Thursday, July 17, 2008

Emir ke Zoo Negara

Hari ini hari Khamis. Emir ke Zoo Negara bersama rakan-rakan yang lain di tadika nya. Pada mulanya apabila cikgu Emir ura-ura hendak bawa Emir, ibu Emir sudah bercerita kepada Wan Emir..

dan sudah tentulah

"Eh, baru 2 tahun, mama tak percaye lah, cikgu ni nak jage, takut dia ralik tengok budak lain, emir dia tak perasan. Emir tu bukan paham bahase lagi.. bla bla bla.."

Sejak dari hari itu, ibu Emir tidak lagi bercerite kepada Wan Emir, tetapi setiap kali berjumpe dengan wan emir, mesti Wan Emir

"eh, tok sah lah nak bawak Emir ke Zoo, hangpa pi bawak laa sendiri, belakang rumah jer"

Tentulah Ibu Emir diam sahaja.

Pada mulanya lawatan ini dijadualkan di akhir Bulan Jun, tetapi atas-atas sebab tertentu, ia ditangguh ke hari ini.

Jadi, saya rasa tak salah Emir nak bergembira, lagipun saya agak yakin jugaklah dengan cikgu-cikgu di situ.

Jadi, pagi tadi, saya bangunkan Emir, mandikan Emir, pakaikan baju tshirt Kuning dan seluar Biru. Emir tak ade uniform sebab kecik lagi, tapi cikgu dia pesan suruh pakai cari baju warne macam tu, jadi boleh same dengan orang lain.

Emir masih mengantuk, tapi macam memahami, dia tak banyak kerenah pagi ini. Mengikut saje. Saya sapukan Vicks sebab dia selalu batuk. Hari ini saya sediakan dua beg. Satu beg ke daycare, satu lagi beg sekolah untuk Emir bawa. Cukup letak satu baju dan satu pampers. Saya sediakan botol air, lapik perut Emir kalau dahage.

Saya excited. Seronok tengok. Sepanjang jalan saya cerite dekat Emir ape dia akan jumpe. Faham tak faham belakang kire. Sesampai nye di tadika, sebuah bas berwarne oren sudah menanti, tapi cikgunyer berkate

"The Guppy class (2 years and below) will follow Mrs. Ngan (naik MPV)"..

Ok..

Jadi sekarang saya tidak sabar hendak mendengar cerite cikgu-cikgu. Ikutkan hati hendak aje telefon handphone cikgu Emir, tapi karang menganggu pula.

Lambatnya 5.30pm

p/s Sampai ke hari ini saya tidak beritahu kepada wan Emir dan Atok Emir. Jadi mungkin mereka akan tahu melalui blog saya. :p

No comments:

Post a Comment

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez