Setelah berumur 23
Alhamdulillah, segala puji pujian bagi Allah, mira dipanjangkan umur olehNya. 14 March 2005, genaplah usia mira meningkat ke 23 tahun. Rasa apa? Bahagia.. :)
Terharu, kerana walaupun usia sudah meningkat, tetapi ucapan selamat hari lahir tak putus-putus diterima sejak dua hari lepas. Baik dari keluarga, tersayang dan rakan-rakan dari sekolah rendah sampai ke PAAC. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang meng SMS, di shoutbox, email, menelefon, mengirimkan kad ucapan dan tidak lupa juga kepada yang mengirimkan hadiah.
Ramai yang mengirimkan sms dengan ucapan "enjoy yang last birthday as a single".. hmm, yerp true true, tapi mira tak de lah berenjoy sangat.. paling utama, dengan 23 makin terasa kematangan diri, makin terasa nilai hidup dan ape mira boleh katakan, 23 adalah tahun yang paling paling mencabar kerana banyak bende yang akan berlaku yang memerlukan mira kene banyak belajar perkara baru..
Sambutan? :) Hmm sebenarnya kek dah beli sehari awal sebelumnya memandangkan baba akan balik ke segamat pada hari ni. Inilah pertama kali, family mira dan Dearie sama-sama ada meraikan kek mira. The yummy blueberry cheesecake.. Thanks to Dearie. Paling best, tepat pukul 12 malam, i received a kiss from my sisters.. hehe n mase tu lah bertalu-talu orang mengSMS..
Hadiah? Mmm.. Dearie, of course im waiting something special from him.. Dearie belikan sepasang kasut merah yang amat cantik yang buat Mimi -adik mira- jeles.. hehe. Tapi, paling bermakna bila Dearie menghulurkan hadiah yang berbentuk empat segi tepat. Dan apabila dibuka, sebuah album yang PENUH dengan gambar Mira dari pertama kali jumpa sehingga lah hari terakhir sebelum kami berjumpa semalam. I REALLY LOVES IT. Tahu kan, Dearie mira ni suka sangat ambil gambar mira sehingga mira pun dah terbiase, walaupun kadang kadang muke mira masam jugak sebab penat nak tengok kamera :p
Ok.. Doakan mira supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, umur diberkati dan sentiasa berada dalam perlindunganNya.. Amin...
p/s... Love you much Abang :) n terima kasih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tell me something