Friday, June 29, 2007



Happy 1st Birthday My Darling Emir

Sebelum Ibu cakap banyak-banyak, diminta kepada papa Emir, sila cari hard disk tu sampai dapat. :(

Emir, sekejap je Ibu rase 1 tahun dah berlalu. Tahun lepas, lebih kurang masa macam ni, Ibu bangun awal. Sebab doktor pesan Ibu kene stopped makan pukul 8 pagi. Sebenarnya Ibu tak da lah kisah tak makan, tapi sebab ini pengalaman pertama Ibu, mestilah Ibu berdebar-debar. Tapi yang pasti, masa ni Ibu dah tak sabar nak tengok muka anak Ibu.

Pagi-pagi lagi masa ni papa bangun dan carikan untuk Ibu nasi lemak sotong. Almaklum lepas tu Ibu kena pantang dan nak kena bagi perut Ibu kenyang sikit. Jadual bedah pukul 2.30 tapi pukul 8 pagi je doktor suruh Ibu stop makan.

Baju Emir, baju Ibu dah lama Ibu packing, jadi tak ada lah ibu kelam kabut sangat masa nak ke hospital. Sampai ke hospital, papa pergi parking kereta, Ibu turun dulu. Ibu siap bawak turun beg sendiri lagi. Beli pergi ke kaunter, receptionist tu terkejut bila Ibu kate Ibu nak operation petang tu. Misi tu cakap, Ibu tak nampak macam orang yang dah sarat.



Ibu rasa Ibu bertuah sebab sepanjang mengandungkan Emir, Ibu tak de morning sickness. Sekali je Ibu muntah, kalau tak silap Ibu masa tu bukan Ibu mual tapi Ibu makan banyak. Masa tengah sarat, Ibu masih lagi cuci bilik air, bukan papa tak kasik, ibu yang degil. Dan paling ibu kagum dengan diri ibu, ibu dapat lalu peak period. Peak period tu ape, yang tu Emir kene tunggu besar sikit baru Emir faham.. Emir tahu tak dua tiga hari sebelum Emir lahir, Ibu pergi ofis siapkan keje Ibu sampai pukull 3 pagi. Nasib baik papa teman dekat ofis.

Persiapan nak kene bedah tu, adoi.. kalau Ibu ingat balik, sangat Ibu tak suka. Ibu ni dah lah penakut. Ramai betul nurse-nurse tu keliling sebab nak bagi orang calm down. Memang teruk kan.

Masa Ibu kene tolak masuk Labor Room, itulah masa paling takut sekali. Walaupun Papa ada, tapi doktor tak bagi papa masuk sampai labor room. Ada dua doktor, satu gynea satu lagi pakar bius. Banyak betul tempat Ibu kene cucuk, tapi nasib baik Ibu separu sedar jadi Subhanallah Ibu dapat dengar Emir menangis masa keluar dari perut Ibu. Ibu ingat doktor tu tanya Ibu "What do you think, boy or girl" Ibu cakap "Boy". Lepas tu doktor tunjuk Emir dekat Ibu dengan darah yang tak dibasuh lagi.



Masa tu Emir masih lagi tak berhenti menangis, doktor kene cepat, sebab Emir sejuk, doktor bagi Ibu cium Emir. Lembut betul pipi Emir. Doktor sempat kate "Putihlah anak awak". Ibu senyum. Ha ah, putih lah anak Ibu. Alhamdulillah.

Tapi sebab Ibu kena operate, Ibu ambil masa nak pegang Emir. Doktor pesan, kalau Ibu nak cepat susukan Emir, ibu kena belajar duduk cepat-cepat. Ini satu lagi dugaan. Bila Ibu hilang ubat bius, barulah terasa sakit nya dekat perut. Malam tu Ibu membebel je dekat Papa, sudah lah tak selesa sebab sakit belakang ,sakit pulak dekat perut tu. yang ni doktor suruh duduk pulak. Tapi tak sampai sehari, Ibu cuba jugak duduk, alhamdulillah dengan bantuan Papa, Ibu boleh duduk, tapi sakit nya..



Ibu hanya boleh pegang Emir masa Emir umur 3 hari. You look so innocent. Emir tak nangis pun masa tu. Doktor suruh Ibu susukan Emir, tapi Ibu bagi tahu doktor, Ibu tak da susu.. Doktor cakap try dan betullah miracle, akhirnya keluar jugak susu Ibu. Tapi masa tu emir tak reti, jadi SAKIT tau tak :D

SEKARANG.. Emir dah setahun, dah banyak dah Emir belajar. Itulah ciptaan Allah, ibu tak sedar pun masa dah berlalu setahun. Ibu tak sedar pun, Emir sekarang ni dah ada 7 batang gigi. Sekarang Emir dah pandai demand, kalau nak apa-apa, Emir dah tahu ekspreskan bende yang Emir nak. Emir dah tau tunjuk, Emir dah tahu menangis yang mengada-ngada. Selagi Ibu dengan Papa tak bagi, selagi itulah Emir akan demand.

Emir pun dah pandai gelak terkekek-kekek. Kalau Ibu balik kerja, sejuk je hati Ibu bile Emir terus merangkak dengan senyum sampai ke telinga ke Ibu. Hilang rasa penat. Hilang rasa tension.



Emir tahu tak Emir kuat makan. Samalah macam Ibu dan Papa. :D. Pagi petang siang malam Emir makan bubur. Bubur + brokoli + carrot + ayam/ikan merah/salmon + kentang. Emir dah pandai memilih,pernah jugak Ibu try bagi bayam, tapi Emir takmau. Emir reject.

Kalau nampak kunci, kelam kabut Emir akan cari siapa yang nak keluar rumah. Habis barang yang tengah dimain ditinggalkan. Kadang-kadang bende tulah Ibu dan Papa buat umpan kalau Emir merangkak jauh sangat. Yelah, Emir ni bukan boleh duduk diam, dah tak larat kadang-kadang Ibu dan Papa nak kejar. Sekejap je dah sampai tangga, sekejap je dah panjat kerusi, sekejap je dah turun pada katil..

Paling best sebab Ibu dan Papa tak sabar tunggu iklan, tak pun TV3 punya iklan. Sebab.. kalau ada iklan, Emir duduk diam diam depan TV. Behave sikit.



Dulu masa duduk dalam kereta, Ibu boleh relaks borak-borak dengan Papa. Sekarang, Emir tak duduk diam, ade je idea nak tekan radio tekan air con, tekan tingkap. Pendek kate, mate Ibu tak boleh lari dari tengok tangan Emir. Emir ni kalau duduk tempat papa, paling Emir suke main wiper.. Lampu Emir tak heran sebab Emir tak nampak. Tapi kalau wiper, Emir suke tengok bende tu gerak kiri dan kanan..

Ooh, Emir pun dah pandai joget. Pantang nampak lagu yang rancak sikit, mula lah goyangkan badan. Paling terkejut, Emir ni enjoy lagu "Joget Lambak" - Adam. Papa pun nsibuk lah cari klip Adam sebab tau anak die suke tengok.

Kalau Ibu atau Papa bukak laptop. Emir pun sibuk nak tolong. So, ibu akan bukak barney punyer website. Sebab Emir akan duduk diam, tak punggahkan almari tak koyak kertas. emir tahu tak, dah berape besar Emir koyak Wan punyer wallpaper. Ada gambar Ibu simpan, nanti besar esok tengok lah wallpaper ni.

Ibu nampak Emir ni ikut Papa tang buat kerja. Kalau Emir sibuk layan satu bende, tunjuk ape sikit pun Emir tak tengok. Sama macam papa, kalau buat keje, Ibu panggil buat bodoh je.. Emir pun same. Ibu umpan lah apa-apa pun, muka Ibu pun die tanak pandang...



Bile Emir nak pandai jalan?? Tak sabar betul ibu nak tengok Emir punyer first step. Betul lah orang cakap, kalau mulut banyak lambat jalan. Emir memang mulut banyak, maklumlah ramai yang melayan.. Emir pun dah pandai jugak jawab call walaupun setakat ya ya ya ya ba ba ba ba.. Bile nak cakap Ibuuuuuuuuuuuu???

Oklah Emir, dah panjang betul.. Ibu nak packing pulak... Lepas ni kite off to Perak. Hari ni Ibu n Papa cuti, Ibu dah ambik lama dah cuti ni, ingatkan nak bawak Emir ke Zoo. tapi papa kate kite ke Perak. Papa ada industrial Visit, so kite pergi jalan-jalan sekali.

Banyak kawan Ibu tanya, tak buat party untuk Emir ke.. Ibu rasa Ibu akan buat sekali dengan house warming, tapi mungkin dua bulan pada sekarang kot.. :D ok.. Ibu sayang Emir.. Happy Birthday sayang

No comments:

Post a Comment

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez