Thursday, October 08, 2015

Cameron Highlands with love

I am no longer an avid blogger. Memang patutnya I update blogger untuk jadikan kenangan di kemudian hari selagi Blogger masih ada di cyber space. Terlalu banyak betul i kongsikan gambar dari dulu sampai lah sekarang. I rasa dengan blogging i dapat tengok balik kenangan lama..

Cuma lately tak bersemangat nak update. Tak semenggah orang kata. Mungkin faktor dah tua, tapi faktor paling utama, masyaAllah saya sangat busy. Sekarang pukul 12.32 pagi, dua dua hero saya dah selamat tido, tapi tetiba rasa nak update blog padahal packing barang untuk esok masih tersadai :D

Dua minggu lepas, adik I Ainun ada konvo di Perlis. sebab saya ni memang suke berjalan, jadi i dengan rela hati ambil cuti dan ikut ke Perlis.. cerite dekat Perlis kene hold dulu, sebab gambar-gambar Cameron Highlands ni ada di pangkuan i..

Nak dijadika cerite, kami decide untuk ke Cameron Highlands secara tak sengaja, Checkout dari Perlis hari Ahad dan sebab kami semua cuti pada hari Isnin, jadi i decide nak bawak mak pak i ke Cameron Highlands. Kalau ikutkan, i tau mama i tak berkenan sangat, Mama i memang bukan jenis suka bercuti. Ikut planning dia, dia dah plan nak ke rumah sedara dan sedara dan sedara dan sedara sepanjang perjalanan :)

While on my dad side, i know he wanted to go for a short vacation. Jadi i pun tak tau macam mana i berjaya melobi mak i, akhirnya kami sampai lah di Cameron Highlands pada pukul 11.30 malam :D.. Masa naik atas bukit tu, nampak lah Baba i tak tido. Dipendekkan cerita, sebenarnya sepanjang i membesar, jujurnya mak ayah i memang jarang (tak pernah pun iyer) berjalan malam. Ini pulak i selamba je bawak naik bukit Cameron sampai pukul 12 malam.

Sampai sana memang i dah booked Hotel Rossa Passadena. I suke tinggal Brinchang sebab dekat dengan segala bende. Masa kami naik memang perut masing-masing lapar sebab belum makan. Jadi dapatlah kami beli makanan dan rasa Cameron di tengah malam..

SEJUK!!!!

Esok pagi sebab kami ada kurang dari sehari je, terus zappp siap-siap untuk gunakan masa sepenuhnya di Cameron walaupun malam tu tido lambat... Waktu tu cuti sekolah, tapi sebab hari Isnin tak ramai orang sangat.

Memang i betul teringin nak bawak baba mama ke Sungai Palas sebab pemandangannya. Dengan perasaan penuh berkobar-kobar dan sampai tempat Sungai Palas tu,

sekali

SUNGAI PALAS BOH PLANTATION tutup hari Isnin..

Sadiss tok sah cakap lah.. dah la tempat tu tempat paling lawa dekat Cameron Highlands.

Jadi untuk tak hampakan diri sendiri.. kami pun purak-puraklah ambik gambar dekat lereng bukit yang dekat dengan Sungai Palas..




Paling menarik, masa ke Cameron Highlands ni encik husband rajinnnn ambik gambar guna camera besar gedabaknya..


Ada gaya macam dekat Sungai Palas kan :)


Inilah bakal pengantin baru Sabtu ni insyaAllah 



Lepas dah siap-siap posing tu kami ke Agro Farm Strawberry Park. Ambik gambar.. makan.. ambik gambar balik.. makan.. :p


Makin berisi anak i ni..


Ainun dengan mama.. 


Baba memang nampak seronok sepanjang kat sini .. 


Satu-satunya gambar ada husband i.. Husband i kalau ade camera, dia takkan benarkan orang lain pegang camera dia dan pantang orang tak dikenali kite suruh ambik gambar.. so memang dia jarang la ada dalam gambar.. Ini pun sebab paksa dan ini guna timer.. berlarian la cik abang i ni .. 

tripod tidak dapat dikesan sebelum datang ke sini heheh


Macam gambar nak masuk magazine gitu.. 


Rasanya kami main order je segala apa yang ada strawberry based :p sebab kiterang sebut banyak sangat nombor masa order, Cina belakang gelak je 


makan dan makan..


Lama juga kami duduk sini sebab tunggu Emir and Papa pergi petik strawberry.. lama jugak depa petik sebab Papa kata, depa mendaki sampai ke hujung (nasib lah i tak ikut haha).. 

All in all, penuh sebakul besar tu.. harga sebakul strawberry tu RM66.. puas hati sebab besar  besar Emir pilih..


Gambar paling i suke.. 

Paling paling paling....

Ini :)


Balik tu singgah di Bharat sebab kami turun ikut Ringlet. ikut jalan lama... lamaaaa kami kat situ sebab hujan selebatnya.. cuma gambar je lah tak de.. Encik Husband tak bagi gambar lagi..

Apapun rasa puas dapat bawak family jalan-jalan. Kalau ikut hati, kalau lah i ade rezeki yang lebih, niat i adalah untuk bawak mak pak i pergi menunaikan umrah, lama dah mereka tak ke sana n i pun teringinnn sangat nak ke sana.. .. tapi itulah insyaAllah one fine day

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez