Tersebut sebuah kisah...
Petua orang tua, kalau kene operate, tak kisah la ape-ape pun, elok makan ikan haruan sebab boleh cepatkan healing process. Lepas tu nak basuh, jangan basuh betul-betul sebab lendir die tu lah yang elok, lepas tu pulak, beli yang hidup, nak masak baru matikan ikan haruan tu. Jadi tersebutlah kisah, ibu Emir kene makan ikan haruan. Nasib baik ibu Emir ni suke makan ikan keli, so die pun tak kisah laa nak belasah ikan haruan.
Hari ketiga baru lah start makan ikan haruan, masak sup mule-mule - agak tak boleh telan tapi belasah je, lepas tu masak stim - pun same, last-last mintak bakarkan ikan tu, kire ok lah. Sedap jugak.
Tapi lepas 3 hari beturut makan ikan haruan, si Emran dengan bijaknyer menangkap lah gambar ikan haruan dan tunjuk laa kepada ibu Emir. Lepas tengok, errr... terus tak leh telan.. :(
Sekarang ni dah off sehari setengah tak makan ikan haruan. Series tak lalu langsung. Tapi esok luse hubby dah mengarahkan makan balik ikan haruan.. :(
p/s Dearest hubby makin rajin update blog.. :D, gambar2 pun habis die tukar..
Nak Popis?
1 hour ago
No comments:
Post a Comment
Tell me something