Raya sakan
Raya yang penuh bermakna, bukan hanya pada mira sahaja tetapi pade seluruh umat Islam yang merayakannya. Raya adalah subjektif, terpulang kepada pemikiran masing-masing bagi mendefinasikan hari raya. Mungkin kite boleh petik dari bait-bait lagu yang saban hari diputarkan di corong-corong radio di sepanjang syawal ini. Ada yang kata
"Menjelang hari raya, berakhirnya puasa"
"Suatu hari di hari raya, ku lihat anak bersinar cita"
"Di hari raya, terkenang daku kepada si dia, kampungku jauh indah di sana"
"Lebaran terasa kesyahduan, lebaran takbir bersahutan"
Hari raya ini, eloklah kiranya kita dapat merapatkan silaturrahim sesame kita, kunjung mengunjungi adalah mulia terutamanya di kalangan sanak saudara. Buang yang keruh ambil yang jernih, itulah sebaik-baiknya.
Sehari sebelum raya, kami sekeluarga menerima berita sedih di mana sepupu baba mira meniggal dunia kerana mengidap barah pancreas. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Uncle Nazri.
Sebelum menziarahi upacara pengubumian, mama sempat pesan suruh mira menyediakan jaduah berbuka untuk sekeluarga. Mama dan baba tiba agak lewat ke rumah, jadi mira di incharge - kan untuk memasak rendang untuk hari raya keesokan harinya. Balik, mama sempat ajar masak daging masak hitam. Dapat lah tambah satu koleksi resipi untuk tahun depan :). Tahun ni, tak banyak juadah raya yang mama sediakan, tapi kira okla tu, rendang ade n lemang beli. Kalau tahun sebelum ni, mama ade jugak bakar lemang, and kami anyam ketupat tapi tahun ni tak sempat.
Kuih raya, hmm keluarga kami memang jarang sangat beli kuih raya, selalunya kami buat sendiri. Maklumlah kami datang dari keluarga yang agak besar, jadi masing-masing nak buat kuih raya, tak masuk lagi, kuih raya pemberian keluarga dan bakal menantu :D, Oh, Dearie buat empat jenis kuih raya, heheh.. Ika pun buat kuih raya. Lima hingga sepuluh jenis kuih - home made cookies memang sudah menjadi perkara biasa. Tapi sedap tak sedap itu lain cerita, janji kemeriahannya ada. Cuma tahun ni, mira agak sibuk sikit, jadi hanya dapat menyediakan satu jenis kuih raya, itupun kuih cornflakes coklat and tak cukup bahan. So bercerai berai la cornflakes tu, tapi jangan risau, rumah kami sedap tak sedap, kami boleh telan lagi.
Baju raya, alhamdulillah mira rasa rezeki mira murah sikit, mula-mula ingat tak ada baju raya sebab tak sempat hantar kedai, tapi entah macam mane, Mak Long mira belikan baju raya dan seminggu lepas tu, mama pulak belikan baju raya. Dapatlah dua baju raya tahun ni, Cuma kasut je mira tak sempat beli. Eh, bukan maksudnya mira nak semuanya baru, tapi kasut mira memang dah buruk habis dah, terkopak sane terkopak sini. Maklumlah kasut tu la bawak kerete, pergi kelas, jalan kaki.
Ok, hari raya pertama dimulai dengan mama ketuk pintu dari bilik ke bilik sembahyang subuh. Memang itu rutin mama setiap hari walaupun kami semua dah besar panjang. Tapi tak tahulah kenape tahun ni, semua adik-adik senang pulak nak kejut, kalau tak, mak aiii, sampai boleh bergaduh, sebab susah sangat nak kejut. Pagi-pagi lagi kami dah bising dah sebab berebut bilik air. Walaupun bilik air di rumah banyak, tapi kami ade bilik air favorite, nak masuk bilik air tu jugak walaupun bilik air lain available. So bising lah sebab tunggu turn lame sangat. Oh, kami beraya di rumah sahaja, hanya ade kami anak beranak dan moyang. Sudah menjadi tradisi sejak pemergian tok wan, shidee, pah gerik dan pah taiping, kami akan beraya di kemensah dahulu untuk beraya bersama-sama dengan moyang tersayang.
Jam sudah pukul lapan, tapi kami masih di rumah, almaklum rumah dekat je dengan masjid, jadi bile orang nak start baru terkocoh-kocoh nak pergi berhari raya. Bile selesai sahaja sembahyang raya, kami semua cepat-cepat pulang ke rumah untuk bersalaman dulu kerana selalunya tak sampai beberape minit, sudah pasti ade tetamu. Jadi, kami mulakan dengan bersalaman bersama ahli keluarga, masing-masing dengan cara masing-masing. Baba pulak dengan caranya, anak-anak mesti menyebut lafaz minta maaf ketika bersalaman. Alhamdulillah, inilah dikatakan nikmat kekeluargaan. Selesai bersalaman, sesi bergambar. Hmm, jadi panjang pulak sesi bergambar, sebab mama ade dress code nya, so nak tunggu sorang-sorang siap dengan dress code mama, memang ambik mase. Kemudian kami makan bersama-sama dan baru bersalaman dengan nenek. Oh, nenek ambil masa yang lama untuk bersiap :).
Kemudian, satu demi satu keluarga yang menziarahi ke rumah, sehingga memenuhi rumah, mase inilah terase kemeriahan sebenar kerana kami sekeluarga saling bergurau senda dan beramah mesra. Bukan senang nak jumpe saudara mara (belah ibu). Tapi entah macam mane, petang raye, boleh pulak kami adik beradik terlelap, mungkin penat di pagi hari melayan tetamu.
Petang, kami menziarahi datok dan nenek saudara sebelah baba yang berhari raya di kuala Lumpur. Apa lagi, memang makan sakan la, setiap rumah menghidangkan hidangan wajib - rendang.
Hari Raya kedua, kami bertolak pulang ke Gerik, masing-masing dengan muka ceria kerana dapat jugak balik kampung. Setibenya di Gerik, mereka sedang sibuk menyembelih seekor kambing untuk diaqiqahkan. Happy sangat kerana semua ahli keluarga di sebelah ayah dapat berkumpul setelah pemergian arwah pah dua tahun yang lalu. Cuma seorrang pakcik dan keluarganya tidak dapat bersama kerana berada di Jepun.
Balik kampung lagi meriah, kerana ade sepupu-sepupu yang memeriah kan suasana terutamanya sepupu-sepupu yang masih kecil. Memang kebanyakan sepupu mira memang baru nak membesar, umur pun dari setahun sampai 8 tahun, so bayangkanlah, dengan menjerit, dengan menangis, dengan ketawa, dengan bergaduh.. gamat gerik dengan ahli keluarga kami. Satu rumah je dah bersila panjang makan bersam-sama, belum lagi nak buat kenduri, mane taknya mira punye family je dah sembilan beranak.
Masa nilah, bertukar-tukar cerita, dengan Ani pun mira lame tak jumpe, jadi banyak lah update cerite, hari raya ketiga, ade kenduri untuk seorang sepupu kami, (aqiqah).. Sedap nya dapat merasakan daging kambing dimasak bersama-sama umbut pisang. Mira memang tak boleh makan kambing banyak sangat, tapi disebabkan bukan senang nak jumpe umbut pisang, mira balun je umbut dengan kambing-kambing sekali. Itulah masakan orang kampung.
Itulah di kampung, cara mereka masakkan begitu ikhlas. maksudnya, kami (takpe erk gune kami walaupun bukan mira yang bayar :p) menggunakan khidmat katering, tetapi orang yang masak kannya begitu ikhlas, tidak berkira. Ditambahnya, lauk pauk yang lain secara percuma. Dan masakannya, sedappppp!!! Bilelah lagi nak makan umbut erk.. Lepas tu pulak, rezeki raya, ehem-ehem makcik mira bagi daging rusa, so balun laa pulak daging rusa.. hehe. Gemuk -heheh itu belakang kira. :p
Hari raya keempat, mira sekeluarga bertolak ke taiping untuk menziarahi pula keluarga sebelah mama. Sayang rumah di taiping, ini semua gara-gara kite semua berpusat di kl, sampai ramai yang berhijrah ke bandar. kampung kami di taiping yang dahulunya gamat dengan hilai tawa tokwan, pah dan nenek, lenyap. hmm, sebelum ke taiping kami memang singgah banyak tempat. Dari nibong tebal ke bukit merah kemuadian ke kamunting, kemudian ke taiping dan ke kuala kangsar sebelum pulang semula ke kuala lumpur keesokkan harinya.
Hari ni kerje, memang liat, sebab semalam pun tiba di kl dalam pukul 12 tengah malam, letih memang letih tapi seronok kerana dapat jumpe keluarga. Bukan hanya keluarga terdekat malah keluarga jauh pun dapat berjumpe. Sitting around with families is the best thing. Tapi tak tahan cuma satu, hehe setiap kali bersalaman dengan ahli keluarga, satu soalan yang tak kan lepas di tanya
"Bila nak kawin ni mira?"
dan jawapannya tentulah.. "Entahlaa, kalau ade rezeki mungkin cepat, kalau tak mungkin lambat sikit".. :) Doa-doakanlah kiterang cepat erk.. heheh
Uitt panjang kan, ok, tak tau la sape yang sanggup bace posting ni, kalau sesiape yang sampai ke hujung noktah posting ni, ribuan terima kasih diucapkan. Itu adelah serbe sedikit kemeriahan beraya mira. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tell me something