Ibu memang berkeinginan sangat Emir cuba untuk bertanding dalam chess bukan di negeri Selangor mahupun KL. Ye lah, saja kite jumpe dengan mereka luar kawasan KL. Jadi ibu memang pujuk Papa untuk daftarkan Emir di Kejohanan Terbuka Catur Majlis Perbandaran Paroi Negeri Sembilan. Ibu tahu pun dari kawan Ibu yang inform ibu melalui FB.
So hari Khamis tu ibu cakap Papa, untuk elakkan kejadian tak diingini pagi-pagi Sabtu tu (terlajak tidur ke ape) ibu ajak tido dekat degan tempat kejohanan. Ibu telefon MPS tanya apa hotel yang paling dekat, tapi jawapan sama je, sama ada di Seremban atau Senawang. Ibu kalau boleh, bile bertanding ni, Ibu nak hotel tu paling jauh pun 5 minit je dari tempat bertanding.
Jadinya, ibu cakap papa, takpe lah kite aci redah datang hari Jumaat cari mana-mana hotel or guest house dekat kawasan tu. Bila sampai nya di Paroi, memang sungguhlah, tak de hotel di kawasan ni... betulah, nak hotel, cuma ada di Seremban atau Senawang, jarak adalah dalam 15 minit. yerp bunyi dekat tapi ibu tak berkenan. Tahu lah ibukan, bab bilik air ni, selagi boleh elak public toilet, memang ibu tak perginya..
Nasib la sambil lalu tu terjumpe pulak KSR Guest House ni, masuk tu kite sampai dalam pukul 11.30 malam. Penuh rumah ni. Rasanya ramai nak pegi kenduri kawin esoknya. Rumah ni dengan Stadium Paroi memang lah dalam 5 minit je :D..
Alhamdulillah nasib kite baik, ada satu bilik kosong. Tapi bukan main besar biliknya untuk kite bertiga. Oklah sekadar tidor. Sebab Ibu memang dah penat teramat, sampai-sampai je lepas bersihkan badan.. ibu terus tido.. tak sempat nak ambik gambar guest house.. dapat signboard je esok pagi..
Papa pagi-pagi dah bangun. Papa kata inilah satus-satunya tournament yang minta peserta bayar on that day. Memang expect kacau bilau lah kan. nak buat pairing lagi.. nak check nama lagi.. Pada asalnya patut start pukul 9, 9.30 start main.. tapi sebab nak uruskan payment dan sewaktu dengannya, pukul 1050am pagi baru start.. grrrr..
ibu ni kan "waiting" is not my middle name. tapi hati ibu sejuk relax je tak kisah sebab ibu seronok tengok ada pertandingan sepak takraw dekat sebelah chess ni..
Ibu sempatlah suruh Emir posing sekejap.. ini lah pertandingan yang buat dekat open air.. selalu main chess duduk bilik berair-cond je kan :D Alhamdulillah cuaca pun baik hari tu.. senang kite nak keluar masuk keluar masuk.
Masa ni pertandingan nak start. Kali ni ada 7 games. Emir first-first di board yang 7 (board 4 tu sebelum dapat pairing yang betul). ada 94 peserta semuanya.
Game pertama Emir menang. Seronok ibu. Papa pulak seperti biasa, masa senggang kire macam coach lah untuk Emir. akan bagi nasihat mana yang patut tho i know you may not listening pun :p
Pemandangan dari atas untuk kategori bawah 12 tahun. Ramai kan. Dun worry, masa game start, mak bapak tak masuk pun kawasan ni..
Sebenarnya yang datang ni pun ada ramai jugak muka-muka familiar..Top top tu semua muka familiar. mungkin sebab Paroi ni dekat je dengan KL, orang still boleh "merangkak" mai sini.. jadi ramailah yang join termasuk lah anak Ibu.
Ibu belajar, dalam chess, do not worry if your opponent is older than you. Age does not relevant in chess game. Macam ibu, ibu suke Emir lawan dengan budak yang lagi besar, so you can improve your skills from them more. Nampak tak budak yang selipar dekat bawah pakai baju putih dalam gambar ni. baru umur 8 tahun, but he was on the first board all the way to the end. Last two game je board no 2 tak silap. Secara keseluruhan this boy dapat no 2. Kecik jeee...
Habis game yang ketujuh dalam pukul 5 petang. i pulak excited tengok sepaktakraw yang nak dekat habis jugak, Emir pulak as usual main chess --- macam tak jemu-jemu anak ibu ni..
Alhamdulillah, bila result diumumkan, Emir dapat no 11. Sebenarnya pada permulaan, hadiah hanya akan diberikan untuk 10 peserta saja, tapi sebab penyertaan ramai, hadiah diperbanyakkan sehingga 12. Rezeki Emir. Kalau tak, sure Emir frust menonggeng sebab dapat no 11.
Balik je rumah, terus Emir semangat letak dalam almari kaca ni. Dalam sampul tu Emir dapat RM25. Papa bagi cadangan jangan langsung gune duit RM25, biar letak dalam almari kaca je, but I am against it. Gune je lah kan. so dalam sampul surat tu kosong je. Emir nak simpan dalam bank. oh duit terus dapat there and then.
Alhamdulillah Emir. moga Emir sentiasa cemerlang dalam apa yang Emir lakukan.