaf.

Sekiranya juga ada sebarang hutang piutang juga daripada pihak arwah, diminta hubungi saya dengan kadar segera untuk urusan penyelesaian in shaa Allah.

Bagi pihak keluarga, ingin juga saya merakamkam Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan2, Puan2 Saudara saudari, saudara mara, para sahabat baik di Malaysia, Saudi Arabia atau di mana jua yang sejak dari mula tidak putus2 mendoakan kesejahteraan ke atas arwah dan kami sekeluarga serta menghulurkan segala bentuk bantuan, sokongan kepada kami. Tidak termampu saya menyebutkan nama seorang demi seorang kerana terlalu ramai dan banyak bentuk pertolongannya. Hanya ALLAH jua lah yang dapat membalas budi baik kalian.

Sesungguhnya Allah datangkan ujian itu bersama dengan bantuannya. Kami merasa amat bersyukur sangat kerana bantuan itu dating dari sumber yang tidak di sangka sangka dari pelbagai pihak. Masya Allah! Subhanallah! Allah sangat sayangkan keluarga kami. Indeed.

Kami bersyukur kera dipertemukan dengan saudara2 yang sungguh budiman.

Semoga ujian ini menambah dekatkan kami kepada Mu ya Rabb!..

Sekian daripada saya, Salam Kasih salam Ksesyukuran

Kepada isteri tercinta, Abang doakan Yas ditempatkan dikalangan Orang2 yang solehah serta aman di sana hendaknya. Doa abang sentiasa bersama mu. Jika kunci syurga itu ada pada abang, telah lama abang serahkan kepadamu. Telah abang redho dan maafkan segalanya. Alhamdu Lillah.

Sekian. Sebuah coretan rasa.

Mohd Hashanizam Bin Abdul Rahman

Nurul Amirah

Muhammad Amril Hashanizam

Muhammad Raisalfaruqi Hashanizam

Nurul Fasehah

1/3/2013

12 comments:

  1. YA allah sedeynya...
    kekuatan bila mengharungi bersama..ketabahan seorang suami melalui hari isterinya bersama2...

    Allahu akbar!

    ReplyDelete
  2. mira...

    setiap kali shikin baca shikin pasti menangis. Tapi dalam masa yang sama shikin gembira buat k yas kerana semuanya dipermudahkan. k yas sakit tak lama, urusan pengebumian berjalan lancar di saudi, masjid yg dalam memuatkan tidak kurang 500 jemaah penuh ketika solat jenazah dijalankan dan yang paling penting k yas dapat redha dari suami tercinta. Mmg husband k yas sangat2 sabar dan bertenang orgnya! Shikin yakin Allah ada perancangan yang lebih baik buat anak2 k yas terutamanya. Jom kita doakan k yas tenang di sana dan ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang solehah. Aminn. Giliran K yas dah sampai, insha Allah lepas nih kita pula, hanya Allah yang tahu. ~shikin~

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar!

    Setiap kali shikin baca coretan nih pasti setiap kali itu juga airmata mengalir. Tapi dalam masa yang sama shikin bersyukur kerana semuanya dipermudahkan buat k yas. Alhamdulillah k yas tak sakit lama, urusan pengebumian di tanah arab berjalan lancar, masjid yg dapat dipenuhi tidak kurang 500 jemaah penuh ketika solat jenazah diadakan dan k yas pergi dengan redha suaminya bersama. Banyak sungguh rahmat Allah di sebalik pemergian arwah. Suami arwah sememangnya seorg yang sangat sabar dan bertenang. Pasti Allah ada perancangan yg lebih baik buat anak2 k yas yg masing2 berumur 6 hingga 1 tahun itu. K yas dah lepas, giliran kita insha Allah akan menyusul pula selepas ni. Semoga semuanya dipermudahkan. Harap rakan2 dapat doakan k yas tenang di sana dan ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang solehah. Aminn.

    ReplyDelete
  4. masyaAllah berjurai air mata i, mira.

    innalillah and alfatihah to your paklong,mira.. moga roh-roh mereka ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org solihin.

    ReplyDelete
  5. Al-fatihahh... semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg berimannn.. aminnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  6. Allahu akhbar..i'm speechless but not the tears!

    Al-fatihah buat allahyarham..

    ReplyDelete
  7. Dr blog mama zhafran..dugaan dtg dr pelbagai bentuk kan.. kwn tqah 2 org br kehilangan baby tersayang..both anak sulung.. huhu..sedeynyee

    ReplyDelete
  8. sedihnya..
    al fatihah untuk arwah isteri dia..
    cousin hubby Ayu dulu pun kena kes mcm nie. 2 minggu jer .. dapat tau ada luekimia..pas tu meninggal..memang misteri sgt.. kuasa Allah

    ReplyDelete
  9. sedihnyaaaa kak mira cerita ni. sebakk nadia baca T___T

    ReplyDelete
  10. Sedihnya.. bila part baby nangis msa digugurkn tue ila mmg sgt2 sedih..

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez