Assalammualaikum dan salam Ramadhan..
Alhamdulillah ini adalah entry pertama saya di bulan Ramadhan, bukan tak nak update, tapi rasa bulan Ramadhan jadual saya macam penuh sungguh, but worried not, kalau lah teringin nak ikut perkembangan I (duhh.. macam artis pulak) bolehlah ikut I punya Instagram - ibuEmir..
By the way, tujuan saya update di sini sebab teringin untuk join this contest. Honestly whatever contest that involves MAKEOVER haruslah dicuba meskipun jujur saya katakan, "ada peluang lagi ke nak menang sebab pernah menang dulu". Walaupun dulu penganjurnya adalah Nadia - blogger yang tengah famous ni, tapi yang merealisasikan impian saya adalah Wall MakeOver by Na
dan kali ini Wall MakeOver by Na pula akan jadi penganjur utama sambil dibantu oleh Nadia.
Dan memang hasil kerja tangan Wall MakeOver by Na memang best... dari dinding putih kosong, inilah hasilnya.. :) memang tempat pujaan anak teruna saya.. its not a wallpaper, its wallpaint!! Alhamdulillah sebab adanya "keceriaan", Emir sekarang ni tahu itu bilik dia ... dan bermula dari situlah Emir sekarang dah tidur di bilik dia..
Full entry kemenangan saya boleh baca di sini
atau boleh baca juga di link Nadia
***************************
Sorry, itu baru mukaddimah..
ok lets get straight to the point..
ok this is my living room. kalau duduk rumah atas angin ni, living room ni lah tempat tengok TV, tempat santai-santai dan tempat sambut tetamu.
as you can see, my living room is plain dull..
dan selalunya orang yang suka cantikkan rumah ni adalah orang perempuan. kalau laki i, i berani cakap, sampai bila-bila pun he would satisfy apa yang ada :p janji kerusi tu boleh duduk lagi, janji TV tu boleh tukar-tukar channel, janji carpet tu tak kotor lagi.. barang-barang sekalian akan berada selamanya di tempat dan position yang sama :)
Kalau ikut nak cantikkan rumah, sebenarnyer dah lama dah teringin nak color-colorkan dinding.
Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana
I believe in home sweet home. Rumahku Syurgaku. Rumahlah tempat permulaan untuk kite mulakan kehidupan seharian, dan kite juga akhirkan seharian kite di rumah. tak kirelah kite hanya duduk rumah sekejap ke tapi dari permulaan dan pengakhiran semuanya bermula di rumah.
Kite letak tepi dulu tentang budget issue.. yes, I mengaku i have budget issue.. nak buat, tapi bila ada duit di tangan, selalunya saya akan simpan sikit dan yang lain tu i would rather gembirakan kaum kerabat.. you can ask my siblings how pemurahnya i :) (baik ngaku ok :)) .. dan selalu jugak lah duit lebih yang ada mulalah buat sesuatu yang sebelum ni teringin nak buat.. antaranya makan tempat yang best (ok- makan will always be in my list) and jalan-jalan..
Jeles jugak kengkadang tu tengok rumah-rumah orang yang cantik. Teringin juga nak buat rumah macam showhouse..
Some may want to give this as a gift to someone special. But i would rather this special prize to be rewarded to myself. Honestly speaking, MAKEOVER rumah adalah yang paling i suka selain daripada Tupperware.. (i'm serious).. ok fine.. hadiah cash pun best..but if you talk about item, inilah yang boleh naikkan hormon "nafsu" i :)
Ok lets berangan..
Kalaulah saya menang contest ni.. saya akan pilih cat dinding ini..
to remain the same color pun i tak kisah, sebab color-color ini di antara modern color sekarang ni .. and this can suit banyak sofa colors. .. cuma rasanya kene mintak pendapat mereka-mereka yang terror dalam color scheme sebab i tak nak ruang tamu rumah i nampak kusam..
In case you are wondering why i chose this...
1. rasa tersusun
2. tak semak pandangan mata
3. looks very modern kan..
so, i pun buatlah simulation sikit.. bayangkan kalau i dapat yang ini.. so, my living room akan jadi macam ini..
yeah i know, kalau yang i buat ni nampak sepah2 kan, inilah hasil super impose dari orang yang tak berapa pandai..
i like the design above because less is more :)
one thing with this design, at least in future, in case i nak buat TV Cabinet... bunga-bungaan masih segar memainkan peranan sebab terletak di hujung.. :)
ok i swear my future TV cabinet would be better than this.. and our Piano will remain there.. rumah atas angin, tempat limited nak letak ..
itu saja.. kasi i cerita.. esok pun tak habis.. :)
Kalau siapa nak join contest ini, boleh ke sini..
mana tahu anda akan jadi 3 yang bertuah untuk dimakeoverkan rumah anda..
Semoga berjaya semua..
Oh ya.. tarikh tutup adalah 18 Julai 2013..
Salam
Amira