Wednesday, January 30, 2013

Food Exhibition at Mid Valley

Sejak menjak hantar Emir piano class dekat Mid Valley, nampaknya selalu jugaklah i akan menapak dekat ape-ape exhibition kat Mid Valley.. Sabtu dua minggu lepas ada Food Exhibition dekat Mid Valley.. Cakap pasal Food, memang lah sedap kan.. Macam Emir, dia memang suka ambik makanan / minuman free orang tengah offer.. bila dapat macam ni punya food Exhibition, memang dia enjoy laa..

Ramai juga orang yang datang, dan banyak juga booth-booth yang ada dekat sini.. dari melayu, cina, india, jepun.. arab semua ada...


disamping beli, ade juga booth yg sediakan bila beli barang dapat pusing roda dan dapat hadiah percuma.. emir memang berkenan laa.. yg ni i tak beli sbb nak pusing ni kene beli RM30.. .. (lupe company ape yang offer )


yg ni tempat favorite Emir.. sticky candy punya booth.. seronok Emir bila orang tu bagi segenggam sticky candy.. :) mak nya nak rasa pun tak bagi..


menarik jugak program2 macam ni.. lagi satu i suke pergi exhibition macam ni sebab mereka akan jual dengan harga sedikit murah berbanding dengan harga pasaran..

Anyway, husband i kate.. patutnya program macam ni.. our dear NFC - National feedlot Corporation aka pengusaha ternakan (lembu)... should be here.. at least nampaklah mereka-mereka punya existance kan.. :)

Monday, January 28, 2013

Si pemain drum...

While waiting for his class... ketuk drum dulu

Sunday, January 27, 2013

Short post

Tadi tengok Johan Dlm propaganza.. Dia Kate dia bertuah dapat isteri mcm ozlynn.. Nampak je kekadang tu mcm org hilang arah,, tp the other side of him , dia hormat isteri dia.. Org perempuan kalau dgr suami kate mcm tu memang Bahagia. 

I've yet to be a good wife or a mother.. Still a long journey ;)

So don't judge a book by its cover Mira..

P/s I dekat melaka.. Tak tau ape nak buat so khatam maharaja lawak.. ;) I suke group Afdlin shauki..

Saturday, January 26, 2013

Still 2012 winning :) - Giant - Old Town White Coffee

yes, it cant be considered as 2013 since i received a called from the organizer in the late 2012.

First time menang dari Giant, tak pernah lagi sebelum ni menang dari Giant, nama tak adak ong gitu.. :)

Yang ini menang dari contest Old town White Coffee dan peraduan berakhir pada 15 Nov 12. Dapat call masa tu tengah lunch dengan neighbour i dekat Marmalade, Publika  (ingat lagi tu :p), tengah2 bulan Disember. Cepat jugak kan organizer announced winners..


Sebelum ni, beria jugak deko mengdeko, tapi yang ni hantar kertas lunyai je (asyik tak menang je kan).. :) 

alhamdulillah, sangkut juga hadiah saguhati, dia tak panggil hadiah saguhati, hadiah kedua..


First time juga saya dapat voucher dari Giant bernilai RM100 :) -- jimat belanja dapur bulan ni.. selalunya voucher yang ada saya gunakan untuk belanja dapur.. 


Alhamdulillah

Friday, January 25, 2013

Birthday Dinner

Antara hari-hari yang saya betul-betul belanja orang keliling saya makan adalah hari di mana mereka dilahirkan :)

dan kali ini, atas persetujuan Emir, kalau tanya dia, of cos lah, his answer would always be - "nak makan sushi"..

selalunya i punya criteria memandangkan birthday husband i jatuh pada hari jumaat dan hari bekerja, kalau nak makan dinner tu, tak payah lah bercinta nak pergi jauh-jauh.. nak nak bila datang hari Jumaat, semua kereta macam "seronok" je bersidai dekat atas jalan .. tak sanggup i nak redah jam setakat nak pergi makan..

Mula-mula ingat nak pergi Halia Sime Darby, tapi sebab last year je dah 3 kali kot makan situ, so kene lah cari alternative lain.. lagipun sebab Emir kata nak makan sushi.. memang ok sangatlah sebab Shogun ada dekat Solaris.. tak payah jauh-jauh..


Shogun ni sesuai untuk orang yang suka makan jepun.. tapi tidaklah semua sedap.. macam tempura, soft shell crab kesukaan saya, adalah sedikit mendukacitakan, sebab dah sejuk dan agak oily..

Emir -- he loves to the max, siap cakap "wah, why everything here is free", dia tak tau, mak nyer kene bayar buffet. one thing here.. kalau datang bawak birthday girl/boy, birthday girl/boy boleh makan free tapi dengan syarat kene bawak 3 paying guests.. Guest tu boleh masuk kanak-kanak..










Tak banyak ambik gambar makanan pun, gambar kiterang je terlebih-lebih..

:D

Thursday, January 24, 2013

Kisah benar

Yg ni taip dari phone.. so ade ayat yg spelling error paham2 la yer..

Nk juga update di sini sbb I baru tahu kisah ini..

Kisahnya di group yg I kendalikan.. pade satu ketika salah sorang hamba Allah ni sering mengadu domba perihal kelakuan lakinya yg seakan tidak menghargai dirinya dlm pantang anak kedua..

Jadi.. ramailah para isteri di dalam group tu menunjukkan tanda simpati dgn ikhlas.

Dari srhari ke sehari dia akan bercerita kisah rumah tangganya yg dilanda badai..

Dalam mase yg sama.. hamba Allah ni giat mencari org utk bermain kutu.. di mana2 page memang nampak dia gila promote kutu ni..

Kemudian dipendekkan cerie.. mungkin disebabkan dia berjaya meyakinkan org dgn cerita yg disampaikan.. ramai juga org yg join main kutu di bawah kelolaan dia

Rupenye.. hamba Allah ni menipu duit org.. bukan sikit.. wallahu alam berape ramai org yg menjadi mangsa dia..

Dulu dia antara yg rajin update status di facebook.. srkarang senyap seribu bahasa.. paling menarik, wall hamba Allah ini dipenuhi dengan makian dan cacian dari mereka yg sudah "menderma"..

Cerita dari mangsa. Sms tak berjawab. Telefon tak berangkat.. cuma sekali dia sms salah sorang dari mangsa.. bila minta duit..  jawapan yg diberikan .. "mcm mane saya nk bayar. Saye ade duit rm12 je dlm dompet"

macamlah org kat luar sana kayaraya kan.. semua org ade cerita financial masing2..

Hmm macam2 manusia ni yer.. kerana duit org gelap mata..

Yg saya kesalkan ramai yg masuk adalah dari member group yg saya administer - komuniti ibu mengandung..

Kalau sorang boleh bayar sampai rm180 . Berapa duitlah yg berjaya dia kumpul..

Islamic education

Salam Maulidul Rasul.

Kita ni beruntung duduk dekat negara Islam, bila adanya hari kebesaran dalam Islam, negara kita membenarkan seluruh rakyat untuk bercuti. Tapi, terpulanglah pada diri kita macam mana kita nak amalkannya. Banyak orang refer cuti = boleh bangun lambat..

yes, saya pun tak terkecuali.. 

Dalam kita meraikan hari Maulidul rasul ni, kita ni bukan saja nak tengok apa yang kita dan keluarga kita dah laksanakan, tapi juga apa yang orang lain dah lakukan.

Bercakap pasal Emir, Alhamdulillah, seronok dengan perkembangan Emir.. masuk bulan Februari ni cukup setahun kami hantar dia ke kelas mengaji, cuma tahun ni berbeze sikit sebab Emir berada di tempat dia mengaji separuh hari. jadi lagi banyak yang Emir pelajari..

Emir bermula dengan kosong, rasa malu pulak nak bercerita. serupa macam kami ni tak mengajar apa-apa pasal agama dekat Emir. Masa dia masuk tahun lepas, Emir cuma tahu baca doa tidur, dan iqra' sampai level  3. Al-fatihah yang lain, dia tak tau. Sebelum ni, solat kalau mood dia tengah rajin, dia akan ikut, tapi tiada bacaan yang dia tahu..

saya memang risau. Yelah, kalau ingat balik keadaan saya masa umur dia, masa tu saya dah lepas dah baca ayat kursi (hafal lagi), solat dan baca Muqaddam, almaklumlah masa tu saya memang agak rapat dengan arwah tok wan dan opah saya, jadi senang sikit. Cop, Emir pun memang rapat dengan mak dan ayah saya, cuma mungkin sebab kami tak tinggal sekali, jadi agak berbeza sikit.. selalu berjumpa, tapi sekejap2 Dulu arwah tok wan dan opah saya memang kerap sangat datang KL dan tinggal di rumah.

Lagi satu pulak, Emir ni memang susah sangat nak terima apa yang mak ayah dia ajarkan. tak kiralah bab agama ke, ajar dia math ke, bm ke, ya Allah, kalau macam kami nak ajar macam ada je tak kena..

Jadi bila Emir masuk kelas mengaji tu, saya memang dah pesan dekat ustazah dia Emir banyak bende dia tak tau.

Tapi alhamdulillah, Emir ni terang hati saya rasa.. (budak-budak memang senang nak terima), tak sampai dua tiga minggu saya dah nampak perkembangan dia.. ada satu perasaan yang u tak boleh nak cakap bila u tau anak u dah pandai agama. its so much different rather seeing him speaking in Englih.. seriously..

bila tengok Emir dah pandai solat, saya macam terkejut, sangat terkejut, bacaan lancar, berani baca kuat-kuat.. cepat sungguh, banyak betul pahala cikgu, bukan senang nak didik anak orang lain.. lepas solat, siap berzikir lagi...

Dekat rumah, walaupun disuruh, tapi tak menjadi masalah untuk ajak Emir solat.. yes, kadang-kadang dia liat jugak, tapi selalunya, suruh je bangun n solat, dia akan terus bangun dan ambik wuduk..

Again, tak sampai beberapa bulan, dalam bulan june tahun lepas, Emir dah naik alQuran. Ingat balik masa dia balik rumah bila dia bercerita "Ibu, teacher asked me to bring Quran to AlHidayah", i macam kurang kepercayaan, siap telefon and jumpa cikgu lagi.. 

But ustazah said, "he is ready to read Quran"

Masa tulah mak I beria buat pulut kuning.. i pun masa tu rasa seronok.. seronok babe anak naik Al-Quran.

bila test Emir baca Quran -- yes!!! sungguh, memang dia tahu baca. Terkejut ok, blame me, i underestimated his ability :(

Dekat Sri Bangsar, Emir macam ustaz pulak. Cikgu-cikgu Melayu dekat situ banyak bagi komen yang Emir rajin ajar kawan-kawan dia, in fact kawan-kawan dia lagi nak dengar cakap Emir dari cikgu bercakap. Emir bila time agama, sebab dia ada sikit advanced knowledge, he would help the teacher to teach his friends. Lagi satu, sebab sekolah tu mix, jadi balik rumah, i kene pandai cari jawapan bila Emir bercerita pasal konsep Tuhan and agama dan kene sangat berhati-hati dan lebih berfikir dalam memberi jawapan.

Tahun lepas, Emir puasa penuh (i think dalam satu hari je ponteng),and it was not  that easy for him. Mana taknya, sekolah nyer sekolah campur, and he was the only child yang puasa. Bila snack time ape semua time, teacher dia cakap, dia mintak izin suruh asingkan dia jangan bagi tengok makanan.. Nak nangis tak dengar? how determined he was to puasa penuh.. (and I tak pernah sebut apa-apa ganjaran kalau dia dapat puasa penuh).. 

Emir memang minat agama. dan sekali lagi, saya diduga, sekolah apa yang jadi pilihan untuk Emir.. sekolah agama vs sekolah kerajaan. Tapi saya dan suami ada alasan tersendiri kenapa kami pilih sekolah kerajaan. Walaupun ada suara-suara yang kata "anak sorang, takkan tak mampu kot nak hantar sekolah agama'.. :) its more to personal decision.. insyaAllah didikan agama saya dan suami takkan abaikan walaupun mak paknya biase-biase aje..


Dan alhamdulillah, bak kata suami saya "hilang segala masalah dunia bila lihat anak jadi imam".. Yes, emir sekarang dah beberapa kali jadi imam di sekolah..

yang kelakarnya, baru-baru ini, di sekolah ada pelajaran Tasmik - mengaji. satu hari tu Emir balik awal, patutnya balik 1.30, bapaknya memang datang ke sekolah 1.30 lah, sekali bila ambik Emir, Emir tanya kenapa ambik dia lambat sangat, sebab dia keluar pukul 1, dia cakap ustazah tak bagi dia masuk kelas tu sebab dia dah pandai baca Quran.. huhu.. but anyway, i wrote an email to the teacher, so sekarang ni emir join je kelas tu.. tak ade salah pun..

Itulah cerita saya.. ini adalah lebih kepada catatan seorang ibu terhadap anak dia. ramai anak-anak kawan saya yang jauh lagi tinggi ilmu dia, sampai saya pun naik segan dengan "kekurangan" saya.. InsyaAllah saya dan suami akan beri contoh yang terbaik untuk Emir supaya dia tahu Islam adalah the way of life..

Untuk kita semua.. tak ada bende yang kata kite terlambat dalam belajar agama. Masih ada masa untuk kita, janji kita usaha ke arah itu. InsyaAllah,  kita akan diberkati olehNya dalam perjalanan itu.. dan, lagi dekat kite dengan Dia, lagi tenang hidup kita, dan insyaAllah, lambat laun Dia akan memakbulkan doa kita.. anyway, I have gone through this phase..

Salam Maulidul Rasul.. 


Wednesday, January 23, 2013

How to make your children pray on their own without quarrel or a reminder

I found this story from my friend's FB - Hi Syikin, I know you are reading my blog :) .. pinjam yer.. 

How to make your children pray on their own without quarrel or a reminder

My Daughter was 12 years old and prayer was like heavy burden on her, So I told her to pray one day and I monitored her. She took the carpet and threw it on the ground. I asked her if she prayed - she said yes - Believe me, without feeling I slapped her face - I know I made a mistake. The situation has troubled me and I cried and I repent to God to forgive me.. The slap, the talk, the reminders did not make a difference to my child.

One day A friend told me a story. She went to one of her friends for a visit. Her friend was not very religious, but when the Adhan prayer was called, her children rushed for prayers without reminders or quarrel. I said to her how does your children pray on themselves without quarrel or a reminder? !!! - She said, before I got married I used to pray this Dua and stil pray it today.

After she told me the Dua – I began to recite it in every Sujud in my prayers and anytime I could. Since I began to recite the Dua my daughter is now the first to prayer without reminders or quarrels. She got up in Fajr prayers without any alarms. And all her brothers are now eager in praying without any difficulties.

I know You are now eager to know this Supplication Dua..

The Supplication is in the Surah Ibrahim [14], ayah # 40 سُÙˆۡرَØ©ُ إبراهیم

And the Supplication is...
( رَبِّ ٱجۡعَÙ„ۡÙ†ِÙ‰ Ù…ُÙ‚ِيمَ ٱلصَّÙ„َÙˆٰØ©ِ ÙˆَÙ…ِÙ† Ø°ُرِّÙŠَّتِÙ‰‌ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ۡ دُعَآءِ (٤٠

"Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal duaa"


[14:40] O my Lord! make me one who establishes regular Prayer, and also (raise such) among my offspring O our Lord! and accept Thou my Prayer. 

Start today, do not wait until you get married and until you have kids-"prevention is better then cure. ~*



Monday, January 21, 2013

Penang's beach

ini cerita masa cuti-cuti di Penang akhir tahun lepas.. -- rasa dalam awal Disember macam tu.. One of the reason why i chose to stay at Bayview Beach Resort sebab ada private beach yang bersih dan cantik. Yang lain tu ada juga tapi tak tau macam mana rupe, so kalau short holiday i dont like any surprise :p

Pantai dekat sini sangatlah bersih dan banyak water activities yang dapat dilakukan macam parasailing, banana boat, jet ski.. tapi satu pun i tak ambik memandangkan tak bersedia untuk melabur :p


nasib ada adik I, laki kesayangan I tak turun.. sedih :( duduk dalam hotel main game lagi dia suke, its been a while he didnt join us kalau i dengan Emir pegi main2 dalam  kawasan hotel.. selalunyer i layan Emir atau Emir layan I.. 


anyway, laut ni lah masa i umur 6 tahun dulu i hampir kelemasan, serious.. dulu hotel ni nama dia Rasa Sayang Hotel.. Alhamdulillah i sempat ditangkap oleh ayah I sebelum ombak besar datang.. lepas tu memang jarang ayah I bawak kami adik beradik pergi mandi laut atau mandi sungai..


nak masuk dalam air laut tengah2 alam tu, mak nyer malas nak basahkan baju since hari tu jugak nak checkout dah.. 

mengajar Emir main pasir dan kutip seashell.. bersungguh dia kumpul sebab nak bagi cikgu dia.. tapi bila balik KL, simpan buat perkasam -- dah lupe gamaknya


 mengambil pemandangan pantai .. saja suka2 ambik.. i know, if only ada dslr sure cun..


nak ajar Emir masuk the whole body dalam pasir, but i changed my mind, kang kalau aku duduk kang, satu baju habis berpasir, yang tukang kibass.. akak jugak.. so i malas :p, Emir cuma dapat kaki je sebab i malas nak tunduk and sentuh pasir :p


U see mana Emir pandang, inilah adik I, Cik Yah, dah nak masuk second year.. kecik molek, dia memang dah biase kalau orang panggil dia budak sekolah rendah :D


you see Emir pandang lagi ke arah satu tempat.. tak ditengoknya lensa kamera I..


walaupun dia jenuh mintak.. but I said SORRY

am not gonna spend rm40 for that ;p













dia nak naik kuda maaa... :)


Sunday, January 20, 2013

The Cake

Birthday kalau tak ada cake, tak adalah serinya kan.. jadi walaupun malam tu kami dah makan sakan, tapi i memang dah book siap2 cake sebulan lebih awal.. :) dan memang nak makan cake dekat rumah mak i memandangkan satu whole cake setakat 3 orang makan dalam satu rumah, memang kalau bukan kami anak beranak gemuk, mungkin kek tu takkan habis-habis..

I ordered the cake from Alyssa's Bakes, milik kak Adliza Mohd Hizan... Mula-mula nak seluruh delivery hari Ahad sebab ingat nak balik Melaka, tapi cancel pulak, kelam kabut i nak ambik kek semalam dari delivery company di Cheras memandangkan husband I hari Ahad dia dah locked diri dia dekat Putrajaya..


Banyak lagi gambar diambil , tapi almaklumlah semua nya duduk rumah kan :)





The cake - if you love cheese, this is one cake to die for.. !! adik I, Ika adalah hantu cheese, semalam dia boleh makan sampai 4 slices, 3 slices in one seating.. mabuk betul.. this cake comes with choc filling and walnut on the top.. :) memang it worth every cents i paid for it!! adik i cakap sekarang ni Secret Recipe's cake pun dah RM98 untuk one whole cake.. 

Gambar kat atas tu, husband i siap ambik gambar untuk masuk dalam Shutterstock :)

Saturday, January 19, 2013

Doa untuk Adik Aliff

Alif adalah anak kawan I, umur saya sendiri kurang pasti, tapi mungkin bawah 5 tahun.. Emak Alif, Anida adalah kawan seperjuangan dalam contest, jujur I sendiri tak pernah mengenali Anida secara life, tapi ada juga bertegur sapa secara tak sengaja bersama Anida dalam Facebook.

Ini gambar Alif yang sangat comel itu..


Source: Anida's FB

Alif dimasukkan ke hospital kerana diserang penyakit Rotavirus.

Info mengenai Rotavirus -- i pun baru tau

Ditemui kali pertama di Australia pada 1973.
Boleh tersebar menerusi air.
Ia boleh hidup di atas tangan manusia dan mampu bertahan selama beberapa hari atas permukaan keras.
Rotavirus juga boleh kekal stabil dalam najis manusia sehingga seminggu.

Simptom terkena jangkitan Rotavirus
Muntah, cirit birit dan demam berpanjangan.
Tekanan darah dalam badan menurun.

Langkah mengelakkan Rotavirus
Sentiasa basuh tangan sebelum menyentuh makanan
Masak air sehingga mendidih terlebih dulu sebelum diminum
Elakkan berkongsi makanan dengan pesakit Rotavirus.
Orang ramai disaran supaya memasak air walaupun menggunakan penapis air kerana Rotavirus boleh melepasi tapisan sedia ada.


Beginilah keadaan Alif ketika mula-mula dimasukkan ke hospital pada Isnin lepas..



Masih ceriakan.. sama dengan kanak-kanak yang lain, game jadi peneman..

TAPI....

Anida mula memberi update terkini..

Wednesday, 16 January 2013
Alif sekarang berada di ICU

Wednesday, 16 January 2013
Syahdunya hati ibu melihat wayar berselirat, hidung yg bertiup. Sekelip mata saja ianya berlaku. Baru semalam alif marah ibu sbb salah tekan games kegemaran alif, baru semalam alif nyanyi lagu untuk dia. Ya allah, ya tuhanku, kuatkanlah semangat alif untuk melawan virus yg menyerang otaknya. Kuatkan semangat anakku ya allah. Berilah alif kesihatan yang sempurna seperti sediakala. Aku memohon kepada Mu.

Thursday, 17 January 2013
Besar sgguh dugaan yg ku terima. Masih terasa kehilangan arwah amira, kini ku diuji pulak dgn alif. Apa yg Allah buat adalah yg terbaik. Tiada satupun yg tak baik. Alif, kuatkan semangat mu sayang. Ramai yg doakan kesihantanmu. Walau dr. kata harapan tipis, namun kita merancang tp tuhan menentukan. Semoga dgn doa-doa semua keajaiban akan berlaku. Ibu sayang alif!

Yesterday, 18 January 2013
Platelate alif semakin menurun dan kritikal. Andai boleh ibu menderma ibu sanggup tapi mereka perlukan dikalangan lelaki. Hampa ayah juga tidak dpt menderma kerana kurang tidur. Maafkan ibu dan ayah kerana tidak dapat membantu dari segi platelate sayang.

Yesterday, 18 January 2013
Salam...anak saya memerlukan penderma darah platelet sblm jam 3ptg di sjmc, syarat2 xkisah drh jenis ape, lelaki 18thn keatas, tiada mkn ubat yg berterusan..tq

Yesterday, 18 January 2013
Alhamdulillah...2 penderma platelet telah cukup & lulus.....terima kasih semua yg berusaha...terima kasih en.alisadikin & en.aziph -- dari FB husband Anida

Yesterday, 18 January 2013
Maaf sy x blh menjawap semua sms, pm. Secara ringkasnya, rotavirus telah menyerang otak alif. Keadaan alif masih koma, kritikal. Maaf sy x blh tulis byk sbb nk fokus n communite dgn alif. Jutaan terima kasih kepada semua di atas doa n pertolongan semua. Hanya allah yg dpt membalasnya. Terima kasih semua.

Today...
Mulai esok bantuan oksigen dan ubat akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Insyaallah, mudah-mudahan Alif stabil dan menunjukkan tindakbalas yg positif. Bagi yg melawat alif, maaf sekiranya saya tidak keluar bilik kerana saya ingin memberi sokongan sepenuh jiwa dan raga kepada anak kecil ini. Alif, semoga dgn sentuhan dan mendengar suara ibu alif mendapat kekuatan dan semangat untuk terus berjuang. Alif, diluar sana ramai yg mendoakan kesihatan Alif sayang. Kuatkan semangatmu sayng. Sayang Alif.

Alhamdulillah.. semoga Aliff beransur pulih.. sama-sama kita doakan yer..

Jika ada yang berminat untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga Anida, boleh PM saya personally, atau PM rakan baik saya Ayu - ayuarjuna@gmail.com, rasa Ayu lagi better, sebab dia lah yang tengah kumpul sumbangan. Tapi nak berurusan dengan saya pun boleh. InsyaAllah akan saya sampaikan kepada Ayu..

p/s saya.. apa bende yang menyebabkan anak-anak sakit,apatah lagi melihat wayar yang berselirat.. saya memang tak kuat.. apatah lagi yang terpaksa mengharungi dugaan ini

Friday, January 18, 2013

Happy birthday to our dear SpongeBobSquarePants


:)

Selamat Hari Lahir buat kekasih saya dunia akhirat. Bukan teman tapi mesra, tapi memang dah mesra -- terlebih :) Kekasih yang ajar betapa betulnya - sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri.. :)

semoga kekasih saya diberkati umur olehNya, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki olehNya (ini penting, dah lama tak pau ni :p -- phone baru haritu tak kira :D) dan konsisten buat phD ;p



Loves you so much..
Wifey

Papa, 

thank you because teach me how to play game. I want you to be lazy today. so you can play game until you don't have to do anything. Happy birthday Papa..

-- ayat dari Emir sendiri, simple and sweet, walaupun asyik ingat game je--



I love you Papa
Emir

Thursday, January 17, 2013

My first winning in 2013

Alhamdulillah, finally, finally, finally, finally..

i managed to place my name in organizer's winners list hehe.. yeah, 2013 - i foresee i may not be able to be as active as before due to my work commitment as well as more challenging task as a mother. so kurang sikit masa nak bercontest.. in fact i have few POPs yang tak sempat hantar..

yeah i know, as if i sorang je lah busy kan, but the thing is, my schedule is very tight, my spare time, i would just love to laze around browsing my FB ke, terjah blog ke, things that require brainless effort :)i know i need to learn a lot in managing my time..

yesza.. masuk contest kene banyak fikir, nak nak slogan .. deco mendeco pun another effort jugak..

but alhamdullah.. for a start, it is good to win some cash in the early of this year... :D

Remember i participated in Back to School contest organized by www.eqbalzack.com , sebab hadiah yang ditawarkan adalah $$$ memang i sangat tertarik dan menarik ..


 the photo adalah very the plain photo, but the story behind it adalah true story.. you can read if you want :)

and with that story, Alhamdulillah i dapat Winner no 2 :)  dan dapat hadiah ini...

1 x Cash RM50 + Bag "BEN 10" + Stationery Set + Correction Tape + Button

tahniah juga kepada BFF i Ayu Rafikah yang menjadi salah seorang pemenang .. thanks to Ayu, sebab dia upload cerita lepas tu i pun ikut :D

also, Alhamdulillah juga saya berjaya memenangi RM10 dalam peraduan yang dianjurkan oleh Eyriqazz.com dengan mempertaruhkan gambar favorite saya.. Entry yang saya buat di sini..


Ini adalah kemenangan ketiga berdasarkan gambar yang sama. Gambar pertama masa saya menang adalah dari peraduan Maybank Rhyme for Raya di mana saya memenangi RM250 :D dan baru-baru ini dengan gambar yang sama saya menang Pandora.. tak upload lagi cerita ni sebab tak dapat hadiah lagi :)


Alhamdulillah... :)

Tuesday, January 15, 2013

A short trip to Bangkok

how short is short.. 

well, our flight was delayed for 20 minutes.. safely arrived at Bangkok's airport and directly went to our Thailand's office. after introducing myself, i quickly setup my laptop and presentation, and yes without a break, terus meeting..

no lunch break, we had our lunch during the meeting itself and the meeting went on until 5pm. i mean 5 pm Bangkok's time. when the meeting was over, we already hit the peak hours in Bangkok and later that I know  that peak hours in Bangkok is triple the time our traffic here.

and so, I was trapped in the traffic for nearly 2 hours when the normal journey is only around 10 minutes from our office to Landmark Hotel in Bangkok. Check-in but was unable to enter my room since we had to rush for the dinner with the orang besar-besar di sana..

Went to Nana District and understand that's the only street where you can find Halal food. I had a yummy Nasi Arab. Sorry no pictures here only part of the food. What else tummy can say when we only paid the bill at 9.40 pm..



As my flight back to KL would be at 8 am the next morning, so I had only that night to spend and of cos searching for my Hard Rock's magnet. well honestly Hard Rock's shirt ada je kat tepi-tepi jalan, but the feeling to buy inside the real Hard Rock adalah berbeza :p

Thank God, one of my colleague agreed to accompany me. I took a skytrain and stopped at Siam. Took a while before we found Hard Rock shop.



Outside, there was a crowd, with reporters and cameras.. sungguh i tak kenal this lady, orang lain dok kerumun, i dengan kawan sibuk ambik gambar dekat sini since this was the only lighting place to get a nice photo. hehehe.. but anyway, Thai people, kulit mereke adalah sangat gojess.. halus mulus dan flawless..



 and this adalah berlatarbelakang shopping mall yang happening dekat Bangkok, tak masuk sebab dah tutup..

then, jalan2 dekat luar hotel, ala-ala Petaling Street, or Batu Feringghi night market. bought some souvenirs and only entered my hotel room at 1 am Malaysian time, 12 am Bangkok's time.. masuk, duduk sekejap buat report, and tak sampai satu page, terus tidooo..

found out i only took one photo in this comfort room. i dapat double bed, sebab King's bed semua bilik dah penuh..


and bangun pukul 5 pagi, terus check out, and masuk ofis pukul 3 petang... 

and balik pukul 8 malam on that day..

penat??

of cos..

cuma ingat kita ni nak cari rezeki halal.. 

insyaAllah..

Monday, January 14, 2013

My first business class experienced.

Orang lain muka dah biasa, tapi inilah pertama kali dalam hidup I.  Tapi tak seronoknya masa pertama kali merasa naik business class, I was all alone.. so nak ngada ambik gambar pun macam segan lah kan..


kawan i siap pesan, jangan lupa pergi ke Business Lounge.. i pun dengan jakun nyer menuju lah ke Business Lounge.. tapi nak ambik gambar over-over segan la kan, nampak sangat first time.. so ambik lah senyap-senyap dengan menggunakan camera phone saje.. 


Kalau siapa yang naik first class, akan ada airline staff yang akan entertain mereka dan mereka-mereka ni akan berada in a separate room..


bila time naik flight, sebenarnyer tak banyak beze pun, cuma dapat naik awal dan dapat layanan lebih sikit .. stewardess siap hafal nama kita lagi.. 

dan of cos, lebih selesa...


itulah pengalaman i sendiri.. mungkin inilah yang terakhir i akan ikut business trip :) -- something went wrong which make me feel very demotivated after the trip :)

but anyway, it is a good experienced after all :)

Sunday, January 13, 2013

If Emir has a brother..

yes, at least a brother.. 

kalau brothers.. with 's' at the end, ntah bile pula yer.. :)

gambar Emir dengan anak sedara i, anak adik I Jiji, Zubair dah besar dah.. geng gaduh semua orang hehehe..

aksi pertama: Emir tak nak share dengan Zubair, Zubair nak pedang tu jugak


instead of berebut-rebut, Emir dah mula start nak menyakat.. bila budak tu nak capai, lagi tinggi pedang tu di naikkan.. 


bila Zubair dah start stress. lagi seronok lah Emir mengusik..


dont we love to do this as well.. lagi budak tu 'naik angin' lagi best usik derang hehehe

p/s me still penat untuk seminggu ni.. mentally and physically.. rasa lagi berkobar2 nak mulakan projek WAHM i...
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez