Wednesday, December 19, 2007
Gambar lepas keluar dari Studio. To be exact, lepas menang. With my two sis - Ainun n Ainaa
I was on TV yesterday
Ramai orang tahu, Puan Amira ni sangat suka masuk contest. Tak tau la ape yang buatkan dia suka, tapi memang Puan Amira ni pantang je tengok contest nak masuk. Sekarang ni sejak ada anak agak kurang sikit la, kalau tak Puan Amira ni akan mengisi masa lapang, masuk online contest. Sekarang Puan Amira dah malas sikit la nak pikir slogan-slogan ni.
Masuk TV? heheh, dalam tahun 2004, Puan Amira masuk Roda Impian. Menang la jugak dalam RM1,920. Semalam, Puan Amira masuk Kuiz Teka Teki. Rasanya ramai yang tak tahu Kuiz Teka Teki. Pukul 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Rabu. Tak menarik sebab hadiah dia pun tak menarik.
Tapi yang best, Puan Amira menang, tak banyak pun tapi Puan Amira dapatlah RM500 lebih kaya pada orang lain walaupun diberitahu, TV3 hanya akan masukkan duit dalam dua bulan akan datang.
Hehehe. Tak de siapa pun tahu. Puan Amira pun tak cerita dekat MIL. hehe, malu takut kalah. Lagipun suka suka je masuk. Oklah Selamat Hari Raya AidilAdha. Menu kami esok - ayam masak merah, rendang udang dan rendang daging bersama lemang dan nasi putih. Maklumlah ibu tiada, jadi masak pun simple sahaja. Setakat nak lapik perut kami adik beradik.
Btw, my mum's maid melarikan diri pagi tadi. Tak guna betul. Awal-awal lagi aku dah cakap dekat semua orang yang aku tak berkenan dengan dia. See, my first impression is always right. Yang penting, dia tak larikan anak aku. Dan dia juga setakat ni tidak mengambil harta kesayangan kami sekeluarga. Lantak ko lah, menyusahkan diri sendiri. Nak kate kiterang garang, u can ask our family how we treat our maid. Saje nak lepas geram kat sini. Yang geram adik aku yang manelah kasik tau mak bapak aku kat Mekah tu. Geram betul. Derang dah risau dah. Punyelah pesan, jgn kasik tau, bagi derang concentrate untuk haji. Saffuan is it u? Jiji? Nak kene budak-budak ni.
Habislah, since i post this story in this blog, akan ramai la suku sakat, sedara mara yang akan tahu. Hehe. well im always the informer. Really hope that you will not spread out the story sampai membuatkan kedua ibu bapa di Mekah tidak tenteram. We r fine here, semua dah besar-besar, pandai lah kiterang. Moral of the story: NEVER TRUST YOUR MAID. Anyway, alhamdulillah my own maid steady lagi. Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tell me something