Syukur
Bile kite meningkat dewasa, care pemikiran kite akan berubah. Umur dan persekitaran memainkan peranan, kalau kite anak sulung atau kite ni jadi tulang belakang mak ayah kite, care kite membesar berbeza.
Terlalu banyak paparan mengenai kesusahan hidup rakyat malaysia yang di tonjolkan di tv-tv. Terlalu banyak warna kehidupan di sebalik kegemilangan malaysia di mata dunia. Masih ade lagi insan-insan yang bertungkus lumus mencari sesuap nasi untuk meneruskan baki-baki 24 jam sehari.
Dan, seharusnya kite bersyukur dengan ape yang kite ade, dengan ape yang kite miliki dan ape yang telah allah berikan kepada kite. Bile lihat balik posting mira yang lalu, terasa macam mira tidak bersyukur dengan ape yang mira perolehi.
bukan tidak bersyukur, tapi sebagai manusia, mira tak dapat lari dari menghadiahkan yang terbaik untuk diri sendiri. Walau macam mane pun, hadiah utama dalam hidup adalah kebahagiaan sebab "bahagia" adalah satu simbolik kehidupan yang tidak dapat dijual beli.
Mira bukan datang dari keluarga berada, mama dan baba tak pernah manjakan anak-anak dengan wang. Kebanyakan keinginan kami adik beradik, dipenuhi dengan duit tabung sendiri. Mama dan baba berusaha keras untuk menyara kami adik beradik, al maklum makan pakai dan kelengkapan anak-anak bukan murah ketika ini. Tapi, yang pasti kami bahagia. Bahagia dengan apa yang ada.
Memiliki suami yang bertanggungjawab dan penyanyang menjadi idaman setiap wanita dalam dunia ni dan alhamdulillah allah telah menghadiahkan rezeki itu kepada mira. Walaupun kehidupan kami tidak kaya dari segi harta, tapi kehidupan kami kaya kasih sayang. Kami masih di dalam peringkat mencari kestabilan rezeki. Walaupun ada keinginan kami yang tak dapat dipenuhi, tapi kami bangga kerana kehidupan kami adalah hasil titik peluh sendiri.
Pahit jerit mencari wang kini tak sama ketika bujang dahulu. Walaupun gaji sebagai lecturer di kolej dahulu jauh lebih rendah dari gaji yang dimiliki kini, namum perbelanjaan adalah berbeze. Selepas berkahwin, komitmen lebih diutamakan, kehidupan masa akan datang lebih diberi perhatian, bantuan untuk keluarga mula diberikan dan perbelanjaan harian dirancangkan.
Mira percaya pada rezeki, rezeki ada di mana-mana cuma kite kene berusaha mencarinya. Perjalanan kami berdua masih jauh, Emran ade agenda yang tersendiri dan Mira ade plan yang tersendiri walaupun Dearie duk cakap mira ni banyak sangat plan. Kami berusaha untuk menaikkann taraf kehiduapn kami, yang pasti bukan untuk kami, khas untuk generasi kami, insyaAllah.
Syukur kite di Malaysia kerana kite bebas mencari rezeki tanpa ade sekatan. Jika rezeki lebih jangan lah dilupakan kepada mereka yang memerlukan kerana tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.
Lastly, selamat menyambut kedatangan al-mubarak...
Brew & Bread @ Kota Kemuning, Shah Alam
25 minutes ago
No comments:
Post a Comment
Tell me something