Sunday, February 11, 2007

Updates

1. Suami tersayang sudah semakin sihat, sebenarnya hari tu jugak die dah sihat, balik dari hospital, dicapainya majalah Times dan terus baca. 3 hari MC yang diberikan, tiada satu hari pun diambilnya. Ibu dan saya hanya mampu menggelengkan kepala. Harap-harap janganlah kedegilannya diwarisi Emir :D.

2. Elok sahaja suami tersayang baik, anakku pula yang demam, hari Selasa malam Rabu badannya panas. Mungkin demam nak tumbuh gigi ataupun demam nak merangkak ataupun memang musim demam. Sudah ada dua batang gigi di bawah. Lepas ni Bugs Bunny lah.

3. Emir sudah pandai menolak ubat. Satu kerja nak bagi Emir makan ubat.

4. Saya sudah membuat keputusan yang saya tak akan berhenti kerja dari EY buat sementara waktu sehingga masa mengizinkan. Suami sangat faham. Terima kasih.

5. Amat takut dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang. Ya, manusia yang kiamatkan dunia.

6. Amat menanti untuk pindah rumah sendiri walaupun ibu agak keberatan terutamanya nak melepaskan Emir.

7. Sangat ingin melihat match make yang saya aturkan menjadi :D.

8. Geram betul kalau ada nyamuk gigit Emir

9. Buat pertama kali dalam hidup saya orang panggil saya Cikgu. Tadi saya terjumpa anak didik saya semasa di Stamford dulu di Great Eastern. Dulu mereka panggil Miss, bukan Cikgu.

10. Dan.. saya semakin semakin semakin sayang kepada bapa Emir..

No comments:

Post a Comment

Tell me something

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez