Saturday, January 19, 2013

Doa untuk Adik Aliff

Alif adalah anak kawan I, umur saya sendiri kurang pasti, tapi mungkin bawah 5 tahun.. Emak Alif, Anida adalah kawan seperjuangan dalam contest, jujur I sendiri tak pernah mengenali Anida secara life, tapi ada juga bertegur sapa secara tak sengaja bersama Anida dalam Facebook.

Ini gambar Alif yang sangat comel itu..


Source: Anida's FB

Alif dimasukkan ke hospital kerana diserang penyakit Rotavirus.

Info mengenai Rotavirus -- i pun baru tau

Ditemui kali pertama di Australia pada 1973.
Boleh tersebar menerusi air.
Ia boleh hidup di atas tangan manusia dan mampu bertahan selama beberapa hari atas permukaan keras.
Rotavirus juga boleh kekal stabil dalam najis manusia sehingga seminggu.

Simptom terkena jangkitan Rotavirus
Muntah, cirit birit dan demam berpanjangan.
Tekanan darah dalam badan menurun.

Langkah mengelakkan Rotavirus
Sentiasa basuh tangan sebelum menyentuh makanan
Masak air sehingga mendidih terlebih dulu sebelum diminum
Elakkan berkongsi makanan dengan pesakit Rotavirus.
Orang ramai disaran supaya memasak air walaupun menggunakan penapis air kerana Rotavirus boleh melepasi tapisan sedia ada.


Beginilah keadaan Alif ketika mula-mula dimasukkan ke hospital pada Isnin lepas..



Masih ceriakan.. sama dengan kanak-kanak yang lain, game jadi peneman..

TAPI....

Anida mula memberi update terkini..

Wednesday, 16 January 2013
Alif sekarang berada di ICU

Wednesday, 16 January 2013
Syahdunya hati ibu melihat wayar berselirat, hidung yg bertiup. Sekelip mata saja ianya berlaku. Baru semalam alif marah ibu sbb salah tekan games kegemaran alif, baru semalam alif nyanyi lagu untuk dia. Ya allah, ya tuhanku, kuatkanlah semangat alif untuk melawan virus yg menyerang otaknya. Kuatkan semangat anakku ya allah. Berilah alif kesihatan yang sempurna seperti sediakala. Aku memohon kepada Mu.

Thursday, 17 January 2013
Besar sgguh dugaan yg ku terima. Masih terasa kehilangan arwah amira, kini ku diuji pulak dgn alif. Apa yg Allah buat adalah yg terbaik. Tiada satupun yg tak baik. Alif, kuatkan semangat mu sayang. Ramai yg doakan kesihantanmu. Walau dr. kata harapan tipis, namun kita merancang tp tuhan menentukan. Semoga dgn doa-doa semua keajaiban akan berlaku. Ibu sayang alif!

Yesterday, 18 January 2013
Platelate alif semakin menurun dan kritikal. Andai boleh ibu menderma ibu sanggup tapi mereka perlukan dikalangan lelaki. Hampa ayah juga tidak dpt menderma kerana kurang tidur. Maafkan ibu dan ayah kerana tidak dapat membantu dari segi platelate sayang.

Yesterday, 18 January 2013
Salam...anak saya memerlukan penderma darah platelet sblm jam 3ptg di sjmc, syarat2 xkisah drh jenis ape, lelaki 18thn keatas, tiada mkn ubat yg berterusan..tq

Yesterday, 18 January 2013
Alhamdulillah...2 penderma platelet telah cukup & lulus.....terima kasih semua yg berusaha...terima kasih en.alisadikin & en.aziph -- dari FB husband Anida

Yesterday, 18 January 2013
Maaf sy x blh menjawap semua sms, pm. Secara ringkasnya, rotavirus telah menyerang otak alif. Keadaan alif masih koma, kritikal. Maaf sy x blh tulis byk sbb nk fokus n communite dgn alif. Jutaan terima kasih kepada semua di atas doa n pertolongan semua. Hanya allah yg dpt membalasnya. Terima kasih semua.

Today...
Mulai esok bantuan oksigen dan ubat akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Insyaallah, mudah-mudahan Alif stabil dan menunjukkan tindakbalas yg positif. Bagi yg melawat alif, maaf sekiranya saya tidak keluar bilik kerana saya ingin memberi sokongan sepenuh jiwa dan raga kepada anak kecil ini. Alif, semoga dgn sentuhan dan mendengar suara ibu alif mendapat kekuatan dan semangat untuk terus berjuang. Alif, diluar sana ramai yg mendoakan kesihatan Alif sayang. Kuatkan semangatmu sayng. Sayang Alif.

Alhamdulillah.. semoga Aliff beransur pulih.. sama-sama kita doakan yer..

Jika ada yang berminat untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga Anida, boleh PM saya personally, atau PM rakan baik saya Ayu - ayuarjuna@gmail.com, rasa Ayu lagi better, sebab dia lah yang tengah kumpul sumbangan. Tapi nak berurusan dengan saya pun boleh. InsyaAllah akan saya sampaikan kepada Ayu..

p/s saya.. apa bende yang menyebabkan anak-anak sakit,apatah lagi melihat wayar yang berselirat.. saya memang tak kuat.. apatah lagi yang terpaksa mengharungi dugaan ini

3 comments:

  1. me turut bersimpati. Moga dipermudahkan semuanya buat anida dan keluarga

    ReplyDelete
  2. alamak sedihnya mira..semoga anida kuat & bagi smgt kt anak dia..nnt zt pm/msg mira ye

    ReplyDelete
  3. :( sedey :(
    aliff baru umur 2 thn rasanya kalau tak silap..and nida sama umur dgn me & ezz

    ReplyDelete

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez