Monday, November 29, 2004

Heloo

I really, really missed blogging but i was too bz with my raya thingy and my workloads, so dint have much time for blogging. Im in office rite now, using my colleague's laptop.

Ok, i missed the fun to update my blog about

a)Jejak kasih with Aimy Izyanty, Nurul Firdaus,Aziah and Faridah



Huhu, actually its quite outdated to share this story with you. It has been nearly 10 years i never seen these three girls except for sharmeen and hana. Well, same cases, although our age getting older but the attitudes and the burst of laughter are still the same.

Aimi still called me kak wan, fir with the same voice that she has and faridah still acting as our class vice president. hehe. i went to two houses, sharmeen's and faridah's house and of course all of them met at my house except for faridah.

Meen, i really really love ur mum's laksa johor... marvellous!! and your keropok lekor, i think the tasted is better than losong. Those who are the keropok lekor lovers, im sure u know what losong is. But meen, keropok lekor tu datang pada mane ek?

Hana drived me back and all the way i LOVE to listen her "i-malu-tapi-i-nak-dia-nak-tapi-dia-tak-cakap' love story.. So cute, hana, i really want to know the end of the story.

b)Nadimah's birthday on 23 November

Not did i dont remember her birthday, i wished her one day before the day, the only thing is i promised to upload something on her birthday. At first, i wanted to copy our conversation and pasted it on the blog, but i accidentally ter-pangkah the ym. Hai, kalau tidak kan best.. sekali sekala buat jahat kat nad..

c)BBQ at Mantin



Had BBQ with Dearie's friends at Mantin. This is the first time i hang out with dearie's friend. It is so fun doing BBQ with them. Ok, i have a lot of fun there, seriously A LOT OF FUN. Sampai letih gile, dah la bangun 5.30 pagi hari tu, konon2 nak stady IELTS. Im afraid of my IELTS.

Ok laa need to finsih my work.. banyak keje, some more the director is here..

Friday, November 19, 2004

Raya sakan

Raya yang penuh bermakna, bukan hanya pada mira sahaja tetapi pade seluruh umat Islam yang merayakannya. Raya adalah subjektif, terpulang kepada pemikiran masing-masing bagi mendefinasikan hari raya. Mungkin kite boleh petik dari bait-bait lagu yang saban hari diputarkan di corong-corong radio di sepanjang syawal ini. Ada yang kata

"Menjelang hari raya, berakhirnya puasa"
"Suatu hari di hari raya, ku lihat anak bersinar cita"
"Di hari raya, terkenang daku kepada si dia, kampungku jauh indah di sana"
"Lebaran terasa kesyahduan, lebaran takbir bersahutan"

Hari raya ini, eloklah kiranya kita dapat merapatkan silaturrahim sesame kita, kunjung mengunjungi adalah mulia terutamanya di kalangan sanak saudara. Buang yang keruh ambil yang jernih, itulah sebaik-baiknya.

Sehari sebelum raya, kami sekeluarga menerima berita sedih di mana sepupu baba mira meniggal dunia kerana mengidap barah pancreas. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Uncle Nazri.

Sebelum menziarahi upacara pengubumian, mama sempat pesan suruh mira menyediakan jaduah berbuka untuk sekeluarga. Mama dan baba tiba agak lewat ke rumah, jadi mira di incharge - kan untuk memasak rendang untuk hari raya keesokan harinya. Balik, mama sempat ajar masak daging masak hitam. Dapat lah tambah satu koleksi resipi untuk tahun depan :). Tahun ni, tak banyak juadah raya yang mama sediakan, tapi kira okla tu, rendang ade n lemang beli. Kalau tahun sebelum ni, mama ade jugak bakar lemang, and kami anyam ketupat tapi tahun ni tak sempat.

Kuih raya, hmm keluarga kami memang jarang sangat beli kuih raya, selalunya kami buat sendiri. Maklumlah kami datang dari keluarga yang agak besar, jadi masing-masing nak buat kuih raya, tak masuk lagi, kuih raya pemberian keluarga dan bakal menantu :D, Oh, Dearie buat empat jenis kuih raya, heheh.. Ika pun buat kuih raya. Lima hingga sepuluh jenis kuih - home made cookies memang sudah menjadi perkara biasa. Tapi sedap tak sedap itu lain cerita, janji kemeriahannya ada. Cuma tahun ni, mira agak sibuk sikit, jadi hanya dapat menyediakan satu jenis kuih raya, itupun kuih cornflakes coklat and tak cukup bahan. So bercerai berai la cornflakes tu, tapi jangan risau, rumah kami sedap tak sedap, kami boleh telan lagi.

Baju raya, alhamdulillah mira rasa rezeki mira murah sikit, mula-mula ingat tak ada baju raya sebab tak sempat hantar kedai, tapi entah macam mane, Mak Long mira belikan baju raya dan seminggu lepas tu, mama pulak belikan baju raya. Dapatlah dua baju raya tahun ni, Cuma kasut je mira tak sempat beli. Eh, bukan maksudnya mira nak semuanya baru, tapi kasut mira memang dah buruk habis dah, terkopak sane terkopak sini. Maklumlah kasut tu la bawak kerete, pergi kelas, jalan kaki.

Ok, hari raya pertama dimulai dengan mama ketuk pintu dari bilik ke bilik sembahyang subuh. Memang itu rutin mama setiap hari walaupun kami semua dah besar panjang. Tapi tak tahulah kenape tahun ni, semua adik-adik senang pulak nak kejut, kalau tak, mak aiii, sampai boleh bergaduh, sebab susah sangat nak kejut. Pagi-pagi lagi kami dah bising dah sebab berebut bilik air. Walaupun bilik air di rumah banyak, tapi kami ade bilik air favorite, nak masuk bilik air tu jugak walaupun bilik air lain available. So bising lah sebab tunggu turn lame sangat. Oh, kami beraya di rumah sahaja, hanya ade kami anak beranak dan moyang. Sudah menjadi tradisi sejak pemergian tok wan, shidee, pah gerik dan pah taiping, kami akan beraya di kemensah dahulu untuk beraya bersama-sama dengan moyang tersayang.

Jam sudah pukul lapan, tapi kami masih di rumah, almaklum rumah dekat je dengan masjid, jadi bile orang nak start baru terkocoh-kocoh nak pergi berhari raya. Bile selesai sahaja sembahyang raya, kami semua cepat-cepat pulang ke rumah untuk bersalaman dulu kerana selalunya tak sampai beberape minit, sudah pasti ade tetamu. Jadi, kami mulakan dengan bersalaman bersama ahli keluarga, masing-masing dengan cara masing-masing. Baba pulak dengan caranya, anak-anak mesti menyebut lafaz minta maaf ketika bersalaman. Alhamdulillah, inilah dikatakan nikmat kekeluargaan. Selesai bersalaman, sesi bergambar. Hmm, jadi panjang pulak sesi bergambar, sebab mama ade dress code nya, so nak tunggu sorang-sorang siap dengan dress code mama, memang ambik mase. Kemudian kami makan bersama-sama dan baru bersalaman dengan nenek. Oh, nenek ambil masa yang lama untuk bersiap :).

Kemudian, satu demi satu keluarga yang menziarahi ke rumah, sehingga memenuhi rumah, mase inilah terase kemeriahan sebenar kerana kami sekeluarga saling bergurau senda dan beramah mesra. Bukan senang nak jumpe saudara mara (belah ibu). Tapi entah macam mane, petang raye, boleh pulak kami adik beradik terlelap, mungkin penat di pagi hari melayan tetamu.

Petang, kami menziarahi datok dan nenek saudara sebelah baba yang berhari raya di kuala Lumpur. Apa lagi, memang makan sakan la, setiap rumah menghidangkan hidangan wajib - rendang.

Hari Raya kedua, kami bertolak pulang ke Gerik, masing-masing dengan muka ceria kerana dapat jugak balik kampung. Setibenya di Gerik, mereka sedang sibuk menyembelih seekor kambing untuk diaqiqahkan. Happy sangat kerana semua ahli keluarga di sebelah ayah dapat berkumpul setelah pemergian arwah pah dua tahun yang lalu. Cuma seorrang pakcik dan keluarganya tidak dapat bersama kerana berada di Jepun.

Balik kampung lagi meriah, kerana ade sepupu-sepupu yang memeriah kan suasana terutamanya sepupu-sepupu yang masih kecil. Memang kebanyakan sepupu mira memang baru nak membesar, umur pun dari setahun sampai 8 tahun, so bayangkanlah, dengan menjerit, dengan menangis, dengan ketawa, dengan bergaduh.. gamat gerik dengan ahli keluarga kami. Satu rumah je dah bersila panjang makan bersam-sama, belum lagi nak buat kenduri, mane taknya mira punye family je dah sembilan beranak.

Masa nilah, bertukar-tukar cerita, dengan Ani pun mira lame tak jumpe, jadi banyak lah update cerite, hari raya ketiga, ade kenduri untuk seorang sepupu kami, (aqiqah).. Sedap nya dapat merasakan daging kambing dimasak bersama-sama umbut pisang. Mira memang tak boleh makan kambing banyak sangat, tapi disebabkan bukan senang nak jumpe umbut pisang, mira balun je umbut dengan kambing-kambing sekali. Itulah masakan orang kampung.

Itulah di kampung, cara mereka masakkan begitu ikhlas. maksudnya, kami (takpe erk gune kami walaupun bukan mira yang bayar :p) menggunakan khidmat katering, tetapi orang yang masak kannya begitu ikhlas, tidak berkira. Ditambahnya, lauk pauk yang lain secara percuma. Dan masakannya, sedappppp!!! Bilelah lagi nak makan umbut erk.. Lepas tu pulak, rezeki raya, ehem-ehem makcik mira bagi daging rusa, so balun laa pulak daging rusa.. hehe. Gemuk -heheh itu belakang kira. :p

Hari raya keempat, mira sekeluarga bertolak ke taiping untuk menziarahi pula keluarga sebelah mama. Sayang rumah di taiping, ini semua gara-gara kite semua berpusat di kl, sampai ramai yang berhijrah ke bandar. kampung kami di taiping yang dahulunya gamat dengan hilai tawa tokwan, pah dan nenek, lenyap. hmm, sebelum ke taiping kami memang singgah banyak tempat. Dari nibong tebal ke bukit merah kemuadian ke kamunting, kemudian ke taiping dan ke kuala kangsar sebelum pulang semula ke kuala lumpur keesokkan harinya.

Hari ni kerje, memang liat, sebab semalam pun tiba di kl dalam pukul 12 tengah malam, letih memang letih tapi seronok kerana dapat jumpe keluarga. Bukan hanya keluarga terdekat malah keluarga jauh pun dapat berjumpe. Sitting around with families is the best thing. Tapi tak tahan cuma satu, hehe setiap kali bersalaman dengan ahli keluarga, satu soalan yang tak kan lepas di tanya

"Bila nak kawin ni mira?"
dan jawapannya tentulah.. "Entahlaa, kalau ade rezeki mungkin cepat, kalau tak mungkin lambat sikit".. :) Doa-doakanlah kiterang cepat erk.. heheh

Uitt panjang kan, ok, tak tau la sape yang sanggup bace posting ni, kalau sesiape yang sampai ke hujung noktah posting ni, ribuan terima kasih diucapkan. Itu adelah serbe sedikit kemeriahan beraya mira. :)

Saturday, November 13, 2004

Hari Raya and Happy Birthday Norainnie Muzlan





Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan semua pembaca www.emmira.blogspot.com Semoga Aidilfirtri ini dapat lah kita sama-sama mengeratkan silaturrahim

Ikhlas Dari,
Emran & Wan Faziatul Amira
2004






Happy Birthday Ain. si ain ni tadi mira bagi la die sms Selamat Hari Raya, lepas tu die reply, "Selamat Hari Raya, ingat tak hari ni hari ape!!!" and i know it.. Mira terlupe.. So kepada semua housemate-housemate ku yang terlupe hari ni Birthday Ain, baik cepat, nanti minah ni merajuk lak.

Ok, Ain ni mira punye roomate mase mule-mule masuk utp dulu. dulu kiterang satu bilik ade empat orang, mira, ifa, najah and ain. Kalau compare dengan kiterang bertige, ain ni la yang paling senyap sekali. Dulu,kalau nak tau, cakap pun slow habis, pulak tu pemalu die, mak aii.. sampai kan kalau pi kopetro tu, nak tanye barang pun mintak tolong kiterang tanyakan. tulah nak tunjuk betape pemalu nyer makcik ni.

Tapi lame kelamaan, dah hilang dah die nyer pemalu. first time bile kiterang semua dengar die cakap "aku sepak kang" semua orang macam tak percaye, betul ke dari mulut makcik ni.. sikit demi sikit, baru laa die dah tak macam ain kiterang kenal mase januari 2000 tu dah, dah makin advance minah ni.

Anyway, im glad to have u as my friend. Still remember mase mira sakit kaki yang teruk tu, ain la tolong teman kan pi hospital ipoh. Tapi sakit2 mira tu, ingat tak kite due sempat lagi pi tengok wayang dulu sebelum balik utp. hehe.

Actually, kalau nak tau, ain ni adik angkat em, die jadik adik angkat dulu, before mira jumpe em :).. oklaa ain, all the best, any update about u and Cicak or ape2 :D jangan lupe habaq mai noo..



Ni je hadiah leh kasik :p


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.. Esok raye first sure banyak lagi update :D



Friday, November 12, 2004

Hari Raya and Open House





Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan semua pembaca www.emmira.blogspot.com Semoga Aidilfirtri ini dapat lah kita sama-sama mengeratkan silaturrahim

Ikhlas Dari,
Emran & Wan Faziatul Amira
2004


Start dari semalam, setiap hari mira nak posting mira sekali dengan kad raya. Rasa bersalah lak tahun ni, tak bagi-bagi lagi kad raya, i will i will, insyaAllah on the way. I try my best.

Hari ni pi ofis, mm bosring habis, betul la kate hana, jasad je kat ofis, tapi fikiran dah ke tempat lain, dah la hari ni ramai yang cuti + curi tulang. i tak join laa sebab pagi tadi pun i lambat datang office, tau-tau je jam dah tunjuk pukul 8.55am. Apalagi kelam kabut la siap datang ofis, nasib baik hari ni jalan clear-seclearnyer. Vivian pulakkate first time, jalan tun razak and jalan ampang tak jam langsung. Datang dari rumah mak die dari jalan loke yew cume 10 minutes je dah sampai ampang. Amazing!!

Hari ni, duduk ofis pun tak de mood nak buat keje, banyak mase borak-borak and on the net. sorry meen, separuh jalan je aku cakap ngan ko sebab ade orang gune komputer tu berjam-jam.

Mira amik cuti sampai next kamis, rasenye tahun ni balik kampung dekat perak, ade aqiqah cousin yang kecik. Tapi still tak sure raye ke berape, tapi i think for sure raye pertama im home,so sesape yang nak datang rumah, silakan untuk hari raya pertama. Tapi as usual, sape yang kenal mira, derang dah tau dah, rumah mira mane ade open house sebab tetiap hari memang dah open house.

Tetamu memang tak putus-putus datang, alhamdulillah orang kate kalau banyak tetamu datang berkat tuan rumah. Amin.. Rumah mira ade moyang tinggal sekali, banyak la saudara mara jauh dekat, sepupu, tiga empat pupu datang nak tengok moyang. Mira panggil moyang, nenek.

Mama pulak jenis yang tak kisah tetamu datang, lagi die suke adalah. Kadang-kadang orang balik pukul 2 pagi, esok keje, tapi mama relaks je. Kalau mira, perghh penat woo esok nye. Satu lagi salute dengan mama, setiap kali orang datang, die takkan jamu kuih raye je, mesti ade heavy food. Kiterang tak penah biarkan orang balik dari rumah kiterang dengan perut kosong unless anak die kene entertain :D.

Mira banyak belajar dari situla, kalau kite suke layan tetamu, tetamu pun suke datang rumah kite. Penat tapi berkat, penat tapi pahala dapat. Kadang-kadang tu bukan kate ape la, kite datang rumah orang, derang macam nak tak nak layan je, ishh kite pun jadik uncomfortable.

So, kesimpulannya, sape-sape yang nak datang rumah mira, silakan, tak payah tunggu open house baru nak datang sebab mira memang tak buat open house pun. Tapi kene inform dulu laa, takut mira tak de ke ape. Kepada kawan-kawan yang dekat oversea tu, especially dedicated to Shaf, Yan, Hanis, Emmachan, Teh Zawani, nadimah (Maaf kalau ade name yang tertinggal) Derang ni semua, mira nyer regular reader :) thanks girls.. take care and have a nice hari raya. Sorry tak leh nak bungkuskan lemang, rendang, ketupat, sate, kuih raya (ehehe-terliur tak??)

Thursday, November 11, 2004

Selamat Hari Raya






Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan semua pembaca www.emmira.blogspot.com Semoga Aidilfirtri ini dapat lah kita sama-sama mengeratkan silaturrahim

Ikhlas Dari,
Emran & Wan F*azia*tul A*mira
2004


Hari ni bangun pagi, sekali lagi terima message dari cik abang sorang, pagi2 lagi die dah message kate nak datang rumah, nak hantar lauk. Adat orang Melaka, kalau nak raye, orang laki kene hantar lauk dekat rumah orang perempuan, mira lak amik kesempatan nak hantar kuih raye kat Melaka. Nasib baik mase die message tu mira dah bangun tapi tak mandi lagi laa.

Sekejap je die datang, nak kene cepat, die takut jam sebab kerete not in a good condition. So sebelum balik tu sempat laa, mintak maaf :D.. Rasa kelakar kan bang mase tu :p Last raye jadik tunang orang ni... InsyaAllah..

Then, lepas Dearie balik, ape lagi mira bangun tido, so bile bangun je, makcik kat rumah dah sepuluh kali dah mintak beli kasut raye die, terpakselah bawak die pi Giant cari kasut raye. Ramai sangat orang kat Giant, nak jalan pun tak leh, nasib baik dapat parking best, betul-betul depan entrance Giant. Mira sempatlaa capai beli seluar, then pergi beli barang-barang nak buat kuih raya.

Cuti macam ni je laa sempat buat kuih raya, bile balik je dari Giant, terus mira buat kuih raye. Dapat la dalam due bekas. Kira ok laa, tak tau lagi bile nak buat kuih raye no 2. Tak sabar laa nak raye. So sebab mood raye ni, rase tiap-tiap hari sampai raye first mira nak buat post raye je.. Ok..Nanti sambung kemudian..

Wednesday, November 10, 2004

Skim Tenaga Pengajar Muda, UITM

It seems so quite today, not only the students dont attend the class, but the staffs also are already on leave. The good news is, my boss is not around. Coming to the office quite late today.

Early in the morning, em called me to remind me about uitm form which is due today. Since it was 7am in the morning, i pulled my comforter and continue sleeping. huhu, although he told me he would come over to my office to collect the form.

When i woke up, i realized that, it was already 8.15 am, i was quite panicked, yelaa i dint fill up the form yet.. So, secepat mungkin i mandi n mengadap borang. Of course em called me, and when he knows that im still at my house, so he changed his planned. Datang umah.. mak aii

When he arrived at my house, i was bz completing the form, so no time to entertain him. Actually, i wanted to avoid seeing him without the "uncomplete" work, but huhu terpakse.. because i was confused to choose my course. i guess you can assume how he reacts :D..

ok, em hantar i pi office, and then he submitted the form by hand. Arrived in the office around 9.40am. actually i have two classes today, but no students come. So sitting around, marking papers, doing some admin works.

Only stopped when receiving the special guests, my colleague's niece. had to babysit her while her grandma went for a hari Raya shopping. heheh, at least ade bende laa nak buat..

ok, now its already 3.45pm, nak packing, baba amik hari ni, oh, one of our staff resign today, so berkurang laa sorang staff kat sini.. hmmm when is my turn?????????

p/s thanks bang, heheh ampun!!! last minute work :p

Tuesday, November 09, 2004

Satu cerita

Semalam punyer cerite, banyak betul nak cerite.. Semalam mira ade kelas malam, pukul 6- 9, so sementara nak tunggu kelas tu start, sempat la blog dulu, panjang gile blog mira, sekali tetibe je, komputer windows 98 kat ofis tu (haha: saje je nak highlight windows 98 :p), menghilangkan page yang mira tengah pulun tulis, hai, dah tu bile refresh, tak de pun bende mira tulis.. bengang gile..

Semalam mira buat laa update dari hari jumaat sampai laa semalam, so hari ni summary je laa, malas nak tulis pepanjang, jumaat pi utp, jumpe dr. abas, bincang and discuss dengan die, actually nak mintak die jadik referee, lame gile borak dengan dr abas. seronok sebab die share some of his experience and give some suggestion to enhance my career perspective. totally agreed with him, abang.. i may ammend my career plan :)

then ade borak dengan pn hasiah, my supervisor, lamejugak, so sehari pi utp, lebih banyak duduk dalam lecturer punyer ofis dari lepak ngan naja and aiza.. mmm miss them.. sorry gals, i had to go back, sebab esok keje, nak sangat bukak puase kat utp tu..

ok, semalam punyer cerite lagi best.. semalam mira masuk ofis lambat, dalam kul 1, so sebab dah sampai awal, mira pun pi laa ampang point, note:tak kuasa aah nak duk ofis lelame :) so, tetibe teringat pulak nak renew license, actually license dah 4 days expired :D tapi bile tengok duit dalam purse, hehe tinggal bape je, so pi laa draw duit kat bcb which is situated outside the ampang point. so, it means i had to walk there..

so, bile keluar je dari ampang point, mira dengar ade perempuan menjerit and marah-marah, so mira ingat it could be accident, snatch thief. tapi bile datang je dekat situ, the cars were still in good conditions, pelik jugak, mane tak nyer, crowd gile aaa.. tapi tengok orang keliling, ade yang senyum-senyum, ade yang tengah bergosip.. so mase tu mira tak draw duit, so pergilaa draw duit dulu.. tapi sambil lalu kat situ, terdengar la one lady said "mak ko, kakak ko, adik ko semua nak rampas harte aku".. i know it sounds interesting to listen, but i need to settle my things first..

boleh tahan laa nak beratur kat atm machine tu, nimesti semua orang nak keluar duit untuk raye, so mira keluar laa dalam rm400, alang2 dah beratur panjang, baik kuar banyak2 sikit, lagi pun duit tu pun nak gune especially for the car, tu pun tak cukup kot.. :( so keluar je dari bcb tu, tengok2 derang gaduh tak habis2 lagi, dah laa blok jalan. note: derang gaduh kat main road bukan dekat parking space

hahaha, so mira jadik laa bz body, join the crowd, sesambil tu, pasang telinge gak dengar orang cerite.. rupenyer, these two ladies ni madu.. cerite die, first wife terserempak laki die dengan perempuan lain, and this lady is the second wife.. tak tau laa terserempak ke, die dah spy ke, dah tau die tu second wife ke tak, wallahualam. so first wife ni die dah jadik hilang pedoman, menjerit-menjerit and tak hirau langsung orang keliling die, paling tak gune, laki depa tu tengok derang ni bertekak, lagi die lari!! tak gune nyer laki, cam tu ke derang nak buat laki, bukannyer nak tolong ke ape, die biar je depa ni bergaduh

from the expression, i might say that the second wife nampak malu gile dengan ape yang dah jadi, die tak banyak cakap pun, menangis je, cume yang mira dengar "saya tak salah, saya tak tau ape2" and menangis2. yang first wife ni pulak, ee menakutkan, siap tendang-tendang kete, and tangan die tunjuk2 kat pompuan tu, tak tau lak pompuan tu dah kene penangan die ke belum, tu mira tak sure..

so, lepas tu pulak ade laa 5 polis mpaj sampai, nak leraikan keadaan, ade jugak orang tolong tapi si first wife ni mengamuk cam orang kene histeria..so polis ni datang nak saman derang due, sebab stop kete tengah jalan, and secondly, menganggu lalulintas la, sebab buat jam.. so polis2 ni suruh la derang beredar, tapi si first wife ni taknak, so one of the police, bawak second wife jauh sikit, tapi kan si first wife ni kejar, dah la depa lari towards me, mase tu perghhh takut laa jugak..

tapi of course orang pegang first wife and second wife ni, tapi sempat lak si first wife ni menjerit "tunggulaa kau lepas ni, aku bunuh kau, aku bunuh kau" banyak gile perempuan ni jerit2. so bile situation dah reda sikit, si first wife ni masuk dalam kerete, die pun nak pi, so kiterang ingat die nak blah laa, tapi tak, die masuk dalam kete, reverse and park behind the second wife car, so lagi laa jam, sebab tinggal satu lane je.. memang gile laa..

pompuan ni dah takut dah, so one of the police volunteered to drive the car, but, the first wife followed dari belakang.. hmm tak tau laa ape kesudahan die.. tapi tu laa memalukan, kalau yer pun nak gaduh, jangan aa depan orang, gaduh pulak pasal hal rumah tangge, habis semua cerite keluar, mira dari tak tau ape2 pun boleh tau, sebab first wife habis die cerite semua pasal rumah tangge die..

who we should blame?? ALL especially the HUSBAND.. allah tak marah pun nak poligami, tapi be fair laa, ni tak pasal2 pompuan gak jadik mangse.. ade ke patut tinggalkan bini-bini die bergaduh pasal die, die ntah ke mana.. yang first wife tu pun, hilang pedoman ke ape, ade ke patut cerite hal laki jerit2 bagi semua orang tau. tambah lak tak hormat bulan puase..

fuhh, terkejut gak, rase macam tengok dalam drama.. tapi tu laa, KL life.. macam-macam bende ade, ade yang baik, ade yang jahat, ade yang positif and ade yang negatif.. cume atas diri kite, mane satu kite nak ikut and mane satu kite nak jadikan pengajaran. hmm what a topful experience..

Wednesday, November 03, 2004

Ceramah

Just came back from surau, totally and extremely tired today, having classes directly from 1.40pm till 9.15pm. Break only to perform pray, even i broke the fast with the students inside the class. I dint allow them to go to the nearest restaurant because they were having test, if i allow, i dont think they can finish the test on time. And i not that patient to drag the time. :) Crazy right??

Just now i had taken one action, called the authorized party to change someone's attitudes. But aarghh!! the bureaucracy was terrible, from one person to another and from place to another, but i finally i managed to lodge a report. Do take note, from bottom of my heart, i dont want to embarass them, but i just want to teach them to respect our fasting month.

Just now, the ceramah given by Ustaz Khazim and i had opportunity to listen for 30 minutes, (i arrived home quite late today). Ok, heres some of the highlights that we can share together.

1. Before we make any decision, we should berzikir and read surah Al-Iqra'
2. Dreaming is divided into 3 categories
i. From Allah (usually its from 3.30 am to 5+ am)
ii. From iblis
iii.Mengigau (dont know what we call in English)

Lets say if we dream someone who had already passed away, wearing a white jubah and bertelekung, InsyaAllah, they are save and happy in Alam Bazarkh, and let say if we see them, wearing all blacks and having the negative expression, bear in mind, maybe, they want us to help them or we owe something from them

3. We cant force a patient to eat medicine, or bring them to the doctor. Medicine is not the remedy to all the sufferings, is all on Allah's willing. In Islam, there is a way to "force" our children to eat ubat, Feed them with the medicine starting from either side of the face, regardless left or right.

Only 3 points there, but at least better than nothing. One sentence from Ustaz Khazim before he ends his ceramah "Jadikan bulan Ramadhan ini, Ramadhan yang terbaik dari sebelumnya".

Tuesday, November 02, 2004

www.nadio.blogspot.com

You should learn about life from this girl. Although I do not know who she is and where she is, but I inspired her courage in fighting for her disease. From a happy-go-lucky young lady, she has been diagnosed leukemia and now she has been warded for more than a month.

Just put ourselves in her shoes, im sure it will turn out to be pretty heavy going and frightening. Emotional pain is far more injurious. We may lose our objectivity, but this adorable young lady, has it powerful spirit to stand out and strive for the best in facing the test from Allah.

Reading her blog, you will swim into her heart and you will understand "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". To Nadia, remember, there is always sunshine after the rain. Positive attitudes leads to positive thinking, I certainly sure you are a strong person. Take this opportunity to bring you closer to Allah and your family, Allah is always beside us, when we need His help. InsyaAllah.

Marilah kite sama-sama mendoakan kesihatan Nadia, tiada apa yang dapat kita bantu melainkan berdoa.

Monday, November 01, 2004

Money and us

Fuhh!! Today my money flows like water, but still haven't settled the necessary part yet. Had a Hari Raya shopping with Azyan and Mimi, but I just spent the money for Azyan. Promised her that I will buy her Hari Raya stuffs, kalau tak beli hari ni, alamat tetiap hari die tuntut, tak larat den nak dengar.

Of course, I would not let myself came back with empty hands, so I bought a pants and toiletries. Before we went back, stopped at Bazar ramadhan to buy otak-otak, peparu and onde-onde although it was heavily rain.

Calculated how much I spent today, and realized that there is only a portion of this months' budget. Here is some of the list..

Renew my license
Ketuk kerete (I bang the car last month :)
Pay my IELTS
Raya preparation
Pay my phone bills
Season parking
Etc.. etc.. etc..

Actually the salary that we earn, it's more to fulfill our necessity rather than our savings, and the older we are, the more money is required. Luckily, at the beginning of my career, I don't have to worry about the car, house and food.

The definition of money is subjective from one individual to another depending on their lifestyle. People in town has high cost of living compared to those who live in kampong. Besides family matter, they may need the money to buy a new car, new house, new plan vacation, new jewelries and perhaps new land. And that is why; orang kampong can perform hajj earlier than us, because they don't have to be anxious about it, contrast to us. Mm.. why cant we follow their steps? Save our money to fulfill our main obligation. Dearie once told me, at least from now, he asked me to save rm100 per month, so that another 10 years, i can perform my hajj. Doesnt mean to hurt anyone but just giving an opinion..

p/s Met farizahani for the first time after 5 years today. She told me, im SIHAT!! waa tak sonok nya... Hana, dia kirim salam.. she mentioned ur name because she thought i was u :)...
 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez